Pages

turun tanah



dalam reban asuhan ini terdapat 87 ekor anak ayam berusia 1 bulan 20 hari yang baru 2 hari dilepaskan ketanah.. kalau yang pernah ternak ayam ni, saat ini leh dikatakan yang paling mencemaskan. Kerana aktiviti perpindahan tahap ni adalah tahap paling kritikal. Sbb zon dari menetas sehingga umur 2 bulan biasanya dah dapat diatasi sbb terkawal segalanya..
satu fakta yang sukar nak kita nafikan adalah anak2 ayam dari incubator mempunyai tahap berdikari yang rendah berbanding anak ayam yg dididik oleh ibu ayam sendiri.. kalau tak percaya cuba lah. ada yg menafikan tapi dari pengalaman aku dalam 9 bulan nie dan dah handle lebih 700 ekor anak ayam kat reban semunya menjurus kepada keputusan yang sama.. so apa yang perlu kita lakukan adalah untuk menjadi ibu angkat kepada anak2 ayam ni.. kika yang perlu menjaga makan minum, ngajar dorang tido bertenggek, ajar dorang berteduh bila hujan dan sebagainya.. perangai yg paling susah nak ubah adalah cara dorang tidor.. sukar nak pastikan dorang tidor ditempat tinggi kerana mereka kebanyakkan suka tido dipenjuru reban berhimpit2 untuk mendapatkan kepanasan seperti yg mereka lakukan didalm brooder.. kadangkala tabiat ini akan membunuh ayam ini kerana pertindihan yang terlalu tinggi atau berat. Namun kalau kita bantu dengan lampu untuk kepanasan pada waktu malam, anak ayam ni ini tak akan belajar menjadi ayam kampung biasa, lama kelamaan ianya menjadi baka ayam kampung pedaging yang banyak lemak, rendah imuniti dan mudah mati..
so apa yang perlu diubah dalam reban asuhan adalah :

1. pastikan reban ayam untuk reban asuhan tertutup sepenuhnya dengan bumbung atau tinggalkan 20% untuk pencahayaan..kemudian disambing dengan kawasan berpagar tetapi tidak berbumbung bagi anak ayam ni bermain apabila cuaca mengizinkan.,

2. tanah dalam reban sepatutnya sentiasa tinggi, untuk mengelakkan becak atau ditengelami dengan air kalau banjir kilat.. so kena tambak sikit dengan tanah, percaya lah walau pun ayam teredam sekejap je dengan air dan pada malam tu udara pula sangat sejuk, besoknya adalah 2-3 yg tak bangun tidor.. tidur sampai kita kena terus tanam..

3. reban kena kalis pemangsa atau ayam dewasa. ayam matang nie selalu jeles kalau tgk reban asuhan nie pasal makanan diberi tanpa had atau kerap.. geram je dia tgk jagung yg bertaburan.. kalau ada lubang , mesti penuh reban asuhan kita ngan jalak n ibu ayam..
reban pula kena ada tempat bertenggek. pastikanya rendah dan bertangga.. ayam nie masih gayat n tak pandai nak panjat tempat tinggi..

4. bekas makanan kena tinggi sikit untuk ajar anak ayam

5. ada kawasan berpasir untuk anak ayam ni belajar mandi tanah

6. mula memberi tumbuhanberdaun hijau untuk tambah nutrisi bg menambah daya imuniti ayam

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram