Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • KISAH SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • Download
  • TOPIK LAIN
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion
Salam,

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kadar penetas telur dalam incubator. Kalau secara tabii, kita memilih ibu yang baik atau ibu yang pandai serta berpengalaman mengeram telur. Namun jikalau didalam reban kita tiada ibu yang 'pandai' mengeram atau banyak sangat penganggu yang lain incubator adalah langkah yang perlu dilakukan.

Namun dalam kita ghairah mengunakan incubator, kita seringkali akan hampa sekiranya telur yang dimasukkan tak menetas setelah sekian lama mengeramkannya. Mulalah anda menyalahkan incubator ini sedangkan anda sendiri pasti dengan seting suhu dan kelembapannya.

Antara punca masalah telur tak menetas adalah:

1. faktor telur yang dijangkiti kuman. Tanpa anda sedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan didalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. telur yang tecemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkanya didalam incubator yang telah mengandungi telur lain.

2. Kedua adalah telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh sijantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan sijantan memanjat sibetina. Ada banyak sebab mengapa sijantan gagal memanjat sibetina diantaranya kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan sijantan berjauhan dengan sibetina. telur yang tidak tidak akan menetas waalupun apa pun dilakukan terhadapnya.

3. jangkitan sekunder dimana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh didapati disekitaran bekas incubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas didalam incubator tersebut.

4. masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.

5. pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.

6 Faktor telur yang telah rosak sebelum ia dimasukkan didalam incubator berikutan dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan didalam incubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.

Jangan terpengaruh sekiranya ada pihak yang mengatakan beliau berjaya menetaskan kesemua telur yang dimasukkan didalam incubatornya. Kalau ada sekalipun, ada kemungkinan besar beliau akan menghadapi masalah sama iaitu telur kurang menetas untuk bacth atau group penetasan akan datang kelak.

Seperti kebanyakan pengusaha bekalan benih yang terdapat dinegara kita.. mereka biasa menggunakan wasap atau asap yang terjadi dari tindak balas bahan kimia yang digunakan untuk membasmi kuman didalam incubator serta menbasmi kuman pada permukaan telur itu sendiri. Oleh itu tanya diri anda sendiri andakah anda memastikan telur yang anda masukkan didalam incubator itu benar2 bersih dan bebas kuman. dan adalah anda memastikan suhu dan kelembapan terjaga. Ini berikutan tiada pihak pengeluar incubator yang boleh memberi jaminan bahawa incubator keluarannya mempunyai kadar penetas 100% sekiranya kita memasukkan telur. Kalau betullah ada yang mengatakan berikut.. teman nak jumpa pereka tersebut dan ber'salam' denganya kerana beliau dengan jelasnya mempunyai keboleh tangan 'tuhan' untuk memastikan telur yang keluar 100% menetas hehehe...

sebagai pengguna, termasuk teman sekalipun perlu memastikan bahawa incubator ini anya alat bantuan menetaskan telur bukannya satu alat yang menpunyai 'majis 'nya sendiri untuk menetaskan telur.
0
Share
salam,

bagi kebanyakan mereka yang telah melawat reban teman pasti sudah tahu yang reban teman terletak dibelakang rumah sahaja. dan bagi mereka yang kali pertama pasti akan mengatakan ayat sebegini" laaa reban kat belakang rumah je ke?"

Ya, kalau diperhatikan tajuk blog teman adalah backyard poultry farm atau ladang ternakan unggas belakang rumah hehehe.. memang dari depan rumah, pengunjung takkan perasan yang reban teman berada dibelakang rumah. Dibelakang rumah ada kawasan lapang seluas 1/2 ekar yang teman dirikan reban sebesar itu juga. Habis keseluruhan tanah ini teman pagarkan untuk mendapatkan keluasan maksimun reban teman.

Dan teman yakin dengan pengurusan yang terbaik dan menjaga kebersihan reban, reban teman ini kelak dapat mengeluarkan 2000 ekor ayam sebulan untuk jualan daging ke pasaran setempat.
0
Share
Salam,

teman nak bagitau yang pihak kami citypullagro akan menerbitkan buku panduan menternak yang sedang dalam perbincangan dengan pihak penerbitan, Jangkaan kami proses ini mengambil masa 2 bulan dari tarikh perbincangan dengan syarikat penerbit buku. Kami akan mengeluarkan 5 buku bertajuk seperti dibawah:

1. Cara membina incubator dan menggunakanya dengan betul
2. panduan lengkap pengasuhan anak ayam kampung
3. panduan lengkap menternak ayam kampung asli cara citypull
4. panduan lengkap pembinaan reban mengikut konsep penternakan
5. perancangan penternakan ayam kampung bagi menjana pendapatan

Harapan pihak kami agar buku keluaran kami mendapat sambutan dari penternak terutama disemenanjung Malaysia. Anda akan dimaklumkan sekiranya jualan buku ini akan dilancarkan kelak. dengan adanya panduan seperti ini, kami berharap agar semua penternak kecil atau secara tradisioanal dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan cara penternakan mereka dan menjadikan ternakan ini satu sumber pendapatan yang manpan. Amin..
0
Share
Salam semua,

teman nak cerita nie.. kita sebagai penternak yang dah sedia ada atau yang baru nak mula perlu memilih bidang mana yang nak kita nak lakukan. Maksud teman, pemilihan kita sama ada untuk membuat pusat pembenihan atau pusat pembesaran ayam untuk jualan daging. Terdapat banyak perbezaan untuk meng'set' kedua2 jenis bidang ini. Anda perlu yakin dengan pilihan anda. Kebanyakkan penternak mahu melakukannya serentak dimana menggunakan konsep menternak ayam kampung matang dan menunggu telur untuk dieramkan. Kemudian hasil anak benih sendiri ini akan dibesarkan dalam reban yang sama sebelum dijual kepada pembeli. Cara ini bagi kita seolah2 menguntungkan kerana beranggapan kita tak perlu membeli benih dan semuanya didapati sendiri direban. Namun teman dah banyak membuat bacaan serta lawatan kereban tradisional ini. Dari kesemua reban lawatan teman, teman rasa hanya ada satu dua sahaja yang berjaya memperolehi pendapatan yang boleh dibanggakan. Itu pun bagi teman sepatutnya tuan punya reban boleh menggandakan pendapatannya kalau menggunakan konsep yang lebih tersusun dan moden.

Untuk penternakan untuk menghasilkan benih, tuan semua tidak memerlukan reban yang terlalu besar berikutan tujuan asal kita mendapatkan telur. Ayam yang dibiarkan bebas dan berkeliaran akan menggunakan semua tenaganya untuk merayap dan bersosial. Tenaga yang sepatutnya digunakan untuk mengeluarkan telur akan berkurangan dan hasilnya telur yang tidak sihat serta kurang jumlahnya. Dengan tiada kawalan bagi menentapkan baka yang dikhawinkan maka anak ayam yang keluar nanti tidak dapat ditentukan bakanya. Induk ayam telah mencapai usia penternakan dan melepasi usia sesuai dijual. Maka harga yang tingal bagi baka ini hanyalah kepada si jentan yang boleh digunakan lebih lama berbanding si betina yang akan menurun tahap reproduksinya. Maka ciri penternakan dan reban perlulah dilakukan seperti berikut:

1. menggunakan sistem flock kecil dimana reban dimuatkan dengan sejumlah ibu dan sejumlah bapa ayam dimana keluasan adalah bersesuaian dengan jumlahnya.
2. ayam dikengkang untuk bergerak bebas untuk memastikan segala tenaga yang diperolehi dari makanan digunakan untuk bertelur.
3. Reban perlu disediakan tempat tidur dan tempat untuk bertelur.
4. ibu dan bapa ayam akan ditempatkan didalam reban ini selama mana ayam ini masih mengeluarkan telur secara max.
5. makanan diberikan dengan cara berkala dan dipantau agar induk ini sentiasa bertenaga dan mendapat nutrisi yang terbaik
6. telur dikutip setiap hari untuk menjamin kebersihan telur dan mengurangkan pencemaran kepada telur.
7. ibu ayam yang tidak lagi aktif bertelur akn diganti dengan ibu baru.

bagi penternakan ayam untuk jualan daging, anak ayam diperolehi dari pembekal atau benih sendiri dan semestinya perbezaan umur tidak melebihi 2 minggu. anak ini diternak melalui 3 fasa penternakan yang memerlukan penjagaan berbeza. peringkat penjagaan adalah seperti dibaah:
1. peringkat usia 1 hari -2 bulan.
2. perngkat 2 bulan sehingga 4 bulan
3. peringkat 4-jualan.

setiap peringkat memerlukan penjagaan berbeza berikutan kita telah mengambil alih tugasan ibu ayam dalam mebesarkan ayam. perlu diingatkan julat perbezaan ini berbeza bagi jenis ayam kerana sifat baka dan usia matang nereka. Bagai ayam kampung asli, usia anak muda atau anak yang masih lemah dikatakan bermula dari usia baru menetas sehingga usia 4 bulan. Bagi kacuk pula ternakan hanya dikatogorikan dalam kumpulan ini sehingga usia 1 bulan sahaja.

Oleh itu pemilihan perlu dibuat untuk memastikan anda tidak rugi atau anda secara sengaja menghadkan pendapatan bulanan anda. Adalah lebih bijak sekiranya anda membahagaikan ternakan anda kepada 2 reban yang berasingan sekiranya anda ingin mengekalkan menternak induk untuk mendapatkan anak dan membesarkan anak untuk jualan daging.
0
Share
Salam,

Cerita teman pada hari ini adalah mengenai sikap kita sebagai penternak ayam. Seringkali pengunjung reban teman bertanyakan prospek pasaran ayam kampung selain bagaimana nak menjana pendapatan lumayan dari penternakan ayam kampung ini. Dari kesemua lawatan, bolehlah teman simpulkan, yang mereka yang telah sampai kereban teman mempunyai keyakinan bidang penternakan mampu menjana pendapatan mereka seisi keluarga. Tak kurang juga bercita2 untuk berhenti bekerja dan menjalankan perniagaan ini sepenuh masa.

Teman juga ada berbincang satu agenda mengembirakan dengan saudara waa ramli yang terkenal di Bicara JUtawan. Apa yang teman puji dengan sikap beliau yang sentiasa nerpandangan jauh dan bekerja seperti seorang saudagar. Apa yang teman nak tekan kan disini selain dari kita menternak kita juga perlu melatih diri menjadi perniaga. banyak latihan diberikan kepada usahawan muda atau sesiapa sahaja untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan. Tanpa kita sedar, sikap kita sendiri yang mengalang sikap peniaga tumbuh dalam diri. Kita sering segan untuk menjual ternakan kita tambahan lagi nak menebalkan muka duduk dikaki lima berjam-jam menunggu pelanggan.

Namun bagi mereka yang dah berani untuk tampil kehadapan dan berjinak2 menjadi peniaga teman ucapan syabas. satu nasihat dari teman agak anda teruskan usaha itu dan jagan sekali putus asa dalam penjualan anda. Jangan kerana jualan anda tidak mendapat sambutan atau jatuh rugi.. anda terus putus asa dan menjual barangan anda dengan harga lambak yang tak masuk akal.. atau anda terus berhenti menjual dan mengharapkan sepenuhnya kepada orang tengah yang tersenyum mendapatkan hasil berganda dari usaha kita.

Apa yang dikata minda kelas pertama bagi penternak ayam kampung ini adalah dari espek pengurusan itu sendiri termasuk pengurusan pemasaran. Perancangan haruslah tepat dan ilmu sentiasa dicar walaupun dah berada di tangga atas hairiki perniagaan. Mantapkan fasa pemeliharaan dan tingkatkan peratusan keuntungan dengan mengelakkan pembaziran sumber bekalan atau makanan yang dilakukan kerana kejahilan kita sendiri. Anda perlu berdiri dikaki sendiri dan elakkan rasa sombong dan bongkak. Keikhlasan dan doa adalah senjata utama untuk sukses. Dari segi pemasaran pula anda perlu memastikan produk anda dapat dilihat,dipegang dan diketahui oleh pengguna disemua tempat bagi meningkatkan peratusan pembelian. Disamping itu branding atau penjenamaan juga penting berikutan imej produk anda perlu dinaikan dan diperkenalkan bagi menjamin pasaran akan datang. Jangan ragu2 untuk mendaftar perniagaan anda dan produk anda untuk mengelakan peniru peniru dipasaran. Dengan sedikit usaha si peniru ini akan mengaut keuntungan dengan idea anda dan bertindak seolah lanun dalam perniagaan.

Tindakan lanun2 ini bukan perkara baru dalam perniagaan. Bahkan akta Intelektual diadakan kursus untuk menagani silanun peniru ini. Bayangkan kalau kita bersusah payah mereka sebuat produk baru yang memerlukan semua kos dan tenaga yang kita ada. Dan produk itu diterima baik oleh pelanggan. Menyedari potensi produk tersebut silanun ini akan meniru barangan tersebut dan menambah sedikit ciri berbeza bagi menjadikanya barand mereka sendiri. Sebenarnya anda perlu mereka atau menambah baik barangan yang dah sedia ada namun anda perlu pastikan idea itu datangnya asli dari diri anda sendiri. Bukannya dengan meniru bulat2 hak cipta orang lain dan berdebik dada bangga menjual barangan ciptaan orang lain. Mungkin juga perkara yang lebih dasyat akan terjadi kepada anda sekiranya anda teruskan usaha anda ..

Untuk memastikan anda terus maju dalam perniagaan ternakan ayam kampung ini, semua aspek perlu diambil kira. Sebarang pelaburan perlu dikira dari segi ketahanan jangka panjang. Walaupun pada mulanya kos yang dikeluarkan nampak sangat tinggi, namun anda menang dalam perbelanjaan pembaikian dimasa hadapan. Disamping itu, kekuatan ketahanan diri juga penting untuk menternak dalam jangka masa yang panjang. Anda perlu meng"set"kan fikiran untuk menternak dari permulaaan dan menjangka akan berterusan selama 10 tahun mungkin. Dan setiap tahun anda perlu melakukan semakan kembali prestasi perniagaan anda dan membentangkannya kepada ahli keluarga memandangkan anda mungkin tiada lagi pekerja dalam pengurusan.

Apa apa pun sebagai penternak, kesanggupan anda untuk kelauar dari kepompong anda sekarang akan menjadi tiket kejayaan anda pada masa hadapan. Tetapi anda jangan harapkan kejayaan itu akan menjelma dalam sekelip mata atau anda telah menjadi kaya dalam satu pusingan penternakan sahaja.. Selamat menternak..
0
Share
Salam,

Teman nak cerita sedikit tentang kebersihan reban. Terutama pada musim hujan. Dari bacaan teman, boleh disimpulkan 90% punca masalah kesihatan ayam adalah dari kegagalan menjaga kebersihan didalm reban. Kebersihan adalah sangat penting berikutan ianya punca segala penyakit timbul dan berjangkit kepada ayam.

Kebersihan didalam reban merangkumi kepada keperluan membersihkan peralatan makan dan minum ayam, keperluan membersihkan tahi ayam, kelperluan membersih segala sampah dari daun atau buangan dan kebersihan dari segi reban itu sendiri. oleh itu tugasan membersih reban perlu dilakukan secara tertip dan sekerap mungkin. Anda mungkin perlu melakukan jadual pembersihan dan menggunakanya sebagai panduan harian. Dengan displin yang kuat sahaja kebersihan reban dapat dijaga dengan baik.

tugasan menjaga kebersihan perlu mengikut keperluan reban itu sendiri. Anda perlu menilai keadaan reban anda dan melihat cara anda menternak. Contohnya.. sekiranya anda menternak secara bebas. anda hanya perlu membersihkan kawasan tempat ayam ini tidur sahaja. jikalau anda menternak secara flock anda perlu membersihkan keseluruhan flock seminggu sekali dan sekiranya anda menternak dalam reban besar anda perlu menyapunya pada setiap hari..
0
Share
Salam,

Banyak sebenarnya pertanyaan yang teman terima mengenai penyakit ayam ini. Kalau dulu teman sendiri pun serender tentang penyakit ini namun pelbagai web site dan buku teman baca untuk memahirkan diri. Sebagai penternak, kita perlu tahu beberapa penyakit yang biasa menyerang ayam terutama ayam kampung. Walau kita sebelum ini lebih selesa dengan penyakit yang dikenali dengan pelbagai nama mengikut gelaran setempat dan menggunakan pelbagai kaedah tradisional untuk menyembuh penyakit, namun penggunaan teknologi lebih moden lebih meyakinkan.

Untuk tujuan pengenalan, setiap kali anda berdepan dengan ayam yang sakit, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengasingkan ayam ini sejauh mungkin dari ayam yang lain. Kemudian anda perlu melakukan external postmortem atau pemeriksaan luaran bagi ayam yang sakit tersebut. antara perkara yang perlu anda periksa:

1. dubur ayam
2. mata dan mulut
3. keadaan bulu dan kepak.
4. berat ayam
5. muka dan badan ayam
6. pernafasan ayam
7. tanda tanda ganjil pada ayam.

untuk memudahkan kita mengenali penyakit dan memilih ubat.. semua tanda tanda yang dilihat secara kasar pada ayam perlu dikumpulkan dan dibuat kesimpulan. Namun ciri ciri ini lebih mudah kalau kita mengkatogori kepada bahagian2 yang menunjukan ciri itu sendiri seperti adalah ia berkaitan dengan sistem saraf, pernafasan dan sistem penghadaman. so dibawah adalah beberapa penyakit yang biasanya terjadi direban kita:

1. Penyakit jangkitan parasit seperti tungau, kutu, hama dan nyamuk
2. penyakit Fowl pox atau avian pox
3. penyakit saluran penafasan seperti Aspergillosis, infectious bronchitis atau LB, Avian influenza atau sesema burung,coryza , ILT,CRD,newcastle disease ND,
4. penyakit berkaitan dengan saluran pengeluaran telur seperti pullorum disease
5.penyakit berkenaan saluran pencernaan dan usus seperti cacing,coccodiosis,
6. gangguan sistem saraf seperti crazy chick,Marek,fowl cholera,

kesemua penyakit yang biasa kita hadapi ini akan teman kupas dengan bahasa yang lebih "mudah" di pos yang akan datang untuk kita memahami memandangkan pembelajarannya yang penuh dengan bahasa sains dan istilah yg nak sebut pun payah. Kekadang terasa macam masuk skolah balik je apabila teman buat kajian tentang benda ini. So tak sia2 lah usaha teman membedah semua ayam teman yang mati dan merekodkan pemerhatian teman, Akhirnya semua tanda ini mendapat jawapanya apabila teman membaca dan membandingkan kesamaan tandanya dengan rujukan teman di Internet.

Namun apa yang penting selalunya kita akan terjumpa tanda tanda berikut pada ayam kita:

1. ayam berak kapur seperti ada cairan putih seperti kapur makan. kadangkala basah cair dan kadang2 keras dan merjeli
2. ayam berak kuning atau cairan kuning dapat dilihat pada bulu dubur ayam
3. kepala ayam terpusing pusing seperti patah atau leher terteleng kebelakang
4. kepak ayam jatuh dan ayam nampak lesu dan lemah
5. ayam mati secara tiba2 tanpa ada tanda
6. mata ayam membengkak dan mata keluar nanah putih
7. ayam tercungap2 dan terbuka separuh untuk bernafas
8. muka membengkak dan berkudis luka
9. ayam seperti mati atau lumpuh sama sekali tetapi bila diperiksa masih bernyawa
10. ayam jadi sangat kurus dan kuat minum air.
11. ayam bersin dan mengeleng2kan kepala.

semua tanda tanda ini mewakili penyakit yang berbeza dan perlu dirawat dengan ubatan yang berbeza. Kita sering mengkatogori simptom panyakit ini dan beranggapan penyakit ini dapat diubati dengan satu jenis ubat sahaja tanpa menyedari uabat yang diberikan tiada kesan berikutan penyakitnya berbeza. Teman juga sedang mencari pembekal ubat ini khas untuk penyakit ayam yang berbeza. Oleh itu jika ada antara kita mengetahui pembekal ubatan ayam ini, teman mohon jasa baik untuk menghubungi teman dan teman akan berusaha untuk mendapatkan bekalan ubat ini. Teman akan mengkatogorikan ubat ini dan membuat satu jadual lengkap dan boleh dijadikan panduan kepada semua penternak diMalaysia. So teman harap tiada lagi kesulitan penternak sekalian berikutan dengan masalah kematian yang kerap berlaku direban. Dengan adanya rujukan dan panduan ini peratusan keuntungan perniagaan kita dapat ditingkatkan.. ini juga dapat menyelesaikan masalah kedinginan pihak berwajib yang sepatutnya membantu penternak mengawal penyakit..
0
Share
salam,

sebenarnya bukan sekali dua teman berdebat dengan kengkwaan mengenai pasaran ayam kampung ini. Teman selalu memberitahu yang ayam ini agak mudah untuk dijual walaupun ayam ini berharga RM15 sekilo. ada yang mengatakan ayam kampung ini susah nak dijual berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Mereka mengatakan yang hanya kaum Cina yang berminat untuk membeli dan kaum melayu tidak mampu kerana harga yang mahal.

Tetapi apa yang teman hadapi sangat berbeza. Ayam ini diminati oleh semua golongan tak kira yang berada atau tidak. Hari ini teman telah menjual 4 ekor ayam jantan tanpa niat atau bukan khasnya bertujuan sebegitu, Pertama pembelian dari seorang otai ayam yang mahu menambah calon jantan oatai dalam rebannya. Dalam perjualan ini berlaku.. seorang pekerja bengkel membeli seekor ayam kampung untuk melepaskan rindu kepada kelazatan ayam ini. Kemudian dalam perjalanan pulang pekerja ini terserempak dengan tokey bengkelnya dan dengan pantas si tokey datang kereban teman. Jumlah yang mahu dibeli adalah 4 ekor namun teman menolak dalam senyuman. Hanya 2 ekor sahaja dapat teman 'lepaskan'.

Apa yang mengejutkan antara golongan yang begitu 'peka' dengan bunyi ayam ini adalah golongan perantau warga indonesia, maymar dan bangladesh. Mungkin kerinduan untuk merasa kelazatan ayam kampung asli yang banyak ditempat mereka dapat diatasi. Kalau di sini jumlah ayam kampung kacuk melebihi jumlah ayam kampung asli maka kesukaran mendapatkannya semakin meningkat. Mereka masih mampu membeli ayam ini walaupun harganya teman rasakan hampir sama nilai dengan nilai gaji mereka selama setengah hari. Yelah tiada yang lebih menyelerakan dari dapat menikmati ayam kampung ini bagi melepaskan rindu kepada kampung halaman..

So semasa teman menjual petang tadi.. sempat juga teman berbisik kepada pekerja ini tadi agak tidak mengwar-warkan perihal ayam teman kepada org kampung. bukan apa.. teman takut nanti secara tiba2 reban teman diserbu orang kampung untuk membeli ayam kampung ini. Bukan ayam matang sahaja yang akan habis nanti tetapi anak ayam pun akan disambar. Yelah benoh ayam kampung ini pun sukar nak dicari. Pasti mereka teringin untuk menternak ayam ini dihalaman rumah seperti teman.

Sehari sebelum Hari raya baru ini, seorang penternak dikawasan teman telah membuka jualan ayam kampung untuk dijadikan lauk dipagi raya. Beliau menternak ayam ini dari jenis kacuk tetapi diternak secara kampung. Kos ternakan sangat rendah dan dijual dengan harga lansum RM 15 seekor. Jumlah ternakan beliau sekarang dalam 200 ekor. 4 bulan sebelum ini teman ada melawat beliau dan ketika itu beliau baru sahaja membeli 500 ekor ayam kampung kacuk 3 warna. Malangnya ayam yang berkaya hidup sehingga minggu lepas hanya 200 ekor. Satu risiko penternakan yang jelas bagi teman. Namun apa yang mengejutkan teman.. kesemua ayam beliau habis dalam masa 6 jam sahaja berikutan diserbu orang kampung dan warga pendatang. Tersenyum lebar tuan haji ini berikutan jualan yang menberangsangkan. Mungkin juga Disebabkan tuan haji ini agak terkenal dikampung dan tempahan untuk ayam ini telah dibuat sebulan lebih awal. Dalam perbualan teman dengan Haji ini, beliau mengadu ayamnya banyak mati pada usia 3 bulan baru baru ini berikutan hujan yang menimpa baru baru ini. Beliau juga mengatakan kehampaanya berikutan ayam ini hidup dengan jayanya sebelum ini namun secara tiba2 ayamnya mati mendadak. Puaslah haji ini mengali lubang untuk menanam bangkai ayam nya..

So bagi teman.. dalam kita menjadi penternak.. banyak faktor perlu diambil kira. Antaranya dengan pasaran setempat. Berapa ekor yang boleh kita ternak untuk memenuhi keperluan setempat, tapak geologi kawasan ternakan, cara pemasaran dan harga setempat. boleh teman simpulkan bahawa bidang ternakan ini adalah bidang yang berpotensi untuk dimajukan.
0
Share
Salam .. hari ini dan semalam teman dilawati oleh seorang otai ayam kampung dari pahang. Sebenarnya beliau berasal dari kawasan teman juga sekitar Lebuhan Dagang. So beliau betul2 masak dengan kaasan Ulu langat nie.

Dalam kami rancak bersembang, beliau sempat menurunkan ilmu untuk mengenal pasti ciri bapak ayam yg baik untuk dijadikan baka. Antara ciri yg sempat teman safe kan:
1. sisk kaki dibahagian depan bersualam 3. bermaksud kakinya agak lebar dan gagah bila berdiri. Biasanya induk jantan teman hanya ada 2 sahaja jalinan sisik dibahagaian hadapan kaki. Beliau juga mengatakan kalau takde yg 3 sisik kita leh pilih sisik yang berterabur.
2. tgk kepada ketebalan lehernya.. kalau leher besar dan gagah, ini menunjukan bapaknya cukup gagah dan kuat. Perbandingan dilihat kepada dengan saiz tengkuk dengan badannya.
3. kemudian dilihat kepada saiz bahagian belakang badan berhampiran dengan lubang dubur. kalau lebih lebar lebih bangus.. biasanya saiz standard untuk bahagaian dahging belakang ini adalah 1 inci setengah.

Semua maklumat ini mungkin bermakna kepada kita untuk memilih baka untuk dijadikan induk ayam nanti. Tetapi teman rase mungkin ada kaedah lain yg digunakan oleh otai2 untuk menentupasti ciri baka yang sesuai. Diharap nanti ada yang akan menjelaskan atau berkongsi pengalaman dalam hal ini..
0
Share
Salam,

Pemerhatian teman kepada pengusaha kecil terutama melayu sangat takut nak berniaga. Macam susah sangat nak berniaga. Lebih selesa sahaja dengan makan gaji. Kalau nak berniaga pun nak carik perniagaan yang senang, mudah atau campak duit dan dapat hasil. Bukan sebab takde pengetahuan atau tak pandai meniaga tapi sebab Sikap sebenarnya. Atau lebih tepat sbb perasaan malu dan tanggapan salah. Kita selalu berasa hebat bila kita berlagak menjadi bos apabila tawar menawar ketika membeli. Denagn sikap itu kita bangga kalau dapat kurangkan jualan kepada 10 ringgit apabila menawar. Tanpa kita sedari dengan sikap suka tawar menawar ni menyebabkan peniaga menaikkan harga sehingga sehingga RM 20 berikutan pasti pembeli terutama melayu suka menawar dan berkerana untuk mendapat potongan harga. Tanpa kita sedari kita sebenarnya rugi RM10 dari harga asal yg sepatutnya dijual RM 20 lebih rendah. Dengan adanya konsep seperti pasaraya besar harga yg dijual adalah harga berpatutan dan tiada aktiviti tawar menawar. Kalau kita bandingan harga dengan kedai runcit luar sangat berbeza harganya.

Sebenarnya apa saja barang keperluan kita dirumah dan disekeliling rumah kita adalah dari bentuk penjualan dan pembelian. Apa sahaja yg kita perlukan memerlukan perniagaan. Jgn kalau kita fikirkan tentang pertanian adalah perniagaan kita terfikir tentang keli, lintah, cacing, tanam sayut, jagung dan selainnya. cuba kita pikirkan juga produk hiliran lain seperti perkakasan, alatan, baja, medium, benih, perkhidmatan, pemborongan dan penjualan runcit barangan pertanian. Kalau kita memilih untuk membuat ladang bercucuk tanam dan kemudian menjual kepada pemborong .. konsep ini sama dengan makan gaji. Kita buat kerja dan apa bila nak menual kita tolak semuanya dengan harga rendah.. so kita mengharapkan gaji dari penjualan pukal dihujung projek kita.. Ini sangat menyedihkan dan memalukan sebenarnya.. kalau betul modal kita sedikit.. kita buat perniagaan kecil dahulu.. sedikit2demi sedikit kita belajar dan memahirkan diri sehingga berkembang. Banyak pengusaha melayu yang berjaya sekarang disebabkan kesanggupan mereka keluar dari kepompong makan gaji ini. Biarlah pun sebagai penjual ayam potong dipasar yang dkielilingi kaum lain mereka adalah peniaga sejati. Setiap sen yang diperolehi adalah halal dan terbaik.

kelabihan kita sebagai penjual melayu pula adalah nialai pasaran dari golongan kita sendiri. 57% kuasa pembeli ada pada kita. So setiap barang yg ada depan kita tak kiralah dari sekecil2 cungkil gigi sehingga ke kereta boleh kita cuba lakukan.. Biar barangan itu keuntungan kecil tapi kalau jumlah jualan tinggi maka hasil keuntungan juga tinggi. Jgn hanya pikirkan perniagaan sempit seperti jualan MLM atau barangan yg semua org buat.

so ayuh ..bangkitlah semua penternak kecil.. jgn jemu atau segan untuk membibit ternakan anda untuk dijual dipasar.. ingat anda perlu bangga berada dipihak penjual sama seperti anda berada dipihak pembeli. keluar dari kempompong dan mulakan lah walau sekecil manapun perniagaan. Walau pun ada menjual aiskrim batang yg bebudak selalu beli tu. Tak mustahil dengan hanya menjaja aiskrim yg naik moto itu pendapatan anda lebih tinggi dari pengurus yang duk kerja makan gaji...
0
Share
Salam,

Teman berdebat lagi dengan seorang pengnjung reban mengenai ayam ini, Niat teman nak mendidik penternak tradisional dan penterak baru supaya mereka dapat meningkatkan pengeluaran mereka. Bukan teman nak mengaut keuntungan dari semua ini. Kepada mereka yang dah pernah berkunjung ke reban teman pasti setuju dengan apa yg teman katakan tadi.

teman berdepat dengan pelawat ni berkaitan 2 perkara. satu pasal ayam ori dan satu lagi pasal penternakan ayam kampung ori. Sahabat kita bersungguh2 mengatakan yg ayam kampung ori dah susah nak jumpa sekarang. dan mengata ayam direban teman bukan ori sebab ada pelbagai warna dan saiz. Teman mengatakan ayam ori ini adalah hanya panggilan dari org Malaysia(kalau indon dia panggil ayam buras) untuk merujuk semua ayam yg dibela dari zaman tok nenek kita. Ayam ini ada pelbagai jenis. Yg paling baik adalah ayam yg betul2 menyerupai ayam hutan samaada ayam hutan merah atau hijau. Ayam yg telah dikacuk dan bercampur juga leh dikatakan ori sekiranya bakanya dah kembali kepada ayam kampung ori di peringkat F2 atau F3. yg penting pembesarnya perlahan matang pada usia 6 bulan dan berat matang tak melebihi 1,5 KG. Ayam berkaki kecil dan dijual hanya setelah mencecah usia matang iaitu pada usia 6 bulan. So itu sahaja.. tak yah kita nak pening kepala nak mencari atau nak mendifinisikan ori atau tidak. Ayam kacuk adalah mana2 ayam tak kira jenis apa yang dituai pada usia muda iaitu pada usia 2-3 bulan.

pendebatan kedua adalah mengenai penternakan ayam kampung ori ini. Beliau belum pernah menternak tapi ada "kawan" yang menternak ayam kampung kacuk. Dia mengatakan ayam kampung ori tak leh menguntungkan dan langsung tak sesuai untuk diternak. Dia kata untuk proses kemodenan dan keberjayaan perlu bela ayam kacuk yang boleh dituai selepas 2-3 bulan dan pulangan lebih besar pasal leh ternak sampai beribu ekor. beliau mengatakan ayam kampung ori takde sapa nak beli sbb tu takde jual kat pasar dan org dah tak suka makan dah sekarang pasal daging terlalu liat. Pada penghujungnya teman bertanya atas dasar apa segala hujah beliau dan adakah pernah beliau mencuba kedua2 penternakan? dan bagi mengelakan percakaran berlaku teman pun buat keputusan untuk menjimatkan air liur dan mengambil langkah mengangguk sahaja.. teman berkata dalam hati" biarkan luncai terjun dengan labunya.."
0
Share
Salam,

Setiap tahun pasti kita bertemu dengan musim hujan beberapa kali. Ada yg teruk sampai banjir tapi ada yg berlanjutan berminggu lamanya dan mula melemaskan kita terutama yang menternak. Segala kerja mudah yang kita lakukan direban menjadi sukar. Keadaan yang lembap dan berlecak kekadang menyukarkan pergerakan. Itu tak termasuk sang isteri yg tak segaja termasam muka bila membasuh seluar suaminya yg penung dengan lumpur tanah. Kesemua bekas makanan dan minuman terpaksa dibasuh setiap kali nak memberi makan kerana senang tercemar.

oleh itu, kita sebagai penternak perlu membuat sedikit persiapan untuk ternakan kita. Bagi mereka yang membuat projek ini sepenuh masa.. beberapa perkara perlu dititik berat. dibawah adalah perkaranya:

1. perhatikan jumlah anak2 ayam yg kita ada dan usia mereka. kalau masa musim melanda kesemua anak ayam ini perlu dijaga dengan lebih rapi. Kalau sebelum ini semua anak ayam ini bebas bermain direban anda perlu mengurung buat sementara dan menghadkan pengaruh cuaca kepada mereka. Kalau anak yg dibawah 3 bulan seeloknya dikurung sepenuh masa dan diletakkan dibawah kawasan berbumbung. Anak ini perlu diselimutkan dengan net nyamuk atau net guni pada malam hari atau waktu siang kalau hujun turun. Air minuman yang di beri mestilah dari sumber yang bersih. kita perlu menutup reban seawal mungkin sebelum malam menjelma bagi menghalang nyamuk masuk kereban asuhan..

2. Perhatikan keadaan longkang didalam reban. Kalau kita ada longkang samada yg tanah atau yg bersimen.. anda perlu membersihanya bagi melancarkan perjalanan air yg mengalir.Sebarang sekatan atau timbunan sampah akan menyebabkan banjir kilat dan memudaratkan ayam kita nanti. Hujan lebat yg turun tanpa henti selama 3 jam mampu menyebabkan bajir kilat secara tiba2 sekiranya reban kita tidak dibina longkang. Air banjir kilat ini akan merosakan tanah dan mengalakkan pertumbuhan cacing halus. Cacing ini sangat memerbahaya kepada ayam sekiranya ayam mematuk makanan yg diatas tanah. Cacing ini akan masuk kedalam sistem peng hadaman ayam dan membawa penyakit.

3. Perhatian segala lubang dipagar reban kot2 ada sbb masa musim hujan ini haiwan pemangsa terutama yg suka menjalar akan mencari tempat perlindungan yang lebih kering atau panas. Reban kita kekadang menjadi port terbaik untuk mengelak hujan menimpa. Jgn terkejut kalau masa hujan lebat dan banjir kilat.. reban kita dikunjungai oleh tali pingang berbatik..

4. Pastikan semua peralatan disimpan ditempat ang sepatutnya dan tidak terkena hujan, ini akan mengelakkakan kerosakan peralatan. Dedak n makanan juga perlu diletakan ditempat tinggi, kering dan selamat.

5. bagi ayam matang pula.. pastikan semua tempat tidor mereka dibahagian luar(kalau ada) ditanggalkan supaya ayam ini tidak tidur dengan bertenggek dikawasan yang tak berbumbung. Terdedah kepada hujan berpanjangan pada waktu malam yang membawa kepagi boleh membunuh ayam secara tidak langsung. Kalau anda ada kelebihan untuk menyimpan semua ternakan anda didalam kawasan berbumbung.. kurung mereka semasa hujan.. bagi mereka yg menternak separa bebas, biasanya ayam akan mencari tempat berteduh sendiri. Namun teman nak nasihatkan kalau hujan lebat dipagi hari, jgnlah kita menunjukan diri pada ayam, sbb ayam akan mula berkumpul ditengah hujan menunggu makanan yg kita nak berikan. Akhirnya semua basah kuyup kena hujan.

6. Perhatiakn tanda2 penyakit yg melanda. Jika jumpa seekor ayam yg bersin sekalipun.. anda perlu memindahkan ayam yg sesema tadi keluar dari reban.. tindakan ini dapat mengelakkan penyakit berjangkit pada ayam lain.

7. sentiasa mengunakan vitamin dan antistress mengikut kadar yang disyorkan.

8. anda perlu mengutip telur setiap hari dan kalau boleh diwaktu pagi dan petang bagi mengelakan telur menjadi rosak terkena air hujan atau air dari kaki si ibu.

9. anda perlu membuat perancangan apa perkara yg perlu anda lakukan sekiranya banjir malanda. pelan yang baik akan menjimatkan masa perpindahan sekiranya perlu dan mengurangkan tekanan kepada ayam.

10. Pemberian makanan yg basah perlu dielakkan dan makanan tidak diberikan dengan cara menabur ditanah.

11. Lampu juga perlu dipasang pada musim banjir bagi memberi keselesaan kepada ayam dan memberi perasaan selamat.

12. anda juga perlu ada persiapan diri secara fizikal dan mental seperti keperluan penjagaan makanan dan kesihatan. Mental anda juga perlu kuat untuk mengatasi perasan sukar menternak diwaktu hujan. Anda juga perlu memastikan diri anda dilindungi sepenuhnya dari hujan bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu, Kalau anda tak sihat nanti ayam nada juga ikut tak sihat..

So banyak2lah berdoa agar ayam kita sihat dan tiada kematian terjadi disebabkan hujan yang melanda..
0
Share

Salam,

selamat beraya kepada semua pengunjung blog.. semuga mendapat keberkatan dariNya.. Alhamdulilah dengan adanya rekaan baru incubator teman, kerja pembikinan dan pembuatan dapat disempurnakan dengan lebih cepat.. Pembeli yg membeli juga nampaknya lebih gemarkan bekas palstik yg teman gunakan sekarang berikutan ciri2nya yg lebih hebat.. Teman pun senang hati nak membuatnya..

nak dijadikan cerita setelah seminggu menyepi tiada tempahan.. tetiba 2 malam sudah teman menerima 3 panggilan dalam masa 3 jam sahaja.. kesemua mereka mahukan incubator secepat mungkin sebelum hari raya berikutan mahu bawa pulang ke kampung incubator ini.. hah? masa tu dah dekat pukul 11 malam, kebetulan pulak stock barang pun dah habis kesemuanya.. apa lagi pagi2 esoknya teman bergegas ke KL n shopping.. terus siapkan 4 biji dalam masa 6 jam.. Alhamdulilah siap semuanya.. bergerak jam 5 petang untuk berjumpa pelanggan untuk penyerahan dan selesai pada jam 12 malam tadi.. terasa nak melayang badan sebab bergegas ke hulu ke hilir.. semuanya selesai dan bolehlah mereka bawa balik ke kampung halaman masing2..

so gambar atas kanan adalah rupa workstastion teman yg tunggang langgang nak kear dateline hehehe.. satu lagi teman harap incubator plastik nie jadi teman punya trademark laa.. unuk tanda peniagaan teman.. selamat beraya sekali lagi..
0
Share


hehehe gambar posing ala ala just mate 5 hehehe

Salam,

pihak kami dah sebulat suara untuk mengeluarkan hanya incubator jenis plastik PVC sahaja selepas ini berikutan banyak ciri2 yg lebih baik dari kayu.. nanti teman letakkan gambar.. setakat ini ada 3 jenis yg dah dijual dan berjaya dikeluarkan

1. hobby user 60 biji
jenis : standart pvc
harga RM 180
jenis : Force air
ciri: manual
bayaran pos : RM 10

2. CT 120 -120 biji sahaja
jenis : bos transperent-lutsinar
harga : rm 140
jenis : force air
ciri: manual
bayaran pos: RM 10

3. CT 150 - 150 biji sahaja
jenis : standart pvc
harga: RM 160
Jenis : Force air
Ciri: manual
Bayaran pos: RM 10

semua tempahan boleh disiapkan dalam masa 2-3 hari berikutan lebih mudah nak disiapkan serta lebih ringan.. dan penghantaran dalam masa antara 3-5 hari bekerja.. kekadang semenanjung hanya 2 hari sahaja sampai.. selamat dan tak mudah pecah.. so lebih tahan lama..kalau pecah sekalipun anda boleh ganti atau repair dengan menampal bahagain yg pecah..
buat masa sekarang teman dah mula jual dipasar pagi dan mungkin akan masuk expo yg duk ada kat putrajaya. Buat banyak2 dan jual.. so yg nak order boleh buat bayaran kepadda akauan teman dan teman akan hantar dalam masa 2-3 hari..
0
Share
Alhamdulilah..

pegawai bank pun dah datang melawat reban. So dah dekat dah tu nak dapat duit. Teman pinjam dalam 15 ribu je.. so kalau dah dapat duit nanti teman akan buat semua projek yg telah teman pikirkan selama ini. kalau korang nak tau atau nak kongsi cerita dengan teman jemputlah datang kerumah.. teman akan cerita cara nak dapat pendapatan rm 10 ribu sebulan dengan hanya menternak ayam kampung dibelakang rumah.. teman tgk dah ramai dah pelawat blog ini atau pengunjung reban teman dah mula dengan projek ayam kampung ori masing.. ada yg main pukal dah sampai 1000 ekor. Nasihat teman kalau ini kali pertam menternak elok mula dengan sikit dulu untuk 2-3 pusingan. Takut nanti dari 1000 ekor anak nanti yg tinggal hanya 50 ekor sahaja.. dah 2-3 org teman jumpa dan yg melawat reban mengadu anak yg dorang beli tak leh hidup sampai usia 6 bulan. Duit bukan halangan tapi pembiakan dan cara menternak secara besaran macam tu perlu skil dan pengetahuan. Klau menternak 100 ekor tak sama ngan menternak 1000 ekor.. percayalah cakap teman.. jgn meyesal nanti..

kalau dah sukses 100 ekor up pulak dengan 300 ekor dan up 500-600 ekor. dah sukses jumlah ini nak ternak berapa pun takpa janji pelbanyakkan modul reban yg sama ngan seting ayam 500 ekor. Teman bukan nak dengki tau.. nanti esok2 teman lak dpersalahkan membawa ajaran sesat yg membuatkan korang rugi besar...

teman pun akan mula kan dengan menternak 500 ekor anak ayam untuk setiap bulan. dan seterusnya, kemudia semua ayam yg teman yg duk ada dalam reban akan dikurung dalam flock mengikut jumlah yg sesuai. So semua ayam akan terkawal. so betul jugak cakap sifu teman yg bagi nasihat.. di kata kena bezakan cara apa dan apa tujuan ki menternak..
kalau nak buat untuk penghasilan benih kena buat sistem flock dan induk tak leh bebas sangat. dia kena dikawal aktiviti sb dah cukup besar dah.. yg kita mahukan adalah telur bukan daging ayam ini. so semua aspek untuk memaksimumkan pengeluaran telur perlu dilaksanakan..

kalau untuk pengeluarn daging pulak reban kita perlu diset dgn cara lain.. ayam leh bergaul bebas dan membina otot serta menjadi sehat.. makanan perlu dijaga dan pastika pembesaran dikawal. so kalau korang nak buat dua2 sekali kena ada reban yg berasingan.. kalau nak buat satu bahagaian sahaja carik maklumat yg tepat ... selamat menternak

so bulan 12 dah dekat.. teman akan start buat rumusan untuk buku teman yg akan diedarkan percuma kepada yg joint group.. yg tak joint nanti teman akan jual dengan harga sekotak rokok hehehe gurau je.. kepada peserta kelas teman.. nota lengkap belum siap teman karangkan lagi.. mereka yg menyertai kelas teman bertuah kerana teman sertakan sekali dalam modul propser teman dan segala pengiraan dan perancangan untuk penternakan mega nanti..
0
Share
salam,

saje teman nak story sikit. Mengikut buku log pelawat reban teman yg tak rasmi terdapat hampir 40 pelawat yg datang kereban untuk melawat bagaimana teman menternak ayam kampung. Hampir separuh dari mereka telahpun menternak ayam kampung secara kecil2an. Cuma ada 3-4 orang sahaja yang dah ada ayam dekat 200-300 ekor. Yg lain sekadar hoby sahaja.Hampir kesemua pelawat mendapat maklumat reban teman melalui blog teman nie. Ini bermakna kesemua yang hadir adalah dari golongan yang celik IT seadanya.

So kalau sebegini banyaknya penternak yang sememangnya menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai penternakan.. teman terpikir.. kalaulah semua yang menternak ini berjaya membina empayer tersendiri atau memperkembangkan penternakan ini dengan sebaiknya. Kalaulah setiap mereka ini berjaya mengeluarkan 500 ekor ayam sebulan berterusan .. teman yakin bidang ini akan berkembang dengan lebih lanjut, Mengikut buku log jualan incubator teman.. jumlah pembeli incubator termasuk incubator dulu2 tu ada dekat 38 orang semuanya. Jumlah yg teman sangat kagum.. bukan kerana jualan teman tapi kerana faktanya.. Ini bermaksud.. hampir 40 orang penternak ini akan meningkatkan taraf kemahiran pengurusan ternakan terutama dalam penghasilan benih baru ..

so matlamat teman hampir teman capai iaitu untuk mengalakkan penternak belakang rumah memepunyai sekurang2nya satu incubator untuk ternakan. Klau nak diikutkan jika dicampur semua incubator yang telah terjual selama ini termasuk jualan dari semua pengeluar incubator dimalaysia.. teman yakin jumlah yang duk pakai incubator sekarang sudah mencecai 500 orang. Dan kalau dulu lah setahun yang dahulu sebelum penjualan incubator ini belum hangat.. pengguna benda alah ini taklah banyak sikit sangat..

so kepada mereka yang belum ada lagi incbator dan ternakan melebihi 30 ekor.. cepat2lah belajar menggunakan incubator ini demi untuk penghasilan anak benih yang lebih baik. Bagi mereka yang telah ada, mulakan langkah untuk belajar cara nak buatnya sendiri.. ini akan menjimatkan kos sekiranya ternakan bertambah berganda2 dan keperluan incubator meningkat. Klau betul2 anda tak mampu anda bolehlah serahkan tugas membuat incubator ini kepada yg pakar.. dan tugas anda yg seterusnya belajar dan terus belajar untuk menggunakan incubator dengan lebih baik disamping meningkatkan peratusan anak ayam (incubator) yg diketahui agak manja...

dari pelawat yg datang juga.. 70% adalah dari kalangan belia yang umur tak sampai 40 tahun. Dan yang paling best terpancar pada setiap muka mereka harapan dan semangat untuk berjaya dalam bidang penternakan ini. Tak kisahlah kalau anda hanya memilih untuk melakukannya sebagai kerja sampingan disampaing kerja anda yg ada sekarang.. Mungkin kerja sampingan yg anda duk buat ini nanti akan membuahkan hasil yang berganda dari gaji anda .. sapa tahu..

semalam teman berpeluang bertemu kembali saudara waa ramli dan saudara darol.. banyak yg dibualkan dan membincangkan peluang2 baru untuk ternakan ini. dalam teman berbual2 teman dapat satu idea untuk membuat satu skim yang akan teman ceritakan nanti..

so sory lah kalau2 2-3 hari ni tak update blog.. order masuk bertalu2 dan pelbagai kerenah yg seronok teman layan.. kepada saudara gerobok.. maaf atas kelewatan incubator anda..
0
Share
Salam,

teman terkenang kembali setahun yang dahulu masa mula2 temna tahu tentang incubator ini. Pada masa tu sangat teruja dan jakun ngan incubator sehinggakan nak bukak pintu incubator pun temna sangat berhati2. Terasa asing sangat incubator ini sampaikan teman bandingkan ke'komplex'an dia sama macam nak buat peti ais hehehe..

dari mulanya sistem force iar, teman mula belajar menggunakan incubaotor dan semakin lama semakin 'masak' dengan perangainya.. setelah yakin teman mulah membina incubator untuk jualan. Sedikit demi sedikit pembaraharuan dilakukan dan diamati keputusannya.. Kemudian teman beralih kepada sistem force air dimana menggunakan pum aingin untuk mengujudkan putaran angin didalam incubator bagi memastian suhu diseragamkan kepada semua permukaan telur. Seterusnya teman ada masalah dengan pembikinan kotak incubator dari kayu keras, sbb teman takde alatan yang sesuai.. Masa yg diambil pun panjang dan kalau ada 3-4 tempahan serentak teman mula susah hati.. letih badan dan kekadang risau.

so teman bertukar kepada plawood nipis yg disokong dengan rangka. bukan apa tujuan teman tukar adalah kerana takde kedai kat sini yg leh potongkan plawood untuk teman. pastu kalau kita pakai plawood tebal, incubator akan menjadi berat dan sukar untuk dihandle.. kekedang untuk saiz 150 biji berat sebuah incubator mencecah 15 kilo.. dengan cara rangka dan tampal dinding nipis pada rangka, berat incubator akan diturunkan kepada 5 kilo sahaja tanpa menurunkan kekuatannya..

dalam 2 bulan lepas teman upgread lagi dengan menggunakan kotak plastik pvc yang teman beli dipasaraya.. dengan adanya kotak ini semuanya menjadi senang. Kalau pecah sekalipun anda hanya perlu menampal dengan pita pelekat dan gunakan terus. Klau pecah teruk(susah nak pecah sebenarnya) anda boleh tukarkan dengan baru tanpa perlu bertukang. antara kelebihanya:

1. mudah nak cuci.. keluarkan telur dan terus lap ngan kaian basah yang bersabun dan seterusnya sapukan dengan cecair antiseptik. Selesai anda boleh keringkan dengan kain bersih dan teruskan pengeraman masa itu- kalau pakai kayu agak sukar sebab selepas 2-3 pusingan, bulu dan kulat mula berkumpul didinding dan sangat sukar nak dicuci walaupun kita dah cat bahagian dalam incubator dengan cat minyak. Mungkin kita boleh lapikan dengan kepingan alaminuim tetapi kulat tetap akan terbentuk diantara kepingan itu dengan kayu incubator kita.

2. lebih ringan dan mudah dipindahkan. berat semua satu kotak baru dalam 3 kilo sahaja..

3. kalau kita nak buat sendiri masa untuk pembikinanya pula lebih cepat

4. dengan standart incubator(bekas) yg sama , kita mungkin boleh membina sebuah lagi alat penetas incubator(yg digunakan untuk menetaskan telur selepas umur 18 hari) dengan hanya menyambung wayar kepada incubator yg ada, suhu akan sama tanpa menggunkan termostart yg lain.

5. lebih mudah digunakan dan mesra pengguna.

6. incubator juga boleh dihiasi atau dilakukan modefikasi ikut kehendak kita..

7. leh menggunkan sistem force air yg lebih kedap suhu(untuk simpan suhu dengan lebih lama kerana pembinaanya)

so selepas teman menggunakan bekas jenis ini teman mengantikan kipas dengan pam angin untuk sistem force air. Teman dapati keberkesanan pam angin ini yg diletakkan diatas permukaan air lebih baik dan berjaya meningkatkan kadar kelembapan kepada 60-70%(peratusan standard dalam rumah/reban). perkara yg jarang teman dapat kalau guna still air. So dengan penggunaan pam angin yg lebih murah.. penggunaan sistem force air adalah lebih menjimatkan dan mampu milik. So kepada mereka yg dah ada incubator force air.. just tambah satu pump angin dan buat sedikit perubahan. Keluarkan bekas air anda yg lama dan besar tu dan gantikan dengan bekas yg lebih kecil.. mungkin besar sikit dari kotak rokok. Lalukan muncung pump tu pada permukaan bekas air untuk meniup udara lembap(air tersejat) ke dalam incubator. Kalau kelambapan masih rendah besarkan sikit bekas air dan tambah kuasa penghembus pada pump anda.. Perlu diingatkan seting yg tak betul boleh menyebabkan pembentukkan lopak air atau kawasan berair hasil penyejukan kembali ap air menjadi air. Klau air ini terkena atau terbentuk dipermukaan telur akan menyebabkan telur rosak.

cadang teman skang teman nak belajar pulak sistem circulate air dimana adalah konsep yg sama ngan force air kecuali udara diarahkan untuk berpusing dlm incubator. Cara ini diperlukan dalam konsep pembinaan incubator bertingkat. putaran udara ini akan memastikan suhu disetiap tingkat rak telur adalah seragam. So mungkin pemjualan selepas ini adalah hanya dari jenis force air yang mengunakan pvc container untuk saiz 60-150 biji dan kotak kayu untuk saiz 300 biji. Dan seterusnya mencipta satu incubator auto sepenuhnya dgn sistem circulate air untuk saiz yg lebih besar tanpa menggunakan motor dan alatan canggih manggih.. mungkin leh teman gelarkan sebagai incubator budget..
0
Share
salam,

untuk menjawab persoalan saudara Kamal..kalau kita perhatikan ayam kampung dan ayam kacuk(sesetengahnya) suka mandi tanah. aktiviti seperti mengorek lubang pada tanah dengan mengais dan duduk berendam dalam tu lama2. Kaki akan mengibas supaya tanah akan melanda badannya sehingga kekadang penuh hitam muka dan bula ayam ini. Ayam betinalah yg selalu kita tengok menjalankan aktiviti ini berbanding jantan. Kenapa? itu teman tak pasti.. mungkin kerana ayam betina kerap berada dalam bekas telur dan terdedah kepada jangkitan berbanding jantan..

sebab utama ayam buat sedemikian adalah untuk menghilang segala parasit pada badan ayam. Contoh parasit yang selalu berada dibulu badan ayam adalah hama. Hama ini hidup dengan memakan darah pada ayam dan meninggalkan kesan gatal pada ayam.. so dengan rawatan tanah ini akan menghalau hama dari badan.

Kalau kita perhatikan ayam kita kerap menguis badannya atau mematuk bulu dan menyisir setiap bulunya.. ini bermakna reban kita dah dijangkiti hama.. Perbuatan ini menunjukan ayam tak selesa dengan hama2 yang mengganggu keamanan ayam ini. Kalau musim hujan dan semua tanah basah.. ayam akan kelihatan resah sbb tak leh mandi tanah dan kekadang kalau sampai kronik, ayam akan mandi tanah kering yang tinggal seperti dibawah reban yg penuh ngan tahi ayam. tindakan ini sangat merbahaya kerana meningkatkan lagi jangkitan penyakit kepada si ayam kerana bergelumbang dengan tahinya sendiri. Pekara ini juga menambahkan stress kepada ayam yg akhirnya membawa kepada kemurungan dan mati..

tanah apa yg paling digemari ayam?, ya .. tanah yg mengandungi abu bakar sampah direban. Ini kerana abu sampah ini menjadi perawat semula jadi kepada hama. Hama cukup tak suka kepada abu bakar ini. So kalau boleh kita sediakan abu ini didalam reban untuk memudahkan ayam merawat parasitnya..

untuk menghilangkan hama direban anda perlu melakukan beberapa langkah serentak dan sedikit usaha. Antara teknik terdisioanal yang sering teman lakukan (paling jimat kos) adalah dengan membakar sampah berbentuk daunan didalam reban dibeberapa tempat dan menghapuskan hama ditempat yang dikesan paling banyak hama berkumpul. Teman akan menggunakan surat khabar yg digulung renyukan seperti obor dan membakar pada hujung 'obor' tersebut. Seterusnya teman akan melayurkan api tadi kepada bekas telur atau tempat mengeram si ibu.. Layurkan semua dibahagian dalam, luar dan terutama bahagian bawah dan tepi kotak yang tersembunyi(port hama ini membiak). kemudian teman buat benda yg sama di dinding reban, tiang malahan jaring yg kita gunakan.. teman buat sampai teman puas hati. dan teman ulang setiap 2 hari sampai 3 kali. Insyallah hama akan berkurang awlaupun kita tak dapat nak hilangkan terus. Yg penting kita tak bagi peluang kepada hama untuk membiak dengan jayanya.. tukar lapik telur (kertas,lalang,surat khabar atau apa sahaja medium yg anda gunakan) setiap 2 minggu atau setiap kali abis satu pusingan(kalau anda guna ibu untuk mengeram). Penggunaan abu rokok, abu ubat nyamuk dan aresol nyamuk teman tak galakkan kerana ianya melibatkan bahan kimia yg temna takut akan memudaratkan kepada ayam kita.. Yelah kalau kita kena gigit nyamuk.. paling kuat pun bengkak gatal.. tapi kalau ayam leh menyebabkan kematian, ubat nyamuk leh buat kita sesak nafas.. so ayam mungkin lebih teruk dari itu..

so.. itulah jawapan persoalan mengapa ayam mandi tanah.. bak kata opah teman.. ayam mandi tanah adalah ayam yang sihat..
0
Share
salam,

terkezut teman tetiba dari ahad lepas sehingga jumaat teman menerima tempahan sebanyak 9 biji incubator serentak. Tunggang tebaliklah teman nak menyiapkan semuanya. Mungkin pelanggan teman dah dapat gaji atau dah dapat bonus hujung tahun agaknya.. Tetiba sunyi pula minggu ini hehehe.. So pengajaranya teman kena sediakan banyak incubator spare atau yang dah siap. Bukan apa.. kekadang teman beli banyak stock untuk incubator, cuma mood dan masa yang tak mengizinkan. Tak sempat nak buat alau kita asyik lepak kat reban uruskan ayam..

Cuma tinggal satu je yg teman baru cat. Untuk saudara gerobok punya.. dah siap dah cuma nak tunggu cat kering je.. Ssaudara gerobok tempah incubator kayu bersaiz 150 biji.. semi auto. pastu teman pikirkan balik dengan ukuran playwood yang besar.. teman terus buat untuk yg 200 biji punya untuk saudara gerobok.. alang2kan..tak yah susah nak potong..

Alhamdulilah .. saudara kita diberanang dah jual termostart yang lebih baik dan kecil julat suhu dia.. Nanti teman order jelah dengan dia.. kos terpaksa lah teman tambah untuk incubator.. tapi rasenya teman akan buat pilihan untuk anda membeli incubator dengan memilih untuk gunakan termostart jenis apa..

Teman raselah .. hujung bulan nie teman nak melabur sikit dan buat incubator banyak2. pastu teman nak jual kat pasar malam or masuk kampung n promote.Teman sediakan buku sekali dan panduan menggunakan incubator supaya mereka tak sesat jalan semasa menggunakan incubator teman nie.. Percubaan pertama mungkin pada pasar sabtu pagi di Tapak Maha serdang pastu ari ahad di pasar pagi di pekan Banting.. Klau teman rase best teman akan carik pasar malam atau pagi disekitaran kaswasan yg ada kampung untuk jual incubator ini. Klau korang ada kemahiran nak buat n nak buat partime jual incubator ini bolehlah korang start macam teman nie. jgn risau.. incubator ini adalah produk hiliran bagi penternakan kita nie.. so selagi ada org bela ayam selagi itu ada permintaan.. bak kata pepatah yg selalu teman guna.. "walau semua org tahu memasak, namun kedai makan tetap bertambah juga" ..
2
Share
salam, teman nak mintak maaflah kalau2 ada post teman sebelum nie menyakitkan hati pembaca atau pengikut blog teman.. Yelah kekadang kita nie cakap suka ikut sedap mulut je tanpa memikirkan perasaan org lain... maaf skali lagi.. untuk tajuk termostart rainbow teman dapat pelbagai feedback termasuk yang panas dan sejuk.. ada yg membantah dan ada yg setuju.

Tapi apa2 pun teman kena bagi kredit kat satu sahabat ini yang bersungguh2 dan perihatin ke[ada teman tentang masalah teman untuk mendapatkan peralatan membuat incubator yang lebih baik. Terima Kasih saudara.. teman berbangga sebab sifat suka menolong masih menebal dalam sahabat teman ini.. Takyahlah teman sebutkan namanya.. so selepas ini ada kemungkinan teman akan memberi option pilihan termostart dari jenis analog sehingga degital seterusnya anda memilih brand yang anda suka. Mungkin juga ada perbezaan harga mengikut pemilihan anda..

sehari dua nie teman takdapat nak menulis langsung.. Baru aritu last sahabat kita Mr Gerobok menempah incubator dari teman.. tempahan terus teman terima tetapi banyak kepada yang jenis hobby user 60 biji. Dan yang teman happynya separuh dari tempahan adalah melalui penghantaran post keluar dari kawasan lembah kelang. Pada mulanya teman risau juga kalau2 incubator ini rosak dek pengendalian yang buruk semasa penghantaran.. Namun teman belum terima lagi rungutan tentang kebimbangan teman ini. Teman balut dengan kotak dan meletakan pita pelekat kepada semua barangan yang ada didalam incibator ini. Dulu teman gunakan paku untuk tugasan memasang tetapi bila teman pakai skru dan nat sekarang , binaan nampak lagi kukuh..

Satu lagi.. mungkin teman akan mula masuk kepasar malam atau pasar tani untuk menjual incubator kepada pengguna sasaran seperti pendudk kampung yang mengunakan kaedah tradisi untuk penetasan dan mereka yang menternak unggas hiasan atau esotik. Mungkin juga cara teman ini akan meningkatkan lagi pengetahuan penduduk malaysia terutama pendudk luar bandar tentang penting dn bergunanya incubator dalam penternakan khasnya ayam..
0
Share


Salam,

teman buka dengan cerita desas desus yang mengatakan termostart jenis Raibow mempunyai banyak kelemahan serta tak berfungsi seperti yang dirancangkan. Dan juga teman terdengar atau terbaca tentang kebimbangan pengguna benda ini yang dikatakan mengurangkan peratusan penetasan telur. Ada yang kata termostrt jenis ini langsung tak layak untuk mengeramkan telur yang berkualiti tinggi seperti ayam belanda jenis mahal, ayam mutiara atau merak sekali pun.Pelbagai hujah diberikan sehingga mendatang keraguan pengguna untuk membelinya. Tetapi yang teman nak tergelaknya penjualan incubator ini sangat laris sehinggakan kalau dahulu dijalan pasar, termostrt ini diletakkan didalam kotak dan disimpan di stor belakang. Tapi skang dah Terdisplay dibahagaian depan kuanter dan jumlah yang diletakkan agak banyak. Sungguh menabjubkan hehehe.. means dah ramai orang mula pakai dan dah ramai pembuat incubator sama ada untuk pakai sendiri atau untuk dijual..

Sebenarnya perkara ini bagus dan sangat mengembirakan teman. Lagi ramai org pakai incubator lagi bagus sbb ianya menunjukkan kita dah beralih satu tangga lagi keatas dalam menternak ayam kampung ini. Kalau betullah brand ini tidak bagus teman pun nak juga mencari brand lain yang ada kalau ada dipasaran. Entah mengapa teman gagal jumpa langsung sebarang brand lain, tu yg kekadang naik pening dimana kengkawan lain dapat beli brand itali , japan dan sebagainya..

berbalik kepada keberkesanan Rainbow ini, teman dah guna brand ini sejak mula2 guna incubator. dah dekat seribu 2 telur ditetaskan menggunakan brand ini dan yg kelakarnya hanya menggunakan incubator cabuk yg designnya agak huduh hehehe.. byk juga telur yang tak menetas masa guna incubator ini. mula2 dulu sangat teruk sampai peratusan tak menetas sehingga 20%. tapi makin lama n makin paham cara ia berfungsi sehingga berjaya mendapat 95% penetasan (selepas candling) walaupun telur seperti belanda, mutiara dan itik/angsa. Sebenarnya kalau syarat yang perlu untuk menetaskan telur dipenuhi, apa saja konsep dan cara boleh digunakan dan telur akan menetas juga..

Sebenarnya trick untuk guna raibow ini adalah pada seting suhu dia.. mungkin pembuat incubator yg baru mencuba atau yg dah lama dah tersalah nak mengseting semua aspek untuk dalam incubator. Rainbow asalnya digunakan untuk mengukur suhu cecair atau bendalir seperti air, minyak dan sebagainya yang memerlukan kepanasan tertentu. Haba pendam tentu bagi air tak sama dengan haba pendam tentu bagi udara. (haba pendam tentu-haba yg disimpan oleh sesuatu objek dan jumlah kadaran haba yang diperlukan sebelum ia mula berubah suhu semula dari sumber haba luar). So jenis ini lazimnya tak beberapa sesuai untuk digunakan untuk penentu ukur suhu diudara(dalam incubator). Termometer yang lebih sensetif sensornya serta julat suhu yang lebih kecil diperlukan untuk kegunaan incubator. Tapi memandangkan kesukaran mendapat serta harga yang lebih mahal .. teman gunalah brand ini seadanya. Namun ini adalah tips/trick untuk menggunakan termostrt jenis raibow..

1. cara nak letak senser dia(batang). anda perlu meletakan senser dia melintang dan sama paras dengan ketinggian telur. JGN letakkan tegak berdiri dengan hujung batang senser tu cecah permukaan telur. Itu adalah cara yang salah. Sbbnya? ya.. batang senser adalah dari hujung bahagian keras sehingga pangkalnya(sebatang pensel/yg ada skru berpenebat plastik) dan bukan pada hujung dia yg leper tu sahaja. So kalau kita berangapan yg senser dia hanya terletak dihujungnya anda salah, Ingat benda ini digunakan pd mulanya untuk periksa suhu keseluruhan suhu bendalir. Klau anda letak terjuntai kebawah suhu panas(yg berhampiran mentol) akan mempengaruhi bacaan anda. lekatkan keseluruhan batang keras itu sejajar atau sama paras dengan telur..

2. kalau boleh letakkan kepala termostart ini diluar supaya tak terpengaruh dengan suhu dalam, Sbb tu setting skru dia pada badan adalah dengan lapisan pemutar penentu ukur. dan juga mudah kita nak setting balik dengan mendapat bacaan sebenar suhu dalam incubator.

3. set suhu antara 35.5 hingga 39.5.. Banyak org silap bila mengatakan suhu ideal untuk menetaskan telur ayam adalah antara 39 hingga 39.5 darjah. Anda yakin dengan sumber ini. Pernah membuat kajian dengan melekatkan senser pada permukaan telur dan letakkan dibawah perut ibu? ingat bukan suhu badan ayam tapi suhu dipemukaan telur sbb ianya melibatkan perpindahan haba antara kulit perut ibu dengan telur yg melibatkan faktor kehilangan haba kepersekitaraan. Jawapan untuk suhu yg Ideal adalah 37 darjah sebenarnya.. So macam mana nak manupilasi rainbow yang julat suhu 4 darjag celsius?????

caranya adalah untuk set incubator anda untuk menyala hanya dalam masa 2 minit dan terpadam selama 5-6 minit. Anda kenalah usaha untuk mendapatkan seting ini. Yg penting ada peredaran udara segar dari luar dengan mengaal jumlah lubang udara yg anda buat. Klau terlebih lubang pun takpe. anda boleh tutup semula dengan pitatape. Guna stopwatch untuk cek temph dia.. kalau anda dapat seting ini cukup bagus dah.. sbb???...

Rainbow akan menyala bila suhu cecah 35.5 terpadam pada 39.5. So masa terpadam selama 6 minit. udara perlahan2 kehilangan haba yg keluar dari lubang udara dan diserap pada telur serta bekas. Tempoh peratusan masa suhu berada dalam lingkungan 36 hingga 38 darjag adalah 70% dari keseluruhan tempoh suhu mengikut minit(korang boleh ikut tak?) dan apa bila menyala pun sama- walaupun dia menyala sekejap sahaja(kuasa pemanas mentol yg lebih cepat dari kehilangan suhu waktu terpadam) tetapi peratusan suhu pada darjah 36-38 tetap sama. So telur akan sentiasa dalam range 36-38 dengan peratusan 70%. ITULAH TRICK DIA. kalau kita guna termostrt lain yang perbezaan darjah hanya 2, kita perlu setkan kepada 37 darjah bukannya 39 seperti yg digunakan untuk Rainbow.

4. anda wajib menggunakan termometer untuk menentu ukur suhu 35.5 dan 39.5 dan bukannya dengan melihat pada bacaan tombol pada termostart rainbow. Kalau dah dapat bacaan dia biarlah kat raibow tu terkena jarum dia pada 45 darjah sekali pun takpe yg penting suhu pada permukaan telur. Termometer tu pula diletakkan diatas telur bukanya digantung pada dinding..

Namun banyak lagi faktor untuk membolehkan peratus penetasan ditingkatkan. Saya sambung post lain..

gambar atas adalah incubator yg pernah digunakan dulu .. skang tinggal 2 je pasal org nak beli juga yg teman pakai .. mungkin tak sanggup menunggu kot masa nak menempah.. yg sebelah dia adalah termostrt yg saya guna..
0
Share

Sekadar gambar hiasan...

Benda ini cukup susah teman nak buat dulu.. Memang budaya menulis ni masih kurang dikalangan kita. Tapi bab bercerita dan bersembang memang hebat. Teman dulu masa kat U dulu pun cukup malas menulis. Kekadang kalau buat karangan baru setengah page dah mula rase bosan. Kekadang terpikir kalau kita tulis nie takde sapa nak baca.

Sebenarnya teman terbaca satu ayat motivasi yang mengatakan kalau ingin berjaya dalam sesuatu bidang, asahan menulis inilah alat bantuan paling berkesan. Ibnu sinar menulis sehingga 30 muka surat sehari(semua benda ditulisnya) sepanjang hidupnya dan mengakui budaya menulis perlu untuk berjaya. Teman mulanya tak paham nepa lak kalau kita menternak nie perlu menulis?

Sebenarnya menulis bab penternakan ini bukan hanya sekadar berbentuk diary yang duk kita sorok2 dari orang lain sbb malu kalau terkantoi dibaca. kita boleh menulis apa sahaja dari segi nota penternakan, panduan menternak, aktiviti harian, perancangan, masalah dan apa yang telah dilakukan, luahan hati dan sebagainya. Klau dipikirkan malu mulanya nak menulis sebegini. Namun setelah mencuba sedikit2 lama2 rasenya semua ini amak berguna. Hasilnya dari teman mula2 menternak sehingga sekarang dah dekat 3 buku tulis teman karang atau catit sebagai rujukan masa hadapan..

bila ada msalah atau masa terluang teman buka buku lama balik dan cari cara penyelesaiannya.. kekadang kita tak perasan masalah yang sama berlaku dan kita dah selesaian sebelum ini. kekdang juga kita dapat tahu cara lama yang salah dan perlu diperbaiki. Anda tulis apa sahaja yg terlintas dan semuanya perlu dicatat walaupun mengenai ragam ternakan anda. Teman dapati nota2 ini membantu mengembalikan memori2 dulu2 yang dah teman lupakan sepenuhnya.. Kekadang tergelak sendiri juga melihat 'kejahilan" masa menulis ketika itu.

budaya menulis ini juga melatih otak untuk berfikir dengan lebih kreatif dan sentiasa berusaha mencarik jalan terbaik untuk akan datang. Teman pernah mendengar ceramah motivasi tetang bagaimana fikiran seseorang manusia ini berfungsi. Penceramah ini berkata yang otak manusia ini seumpama susanan pingan yang banyak yang diletakkan secara bertingkat. Setiap pinggan mewakili satu memori atau satu kejadian. Setiap kali ada maklumat baru ianya akan disimpan dalam 'pingan' baru dan diletakkan dibahagian atas sekali. Jika kita cuba menggunakan 'pingan' yang dibawah... pinggan itu akan dikeluarkan dan diletakkan diatas semula. pinggan yang tidak digunakan akan kekal dibawah dan semakin jauh untuk dicapai apabila ada banyak pinggan baru disimpan dibahagian atas..

So hujah diatas menceritakan kenapa perlu kita menulis berikutan keupayaan otak kita untuk mengingat semua perkara. Mungkin kita rase pengalaman kita yg ada sekarang akan 'kekal' dalam ingatan selama-lamanya.. kalau kita lupa, dgn adanya nota2 ini.. kekadang ianya membantu untuk mengakat pinggan lama yang berada dibawah untuk berada diatas semualaa.. fikir2kan lah..
0
Share
Salam,

saja teman nak citer tentang kanak2 skang nie. Aritu teman bersembang dengan sorang otai ikan hiasan termashur yg selalu masuk tv1 dalam rancangan berunsur riadah memancing. Tergelak teman bila dia beliau bercerita tentang kanak2 zaman skang yang tak kenal ayam yg dorang duk makan sekarang. Tambah parah kalau disuruh lukis gambar ayam..

Korang nak tau bebudak itu lukis apa untuk menunjukkan gambar ayam? Dorang lukis Gambar KFC dan juga drumstik/peha ayam. Dorang macam tak kenal dah ayam kampung yang duk berkeliaran. Mungkin dorang ingat ayam yg dorang jumpa di kampung semasa pulang beraya sebagai haiwan lain yg biasa org bela sebagai pet sama macam kucing. Teman yakin 'Ramai ' pemuda pemudi skang yang bawah 30 tahun belum pernah merasa makan ayam kampung ini. Teman pun dah berumur 30 tahun baru merasa makan ayam kampung yang dimasak rendang. Kali pertama makan, teman heran dengan saiz dan 'keliatan' ayam ni. Masa mula makan tu hati dah rase tak best pasal drumstik dia kecik giler..

Tapi bila dah terkena sekali.. Penangan kesedapan dan rasenya.. setiap bahagian daging penuh dengan rasa tersendiri walaupun tidak dibantu oleh segala perisa n perasa yg ditaruk dalam masakan. Kekenyalan menyebabkan kita mengunyah dengan lebih lama dan merembeskan air liur seadanya. Kesedapan boleh dirasa disetiap gigitan dan walau sedikit bahagian digigit tetapi terasa lama berada dalam mulut.. fuhh sedapnya.. terliur teman.. terasa lapar lah pulak malam nie.. jgn2 esok kena korbankan sekor dah hehehe(dah lama tak makan nie),

Teman yakin bila mereka2 yang tak pernah makan sebelum ini terkena 'penangannya' akan menjadi ketagih kelak. Yang bestnya kandungan lemak dan lendirnya sangat sedikit dan kulitnya boleh dimakan tanpa was2. Cuma tulangnya yang agak tajam dan kalau tak berhati2 semasa memotongnya boleh tercalar jari.. apa apa pun kalau teman pilih hidangan ayam ini teman mesti carik yang ori nie. Ayam kampung kacuk pun sedap juga kalau kita makan. Teman selalu jugak beli kat pasar untuk dibuat makan sekeluarga, tetapi tak sehebat yang ori nie.. agak jauh juga lah rasenya.. tapi yg menang bab ayam kacuk nie..ketebalan dagingnya.. kelembutannya juga boleh tahan laa...

so perlukan kampen makan ayam kampung ori ini diadakan? kalau korang tak setuju pun takpe sbb teman yang pernah makan nie (dan mereka2 lain yg pernah makan) pasti setuju nak diadakan kempen hehehe.. kekadang bukan sebab khasiat pun tapi sbb kelazatanya.. ummmmahhh perhhhh.....
2
Share


Salam semua,

Hehehe byk teman nak tulih malam ini, bukan apa incubator tempahan dah siap 4 biji dah.. Semua tempahan yang dah siap adalah dari jenis Plastik PVC yang senang betul teman nak buat. Yelah kalau korang tau buat korang pun leh buat sendiri. Kalau tak pasti korang beli satu n tiru bulat.. nanti nak buat lagi satu korang buat lah lagi besar ke atau banyak2 untuk bilangan telur yang bertambah.. Yang last tadi baru siap satu incubator saiz 120 biji tapi di ubah kepada semiauto khas untuk telur puyuh.. Nak upload gambar lupa lak dig. camera org tua pinjam buat pi Genting. Yg untuk puyuh nie elok lah pakai semi auto, tak lah lengguh nak pusing satu2 yg kecik2..yg satu lagi tempahan dari MR gerobok tak dapat nak siapkan ari nie psaal tak sempat nak beli plawood tadi.. hujan pulak.. kalau kita beli sekeping 2 biasanya tokey taknak anta.. kena lah amik sendiri ikat atas keta hehehe..

Selalu kita kita tgk orang beli berkotak2 telurkan dan kekadang berpapan2 telur untuk kegunaan keluarga. Kekadang untuk yg ada keluarga ramai nie sampai 2 papan telur sebulan.. so teman nak tanya kepada mereka yg ada tanah atau ada reban kat belakang umah.. Napa tak bela ayam arab? Yelah kalau nak bela ayam baka penelur seperti leghorn takut tak reti lak nak bela kan.. Sebenarnya ayam kampung Arab boleh dibela seperti ayam kampung lain tetapi kelebihannya adalah hebat juga bertelur tapi tak sampai ke tahap leghorn. So kalau kita bela ayam Arab, jumlah telur yang dikeluaran mampu untuk menampung kegunaan keluarga. Dapat telur fresh lagi hari2 kan? kenapa tidak? kalau bela ayam kampung asli rase sayang lak nak makan sbb leh dimasukkan dalam incubator..

telur ayam arab nie saiznya sama ngan telur ayam telur saiz B. ok lah tu kan.. kena pulak kalau kita ada dalam 10 ekor ibu dalam reban.. buat satu reban yang sesuai untuk kita mengutip telur tiap2 hari.. so mudah untuk kita. Takyah masukkan jantan kalau kia memang ternak untuk telur, ada lebih telur nie kita jual kat jiran2 yg ada. Klau rase tak nak jual kita sedekah je kepada jiran atau saudara. Bab makan? beri apa yg ayam biasa makan lah.

Teman teringat satu cerita kat negara orang putih.. Diluar jendela dapurnya disambungkan dengan reban khas untuk menempatkan ibu ayam baka penelur.. yg kelakarnya dari rumah tersebut ada satu pintu kecik ala tingkap yang bersebelahan dengan tempat bekas telur diletakkan. So pepagi si ibu hanya membuka pintu kecik ni dan hulurkan tangan untuk amik telur. Terus goreng n dijadikan sarapan pagi. Telur yang berkhasiat dan masih segar.. untuk kita? way not? kekadang sayang je makanan kita yg berlebihan dibuang begitu sahaja kan.. kan best kalau leh kutip telur hari2?
3
Share
Salam,


Ada orang memepersoalkan pada teman yang mengatakan bahawa ayam kacuk tidak berkhasiat.. HUH itu salah sebenarnya.. puas teman menerangkanya namun dia tetap tak berganjak dengan pendirian bahawa yg kacuk tak berkhasiat. Pelbagai hujah diberinya termasuk hujah mengatakan kacuk nie dah jadi macam zombi sbb membesar dengan cepat. Bagi teman kalau kacuk atau tidak bukan penentu khasiat dagingnya.

Gambar diatas sebelah kiri adalah gambar ayam kacuk yang teman kacukkan ibunya dengan ayam hutan yang ada dalam reban teman. dari 12 telur yang dikeluarkan ibunya hanya 10 biji je yang menetas. dan dari semua anaknya hanya tinggal 7 ekor sahaja membesar sampai umur 6 bulan. dari hasil kacukkan ini haya 2 mencapai ciri2 yang teman inginkan untuk menjadi baka. yang teman mahu adalah ayam kampung berkaki kecik dan pasture badanya sama macam ayam kampung(kaki, warna, umur matang dan sebagainya) tetapi berat ideal atau berat semasa masa menuai adalah antara 1.6-1.8 kilo. Sbbnya.. sedikit berat dari ayam kampung biasa untuk menambah isi dalam daging dan rase manis dan harumnya tidak berubah langsung.. yang lagi 5 adik beradik dia semua ikut baka ibunya(kacuk) dan telah teman sembelih hari raya aritu.. (sekor berat 2 kilo masa umur 4 bulan). So baka yg baru nie sesuai untuk diupgread kepada ayam kampung keluaran teman nanti. Sebelahnya pulak adalah perbandingan dengan ayam kampung berciri asli.

kembali kepada persoalan asal kita tadi.. ayam kampung (kacuk atau asli) mempunyai jangka hayat matang yang hampir sama, iaitu pada usia ayam pada bulan ke 6. Cuma yang mmbezakanya adalah saiz badan. Kalau ayam hutan berat matang hanya purata 800g sehingga 1 kilo sahaja. Manakala ayam kampung asli dalam lingkungan 1.0 hingga 1.5kilo sahaja. Untuk kacuk pula kita kena tgk kembali ayam ini hasil kacukan dengan apa.. kalau dengan leg horn, mungkin berat matang dalam 2.2 kg hingga 2.5 kg , kalau kacuk ngan R. Island, berat max dekat 6 kilo. So kalau nak ikutkan dakwaan yang ayam kacuk ini zombi adalah tidak benar kerana ayam kacuk dibela untuk tujuan menuainya pada usia kanak2 (istilah kita untuk ayam). So sbb itulah rasenya agak tawar dan tak sesedap ayam matang baka lain. Kalau kita terus membela sehingga berat mencecah 6 kilo rase ayam ini akan mempunyai rasa seperti ayam kampung ori.

So apa yang memberi faktor kepada khasiat sekor ayam?. Sebenarnya cara kita menternaknya dan sumber makanan yang diberi kepada ayam, Klau kita ternak secara free range atau dengan kaedah grass feeding, maka ternakan kita lebih berkhasiat dan dan tinggi kandungan omea 3nya. Klau ayam kampung ori sekali pun kalau kita duk kurung je dalam reban dan beri makan benda yang bukan, ayam akan endup macam zoobi juga.. ayam kampung yang asal telah berevolusi untuk mengadaptasi dengan kehidupan sukar dan pandai hidup sendiri. Maka timbulah gelaran ayam kampung asli ini sempena mengambil cara hidup ayam kampung ini yang diternak bebas dibelakang rumah. So kalau kita mengurungnya sepenuh masa dan diberi 'kehidupan' seperti ayam pedaging maka jadi lah ayam yg duk dikatakan tadi..

So mungkin persepsi ayam kacuk tak berkhasiat dapai dirungkai sekarang.Cuma yang kurangnya ayam kampung kacuk yang tidak dibela sehingga usia 100-120 hari kurang mempunyai khasiat baik berikutan badanya belum menghasilkan semua nutrisi penting kerana masih belum matang..
0
Share

Dibawah adalah bapak 2 ayam yang telah dibela selama setahun untuk dijadikan baka




Dibawwwah nie pulak adalah ibu2 yang ada direban









anak anak ayam yg sedang membesar




0
Share
Newer Posts Older Posts Home

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ►  2024 (2)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (4)
    • ►  Feb (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2010 (218)
    • ►  Dec (4)
    • ►  Nov (7)
    • ►  Oct (10)
    • ►  Sep (17)
    • ►  Aug (15)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Jun (20)
    • ►  May (23)
    • ►  Apr (22)
    • ►  Mar (24)
    • ►  Feb (31)
    • ►  Jan (37)
  • ▼  2009 (175)
    • ►  Dec (25)
    • ▼  Nov (38)
      • Faktor mempengaruhi Penetasan dalam incubator
      • Teman terkena lagi,
      • Terbitan buku dari pihak Citypull
      • Jangan silap Cara!!!
      • Memupuk minda penternak kelas pertama
      • Punca kepada 90% penyakit Ayam
      • Penyakit Ayam
      • Pasaran Ayam kampung asli..
      • Lawatan otai ayam dr pahang..
      • Pengusaha Ternakan Kecil Ayuh bangun..
      • Teman berdebat lagi..
      • Persiapan musim hujan
      • Rezeki Aidiladha..
      • New incubator made by Citypull
      • bulan 12 dah dekat
      • banci penternak
      • made in Citypull...hehehehe
      • Kenapa ayam mandi tanah..
      • Selesai sudah tempahan Incubator..
      • tugasan hampir siap..
      • Rainbow Termostrart?????how bad???
      • Budaya penternak..
      • Generasi Baru VS Ayam kampung
      • Apasal tak Bela Ayam Arab??
      • Mana lagi Berkhasiat? Ori atau Kacuk?
      • Baka baka ayam ada kat reban teman..
      • tugasan sehari dua nie..
      • Leh jualke ayam kampung nie?
      • Last call for tomorrow
      • kelas ternakan ayam kampung..turun ke RM100
      • aku bela 10 ko bela 100, aku bela 100 ko bela 1000
      • Dedak naik lagi..
      • Saje-saje sembang pasal ayam,...
      • Kepada big Player.. peluang perniagaan untuk anda..
      • apasal anak ayam aku selalu bengkak mata?
      • ayam kampung ori? satu lagi skim cepat kaya?
      • yang mana satu ayam ori nie?
      • Iam back!!!!
    • ►  Oct (37)
    • ►  Sep (36)
    • ►  Aug (4)
    • ►  Jul (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (11)

TOP 5!!

  • Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?
    Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Perangkap Lalat kos Murah..
    Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...

Label

4 month in view (2) 6 (1) Anak ayam (13) angsa (1) Ayam jantan bertelur? (1) Ayam kampung (14) ayam mandi tanah (1) baka ayam (1) bebelan (1) brooder (2) cabang perniagaan (9) candling (1) catatan (1) costing ayam.. (2) dedak (1) fidlot (1) free range (1) Gambar tapak (1) hama (1) hujan (1) incubator (19) Itik serati (1) itik serati.. (1) jualan anak ayam (1) kacuk vs ori (1) keli (6) konsep reban (2) kursus ternakan (2) lapik telur (1) laporan ternakan (1) makanan (3) Memulakan penternakan? (1) omega 3 (1) Pasaran Ayam kampung (6) pelawat (1) Pembinaan reban (5) pemilihan baka ayam (2) pengumuman kelas (1) penyakit ayam (14) perancangan perniagaan (4) peringkat anak ayam. (1) Perkara asas dlm reban (1) Profit penternakan (1) rancangan perniagaan (2) reban (1) reban asuhan (2) rekaan reban (4) tangki air (1) telur ayam (2) ternakan ayam kampung (3) turkeys (2) Ubat-ubatan (1) Upgread reban (3) vaksin (1) variasi ternakan (3) Wad bersalin ayam (1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.

Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..



Labels Cloud

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Labels List Numbered

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Jumpa saya di FB

Shaiful Beduk

Create Your Badge

Facebook Page

SUNAN.my

Instagram

FOLLOW SUNAN

About Me

BLOG DALAM PROSES SET-UP

Popular Posts

  • Cara membina Incubator Anda sendiri
    Incubator...( *perlu diingatkan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang masalah yg anda hadapi dengan menggunakan maklumat...
  • sedikit nasihat penjagaan anak ayam
    Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
  • FCR untuk ayam kampung..
    Salam semua, teman nak mintak maaf sebab dah 2 hari tak update blog teman. Nie kali nie teman nak cerita pasal FCR atau dalam penuhnya Food...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pemakanan ternakan mengikut umur.
    salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...
  • Ayam jantan bertelur?
    aku tak percaya jugak, ada member bagi tau.. ayam nie kekadang bertelur.. kekadang besar kekadang kecik macam telur puyuh.. aku tak percaya....
  • Langkah penting menyambut anak ayam incubator
    Salam semua, (RUJUKAN UNTUK MEREKA YG BARU MENCUBA) dengan pertambahan kesedaran penggunaan incubator dikalangan kelak kebelakangan ini, kit...
  • Salah anggap permakanan ayam kacuk ngan ayam asli
    Salam semua, Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum...
  • Menjawab soalan benih dalam telur,
    Salam , Menjawab soalan mengenai bagaimana nak meningkatkan kadar peratusan benih dalam telur anda, soalan dari Nadiah Banting (salah sorang...

HUBUNGI SUNAN

Name

Email *

Message *

Labels

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam
Since ; 2010 CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

Template By ThemeXpose