Pages

yang mana satu ayam ori nie?

salam semua,

sejak teman ada blog nie ramai pelawat datang reban teman melawat sejauh mana sebenarnya teman telah menternak ayam kampung nie, macam2 golongan yang datang dan tak kurang juga yang berpoket tebal, memang banyak pengusaha atau bakal pengusaha dah nampak potensi penternakan ini.

tetapi, perkara yang teman sendiri tak dapat jawab adalah persoalan ayam kampung jenis apa yang dikatakan ayam kampung ori? Kalau ada apa nama dia dan macam mana rupanya? ada mengatakan ayam ori ini langsung tak wujud sebenarnya, pelbagai hujah dikeluarakan dan sampai bertegang leher jugalah. ada juga yang mengatakan kalau takde sistem pengredan atau menjenamaan semuala sampai bila org takdapat nak tentukan ayam mana yang dikatakan ori. kekadang teman juga agak sangsi bila ditanyakan hal sedemikian. Sebagai seorang yang mendapat pengalaman dari permerhatian dan belajar dari otai2 lama.. teman sendiri tak dapat nak menjawab ayam jenis apa yang dikatakan ori.. kalau dikatakan ayam kampung yang meyerupai ayam hutan, teman pun tak leh nak setuju kerana nak katakanya ori pasal itu pun dah dikira kacuk hasil kacukan ayam lain dengan ayam hutan..

tapi teman akan menjawab begini jelah.. ayam kampung ori ni adalah ayam kampung yang mana mana jenis ayam kampung yang diternak bebas sejak zaman tuk nenak kita dahulu dimana berat ayam ni tak sampaipun 2 kilo bila matang, ayam kampung nie hanya boleh dijual bila ayam kampung ini berusia 6 bula keatas, telurnya kecik dan bertelur 120-150 biji setahun. Ayam ini boleh terbang tinggi dan mempunyai badan yang tegap, berotot serta sangat tahan lasak, Ayam dibela secara separa bebas atau bebas sepenuhnya. ayam tidak akan membesar sehingga lebih dari 2 kilo untuk bertina melainkan kalau dah sampai level otai giler.

Ayam kampung ini juga berkaki kecil sesuai dengan saiz badannya serta tidak kisahlah warna apa sekalipun. paling senang kita nak kategorikan ayam ini dengan melihat ayam kampung yang apek jual kat pasar. Biasanya ayam kampung ini dibeli oleh kaum cini untuk dijadikan herba atau ubat tambahan untuk meyegarkan badan atau meyembuhkan penyakit. Kalau nak diikutkan banyak variasi ayam kampung nie, dari yang berwarna menghampiri ayam hutan, ada yang berwarna putih ada yang berwarna warni ada yang hitam semua.. banyak lah sampai keluarlah baka sentul, baka ipoh, baka itu baka ini dan sebagainya..

yg penting ayam nie slow breeder(pembersaran perlahan) dan hidup bebas makan makanan selaian sepenihnya dengan dedak. ayam jual pada usia matang dan daging sangat manis dan berbau harum.. itu jelah.. kalau nak berdebat panjnag memang leh masuk dalam perlimen pasal ayam ori nie, tapi lebih baik kita amik yang sengan shaja, tgk balik ayam apa yg tuk nenek kita bela dulu...

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram