Pages

Persiapan musim hujan

Salam,

Setiap tahun pasti kita bertemu dengan musim hujan beberapa kali. Ada yg teruk sampai banjir tapi ada yg berlanjutan berminggu lamanya dan mula melemaskan kita terutama yang menternak. Segala kerja mudah yang kita lakukan direban menjadi sukar. Keadaan yang lembap dan berlecak kekadang menyukarkan pergerakan. Itu tak termasuk sang isteri yg tak segaja termasam muka bila membasuh seluar suaminya yg penung dengan lumpur tanah. Kesemua bekas makanan dan minuman terpaksa dibasuh setiap kali nak memberi makan kerana senang tercemar.

oleh itu, kita sebagai penternak perlu membuat sedikit persiapan untuk ternakan kita. Bagi mereka yang membuat projek ini sepenuh masa.. beberapa perkara perlu dititik berat. dibawah adalah perkaranya:

1. perhatikan jumlah anak2 ayam yg kita ada dan usia mereka. kalau masa musim melanda kesemua anak ayam ini perlu dijaga dengan lebih rapi. Kalau sebelum ini semua anak ayam ini bebas bermain direban anda perlu mengurung buat sementara dan menghadkan pengaruh cuaca kepada mereka. Kalau anak yg dibawah 3 bulan seeloknya dikurung sepenuh masa dan diletakkan dibawah kawasan berbumbung. Anak ini perlu diselimutkan dengan net nyamuk atau net guni pada malam hari atau waktu siang kalau hujun turun. Air minuman yang di beri mestilah dari sumber yang bersih. kita perlu menutup reban seawal mungkin sebelum malam menjelma bagi menghalang nyamuk masuk kereban asuhan..

2. Perhatikan keadaan longkang didalam reban. Kalau kita ada longkang samada yg tanah atau yg bersimen.. anda perlu membersihanya bagi melancarkan perjalanan air yg mengalir.Sebarang sekatan atau timbunan sampah akan menyebabkan banjir kilat dan memudaratkan ayam kita nanti. Hujan lebat yg turun tanpa henti selama 3 jam mampu menyebabkan bajir kilat secara tiba2 sekiranya reban kita tidak dibina longkang. Air banjir kilat ini akan merosakan tanah dan mengalakkan pertumbuhan cacing halus. Cacing ini sangat memerbahaya kepada ayam sekiranya ayam mematuk makanan yg diatas tanah. Cacing ini akan masuk kedalam sistem peng hadaman ayam dan membawa penyakit.

3. Perhatian segala lubang dipagar reban kot2 ada sbb masa musim hujan ini haiwan pemangsa terutama yg suka menjalar akan mencari tempat perlindungan yang lebih kering atau panas. Reban kita kekadang menjadi port terbaik untuk mengelak hujan menimpa. Jgn terkejut kalau masa hujan lebat dan banjir kilat.. reban kita dikunjungai oleh tali pingang berbatik..

4. Pastikan semua peralatan disimpan ditempat ang sepatutnya dan tidak terkena hujan, ini akan mengelakkakan kerosakan peralatan. Dedak n makanan juga perlu diletakan ditempat tinggi, kering dan selamat.

5. bagi ayam matang pula.. pastikan semua tempat tidor mereka dibahagian luar(kalau ada) ditanggalkan supaya ayam ini tidak tidur dengan bertenggek dikawasan yang tak berbumbung. Terdedah kepada hujan berpanjangan pada waktu malam yang membawa kepagi boleh membunuh ayam secara tidak langsung. Kalau anda ada kelebihan untuk menyimpan semua ternakan anda didalam kawasan berbumbung.. kurung mereka semasa hujan.. bagi mereka yg menternak separa bebas, biasanya ayam akan mencari tempat berteduh sendiri. Namun teman nak nasihatkan kalau hujan lebat dipagi hari, jgnlah kita menunjukan diri pada ayam, sbb ayam akan mula berkumpul ditengah hujan menunggu makanan yg kita nak berikan. Akhirnya semua basah kuyup kena hujan.

6. Perhatiakn tanda2 penyakit yg melanda. Jika jumpa seekor ayam yg bersin sekalipun.. anda perlu memindahkan ayam yg sesema tadi keluar dari reban.. tindakan ini dapat mengelakkan penyakit berjangkit pada ayam lain.

7. sentiasa mengunakan vitamin dan antistress mengikut kadar yang disyorkan.

8. anda perlu mengutip telur setiap hari dan kalau boleh diwaktu pagi dan petang bagi mengelakan telur menjadi rosak terkena air hujan atau air dari kaki si ibu.

9. anda perlu membuat perancangan apa perkara yg perlu anda lakukan sekiranya banjir malanda. pelan yang baik akan menjimatkan masa perpindahan sekiranya perlu dan mengurangkan tekanan kepada ayam.

10. Pemberian makanan yg basah perlu dielakkan dan makanan tidak diberikan dengan cara menabur ditanah.

11. Lampu juga perlu dipasang pada musim banjir bagi memberi keselesaan kepada ayam dan memberi perasaan selamat.

12. anda juga perlu ada persiapan diri secara fizikal dan mental seperti keperluan penjagaan makanan dan kesihatan. Mental anda juga perlu kuat untuk mengatasi perasan sukar menternak diwaktu hujan. Anda juga perlu memastikan diri anda dilindungi sepenuhnya dari hujan bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu, Kalau anda tak sihat nanti ayam nada juga ikut tak sihat..

So banyak2lah berdoa agar ayam kita sihat dan tiada kematian terjadi disebabkan hujan yang melanda..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram