Pages

banci penternak

salam,

saje teman nak story sikit. Mengikut buku log pelawat reban teman yg tak rasmi terdapat hampir 40 pelawat yg datang kereban untuk melawat bagaimana teman menternak ayam kampung. Hampir separuh dari mereka telahpun menternak ayam kampung secara kecil2an. Cuma ada 3-4 orang sahaja yang dah ada ayam dekat 200-300 ekor. Yg lain sekadar hoby sahaja.Hampir kesemua pelawat mendapat maklumat reban teman melalui blog teman nie. Ini bermakna kesemua yang hadir adalah dari golongan yang celik IT seadanya.

So kalau sebegini banyaknya penternak yang sememangnya menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai penternakan.. teman terpikir.. kalaulah semua yang menternak ini berjaya membina empayer tersendiri atau memperkembangkan penternakan ini dengan sebaiknya. Kalaulah setiap mereka ini berjaya mengeluarkan 500 ekor ayam sebulan berterusan .. teman yakin bidang ini akan berkembang dengan lebih lanjut, Mengikut buku log jualan incubator teman.. jumlah pembeli incubator termasuk incubator dulu2 tu ada dekat 38 orang semuanya. Jumlah yg teman sangat kagum.. bukan kerana jualan teman tapi kerana faktanya.. Ini bermaksud.. hampir 40 orang penternak ini akan meningkatkan taraf kemahiran pengurusan ternakan terutama dalam penghasilan benih baru ..

so matlamat teman hampir teman capai iaitu untuk mengalakkan penternak belakang rumah memepunyai sekurang2nya satu incubator untuk ternakan. Klau nak diikutkan jika dicampur semua incubator yang telah terjual selama ini termasuk jualan dari semua pengeluar incubator dimalaysia.. teman yakin jumlah yang duk pakai incubator sekarang sudah mencecai 500 orang. Dan kalau dulu lah setahun yang dahulu sebelum penjualan incubator ini belum hangat.. pengguna benda alah ini taklah banyak sikit sangat..

so kepada mereka yang belum ada lagi incbator dan ternakan melebihi 30 ekor.. cepat2lah belajar menggunakan incubator ini demi untuk penghasilan anak benih yang lebih baik. Bagi mereka yang telah ada, mulakan langkah untuk belajar cara nak buatnya sendiri.. ini akan menjimatkan kos sekiranya ternakan bertambah berganda2 dan keperluan incubator meningkat. Klau betul2 anda tak mampu anda bolehlah serahkan tugas membuat incubator ini kepada yg pakar.. dan tugas anda yg seterusnya belajar dan terus belajar untuk menggunakan incubator dengan lebih baik disamping meningkatkan peratusan anak ayam (incubator) yg diketahui agak manja...

dari pelawat yg datang juga.. 70% adalah dari kalangan belia yang umur tak sampai 40 tahun. Dan yang paling best terpancar pada setiap muka mereka harapan dan semangat untuk berjaya dalam bidang penternakan ini. Tak kisahlah kalau anda hanya memilih untuk melakukannya sebagai kerja sampingan disampaing kerja anda yg ada sekarang.. Mungkin kerja sampingan yg anda duk buat ini nanti akan membuahkan hasil yang berganda dari gaji anda .. sapa tahu..

semalam teman berpeluang bertemu kembali saudara waa ramli dan saudara darol.. banyak yg dibualkan dan membincangkan peluang2 baru untuk ternakan ini. dalam teman berbual2 teman dapat satu idea untuk membuat satu skim yang akan teman ceritakan nanti..

so sory lah kalau2 2-3 hari ni tak update blog.. order masuk bertalu2 dan pelbagai kerenah yg seronok teman layan.. kepada saudara gerobok.. maaf atas kelewatan incubator anda..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram