Pages

Bertuahnya kita sekarang sebagai penternak..

Salam lembaran dari saya dan isteri, raya nak dekat.. persiapan pun tengah rancak dijalankan, bagi saya biarlah isteri kita dahulukan, biar berseri2 raya nanti.. yg kita nie cukup lah ada sehelai dua baju baru untuk pagi raya.. yg penting pakaian bekerja dapat ditambah kerana yg ada dah kusam dah.. mana nak carik..? bundle lah jawwabnya.. dengan baju harga 5-10 ringgit nak bergelumbang dengan tahi ayam pun tak kisah..

makin lama menlayari internet makin banyak kenalan n info dapat diperolehi.. rupanya byk kawan2 yang satu minat dalam penternakan unggas ini..
sejak zaman Paklah yang melaungkan azimat "pertanian adalah perniagaan" makin banyak kaum kita yang menceburi bidang pertanian dan penternakan.. pada mula kempen ini dilaungkan banyak suara2 sinis kedengaran yang mengaggap perkara ini hanya membuat org melayu kebelakang kerana semua org sibuk kearah IT dan sebagainya.. namun lama kelamaan org dah muka mata dan begitu ramai yang meneroka bidang pertanian.. apa2 sahaja yang melibatkan pertanian akan dikejarkan ilmunya dan perchongakkan untung rugi dah dibuat sebelum projek dimulakan.. tak kurang juga yang ada sedikit perasaan tamak or nak cepat kaya yg membawa kepada menjadi mangsa penipuan mereka yang tak berhati perut.. tak kurang juga segelintir yang mengaut untung atas angin atas kegairahan kaum kit anak buat duit..

bab kewangan pula... berkotak2 duit dilaburkan samaada dari pinjaman, poket sendiri atau dari saudara mara... kat sini baru kita nampak sebenarnya org melayu sekarang ada kuasa membeli yg besar dan kekadang mampu mengadakan wang puluhan ribu sekelip mata.. perkara yang harus kita banggakan sebagai orang melayu.. tak seperti 30 tahun dulu yang kebanyakannya serba kedaifan. namun setelah PM baru mengantikan yng lama.. suara2 lantang tentang pertanian makin perlahan dan hampir lenyap.. adalah MAHA yang akan datang nie akan mendapat sambutan seperti sebelum ini, adakah segala kontrak farming, skim itu dan skim ini akan terus berkembang.. adakah segala kolam2, ladang2, projek2 dan pokok2 akan terus wujud sehingga 5 tahun akan datang.. atau akan lenyap bersama kelantangan yang tak kedengaran lagi.. atau pun kempen PM sebelum ini begitu besar kesanya dan perubahan ini berterusan sehingga hasil produk kita setanding produk dari indonesia dan thailand..?

bab penternakan ayam kampung pula kita sangat bersyukur kerana bilangan penternak makin besar.. saiz reban pun makin mega. bilangan ayam pun makin banyak sehingga mungkin satu hari nanti ayam kampung asli begitu mudah untuk didapati dipasar.. tapi kalau dipikirkan semula.. ayam kampung kacuk atau improved kampung chicken dicipta untuk menambahkan pendapatan penternak kerana faktor berat dan masa ternakan.. namun permintaan kepada yam kampung asli atau biasa ni selalu sahaja ada dan kekadang tak mencukupi..

Masuk kepada alat bantuan penetasan (incubator) kita sangat beruntung kerana waktu ini semakin mudah untuk kita mendapatkan sebijik mengikut kemampuan.. pelbagai bentuk, konsep dan rupa boleh didapati.. faktor jarak bukan lagi masalah kerana sistem pengangkutan yang baik dan penghantaran yang boleh dipercayai ada didalam negara kita.. betapa bertuahnya telur hasil ladang kita dapat dieram dengan baik dan bekalan anak ayam yamg sihat dapat dikeluarkan untuk generasi penternakan yang baru.. dengan adanya incubator satulagi bidang dalam penternakan iaitu pembekalan benih ayam baru dapat diujudkan.. so saya mengambil insiatif untuk membuat satu senarai pembuat dan penjual incubator dimalaysia ini.. anda boleh merujuk secara lebih mendalam dengan mengklik kepada pautan yang saya sertakan..

Senarai Penbuat dan Penjual Incubator Mengikut Negeri..





Gambar atas: Incubator Auto
Pembuat: http://medanusahawan.blogspot.com/
Lokasi: Puchong Prima, Puchong Selangor



Gambar atas:Incubator Auto/semi
Pembuat: http://nizamspace.tripod.com/index.html
Lokasi: Bangi, Selangor



Gambar atas:Incubator Manual
Pembuat: http://razalipro.blogspot.com/2009/06/alat-penetas-telurincubator.html
Lokasi: Merlimau , Melaka



Gambar atas:Incubator Manual
Pembuat: http://zali-agro-farm.blogspot.com/
Lokasi: Masjid Tanah , Melaka



Gambar atas: Incubator Manual
Pembuat: http://www.akubudaktol.blogspot.com/
Lokasi: Kubur Panjang, Kedah



Gambar atas:Incubator manual/semi Auto
Pembuat: www.citypullagro.blogspot.com
Lokasi: Sepang Selangor..

Untuk rujukan tentang harga, spesifikasi,pembelian dan sebagainya sila klik pada link dan utarakan pertanyaan kepada pembuat incubator ini sendiri.. semoga post ini dapat membantu semua penternak untuk mendapatkan maklumat dan pembelian incubator yang berada dipasaran sekarang..
-pihak citypull hanya mengambil sebahagian kecil maklumat untuk dipaparkan dan membantu mempromosikan incubator dari rakan2 yang lain.. Diharap tiada pihak yang berasa tidak puas hati atau sebagainya.. untuk makluman penjual incubator ini kebanyakan mempunyai pelbagai variasi dan jenis untuk anda pilih.. kami hanya memaparkan incubator utama sahaja disini.. so silalah anda melayari eb dan blog yang tertera.. Mungkin ada lagi pembuat incubator diluar sana yang tak dapat saya temui.. kalau ada maklumat saya akan update disini.. sila email atau drop masej kat msj box belah tepi .. Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram