Pages

Rainbow Termostrart?????how bad???



Salam,

teman buka dengan cerita desas desus yang mengatakan termostart jenis Raibow mempunyai banyak kelemahan serta tak berfungsi seperti yang dirancangkan. Dan juga teman terdengar atau terbaca tentang kebimbangan pengguna benda ini yang dikatakan mengurangkan peratusan penetasan telur. Ada yang kata termostrt jenis ini langsung tak layak untuk mengeramkan telur yang berkualiti tinggi seperti ayam belanda jenis mahal, ayam mutiara atau merak sekali pun.Pelbagai hujah diberikan sehingga mendatang keraguan pengguna untuk membelinya. Tetapi yang teman nak tergelaknya penjualan incubator ini sangat laris sehinggakan kalau dahulu dijalan pasar, termostrt ini diletakkan didalam kotak dan disimpan di stor belakang. Tapi skang dah Terdisplay dibahagaian depan kuanter dan jumlah yang diletakkan agak banyak. Sungguh menabjubkan hehehe.. means dah ramai orang mula pakai dan dah ramai pembuat incubator sama ada untuk pakai sendiri atau untuk dijual..

Sebenarnya perkara ini bagus dan sangat mengembirakan teman. Lagi ramai org pakai incubator lagi bagus sbb ianya menunjukkan kita dah beralih satu tangga lagi keatas dalam menternak ayam kampung ini. Kalau betullah brand ini tidak bagus teman pun nak juga mencari brand lain yang ada kalau ada dipasaran. Entah mengapa teman gagal jumpa langsung sebarang brand lain, tu yg kekadang naik pening dimana kengkawan lain dapat beli brand itali , japan dan sebagainya..

berbalik kepada keberkesanan Rainbow ini, teman dah guna brand ini sejak mula2 guna incubator. dah dekat seribu 2 telur ditetaskan menggunakan brand ini dan yg kelakarnya hanya menggunakan incubator cabuk yg designnya agak huduh hehehe.. byk juga telur yang tak menetas masa guna incubator ini. mula2 dulu sangat teruk sampai peratusan tak menetas sehingga 20%. tapi makin lama n makin paham cara ia berfungsi sehingga berjaya mendapat 95% penetasan (selepas candling) walaupun telur seperti belanda, mutiara dan itik/angsa. Sebenarnya kalau syarat yang perlu untuk menetaskan telur dipenuhi, apa saja konsep dan cara boleh digunakan dan telur akan menetas juga..

Sebenarnya trick untuk guna raibow ini adalah pada seting suhu dia.. mungkin pembuat incubator yg baru mencuba atau yg dah lama dah tersalah nak mengseting semua aspek untuk dalam incubator. Rainbow asalnya digunakan untuk mengukur suhu cecair atau bendalir seperti air, minyak dan sebagainya yang memerlukan kepanasan tertentu. Haba pendam tentu bagi air tak sama dengan haba pendam tentu bagi udara. (haba pendam tentu-haba yg disimpan oleh sesuatu objek dan jumlah kadaran haba yang diperlukan sebelum ia mula berubah suhu semula dari sumber haba luar). So jenis ini lazimnya tak beberapa sesuai untuk digunakan untuk penentu ukur suhu diudara(dalam incubator). Termometer yang lebih sensetif sensornya serta julat suhu yang lebih kecil diperlukan untuk kegunaan incubator. Tapi memandangkan kesukaran mendapat serta harga yang lebih mahal .. teman gunalah brand ini seadanya. Namun ini adalah tips/trick untuk menggunakan termostrt jenis raibow..

1. cara nak letak senser dia(batang). anda perlu meletakan senser dia melintang dan sama paras dengan ketinggian telur. JGN letakkan tegak berdiri dengan hujung batang senser tu cecah permukaan telur. Itu adalah cara yang salah. Sbbnya? ya.. batang senser adalah dari hujung bahagian keras sehingga pangkalnya(sebatang pensel/yg ada skru berpenebat plastik) dan bukan pada hujung dia yg leper tu sahaja. So kalau kita berangapan yg senser dia hanya terletak dihujungnya anda salah, Ingat benda ini digunakan pd mulanya untuk periksa suhu keseluruhan suhu bendalir. Klau anda letak terjuntai kebawah suhu panas(yg berhampiran mentol) akan mempengaruhi bacaan anda. lekatkan keseluruhan batang keras itu sejajar atau sama paras dengan telur..

2. kalau boleh letakkan kepala termostart ini diluar supaya tak terpengaruh dengan suhu dalam, Sbb tu setting skru dia pada badan adalah dengan lapisan pemutar penentu ukur. dan juga mudah kita nak setting balik dengan mendapat bacaan sebenar suhu dalam incubator.

3. set suhu antara 35.5 hingga 39.5.. Banyak org silap bila mengatakan suhu ideal untuk menetaskan telur ayam adalah antara 39 hingga 39.5 darjah. Anda yakin dengan sumber ini. Pernah membuat kajian dengan melekatkan senser pada permukaan telur dan letakkan dibawah perut ibu? ingat bukan suhu badan ayam tapi suhu dipemukaan telur sbb ianya melibatkan perpindahan haba antara kulit perut ibu dengan telur yg melibatkan faktor kehilangan haba kepersekitaraan. Jawapan untuk suhu yg Ideal adalah 37 darjah sebenarnya.. So macam mana nak manupilasi rainbow yang julat suhu 4 darjag celsius?????

caranya adalah untuk set incubator anda untuk menyala hanya dalam masa 2 minit dan terpadam selama 5-6 minit. Anda kenalah usaha untuk mendapatkan seting ini. Yg penting ada peredaran udara segar dari luar dengan mengaal jumlah lubang udara yg anda buat. Klau terlebih lubang pun takpe. anda boleh tutup semula dengan pitatape. Guna stopwatch untuk cek temph dia.. kalau anda dapat seting ini cukup bagus dah.. sbb???...

Rainbow akan menyala bila suhu cecah 35.5 terpadam pada 39.5. So masa terpadam selama 6 minit. udara perlahan2 kehilangan haba yg keluar dari lubang udara dan diserap pada telur serta bekas. Tempoh peratusan masa suhu berada dalam lingkungan 36 hingga 38 darjag adalah 70% dari keseluruhan tempoh suhu mengikut minit(korang boleh ikut tak?) dan apa bila menyala pun sama- walaupun dia menyala sekejap sahaja(kuasa pemanas mentol yg lebih cepat dari kehilangan suhu waktu terpadam) tetapi peratusan suhu pada darjah 36-38 tetap sama. So telur akan sentiasa dalam range 36-38 dengan peratusan 70%. ITULAH TRICK DIA. kalau kita guna termostrt lain yang perbezaan darjah hanya 2, kita perlu setkan kepada 37 darjah bukannya 39 seperti yg digunakan untuk Rainbow.

4. anda wajib menggunakan termometer untuk menentu ukur suhu 35.5 dan 39.5 dan bukannya dengan melihat pada bacaan tombol pada termostart rainbow. Kalau dah dapat bacaan dia biarlah kat raibow tu terkena jarum dia pada 45 darjah sekali pun takpe yg penting suhu pada permukaan telur. Termometer tu pula diletakkan diatas telur bukanya digantung pada dinding..

Namun banyak lagi faktor untuk membolehkan peratus penetasan ditingkatkan. Saya sambung post lain..

gambar atas adalah incubator yg pernah digunakan dulu .. skang tinggal 2 je pasal org nak beli juga yg teman pakai .. mungkin tak sanggup menunggu kot masa nak menempah.. yg sebelah dia adalah termostrt yg saya guna..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram