Pages

Lawatan otai ayam dr pahang..

Salam .. hari ini dan semalam teman dilawati oleh seorang otai ayam kampung dari pahang. Sebenarnya beliau berasal dari kawasan teman juga sekitar Lebuhan Dagang. So beliau betul2 masak dengan kaasan Ulu langat nie.

Dalam kami rancak bersembang, beliau sempat menurunkan ilmu untuk mengenal pasti ciri bapak ayam yg baik untuk dijadikan baka. Antara ciri yg sempat teman safe kan:
1. sisk kaki dibahagian depan bersualam 3. bermaksud kakinya agak lebar dan gagah bila berdiri. Biasanya induk jantan teman hanya ada 2 sahaja jalinan sisik dibahagaian hadapan kaki. Beliau juga mengatakan kalau takde yg 3 sisik kita leh pilih sisik yang berterabur.
2. tgk kepada ketebalan lehernya.. kalau leher besar dan gagah, ini menunjukan bapaknya cukup gagah dan kuat. Perbandingan dilihat kepada dengan saiz tengkuk dengan badannya.
3. kemudian dilihat kepada saiz bahagian belakang badan berhampiran dengan lubang dubur. kalau lebih lebar lebih bangus.. biasanya saiz standard untuk bahagaian dahging belakang ini adalah 1 inci setengah.

Semua maklumat ini mungkin bermakna kepada kita untuk memilih baka untuk dijadikan induk ayam nanti. Tetapi teman rase mungkin ada kaedah lain yg digunakan oleh otai2 untuk menentupasti ciri baka yang sesuai. Diharap nanti ada yang akan menjelaskan atau berkongsi pengalaman dalam hal ini..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram