Pages

Rezeki Aidiladha..


Salam,

selamat beraya kepada semua pengunjung blog.. semuga mendapat keberkatan dariNya.. Alhamdulilah dengan adanya rekaan baru incubator teman, kerja pembikinan dan pembuatan dapat disempurnakan dengan lebih cepat.. Pembeli yg membeli juga nampaknya lebih gemarkan bekas palstik yg teman gunakan sekarang berikutan ciri2nya yg lebih hebat.. Teman pun senang hati nak membuatnya..

nak dijadikan cerita setelah seminggu menyepi tiada tempahan.. tetiba 2 malam sudah teman menerima 3 panggilan dalam masa 3 jam sahaja.. kesemua mereka mahukan incubator secepat mungkin sebelum hari raya berikutan mahu bawa pulang ke kampung incubator ini.. hah? masa tu dah dekat pukul 11 malam, kebetulan pulak stock barang pun dah habis kesemuanya.. apa lagi pagi2 esoknya teman bergegas ke KL n shopping.. terus siapkan 4 biji dalam masa 6 jam.. Alhamdulilah siap semuanya.. bergerak jam 5 petang untuk berjumpa pelanggan untuk penyerahan dan selesai pada jam 12 malam tadi.. terasa nak melayang badan sebab bergegas ke hulu ke hilir.. semuanya selesai dan bolehlah mereka bawa balik ke kampung halaman masing2..

so gambar atas kanan adalah rupa workstastion teman yg tunggang langgang nak kear dateline hehehe.. satu lagi teman harap incubator plastik nie jadi teman punya trademark laa.. unuk tanda peniagaan teman.. selamat beraya sekali lagi..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram