Pages

Memupuk minda penternak kelas pertama

Salam,

Cerita teman pada hari ini adalah mengenai sikap kita sebagai penternak ayam. Seringkali pengunjung reban teman bertanyakan prospek pasaran ayam kampung selain bagaimana nak menjana pendapatan lumayan dari penternakan ayam kampung ini. Dari kesemua lawatan, bolehlah teman simpulkan, yang mereka yang telah sampai kereban teman mempunyai keyakinan bidang penternakan mampu menjana pendapatan mereka seisi keluarga. Tak kurang juga bercita2 untuk berhenti bekerja dan menjalankan perniagaan ini sepenuh masa.

Teman juga ada berbincang satu agenda mengembirakan dengan saudara waa ramli yang terkenal di Bicara JUtawan. Apa yang teman puji dengan sikap beliau yang sentiasa nerpandangan jauh dan bekerja seperti seorang saudagar. Apa yang teman nak tekan kan disini selain dari kita menternak kita juga perlu melatih diri menjadi perniaga. banyak latihan diberikan kepada usahawan muda atau sesiapa sahaja untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan. Tanpa kita sedar, sikap kita sendiri yang mengalang sikap peniaga tumbuh dalam diri. Kita sering segan untuk menjual ternakan kita tambahan lagi nak menebalkan muka duduk dikaki lima berjam-jam menunggu pelanggan.

Namun bagi mereka yang dah berani untuk tampil kehadapan dan berjinak2 menjadi peniaga teman ucapan syabas. satu nasihat dari teman agak anda teruskan usaha itu dan jagan sekali putus asa dalam penjualan anda. Jangan kerana jualan anda tidak mendapat sambutan atau jatuh rugi.. anda terus putus asa dan menjual barangan anda dengan harga lambak yang tak masuk akal.. atau anda terus berhenti menjual dan mengharapkan sepenuhnya kepada orang tengah yang tersenyum mendapatkan hasil berganda dari usaha kita.

Apa yang dikata minda kelas pertama bagi penternak ayam kampung ini adalah dari espek pengurusan itu sendiri termasuk pengurusan pemasaran. Perancangan haruslah tepat dan ilmu sentiasa dicar walaupun dah berada di tangga atas hairiki perniagaan. Mantapkan fasa pemeliharaan dan tingkatkan peratusan keuntungan dengan mengelakkan pembaziran sumber bekalan atau makanan yang dilakukan kerana kejahilan kita sendiri. Anda perlu berdiri dikaki sendiri dan elakkan rasa sombong dan bongkak. Keikhlasan dan doa adalah senjata utama untuk sukses. Dari segi pemasaran pula anda perlu memastikan produk anda dapat dilihat,dipegang dan diketahui oleh pengguna disemua tempat bagi meningkatkan peratusan pembelian. Disamping itu branding atau penjenamaan juga penting berikutan imej produk anda perlu dinaikan dan diperkenalkan bagi menjamin pasaran akan datang. Jangan ragu2 untuk mendaftar perniagaan anda dan produk anda untuk mengelakan peniru peniru dipasaran. Dengan sedikit usaha si peniru ini akan mengaut keuntungan dengan idea anda dan bertindak seolah lanun dalam perniagaan.

Tindakan lanun2 ini bukan perkara baru dalam perniagaan. Bahkan akta Intelektual diadakan kursus untuk menagani silanun peniru ini. Bayangkan kalau kita bersusah payah mereka sebuat produk baru yang memerlukan semua kos dan tenaga yang kita ada. Dan produk itu diterima baik oleh pelanggan. Menyedari potensi produk tersebut silanun ini akan meniru barangan tersebut dan menambah sedikit ciri berbeza bagi menjadikanya barand mereka sendiri. Sebenarnya anda perlu mereka atau menambah baik barangan yang dah sedia ada namun anda perlu pastikan idea itu datangnya asli dari diri anda sendiri. Bukannya dengan meniru bulat2 hak cipta orang lain dan berdebik dada bangga menjual barangan ciptaan orang lain. Mungkin juga perkara yang lebih dasyat akan terjadi kepada anda sekiranya anda teruskan usaha anda ..

Untuk memastikan anda terus maju dalam perniagaan ternakan ayam kampung ini, semua aspek perlu diambil kira. Sebarang pelaburan perlu dikira dari segi ketahanan jangka panjang. Walaupun pada mulanya kos yang dikeluarkan nampak sangat tinggi, namun anda menang dalam perbelanjaan pembaikian dimasa hadapan. Disamping itu, kekuatan ketahanan diri juga penting untuk menternak dalam jangka masa yang panjang. Anda perlu meng"set"kan fikiran untuk menternak dari permulaaan dan menjangka akan berterusan selama 10 tahun mungkin. Dan setiap tahun anda perlu melakukan semakan kembali prestasi perniagaan anda dan membentangkannya kepada ahli keluarga memandangkan anda mungkin tiada lagi pekerja dalam pengurusan.

Apa apa pun sebagai penternak, kesanggupan anda untuk kelauar dari kepompong anda sekarang akan menjadi tiket kejayaan anda pada masa hadapan. Tetapi anda jangan harapkan kejayaan itu akan menjelma dalam sekelip mata atau anda telah menjadi kaya dalam satu pusingan penternakan sahaja.. Selamat menternak..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram