Pages

Teman berdebat lagi..

Salam,

Teman berdebat lagi dengan seorang pengnjung reban mengenai ayam ini, Niat teman nak mendidik penternak tradisional dan penterak baru supaya mereka dapat meningkatkan pengeluaran mereka. Bukan teman nak mengaut keuntungan dari semua ini. Kepada mereka yang dah pernah berkunjung ke reban teman pasti setuju dengan apa yg teman katakan tadi.

teman berdepat dengan pelawat ni berkaitan 2 perkara. satu pasal ayam ori dan satu lagi pasal penternakan ayam kampung ori. Sahabat kita bersungguh2 mengatakan yg ayam kampung ori dah susah nak jumpa sekarang. dan mengata ayam direban teman bukan ori sebab ada pelbagai warna dan saiz. Teman mengatakan ayam ori ini adalah hanya panggilan dari org Malaysia(kalau indon dia panggil ayam buras) untuk merujuk semua ayam yg dibela dari zaman tok nenek kita. Ayam ini ada pelbagai jenis. Yg paling baik adalah ayam yg betul2 menyerupai ayam hutan samaada ayam hutan merah atau hijau. Ayam yg telah dikacuk dan bercampur juga leh dikatakan ori sekiranya bakanya dah kembali kepada ayam kampung ori di peringkat F2 atau F3. yg penting pembesarnya perlahan matang pada usia 6 bulan dan berat matang tak melebihi 1,5 KG. Ayam berkaki kecil dan dijual hanya setelah mencecah usia matang iaitu pada usia 6 bulan. So itu sahaja.. tak yah kita nak pening kepala nak mencari atau nak mendifinisikan ori atau tidak. Ayam kacuk adalah mana2 ayam tak kira jenis apa yang dituai pada usia muda iaitu pada usia 2-3 bulan.

pendebatan kedua adalah mengenai penternakan ayam kampung ori ini. Beliau belum pernah menternak tapi ada "kawan" yang menternak ayam kampung kacuk. Dia mengatakan ayam kampung ori tak leh menguntungkan dan langsung tak sesuai untuk diternak. Dia kata untuk proses kemodenan dan keberjayaan perlu bela ayam kacuk yang boleh dituai selepas 2-3 bulan dan pulangan lebih besar pasal leh ternak sampai beribu ekor. beliau mengatakan ayam kampung ori takde sapa nak beli sbb tu takde jual kat pasar dan org dah tak suka makan dah sekarang pasal daging terlalu liat. Pada penghujungnya teman bertanya atas dasar apa segala hujah beliau dan adakah pernah beliau mencuba kedua2 penternakan? dan bagi mengelakan percakaran berlaku teman pun buat keputusan untuk menjimatkan air liur dan mengambil langkah mengangguk sahaja.. teman berkata dalam hati" biarkan luncai terjun dengan labunya.."

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram