Pages

Leh jualke ayam kampung nie?

Salam,

Baru teman paham rupanya, kenapa ada lagi yang was was dengan penternakan ayam kampung ori nie, nampak macam ada persoalan yang timbul dikalangan penternak atau bakal.Persoalan pertama yang kerap timbul adalah "leh jual ke ayam kampung nie".

Rupanya teman terlupa nak bagi tau awal2 dulu mengapa teman memilih untuk menternak jenis ori ini(janis untuk panggilan sama seperti kacuk yg yg xda jenis tertentu, cuma ciri2 yg menetukan). Sebenarnya setahun setengah dahulu Org tua teman teringin nak makan ayam kampun nie, ayam yang biasa org tua dia bela di belakang rumah. Yelah kalau dah org tua mintak kita kenalah usahakan untuk cari.

Dekat seminggu mencari termasuk semua pasar berdekatan teman tak jumpa sekor pun. Semua penjual ayam kampung mengatakan yg ori nie ssusah sangat nak dapat dan hanya ada dijual pada waktu pagi pagi pada ari ahad oleh penjual perseorangan(apek moto). Itupun nasib kalau ada. so yeman tunggulah pagi tersebut tetapi malang terlewat 5 minit je dah habis semua terjual(walaupun apek tu baru duduk tak sampai 10 minit). So teman terpaksa pi umah ke umah untuk membeli ayam kampung nie. Rata2 yang ada ayam tak nak jual pasal ayam dorang dah habis diborong oleh apek tadi. Last2 jumpa juga yang nak jual n beli. Nikmat terasa dan kepuasan terpancar bila dapat menikmati ayam kampung asli yang sangat lazat dan membuka selera. Cuma masa tu teman terkejut(sebenarnya masa tu lah kali pertama teman makan ayam kampung asli) dengan saiznya yang kecil dan sedikit liat (pejal bertekstur buka keras macam selipar hehehe) dan tulangnya yang adak kecil dan tajam. rasenya dengan kesedapan itu rasenya boleh teman menghaboskan sekor sorang2..

So dari keperitan itulah teman terpikir mengapa takde org nak bela ayam ini. Kenapa permintaan sangat tinggi tetapi takde org nak penuhi?? Semua perkara ini dah dipikirkan oleh pengusaha ayam kampung dulu2, Perkara yang meresahkan mereka adalah tempoh matang ayam ini yang terlalu lama dan jumlah daging yang sedikit untuk dijual. so macam2 cara dilakukan untuk mengatasai perkara ini termasuk mengacukkan dengan baka yang lebih banyak dagingnya. Hasilnya jadilah ayam kampung janis baru yang berderet2 dipasar pagi sekarang. Kena pulak ada syarikat besar menternak ayam ini secara skala besar(industri level) dan menjatuhkan harga ayam sehingga menjadi 8 ringgit seekor. Sudahnya rupa n rasa ayam kampung ini perlahan2 balik kepada ayam daging yg duk ada skang.

So otak sebelah kiri teman( otak kreatif) berjalan n belasah cuba untuk menternak ayam ini. Puas berjalan n mencari ayam ini sehingga sekarang dah setahun lebih teman berkecimpung. Insyallah dengan ilmu didada teman akan mengembangkan cara ternakan ini dan membolehkan semua org makan ayam yg lebih berkhasiat dimasa hadapan. Kepada mereka yg berminat nak belajar bolehlah cari teman kerana kerja menternak ini bukanya kerja yang mudah sebenarnya kalau tidak tahu cara. Kalau dulu masalah kematangan lambat menjadi kelemahan ayam kampung ini sekarang teman tukarkanya dengan menjadi kelemahan ini menjadi kelebihan pulak dengan mendidik org ramai betapa baiknya memakan ayam dari baka SLOW BREEDER atau ayam membesar dengan perlahan.

satu lagi yang ramai ragu2 adalah harga ayam ini mahal sangat dan mereka merasakan tidak berbaloi untuk menjual dengan harga ini. Takut takde orang beli. Tuan2 kena paham kenapa harganya menjadai mahal.. satu kerana masa ternakannya yang lama kedua ketiadaan baka atau org yang berminat nak menternak jenis ini. Dengan tindakan pengeluar benih yang memberhentikan pengeluaran jenis ini menyebabkan ayam ini diambang kepupusan.. HEHEHE takde lah diambang kepupusan tapi sangat sukar didapati.

Mungkin kuasa pembeli kita sebagai golongna minoriti ini tidak besar dan merasakan RM 13 sekilotu terlalu mahal. tetapi berat seekor ayam ini mungkin sedikit sahaja berbeza dari ayam daging yang kita beli. Tetapi kita kena ingat bila ianya diternak dengan skala besar atau suatu hari nanti ayam ini mudah didapati. harganya mungkin juga akan turun. Janganlah risau kalau harga ini turun dan kononnya kita akan rugi sebagai penternak. Cuba pikirkan secara positif dimana kalau harganya turun dan agak mampu dibeli oleh orang ramai, pemintaan untuk ayam yg lebih sihat ini akan bertambah. Dengan penambahan pemintaan, jumlah ayam yg boleh dijual bertambah dan akhirnya keuntungan masih dipihak penternak. Dengan tidak bergantung kepada pengeluar dedak komersial lagi, bukan sahaja kos penternakan dapat diminimakan malah kuasa penentu harga kini ditangan penternak bukan lagi dikalangan peraih(org tengah) atau pembuat dedak itu sendiri..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram