Pages

Apasal tak Bela Ayam Arab??



Salam semua,

Hehehe byk teman nak tulih malam ini, bukan apa incubator tempahan dah siap 4 biji dah.. Semua tempahan yang dah siap adalah dari jenis Plastik PVC yang senang betul teman nak buat. Yelah kalau korang tau buat korang pun leh buat sendiri. Kalau tak pasti korang beli satu n tiru bulat.. nanti nak buat lagi satu korang buat lah lagi besar ke atau banyak2 untuk bilangan telur yang bertambah.. Yang last tadi baru siap satu incubator saiz 120 biji tapi di ubah kepada semiauto khas untuk telur puyuh.. Nak upload gambar lupa lak dig. camera org tua pinjam buat pi Genting. Yg untuk puyuh nie elok lah pakai semi auto, tak lah lengguh nak pusing satu2 yg kecik2..yg satu lagi tempahan dari MR gerobok tak dapat nak siapkan ari nie psaal tak sempat nak beli plawood tadi.. hujan pulak.. kalau kita beli sekeping 2 biasanya tokey taknak anta.. kena lah amik sendiri ikat atas keta hehehe..

Selalu kita kita tgk orang beli berkotak2 telurkan dan kekadang berpapan2 telur untuk kegunaan keluarga. Kekadang untuk yg ada keluarga ramai nie sampai 2 papan telur sebulan.. so teman nak tanya kepada mereka yg ada tanah atau ada reban kat belakang umah.. Napa tak bela ayam arab? Yelah kalau nak bela ayam baka penelur seperti leghorn takut tak reti lak nak bela kan.. Sebenarnya ayam kampung Arab boleh dibela seperti ayam kampung lain tetapi kelebihannya adalah hebat juga bertelur tapi tak sampai ke tahap leghorn. So kalau kita bela ayam Arab, jumlah telur yang dikeluaran mampu untuk menampung kegunaan keluarga. Dapat telur fresh lagi hari2 kan? kenapa tidak? kalau bela ayam kampung asli rase sayang lak nak makan sbb leh dimasukkan dalam incubator..

telur ayam arab nie saiznya sama ngan telur ayam telur saiz B. ok lah tu kan.. kena pulak kalau kita ada dalam 10 ekor ibu dalam reban.. buat satu reban yang sesuai untuk kita mengutip telur tiap2 hari.. so mudah untuk kita. Takyah masukkan jantan kalau kia memang ternak untuk telur, ada lebih telur nie kita jual kat jiran2 yg ada. Klau rase tak nak jual kita sedekah je kepada jiran atau saudara. Bab makan? beri apa yg ayam biasa makan lah.

Teman teringat satu cerita kat negara orang putih.. Diluar jendela dapurnya disambungkan dengan reban khas untuk menempatkan ibu ayam baka penelur.. yg kelakarnya dari rumah tersebut ada satu pintu kecik ala tingkap yang bersebelahan dengan tempat bekas telur diletakkan. So pepagi si ibu hanya membuka pintu kecik ni dan hulurkan tangan untuk amik telur. Terus goreng n dijadikan sarapan pagi. Telur yang berkhasiat dan masih segar.. untuk kita? way not? kekadang sayang je makanan kita yg berlebihan dibuang begitu sahaja kan.. kan best kalau leh kutip telur hari2?

jaringan penternak ayam kampung..

2 comments:

cikgu peja ladang said...

salam tengah malam..nape abg tak bela baka ayam arab nie..kalo ayam baka sabung lebih kurang aseel kot..bdan die besar tak..tkleh ke kacuk sebab kalo pengeluaran telurnya berpotensi jadi banyak la kiter boleh eramkan..sekadar nak tahu..

jaringan penternak ayam kampung.. said...

salam, tak perasan lak saya pasal komen.. ayam arab nie susah sikat nak dapat kat malaysia, kalau ada pun mungkin dah F2-F3 dah.. kehandalan bertelur dia mungkin dah turun dan dah jadi ayam kampung biasa balik.. Bukan tak nak bela.. nak sangat sebenarnya.. untuk next projek.. skang tengah usha lobang nak dapatkan dari indonesia..
ayam ini dangingnya sikit je.. rendah dgn berah dalam 2-2.5 kg sahaj..

Instagram