Pages

Dedak naik lagi..

Salam..
ayat yang selalu kita dengar penternak merungut.. ada yang sampai tak mampu nak teruskan usaha menternak sebab tak mampu menampung kos ternakan. kalau mereka yang menternak ayam kacuk memang terus terasa perubahanya.. selalu duk pakai 2 guni sehari makanan dedak dengan kos 160 sehari tetiba kos naik sampai 190 sehari.. dah lari budget keuntungan bila kita nak jual nanti. Dengan persaingan dengan penjual lain kita penternak nie macam takde kuasa langsung nak menaikkan harga ayam nie. Berapa pemborong nak amik dengan harga tu lah kita kena jual, berkeras ngan harga kehendak kita dengan alasan dedak mahal maka tak terjuallah ayam kita sebab kuasa penentu adalah pemborong. Kekadang hasil jualan kita lebih rendah dari kos operasi.. lambat jual pulak makin tinggi kos n ayam takde sapa yang nak.

pening2 dibuatnya.. hari hari hati gundah gulana memikirkan penguasaan mereka2 yang berkempentingan yang menekan penternak yang berhempas pulak menternak. Tugasan mereka hanya mengimport dedak ini dan menjual semula.. sereka duduk didalam opis dengan keselesaan dan mengira keuntungan hasil jualan mereka. Kalau ada sedikit sahaja berita kabar angin tentang pengeluaran jagung atau dedak lain maka dengan sepantas kilat harga dedak dinaikkan. lagi menyakitkan hati mereka2 ni macam ada pakatan sulit untuk menaikkan harga dedak serentak. ikut mana pun kita tetap kena beli walau nampak macam ada persaingan antara pengeluar dedak ni. Klau yang tugasnya membeli secara lambak pakai kontena n bungkusnya semua di Malaysia, mengapa nak menaikkan harga dedak ini terlampau tinggi? kemudian kalau yang memproses dedak ini sendiri dan kebanyakakan bahan pembuatanya datang dari negara sendiri kenapa seguni dedak berharga hampir RM 100? kenapa 5 hinga 10 tahun dahulu harga dedak nie tak sampai pun 30 seguni? ada barang 'baik' kah diletakkan didalam dedak nie?

ini semua dalah permainan dalam perniagaan. Permintaan tinggi (terutama penternak kecil) maka harga pun tinggi lah...Klau semua dah pandai buat dedak sendiri makan jatuh menjunam lah harga dedak nie.. tetapi masa tu dengan harga dedak yng jatuh.. takde pulak kita dengar pengilang nie gulung tikar.. so pikir2kanlah..

Tetapi kita terpikir jugak.. napa kita nie terlalu bergantung sangat degan dedak komersial nie.. kalau zaman tuk kaduk kita dulu takde kisahpun pasal dedak nie kenapa skang kita macam terlalu bergantung kepadanya? munkin momokan dari semua org yang mengatakan dedak komersial adalah satu2nya sumber makanan yg boleh digunakan..? atau sifat malas kita untuk belajar atau mengumpul makanan kita sendiri? Rata2 teman lihat semua penternak skala besar memasak makanan rumusan mereka sendiri untuk ternakan mereka.. kalau ayam pedaging pulak.. mereka akan mendapat harga dedak yang jauh lebih rendah dari harga pasaran.. kekadang jagung dibeli dengan harga RM35 seguni dengan harga pasaran RM 50 seguni. Berapa pula harga pemborong itu dapat dan berapa pula harga pengimport ini jual? dan berapa pula harga kalau petani jagung ini jual kepada pengilang?

Oleh itu satu formula pengiraan sumber khasiat perlu dikira dan semua khasiat perlu diberikan kepada ayam ternakan kita. Mulakan denagn memberi makanan asal seperti sumber kabohidarat, protein, lemak, dan lain2. semua makanan yang dimakan oleh manusia boleh dimakan oleh ayam keran ayam adalah haiwan omvivor. Tetapi jumlahnya mungkin berbeza dengan manusia dan diet yang berbeza. Klau anda berjaya menemui formula anda sendiri.. bayangkan lah apa akan terjadi kepada harga dedak nanti? mungkin pada ketika itu kita lah raja yang mempunyai kuasa telunjuk untuk menentukan harga yang patut dijual..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram