Pages

Penyakit Ayam

Salam,

Banyak sebenarnya pertanyaan yang teman terima mengenai penyakit ayam ini. Kalau dulu teman sendiri pun serender tentang penyakit ini namun pelbagai web site dan buku teman baca untuk memahirkan diri. Sebagai penternak, kita perlu tahu beberapa penyakit yang biasa menyerang ayam terutama ayam kampung. Walau kita sebelum ini lebih selesa dengan penyakit yang dikenali dengan pelbagai nama mengikut gelaran setempat dan menggunakan pelbagai kaedah tradisional untuk menyembuh penyakit, namun penggunaan teknologi lebih moden lebih meyakinkan.

Untuk tujuan pengenalan, setiap kali anda berdepan dengan ayam yang sakit, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengasingkan ayam ini sejauh mungkin dari ayam yang lain. Kemudian anda perlu melakukan external postmortem atau pemeriksaan luaran bagi ayam yang sakit tersebut. antara perkara yang perlu anda periksa:

1. dubur ayam
2. mata dan mulut
3. keadaan bulu dan kepak.
4. berat ayam
5. muka dan badan ayam
6. pernafasan ayam
7. tanda tanda ganjil pada ayam.

untuk memudahkan kita mengenali penyakit dan memilih ubat.. semua tanda tanda yang dilihat secara kasar pada ayam perlu dikumpulkan dan dibuat kesimpulan. Namun ciri ciri ini lebih mudah kalau kita mengkatogori kepada bahagian2 yang menunjukan ciri itu sendiri seperti adalah ia berkaitan dengan sistem saraf, pernafasan dan sistem penghadaman. so dibawah adalah beberapa penyakit yang biasanya terjadi direban kita:

1. Penyakit jangkitan parasit seperti tungau, kutu, hama dan nyamuk
2. penyakit Fowl pox atau avian pox
3. penyakit saluran penafasan seperti Aspergillosis, infectious bronchitis atau LB, Avian influenza atau sesema burung,coryza , ILT,CRD,newcastle disease ND,
4. penyakit berkaitan dengan saluran pengeluaran telur seperti pullorum disease
5.penyakit berkenaan saluran pencernaan dan usus seperti cacing,coccodiosis,
6. gangguan sistem saraf seperti crazy chick,Marek,fowl cholera,

kesemua penyakit yang biasa kita hadapi ini akan teman kupas dengan bahasa yang lebih "mudah" di pos yang akan datang untuk kita memahami memandangkan pembelajarannya yang penuh dengan bahasa sains dan istilah yg nak sebut pun payah. Kekadang terasa macam masuk skolah balik je apabila teman buat kajian tentang benda ini. So tak sia2 lah usaha teman membedah semua ayam teman yang mati dan merekodkan pemerhatian teman, Akhirnya semua tanda ini mendapat jawapanya apabila teman membaca dan membandingkan kesamaan tandanya dengan rujukan teman di Internet.

Namun apa yang penting selalunya kita akan terjumpa tanda tanda berikut pada ayam kita:

1. ayam berak kapur seperti ada cairan putih seperti kapur makan. kadangkala basah cair dan kadang2 keras dan merjeli
2. ayam berak kuning atau cairan kuning dapat dilihat pada bulu dubur ayam
3. kepala ayam terpusing pusing seperti patah atau leher terteleng kebelakang
4. kepak ayam jatuh dan ayam nampak lesu dan lemah
5. ayam mati secara tiba2 tanpa ada tanda
6. mata ayam membengkak dan mata keluar nanah putih
7. ayam tercungap2 dan terbuka separuh untuk bernafas
8. muka membengkak dan berkudis luka
9. ayam seperti mati atau lumpuh sama sekali tetapi bila diperiksa masih bernyawa
10. ayam jadi sangat kurus dan kuat minum air.
11. ayam bersin dan mengeleng2kan kepala.

semua tanda tanda ini mewakili penyakit yang berbeza dan perlu dirawat dengan ubatan yang berbeza. Kita sering mengkatogori simptom panyakit ini dan beranggapan penyakit ini dapat diubati dengan satu jenis ubat sahaja tanpa menyedari uabat yang diberikan tiada kesan berikutan penyakitnya berbeza. Teman juga sedang mencari pembekal ubat ini khas untuk penyakit ayam yang berbeza. Oleh itu jika ada antara kita mengetahui pembekal ubatan ayam ini, teman mohon jasa baik untuk menghubungi teman dan teman akan berusaha untuk mendapatkan bekalan ubat ini. Teman akan mengkatogorikan ubat ini dan membuat satu jadual lengkap dan boleh dijadikan panduan kepada semua penternak diMalaysia. So teman harap tiada lagi kesulitan penternak sekalian berikutan dengan masalah kematian yang kerap berlaku direban. Dengan adanya rujukan dan panduan ini peratusan keuntungan perniagaan kita dapat ditingkatkan.. ini juga dapat menyelesaikan masalah kedinginan pihak berwajib yang sepatutnya membantu penternak mengawal penyakit..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram