Pages

Generasi Baru VS Ayam kampung

Salam,

saja teman nak citer tentang kanak2 skang nie. Aritu teman bersembang dengan sorang otai ikan hiasan termashur yg selalu masuk tv1 dalam rancangan berunsur riadah memancing. Tergelak teman bila dia beliau bercerita tentang kanak2 zaman skang yang tak kenal ayam yg dorang duk makan sekarang. Tambah parah kalau disuruh lukis gambar ayam..

Korang nak tau bebudak itu lukis apa untuk menunjukkan gambar ayam? Dorang lukis Gambar KFC dan juga drumstik/peha ayam. Dorang macam tak kenal dah ayam kampung yang duk berkeliaran. Mungkin dorang ingat ayam yg dorang jumpa di kampung semasa pulang beraya sebagai haiwan lain yg biasa org bela sebagai pet sama macam kucing. Teman yakin 'Ramai ' pemuda pemudi skang yang bawah 30 tahun belum pernah merasa makan ayam kampung ini. Teman pun dah berumur 30 tahun baru merasa makan ayam kampung yang dimasak rendang. Kali pertama makan, teman heran dengan saiz dan 'keliatan' ayam ni. Masa mula makan tu hati dah rase tak best pasal drumstik dia kecik giler..

Tapi bila dah terkena sekali.. Penangan kesedapan dan rasenya.. setiap bahagian daging penuh dengan rasa tersendiri walaupun tidak dibantu oleh segala perisa n perasa yg ditaruk dalam masakan. Kekenyalan menyebabkan kita mengunyah dengan lebih lama dan merembeskan air liur seadanya. Kesedapan boleh dirasa disetiap gigitan dan walau sedikit bahagian digigit tetapi terasa lama berada dalam mulut.. fuhh sedapnya.. terliur teman.. terasa lapar lah pulak malam nie.. jgn2 esok kena korbankan sekor dah hehehe(dah lama tak makan nie),

Teman yakin bila mereka2 yang tak pernah makan sebelum ini terkena 'penangannya' akan menjadi ketagih kelak. Yang bestnya kandungan lemak dan lendirnya sangat sedikit dan kulitnya boleh dimakan tanpa was2. Cuma tulangnya yang agak tajam dan kalau tak berhati2 semasa memotongnya boleh tercalar jari.. apa apa pun kalau teman pilih hidangan ayam ini teman mesti carik yang ori nie. Ayam kampung kacuk pun sedap juga kalau kita makan. Teman selalu jugak beli kat pasar untuk dibuat makan sekeluarga, tetapi tak sehebat yang ori nie.. agak jauh juga lah rasenya.. tapi yg menang bab ayam kacuk nie..ketebalan dagingnya.. kelembutannya juga boleh tahan laa...

so perlukan kampen makan ayam kampung ori ini diadakan? kalau korang tak setuju pun takpe sbb teman yang pernah makan nie (dan mereka2 lain yg pernah makan) pasti setuju nak diadakan kempen hehehe.. kekadang bukan sebab khasiat pun tapi sbb kelazatanya.. ummmmahhh perhhhh.....

jaringan penternak ayam kampung..

2 comments:

peja said...

kesiannya..saya plak jenis tak kisah dulu sebab ayam kampong ori nie memang ada stok..skang pon ader datuk bela..memang ori betul..nape kater gitu..die bagi makan jagung sekali je sehari..sikit lak tu..ayam dekat beratus..tu bela secara orang tua, lepas bebas dan takda sistem langsng..tapi jual boleh tahan la..kalo sepuluh ekor leh dapat seratus lebih..tapi tu la..die bela sebela-belanya saja la..saya pernah promote suruh semelih sume sebab kalau bela ayam sabung lagi sangat untung..tempat dalam hutan..

Jarimas Pulau Indah said...

salam citypull...teman dah shooping untuk beli peralatan untuk reban teman hari nie selepas kursus semalam telah memberi sedikit sebanyak keyakinan pada teman..thanks atas apa yang diajarkan semalam.Walaupun teman nie mmg org kampung ori tapi cetek sangat ttg ayam kampung ori nie..yang teman tau daging ayam nie rasanya manis...itu masa kecik2x dulu la...rasanya dah dekat 15 tahun teman tak rasa daging ayam kampung ori nie...huhuhu
Doa dari teman muga citypull akan terus dikenali dikalangan penternak seluruh malaysia dan dijadikan sebagai rujukan...

Instagram