Pages

laksanakan sepenuhnya free range (terkawal)


salam semua,

Teman nak bagi tahu sepanjang teman menternak ini, tak kurang 30 pelawat perseorangan atau berkumpulan yang datang, yang datang terdiri dari pelbagai lapisan usia,dari golongan pakai kereta ber'series' atau pakai motor sahaja macam teman hehehe, dari pelbagai bangsa serta latar belakang.. tak kurang juga lawatan dari penternak sedia ada yang datang melawat untuk berkenalan dan bertukar fikiran. Sungguh teman tak menyangka ternakan ayam nie ramai betul peminatnya tak mengira sesiapa.. seronok betul.. terbaru seorang rakan berbangsa India yang sangat peramah datang hari ini dan dari lawatan beliau teman rase temanlah yg banyak belajar benda yang baru hehehe..

Pada awal bulan mula2 teman menternak, teman agak rimas dan malu dengan kehadiran pelawat yang teman tak berapa kenal kerana teman ketika itu bersikap prejudis dan sangsi dengan niat pelawat. Mungkin juga pada ketika itu teman tidak yakin untuk menjawab segala pertanyaan dari mereka memandangkan semasa tu teman baru benar dalam penternakan ini. Namun semakin lami semakin teman gembira menerima tetamu tambahan lagi teman dapat pastikan kesemua kematian ayam teman sebelum ini, tiada kaitan dengan kehadiran pelawat. sebelum nie hati teman risau juga takut penyakit berjangkit datang dari kasut pelawatkan. Tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan berterusan supaya penularan ini tak berlaku.. yg penting kita kena selalu peka dengan sebarang berita peyebaran penyakit sekeliling kawasan ternakan..

Kesimpulanya lebih ramai lagi pelawat yang datang lebih banyak ilmu, pandangan dan buah fikiran yang teman dapat.. kekadang sampai lubang perniagaan sampingan pun dihulurkan sekali.. tu yg seronok tu..

Teman nak cerita mengenai konsep penternakan yang teman baru 2 bulan praktikkan sepenuhnya. Sebelum ini teman mengurung semua ayam teman sepenuhnya bermula dari bulan 4 sehingga bulan 7. teman kurung sepenuhnya kerana pada bulan sebelumnya, banyak ternakan teman mati, ternakan tidak balik dan ternakan hilang dicuri direban.. so sejak dari itu teman membawa masuk tumbuhan hijau seperti rumput atau sebagainya yang teman rase perlu kedalam reban.. kekadang sampai naik miang satu badan membuat kerja nie.. entah macam mana apabila teman cuba lepaskan keluar ayam2 teman, semuanya terus makan rumput dan tumbuhan meliar dilaman teman.. semuanya dalam keadaan lapar atau seperti baru menjumpai menu segar yang lama diidamkan.. dalam sejam sahaja teman periksa tembolok dorang hampir penuh dengan hanya mencatuk rumput atau apa yg ada dipersekitaran.. pada hemat teman bagus juga ayam ini dilepaskan selalu untuk jadi pekerja tukang mesin rumput laman teman kan?.. teman pada mulanya menganggapkan ternakan bebas tidak sesuai dilakukan dikawasan laman rumah teman memandangkan kawasannya yang sangat terhad.. namun lihat lah sekarang.. dibawah adalah cara teman menjalankan kaedah free range terkawal nie..

-teman lepaskan ayam teman seawal jam 7 pagi
-pukul 11 teman panggil masuk dengan mengumpannya dengan dedak.. teman beri makan dedak sebanyak 5 kilo sahaja..(1/2 dari kebiasaan)
-ayam dikurung dan berehat dibwh teduhan dalam reban.. semua duk lepak kekenyangan..
-pukul 3 teman lepaskan balik keluar.. berkeliaran lah ayam2 nie..
-jam 5-6 petang teman panggil masuk dgn umpan nasik lebihan restauran.. ayam bedal 3 tong nasik(kebiasaanyalah) sampai relex bersantai..dan teman menutup reban
-pukul 7 malam ayam mula naik ke para untuk tidor..

huh cukup senang cara ni.. ayam tahu makanan yg sedap ada dalam reban time teman beri pada waktunya .. ayam juga tau yg dia ada reban n still akan masuk reban untuk tidor...ayam menjadi lebih aktif dan bulu ayam nampak lebih bersinar dari kebiasaanya.. fuh lega.. dedak dikurangkan 1/2 lagi jumlahnya.. ayam pun dapat carik ubat herbanya sendiri sekiranya sakit dan teman pun senang hati dibuatnya.. cuma risau jika semasa teman lepaskan ayam ini tidak dipantau sepenuhnya.. ada berlaku serangan ambush dari semak tanah seberang oleh biawak.. mengerikan kalau terserempak sebab keganasan biawak nie sgt terserlah..

notes: gambar atas paling kiri adalah rumput panjang yg teman malasssss!! sangat nak potong hehehehe dan gambar tengah adalah lokasi yang sama tapi dah togel dikerjakan ayam.. sebelahnya pun gambar dilokasi yang sama..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram