Pages

bulan 12 dah dekat

Alhamdulilah..

pegawai bank pun dah datang melawat reban. So dah dekat dah tu nak dapat duit. Teman pinjam dalam 15 ribu je.. so kalau dah dapat duit nanti teman akan buat semua projek yg telah teman pikirkan selama ini. kalau korang nak tau atau nak kongsi cerita dengan teman jemputlah datang kerumah.. teman akan cerita cara nak dapat pendapatan rm 10 ribu sebulan dengan hanya menternak ayam kampung dibelakang rumah.. teman tgk dah ramai dah pelawat blog ini atau pengunjung reban teman dah mula dengan projek ayam kampung ori masing.. ada yg main pukal dah sampai 1000 ekor. Nasihat teman kalau ini kali pertam menternak elok mula dengan sikit dulu untuk 2-3 pusingan. Takut nanti dari 1000 ekor anak nanti yg tinggal hanya 50 ekor sahaja.. dah 2-3 org teman jumpa dan yg melawat reban mengadu anak yg dorang beli tak leh hidup sampai usia 6 bulan. Duit bukan halangan tapi pembiakan dan cara menternak secara besaran macam tu perlu skil dan pengetahuan. Klau menternak 100 ekor tak sama ngan menternak 1000 ekor.. percayalah cakap teman.. jgn meyesal nanti..

kalau dah sukses 100 ekor up pulak dengan 300 ekor dan up 500-600 ekor. dah sukses jumlah ini nak ternak berapa pun takpa janji pelbanyakkan modul reban yg sama ngan seting ayam 500 ekor. Teman bukan nak dengki tau.. nanti esok2 teman lak dpersalahkan membawa ajaran sesat yg membuatkan korang rugi besar...

teman pun akan mula kan dengan menternak 500 ekor anak ayam untuk setiap bulan. dan seterusnya, kemudia semua ayam yg teman yg duk ada dalam reban akan dikurung dalam flock mengikut jumlah yg sesuai. So semua ayam akan terkawal. so betul jugak cakap sifu teman yg bagi nasihat.. di kata kena bezakan cara apa dan apa tujuan ki menternak..
kalau nak buat untuk penghasilan benih kena buat sistem flock dan induk tak leh bebas sangat. dia kena dikawal aktiviti sb dah cukup besar dah.. yg kita mahukan adalah telur bukan daging ayam ini. so semua aspek untuk memaksimumkan pengeluaran telur perlu dilaksanakan..

kalau untuk pengeluarn daging pulak reban kita perlu diset dgn cara lain.. ayam leh bergaul bebas dan membina otot serta menjadi sehat.. makanan perlu dijaga dan pastika pembesaran dikawal. so kalau korang nak buat dua2 sekali kena ada reban yg berasingan.. kalau nak buat satu bahagaian sahaja carik maklumat yg tepat ... selamat menternak

so bulan 12 dah dekat.. teman akan start buat rumusan untuk buku teman yg akan diedarkan percuma kepada yg joint group.. yg tak joint nanti teman akan jual dengan harga sekotak rokok hehehe gurau je.. kepada peserta kelas teman.. nota lengkap belum siap teman karangkan lagi.. mereka yg menyertai kelas teman bertuah kerana teman sertakan sekali dalam modul propser teman dan segala pengiraan dan perancangan untuk penternakan mega nanti..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram