Pages

Jangan silap Cara!!!

Salam semua,

teman nak cerita nie.. kita sebagai penternak yang dah sedia ada atau yang baru nak mula perlu memilih bidang mana yang nak kita nak lakukan. Maksud teman, pemilihan kita sama ada untuk membuat pusat pembenihan atau pusat pembesaran ayam untuk jualan daging. Terdapat banyak perbezaan untuk meng'set' kedua2 jenis bidang ini. Anda perlu yakin dengan pilihan anda. Kebanyakkan penternak mahu melakukannya serentak dimana menggunakan konsep menternak ayam kampung matang dan menunggu telur untuk dieramkan. Kemudian hasil anak benih sendiri ini akan dibesarkan dalam reban yang sama sebelum dijual kepada pembeli. Cara ini bagi kita seolah2 menguntungkan kerana beranggapan kita tak perlu membeli benih dan semuanya didapati sendiri direban. Namun teman dah banyak membuat bacaan serta lawatan kereban tradisional ini. Dari kesemua reban lawatan teman, teman rasa hanya ada satu dua sahaja yang berjaya memperolehi pendapatan yang boleh dibanggakan. Itu pun bagi teman sepatutnya tuan punya reban boleh menggandakan pendapatannya kalau menggunakan konsep yang lebih tersusun dan moden.

Untuk penternakan untuk menghasilkan benih, tuan semua tidak memerlukan reban yang terlalu besar berikutan tujuan asal kita mendapatkan telur. Ayam yang dibiarkan bebas dan berkeliaran akan menggunakan semua tenaganya untuk merayap dan bersosial. Tenaga yang sepatutnya digunakan untuk mengeluarkan telur akan berkurangan dan hasilnya telur yang tidak sihat serta kurang jumlahnya. Dengan tiada kawalan bagi menentapkan baka yang dikhawinkan maka anak ayam yang keluar nanti tidak dapat ditentukan bakanya. Induk ayam telah mencapai usia penternakan dan melepasi usia sesuai dijual. Maka harga yang tingal bagi baka ini hanyalah kepada si jentan yang boleh digunakan lebih lama berbanding si betina yang akan menurun tahap reproduksinya. Maka ciri penternakan dan reban perlulah dilakukan seperti berikut:

1. menggunakan sistem flock kecil dimana reban dimuatkan dengan sejumlah ibu dan sejumlah bapa ayam dimana keluasan adalah bersesuaian dengan jumlahnya.
2. ayam dikengkang untuk bergerak bebas untuk memastikan segala tenaga yang diperolehi dari makanan digunakan untuk bertelur.
3. Reban perlu disediakan tempat tidur dan tempat untuk bertelur.
4. ibu dan bapa ayam akan ditempatkan didalam reban ini selama mana ayam ini masih mengeluarkan telur secara max.
5. makanan diberikan dengan cara berkala dan dipantau agar induk ini sentiasa bertenaga dan mendapat nutrisi yang terbaik
6. telur dikutip setiap hari untuk menjamin kebersihan telur dan mengurangkan pencemaran kepada telur.
7. ibu ayam yang tidak lagi aktif bertelur akn diganti dengan ibu baru.

bagi penternakan ayam untuk jualan daging, anak ayam diperolehi dari pembekal atau benih sendiri dan semestinya perbezaan umur tidak melebihi 2 minggu. anak ini diternak melalui 3 fasa penternakan yang memerlukan penjagaan berbeza. peringkat penjagaan adalah seperti dibaah:
1. peringkat usia 1 hari -2 bulan.
2. perngkat 2 bulan sehingga 4 bulan
3. peringkat 4-jualan.

setiap peringkat memerlukan penjagaan berbeza berikutan kita telah mengambil alih tugasan ibu ayam dalam mebesarkan ayam. perlu diingatkan julat perbezaan ini berbeza bagi jenis ayam kerana sifat baka dan usia matang nereka. Bagai ayam kampung asli, usia anak muda atau anak yang masih lemah dikatakan bermula dari usia baru menetas sehingga usia 4 bulan. Bagi kacuk pula ternakan hanya dikatogorikan dalam kumpulan ini sehingga usia 1 bulan sahaja.

Oleh itu pemilihan perlu dibuat untuk memastikan anda tidak rugi atau anda secara sengaja menghadkan pendapatan bulanan anda. Adalah lebih bijak sekiranya anda membahagaikan ternakan anda kepada 2 reban yang berasingan sekiranya anda ingin mengekalkan menternak induk untuk mendapatkan anak dan membesarkan anak untuk jualan daging.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram