Pages

aku bela 10 ko bela 100, aku bela 100 ko bela 1000

salam,

saja teman nak ngomel pasal ragam penternak kita yang menternak secara kecil-2 nie. Yelah selagi ternakan kita tak melebihi 5000 ekor kita masih digelar penternak kecil2an. bukan teman nak ngata atau komplian tetapi teman nak cerita sikap teman sendiri dan beberapa penternak yang mula hidung tinggi bila ternakan mula berkembang. kalau yang mula menggunakan incubator dan anak2 ayam mula keluar dari incubator(nak2 pulak incubator buat sendiri) kita dah rasa cukup hebat. rasenya ilmu didada dah cukup dan boleh berdiri sama tinggi dengan otai2 yang menternak ratusan ribu ayam nie. Macam teman juga rase gembira menetaskan beratus anak ayam kekadang menimbulkan rasa riak tersembunyi(perasaan semulajadi) yang kekadang tak dapat kita selindungkan terutama ketika berbual.

Namun bila kita berkunjung ke reban2 mega yang incubator untuk menetas 1000 telur nya pun dekat 5 biji berderet2.. kita mula rase kerdil sekali. kekadang rasa malu nak berbincang dengan mereka yang kekadang menayakan soalan cepu emas bagai mana kita menternak ayam kita sendiri. Sifat ini perlu untuk memastikan kita sentiasa belajar dan rase rendah diri dengan ilmu yang ada didada. Kesimpulanya sebagai penternak kita tak bolehberhenti belajar dan belajar kerana ilmu menternak ini tidak terhenti apabila kita mula mengeluarkan hasilnya nanti, setiap masa ada sahaja peluang untuk meningkatkan ilmu dan cara penternakan ini serta menambahbaikkan sistem yang ada.

namun yg menyedihkan sekiranya dengan kejayaan menetaskan anak ayam barang puluhan ekor hari mula riak dan ego terhadap mereka yang sedang bertatih memulakan penternakan, ilmu dikongsi dengan sikap acuh tak acuh dan kekadang memandang rendah mereka ini. Kekadang merasakan soalan2 yg diajukan mereka melemaskan tengkuk kita yang merasakan kita dah otai.. Jgn lupa yang suatu ketika dahulu kita sendiri pernah berada dalam kedudukan mereka dengan menebalkan muka menayakan otai2 yg sedia ada soalan2 penternakan dan kekadang kita sendiri tahu betapa 'Bodohnya' soalan kita pada ketika itu. renung kembali pada masa otai2 ini melayan kita dahulu? sama ke ngan kita sekarang? hehehe nie hanya untuk menasihatkan diri sendiri je nie..

sebenarnya dari pengalaman teman lah sebagai penternak.. memang ada bezanya kalau kita menternak 20 ekor, 200 ekor dengan 2000 ekor. kalau setakat 20 ekor kita leh mantain perhatian dan semua perubahan n masalah senang nak atasi. anak yam yg baru lahir pun kita belek ak sudah2, yg induk dibelai bagai pet seadanya.. tapi bila dah ada 200 ekor kita mula tak kenal ayam kita.. yg menonjol sifat n perangainya sahaja kita dapat cam. kekadang ilang 10-20 ekor pun kita tak perasan. Apatah lagi kalau kita dah ternak 2000 ekor.. lagilah.. tugasan harian direban dan mula membebankan n mula mencari pekerja. Dan dengan tanggungjawab diserahkan kepada pekerja kita lepas tangan seadanya.. kekadang terabailah ayam kita akibat kurang perhatian atau sikap pekerja yg kuat "wayang" depan kita.

so perhatian dan jagaan perlu sama dan setaraf walau ternakan berganda. pengurusan masa perlu dan keseriusan menternak menjadi keutamaan. Jgn harap RM di penghujung kalau usaha anda setakat paras hidung..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

cikgu peja ladang said...

huhu..bagus tu abe pull..saye lu camtu gak..bela cikit tak paan..beli ibu banyak2..tetas pertama kali memang banyak..anak nak tunggu besar macam2 penyakit...biler besar tak tepati standard plak..semelih sumer..cari breed baru..tup2,,kene bohong..duit berabis..ayam takleh nak jual..ditambah lagi dengan buyer yang nak beli rega cam ayam kampong...padahal kiter beli anak ayam tine dah 3 ekor 1k ..kel;as ayam biasa..kalau bela ayam sabung dan ayam serama banyak cam abg berutung nyer..tu yang kalau bleh abe boleh bagi sedikit cadangan atau motivasi ker..

Instagram