Pages

ayam kampung ori? satu lagi skim cepat kaya?

salam,

Aduh.. baru baru nie kita dapat melihat kupasan 360 yang menceritakan skim2 cepat kaya yang telah melanda negara kita sejak dari dulu lagi..sedih jugak lah tgk.. teman tgk banyak benda yang teman nasihatkan kengkawan sebelum ni menjadi kenyataan dan ada betulnya.. contohnya teman duu berkeras dengan sahabat2 teman yang menyertai MLM yang takde menjual apa2 produk sekalipun. kalau ada pun benda yg dijualnya hanya alat atau tak tau apa benda asal usulnya, teman ingat lagi dulu ada kawan teman yang bersungguh2 menjual ubat gigi keluaran negara asing dengan harga 120 ringgit tetapi dapat harga rm 40 kalau jadi ahli, nak jadi ahli kena bayar rm 200 dan cari 2 downline...

kan semua tu sama dengan kes skim cepat kaya.. nak dikatakan lagi sedih bila takde langsung barang yang dijual secara langsung atau secara multilevel, kalau macam Avon nie bagus lah jugak dimana pengilang barangan avon memberi harga murah kepada pengedar yang mengedarkan barangan dalam bentuk katalog kepada org bawahan.. orang bawahan ini pula mencari buyer yang membeli barangan dan setiap level akan mendapat sedikit keuntungan dengan setiap jualan barang sama ada keuntungan dalam bentuk diskaun atau sebagai mata ganjaran.. itu mungkin konsep sebenara mlm dahulu yang telah dimanupilasi pihak sekarang.. kalau ada yang tak setuju teman mintak maaf awal2 sebab itulah yang teman alamai selami ini. mungkin anda perlu lebih mendalami perkara ini sebelum menyertainya.

ada yang bertanya secara sinis pada teman betul ke bela ayam kampung ini boleh menjadi kaya? berpeluh teman nak menjawabnya.. tetapi bagi org yang dah nampak teman percaya mereka menyedarinya.. Dan jawapanya 'tidak' sekiranya anda beranggapan ayam kampung nie sebagai skim cepat kaya atau jalan mudah untuk anda menjadi kaya.. semua jualan yang akan anda nikmati adalah dari hasil perit mahung anda menternak sejak ayam ini berusia sehari lagi.. anda jaga dan ternak sehingga berusia 6 bulan sebelum boleh dijual.. anda perlu mengambil kira pula masalah yang bakal dihadapi seperti kematian, kenaikkan kos makanan, masalah cuaca, masalah lambakan (mungkin nanti) masalah pengurusan masa dan banyak lagi.. dengan menternak ayam ini ada telah terikat dengan akujanji maya dimana anda perlu memberi komitmen sekurangnya 2 jam sehari untuk penjagaan ayam tak kira hari cuti ayau tidak samaada anda sakit atau sihat.

kalau jualan anda itu nampak lumayan, itu adalah hasil usaha anda sendiri dan kepuasan dan kemaniasan untung diterima dapat anda rasai. tambahan kalau jualan anda ini dapat meningkatan kewangan anda setiap bulan danmula merasasedikit kesenangan. Kalau ada yg kata mengapa pilih kampung asli saya akan memberi tahu yangkalau kita pilih kampung kacuk semua kelebihan tidak memihak kepada kita. ini kerana ruang pasaran atau kebolehjualan adalah sangat minima dimana persaigan antara 'gajah' dengan 'gajah' sudah cukup hebat yang akhirnya kita yang si'pelanduk' akan mati tersepit ditengah2.. kalau pasaran untuk ayam kampung asli ini masih banyak dan mudah untuk kita.. cuma masa ternakan lebih panjang tetapi kekurangan itu juga dapat kita manipulasikan dengan menternak secara kecil2an secara berperingkat dan memasak makanan untukayam kita sendiri yang lebih menjimatkan.

so pikirkan lah kemana kehendak kita dan cara yang perlu kita lakukan untuk menjana pendapatan.. apa yang dipikirkan sesuai dan berpatutan. Ramai yang minat menternak haiwan berkaki empat seperti kambing dan lembu. namun tepuk dada tanya kemampuan anda sendiri. satu lagi.. jangan lah anda semua pengunjung blog saya menghantar sms dengan persoalan yang terlalu umum atau yang memerlukan saya menjelas panjang lebar seperti pertanyaan macam mana nak bela ayam, berapa kos nak bela 100 ekor ayam dan sebagainya.

Boleh dikatakan banyak kupasan yang telah saya post kan dalam blog ini dan anda perlu membacanya dahulu sebelum bertanya. Kalau ada yang tak paham bolehlah kiranya bertanya. Kalau boleh call saya untuk persoalan kerana kalau anda duk SMS kekadang saya takda cukup kredit untuk menjawab persoalan yang panjang lebar.. nak menaip di tel pun dah menjadi masalah kepada saya yang dah tak berapa cekap seperti dahulu menaip sms. Lebih baik call saya untuk berbincang lebar atau datanglah sendiri ke reban untuk 'belajar'.. terima kasih..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram