Pages

Mana lagi Berkhasiat? Ori atau Kacuk?

Salam,


Ada orang memepersoalkan pada teman yang mengatakan bahawa ayam kacuk tidak berkhasiat.. HUH itu salah sebenarnya.. puas teman menerangkanya namun dia tetap tak berganjak dengan pendirian bahawa yg kacuk tak berkhasiat. Pelbagai hujah diberinya termasuk hujah mengatakan kacuk nie dah jadi macam zombi sbb membesar dengan cepat. Bagi teman kalau kacuk atau tidak bukan penentu khasiat dagingnya.

Gambar diatas sebelah kiri adalah gambar ayam kacuk yang teman kacukkan ibunya dengan ayam hutan yang ada dalam reban teman. dari 12 telur yang dikeluarkan ibunya hanya 10 biji je yang menetas. dan dari semua anaknya hanya tinggal 7 ekor sahaja membesar sampai umur 6 bulan. dari hasil kacukkan ini haya 2 mencapai ciri2 yang teman inginkan untuk menjadi baka. yang teman mahu adalah ayam kampung berkaki kecik dan pasture badanya sama macam ayam kampung(kaki, warna, umur matang dan sebagainya) tetapi berat ideal atau berat semasa masa menuai adalah antara 1.6-1.8 kilo. Sbbnya.. sedikit berat dari ayam kampung biasa untuk menambah isi dalam daging dan rase manis dan harumnya tidak berubah langsung.. yang lagi 5 adik beradik dia semua ikut baka ibunya(kacuk) dan telah teman sembelih hari raya aritu.. (sekor berat 2 kilo masa umur 4 bulan). So baka yg baru nie sesuai untuk diupgread kepada ayam kampung keluaran teman nanti. Sebelahnya pulak adalah perbandingan dengan ayam kampung berciri asli.

kembali kepada persoalan asal kita tadi.. ayam kampung (kacuk atau asli) mempunyai jangka hayat matang yang hampir sama, iaitu pada usia ayam pada bulan ke 6. Cuma yang mmbezakanya adalah saiz badan. Kalau ayam hutan berat matang hanya purata 800g sehingga 1 kilo sahaja. Manakala ayam kampung asli dalam lingkungan 1.0 hingga 1.5kilo sahaja. Untuk kacuk pula kita kena tgk kembali ayam ini hasil kacukan dengan apa.. kalau dengan leg horn, mungkin berat matang dalam 2.2 kg hingga 2.5 kg , kalau kacuk ngan R. Island, berat max dekat 6 kilo. So kalau nak ikutkan dakwaan yang ayam kacuk ini zombi adalah tidak benar kerana ayam kacuk dibela untuk tujuan menuainya pada usia kanak2 (istilah kita untuk ayam). So sbb itulah rasenya agak tawar dan tak sesedap ayam matang baka lain. Kalau kita terus membela sehingga berat mencecah 6 kilo rase ayam ini akan mempunyai rasa seperti ayam kampung ori.

So apa yang memberi faktor kepada khasiat sekor ayam?. Sebenarnya cara kita menternaknya dan sumber makanan yang diberi kepada ayam, Klau kita ternak secara free range atau dengan kaedah grass feeding, maka ternakan kita lebih berkhasiat dan dan tinggi kandungan omea 3nya. Klau ayam kampung ori sekali pun kalau kita duk kurung je dalam reban dan beri makan benda yang bukan, ayam akan endup macam zoobi juga.. ayam kampung yang asal telah berevolusi untuk mengadaptasi dengan kehidupan sukar dan pandai hidup sendiri. Maka timbulah gelaran ayam kampung asli ini sempena mengambil cara hidup ayam kampung ini yang diternak bebas dibelakang rumah. So kalau kita mengurungnya sepenuh masa dan diberi 'kehidupan' seperti ayam pedaging maka jadi lah ayam yg duk dikatakan tadi..

So mungkin persepsi ayam kacuk tak berkhasiat dapai dirungkai sekarang.Cuma yang kurangnya ayam kampung kacuk yang tidak dibela sehingga usia 100-120 hari kurang mempunyai khasiat baik berikutan badanya belum menghasilkan semua nutrisi penting kerana masih belum matang..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram