Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • KISAH SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • Download
  • TOPIK LAIN
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion


Salam ,
Sebelum ini teman ada menguji keberkesanan konsep yang selalu teman ceritakan. Yelah kalau kita gagal membesarkan anak ayam dengan baik, tak mustahil jumlah anak ayam yang banyak pada mulanya akan tinggal separuh kerana mati semasa membesar. Banyak masalah yang akan kita hadapi sekiranya silap cara. Sebelum ini teman hanya berjaya membesarkan 70% anak ayam yang dikeluarkan dari incubator. Apa yang menyedihkan anak ayam ini mati ketika minggu pertama teman pindahkan kereban pembesaran. Biasanya teman menempatkan anak ayam ini didalam rebat atas didalam reban pembesaran induk itu sendiri apabila usia mencecah sebulan setengah.

Masalah kematian yang biasa dilihat adalah gangguan pernafasan, berak kapur, gejala kanibal, mata bengkak serta gangguan sistem saraf. Namun apabila teman mengurung atau membesarkan anak ayam ini diluar reban dan ditempatkan dalam reban yang terkawawl sentiasa(anak ayam tak bebas bermain dipersekitaran reban) maka keputusan yang teman dapati sangat memberangsangkan. Antara perkara menarik yang boleh kita lihat adalah bulu anak ayam ini lengkap semuanya serta berkilat. Ini adalah tanda ayam kita sihat dan terjaga kebersihannya. kemudian dari segi berat dan agak berisi(bukan gemuk) dimana tenaga yang diperolehi dari makanan digunakan untuk membina daging. Ayam ini teman simpan didalam bekas ini sehingga berusia 3-4 bulan sebelum dilepaskan didalam reban pembesaran. Jumlah makanan yang diberikan berkurangan kepada 30% kerana ayam mudah 'kenyang' serta tidak memerluakn tenaga yang banyak dari makanan untuk merayap atau bermain. Tujuan kawalan ini bagi mengelakakan peluang kematian dari sebab penyakit dan sbb teknikal seperti pemangsa dan sebagainya.




Kita dapat lihat pada mata anak ayam ini bersinar dan bersih dari serangan nyamuk serta cacing dari tanah jika kita lepaskan didalam reban besar. Perbandingan dengan kumpulan yang sama yang diternak dengan cara berbeza menunjukkan keputusan yang sangat kontra. Dilihat peratusan perbezaan saiz ada yang mencapai 50%. Ayam lepas bebas nakpak kusam, tak terurus dan sudah 30% yang mati. Disamping juga perbezaan berat yang direkodkan cukup membanggakan.

Jika ada yang mengatakan rase simpati atau kesian melihat anak ayam ini terkurung sebegitu selama 3-4 bulan, maka anda tidak mementingkan perniagaan dimana tujuan kita menternak adalah untuk mendapat hasil timbangan dan keuntungan dari jualan, Jika ternakan asik mati atau cacat apabila sudah tiba masanya dijual, kerugian mula memihak kepada kita. So tak salah kalau kita buat dengan cara lebih sistematik dan membenarkan anak ayam ini membesar denagn sihat. Lagi pun dimalaysia sekarang ini belum ada lagi jualan ayam yang dibezakan dengan cara penternakan. Dan harga ayam free range dan ayam diternak secara moden adalah sama selagi konsep pamakanan serta pembesaran ayam tidak diganggu. Kita cuma memastikan peratusan anak ayam yang hidup sebelum dijual tinggi. Walau pun kita melaksanakan cara ini, anak ayam masih merasi hidup bebas dalam reban asuhan apabila mencecah usia 3-4 bulan dan keatas sehingga masa ayam dituai. Lagipun ayam ini kelihatan selesa dalam reban ini berikutan jumlah ayam yang diletakkan didalamnya tidak melebihi 20-25 ekor dalam satu2 masa.




Dalam teman sedang termenung dan melayari internet, teman terpikir tentang masalah setting bekas makanan yang kita gunakan didalm broder yang menempatkan anak baru menetas sihingga 1 bulan. Apa yang teman perhatikan bekas komersial tersebut selalunya tidak padan dengan saiz ayam kampung asli yang kita ternak berikutan saiz ayam kita yang kecil, Sering dilihat anak ayam ini akan lepak didalm bekas makanan tersebut dan boleh masuk dengan selambanya. Palang kayu yang diletakkan diatas bekas makanan tersebut sepatutnya menhalang ayam masuk kedalam bekas bagi mengelakkan pembuangan najis serta pembaziran makanan yang tumpah akibat dikais anak ayam. dan yang kelakarnya, anak ayam ini sering 'mandi tanah' dengan dedak yang kita sediakan dan yang paling teruk adalah anak ini tidur beramai2 dalam bekas makanan yang disediakan walaupun masih berisi dedak makanan.

Soo teman terpandang bekas balang kuih raya tehun lepas yang diperbuat dari plastik. Teman tebuk lubang dikeliling dan saiz lubang hanya besar sedikit dari kepala purata saiz anak ayam yang baru menetas. Dedak diisi didalamnya dan diberi kepada anak ayam. Dari pemerhatian teman, anak ayam mengambil masa antara 5-15 minit untuk menyedari wujudnya dedak didalam bekas ini dan cara nak memasukkan kepada untuk mematuk dedak. Dan keputusan amat menggalakan. Jumlah lubang yang ada mencukupi dan gejala berebut makanan tidak kelihatan langsung. Satu lagi idea yang baik untuk diguna pakai nanti sebelum anda mengsetting brooder anda. Dan bagi teman juga cari ini dapat menjimatkan duit dari segi kos bekas serta dari pembaziran makanan yang tumpah ketika ayam makan.
0
Share
Salam,

Patutlah seminggu dua nie komputer aku lembab betul, nak upload, nak cari maklumat dan nak bukak blog sendiripun seksa. Ingat line tak ok atau berukband ada problem, tapi rupanya ada masalah dengan serangan virus, dengan secara tak sengaja telah memasuki sistem yg ada. So dengan usaha gigih malam tadi sampai 4 pagi, akhirnya arinie semuanya menjadi lancar dan cepat. So kepada mereka yg belum dapat nota lagi harap bersabar, saya akan sisipkan dari masa ke semasa. Kan sabar tu separuh dari Iman, Insyallah saya akan tunaikan janji, tetapi teman nie still manusia kekadang mudah lupa, Melayu kan mudah LUPA..

Gambar bawah nie adalah brooder yang teman pernah tunjukan dalam post sebelum ini dari post yang bertajuk"persiapan penting menyambut anak dari Incubator" . Teman letakkan diluar pasal dan makin banyak bekas dia dan kalau taruk dalam rumah akan menimbulkan ketidak selesaan kepada keluarga dan pelawat yang datang. Dah ada kat luar lagi senang nak jenguk n org ramai leh belek2 puas.

Kalau diperhatikan brooder ini hanya dibuat dengan mengunakan kotak plastik yang ringan, mudah dicuci serta tahan lama. Kalau kita menggunakan kayu, untuk jangka masa panjang ia akan mula menyusahkan kerja kita seharian, Brooder ini hanya akan menempatkan anak ayam sehingga usia 1 bulan sahaja bermula dari usia hari pertama dipindahkan dari incubator. Anda hanya perlu membuat lubang bersaiz 4x4 inci diatasnya dan ditutupi dengan net nyamuk bagi membenarkan peredaran udara serta mengelak nyamuk menyerang ayam kita. Dengan mengunakan rak bertingkat ada boleh menjimatkan ruang dan mudah diuruskan. Namun cara ini hanya sesuai sekiranya anda mengendalikan anak ayam dibawah 200 ekor. Kalau dah lebih cara ini kurang baik kerana kosnya agak tinggi.

Lampu dilekatkan terus kepada penutup brooder supaya tak rosak atau mudah terbakar kerana kerenak anak ayam yg suka 'menanduk' mentol semasa dia melompat bermain. So mentol yang digunakan adalah 5 Watt dan setiap brooder ada suiz pemutus litar(on off) sendiri supaya mudah kita mengawal suhu dalam brooder. Maksud mengaal suhu itu adalah untuk aktiviti memadamkan lampu pada siang hari sekirannya anak ayam mula mencecah usia 2 minggu dan keatas, Dan mudah untuk kita memasangkan kembali sekiranya cuaca hujan dan sejuk.



Gambar bawah adalah gambar anak ayam sedang menjamu selera dibawah cahaya yg cukup nyaman bagi mereka. Anak ayam tidak boleh dibiarkan dalam bekas ini melebihi 1 bulan kerana kesesakkan akan berlaku.


Setelah anak ayam berusia sebulan sehingga sebulan setengah, Anak ayam dipindahkan kepada reban asuhan tingat yang teman buat dari kayu palet ini. Cukup mudah dan mudah nak dikendalikan. Kayu palet yg ada dikopak lantainya sehingga hanya meninggalkan tulang sekeliling dan tulang tgh sahaja dan diletakkan jaring besai atau pelastik sebagai lantai. Kemudian kayu yg dikopak tadi dibuat bentuk kotak dengan pajang dan saiz yang sama tanpa perlu dipotong. Setelah siap kotak bahagian atas, kita perlu menampal dengan canves, tikar getah, guni atau apa sahaja bahan meterial yg boleh menghalang suhu dari menembusi kawasan reban ini. Dibahagain depan diletak jaring untuk membenarkan peredaran udara. Untuk tujuan diletakkan diluarkawasan berbumbung, anda hanya perlu tambah zink diatasnya dan sebelum dipakuakn zink anda perlu melapik dengan kain atau tikar bagi mengelakkan haba panas dari zink memganggu anak ayam nanti.

satu reban yang bersaiz 4x4 kaki ini boleh memuatkan sehingga 25 ekor anak ayam dan dibiarkan sehingga berusia 3 bulan tanpa perlu dikeluarkan atau dikurangkan jumlah anak ayam. Selepas itu barulah kita pindahkan kereban pembesaran untuk menjadi ayam dewasa. Denagn cara ini peratusan anak ayam hidup dapat ditingkatkan serta penjagaan anak ayam ini lebih mudah.





Gambar seterusnya adalah persiapan teman untuk memenuhi tempahan dari kumpulan penternak dari perak. Mereka menternak secara berkumpulan dan memesan Incubator teman bersama sama untuk memudahkan penghantaran nanti. So teman dah siapkan dalam tempoh masa yang diberikan dan telah selamat dihantarpun. Harapan teman nanti, ternakan mereka semakin berjaya dan mampu menjana pendapatan dari ternakan ini.



Gambar bawah pula adalah Incubator transperent atau jernih bagi memudahkan pembelajaran dan penerangan dilakukan. Anda melihat terus anak ayam menetas serta keadaan sebenar dalam incubator. Anda juga mudah memahami sistem dan pendawaian elektrik yang ada dalam sesebuah incubator. Gambar disebalahnya pula adalah incubator teman yang diperbuat dari kayu dahulu. Kalau dulu masa yang diperlukan untuk menyiapkan satu incubator adalah 2 hari, namun dengan cara baru dan design baru ini Insyallah dapat teman siapkan dalam masa 2 jam sahaja. Kekadang teman siapkan sambil bersembang dengan tuan punya incubator yang datang kerumah secara mengejut. So sbb taknak hampakan atau menyusahkan pembeli, teman siapkan masa itu jugak sambil diperhatikan pembeli incubator teman ini. Kekadang sampai tak berkelip asyik sangat melihat teman menebuk sana sini untuk mesin ini. Banyak betul senangnya dan lebih memudahkan diri teman.

So gamabr ini hanya tinggal kenangan dan mungkin menjadi bukti yang kesungguhan dan kepercayaan kepada diri mampu membina salsiah dan ilmu dalam diri.


Bawah pula adalah gambar masalah yang akan anda hadapi apabila membesarkan anak ayam dalam kurungan. Seperti yang kita tahu, anak ayam perlu dibesarkan dalam reban asuhan sehingga mencecah 3 bulan(tempoh jagaan ibu untuk cara tradisional) dan mula dilepaskan dalam reban pembesaran. Jika kita mengurungkan sebegini, banyak kelebihan memihak kepada kita seperti masalah penyakit dapat diatasi, anak dikawal dari cuaca, kurang gangguan dari pemangsa dan sebagainya. Namun untuk sesuatu reban asuhan, ada masalah yang akan kita hadapi seperti gejala ayam mematuk ayam lain dan memakan daging kawan sendiri. Perkara kanibalisma ini bukan hanya bersifat pembuli dimana ayam bersaiz besar mematuk ayam kecil tapi ia juga melibatkan sebaliknya, pokoknya kalau ada yang berjaya dicederakan, maka yg lain akan bergotong royong sehingga ayam ini akan tinggal rangka sahaja kalau lewat diasingkan. Tempoh serangan kekadang hanya memakan masa 2 jam sahaja. So pekara ini agak merungsingkan teman sehingga teman mendapatkan caranya.

Seperti posting sebelum ini, ia berkaitan dengan kekurangan sumber protien dalam makanan anak ayam dan kecenderungan ayam itu sendiri untuk memakan daging kerana sifat omvivor(makan tumbuhan dan daging) ayam itu sendiri. Dan bila kita mengurung ayam dengan kepadatan yang tinggi, perkara ini akan terjadi. Dari kajian demi kajian, dapat teman pastikan jumlah anak ayam yang sesuai untuk satu reban asuhan seperti yg teman buat adalah sebanyak 20-25 ekor sahaja bagi saiz 4x4 kaki. dan anak ayam ini dibiarkan sehingga mencecah usia 3-4 bulan dalam bekas ini tanpa perlu mengurangkan atau mengasingkan kedalam bekas lain. So kalau nak buat besar, jumlah anak ayam boleh ditambah. So standar untuk ayam kampung asli (bukan kacuk ya) adalah seperti yang teman kata diatas. Kelausan ini adalah 2 kalai ganda lebih besar dari yang diperlukan oleh ayam kacuk atau ayam pedaging. huh, ilmu lagi ni kan?

Bahagian yang biasa diserang adalah bahagian atas badan terutama bahagian kepak dan dipatut sehingga nampak tulang kepaknya, kemudian adalah bahagian belakang ayam dibahagian pangkal ekornya. Ayam akan dipatuk bertalu2 sehingga terkoyak dan hilang isinya dan jika dibiarkan akan mengerudi perut ayam sehingga kososng bahagain dalam perut ayam tersebut.. Sungguh mengerikan..



gambar teraakhir ini adalah gambar jualan itik teman yang penghabisan kepada seorang pembeli yang melawat reban teman. So sekarang haya tinggal seekor sahaja itik yang teman simpan untuk teman potong pada hujung minggu ini. Lama dah tak makan rendang itik hehehe..
0
Share
salam,

teman nie takdelah tua sangat kalau nak diikutkan usia, baru setahun jagung sahaja, dengan usia baru memasuki 30 tahun, teman nie baru boleh digelar masih belajar memasuki usia dewasa. Namun dari segi pengalaman kerja makan gaji, teman nie dah mula pegang duit sendiri dari usia 12 tahun lagi. Ketika itu teman membantu kedai saudara dengan upah RM 5 sehari. Namun kerana kesungguhan, dalam masa 1 bulas sahaja teman telah ambil alih tugasan mengambil order sehingga membuat air untuk pelanggan. Dan ketika waktu kurang sibuk, teman ambil alih tugasan membasuh pinggan. So kalau ada yang kata teman ni sombong dan hanya tahu bercekak pinggang mengarahkan orang, teman bangkang seadanya. teman dah rase bagaimana kita bekerja makan gaji nie.

Setiap cuti sahaja teman biasanya hanya lekat sehari dua je kat rumah.. yg lainnya teman dah buat partime untuk mengisi masa lapang, untuk mengkaji pelajaran teman rase takde masalah sbb kita perlu membahagikan masa dengan betul, dan hanya sebulan selepas teman menaiki tangga menara gading teman dah mula kerja di kedai makan segera sehingga 2 hari sebelum majlis penyampaian ijazah. So dari pengalaman kerja sehingga sekarang teman dan bekerja dengan 'bos' pelbagai bangsa. dan teman nampak sendiri bagaimana mereka bekerja serta pengalaman2 yg takdapat nak dibeli. Semua itu teman jadikan pedoman seadannya. Apa yg teman dapat simpulkan disini adalah renungan buat kita bersama,

Orang kita:
orang kita nie berniaga biasanya takde hala tuju atau yg biasanya meniaga ikut keadaan dan rezeki
orang dia: berniaga bersungguh dan sentiasa susah hati kalau sales turun atau tak mencapai target.

orang kita: sentiasa tunggu pelanggan dan mengharapkan pelanggan walk ini kekedai
orang dia: walaupun tokey, sanggup turun padang untuk menerangkan produk mereka disamping membuang banyak duit untuk tujuan promosi.

orang kita: kais pagi makan pagi. Tak pernah usaha lebih untuk tabungan atau kegunaan masa hadapan. Cukup berpuas hati dengan rezeki yang didapat ari ini tanpa mahu pergi jauh untuk maju. kekadang jualan keuntungan semalam habis digunakan hari ini untuk beli balik barang niaga
orang dia: keuntungan ari ini adalah untuk kegunaan minggu hadapan atau bulan hadapan atau 3 bulan hadapan. simpanan tunai sentiasa diutamakan dan kekuatan kewangan datang dari situ.

orang kita: kalau gaji dah cecah 5k dah pakai kereta perdana atau kereta yg lebih mahal.
orang dia: kalau gaji banyak tu belum tentu mampu pakai wira pun. Mungkin duk pakai kancil

orang kita: kumpul duit untuk dibelanjakan keesokkanya sehingga habis
orang dia: kumpul duit untuk persedian mati nanti.

orang kita: orang kita sibuk berniaga benda yang semua orang berniaga. kalau nasik lemak, berderet2lah nasik lemak kat tepi jalan
orang dia, berniaga sebelah menyebelah tetapi membuat resipi yang berlaiannan alaupun nampak sama. dorang kata buat apa berniaga benda yang sama sbb merugikan dua2 peniaga.. baik berniaga yg ada sedikit kelaian.

orang kita: sibuk melabur benda yang kononya cepat kaya dan tak berpeluh
orang dia: walau melabur dengan benda yang berisiko tetapi sentiasa memantau perkembangan perlaburan dan membuat analisa

orang kita: mengeluh bila keuntungan sikit atau rugi.
orang dia: anggap tu satu kebiasaan dan membuat strategi untuk masa keuntungan akan datang

orang kita: sibuk mengatakan kejayaan orang lain dan berbangga kalau kenal mereka yang berjaya
orang dia: cemburu dengan kejayaan orang lain dan berusaha lebih untuk lebih berjaya dari kejayaan orang itu

orang kita: Cepat mengelabah dengan kabar angin
orang dia: lebih suka tunggu dan lihat kemudian bertindak ikut keadan.

orang kita: sukar pelajari perkara baru dan menolak perubahan
orang dia: tak pernah berhenti belajar demi keuntungan kelak

orang kita dan orang dia... banayk lagilah nak ceritakan. Ini semua adalah pesanan dari hati teman untuk telingan teman sendiri dan dikongsikan untuk anda semua. renungkanlah..
0
Share
salam,

Bila semua penternak sibuk menternak ayam kampung ini, kita dapat lihat berlakunya ketidak seimbangan antara bekalan benih dan permintaan. Semua penternak mengeluh dengan bekalan ayam kampung baik kacuk atau ori yang ada dipasaran sekarang. Dan persoalan teman kenapa tiada yang mahu menjadi penternak penghasil anak ayam untuk jualan.

Sebenarnya tak susah dan boleh teman katakan penjualan anak ayam lebih cepat dan menguntungkan sekiranya anda tahu caranya. Sekarang, kalau anda ada wang antara RM 5,000 sehingga RM 10,000 tak salah sekiranya anda merebut peluang terhidang ini. jika berminat jumpa saya dan kita akan bincang cara kita nak laksanakanya. Jika anda ada masalah tentang tanah atau cara nak melakukannya, Jumpa saya dan kita boleh selesaikan. Mungkin anda boleh menggunakan tempat saya yang masih banyak kosong dan ada 2 bilik tersedia dalam rumah saya yang boleh digunakan sebagai tempat penghasilan anak ayam.

So apa yang anda perlukan untuk melakukan projek ini dan berapakah keuntungan yang anda perolehi. saya akan menjelaskan secara umum sahaja dalam post saya kali ini. Untuk mendapatkan benih, anda perlu beberapa perkara seperti dibawah:

1. Anda perlu satu bilik atau teduhan dalam banggunan untuk menempatkan Incubator.
2. Anda perlu satu ruang terkawal untuk menempatkan brooder sementara sebelum dijual kepada pembeli
3. anda perlu reban induk untuk mendapatkan telur.
4.anda perlukan Incubator yang bersesuaian dengan jumlah telur yang dihasilkan.

so Untuk bangunan atau bilik, anda boleh menggunakan apa yang saya ada sekarang dan brooder juga boleh ditempatkan didalam bilik sebelahnya. Apa yang diperluakan dalam bilik ini adalah perlindungan dari cuaca dan suhu yang sesuai disamping pengudaraan yang cukup.

untuk incubator pula, kita boleh menempah dari saudara Bedin yang boleh menghasilkan incubator yang automatik atau boleh menempah yang separuh auto kerana saya ada sepanjang masa untuk mengendalikanya. proses saringan telur dan candling pun mudah nak dilakukan.

untuk brodeer, perlu dibuat kemas, suhu stabil dan lebih bersih. Teman ada kosep brooder yang terbaik dan sangat mudah untuk dibuat.

untuk reban induk, kita tidak perlukan reban yang mahal atau canggih sangat. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan seperti:

1. menggunakan reban jenis bateri cage atau reban batery yang memuatkan 5-6 ekor induk dan telur akan jatuh ke tray pengutip dibawah. Cara ini menjimatkan ruang dan memudahkan kendalian. Namun agak mahal sedikit.

2. menggunakan reban flock kecil yang berbentuk 'A' dan memuatkan 10-11 ekor induk. cara ini kurang kosnya dan sederhana besar ruangnya. Dibelakang reban ada tempat bertelur dan kita hanya perlu menyeluk dari luar untuk mengutip telur seharian.

So langkah pertama setelah semua persiapan dilakukan, kita perlu mencari baka dari penternak yang ada. Kita juga boleh mengikat janji dengan mereka untuk membeli telur dari mereka dan memasukkan mereka dalam 'list Utama' pembeli benih akan datang. Dengan jumlah iduk yang mencukupi, bilangan anak ayam dapat ditingkatkan.

jumlah perbelanjaan yang digunakan.

1. RM 2000 untuk incubator 500 biji automatik
2. RM 500 untuk 5 biji incubator manual sebagai backup. kapasiti dalam 800 biji hingga 1000 biji.
3. RM 5000 untuk induk dan calon induk(betina usia 4-6 bulan) dan makanan selama 6 bulan
4. RM 2500 untuk brooder dan reban induk.

Dengan 10,000 yang dilaburkan, kita mempunyai

-300 induk betina yang akan menghasilkan sejumlah 100 biji setahun (anggaran min seekor)

-untuk 6 bulan sebanyak 50 biji. 50 biji dikali dengan 300 induk: bersamaan 300x50: 15,000 biji

-dengan peratusan min 70% berbenih dan menetas: jumlah anak ayam dikeluarkan adalah : 70%x 15,000 biji : 10,500 ekor.

-dan jualan bagi anak ayam seekor adalah RM 2.50 seekor dan dikali dengan 10,500 ekor :
RM 26,250 untuk 6 bulan.

dan sekiranya di tolak dengan kemungkinan masalah dan mati jumlah pusingan mungkin mencapai RM 20,000 untuk 6 bulan dan pusingan seterusnya.

Anda hanya perlu berjumpa dengan saya untuk keterangan lanjut atau anda boleh berbincang dengan rakan anda untuk melakukan projek ini. Jika anda mahu 'bersama saya' tanah untuk melakukanya sudah tersedia, bilik juga telah tersedia, kepakaran penggunaan incubator sudah ada, penjagaan dari penyakit dan pembesaran saya ada pengalaman serta untuk marketing boleh dilakukan secara pukal melalui blog dan pasaran luar. Kita perlu melakukan ikatan perjanjian yang sah serta persefahaman yang jitu. Anda kelebihan kerana tidak perlu mengupah pekerja untuk menguruskan semua ini. Yang penting adalah pelaburan dan strategi pemasaran yang dilakuakan. Untuk yang berminat boleh mengubungi saya dan kita boleh berbincang lagi.
0
Share
Salam,

post teman kali ini adalah berkisar tentang tabiat teman dahulu dan ada beberapa penternak lain agaknya. Kita selalu suka memberi jagung pada ternakan kita kerana dianggap murah dari makanan komersial yang lain. Sedangkan ayam masalah akan kita hadapi sekiranya kita tidak menjaga permakanan ayam ini. Teman pandai lah bercakap tetapi teman sendiri paham kesukaran kita dalam menentukan sejauh mana kecekapan kita dalam soal pemakanan.

Namun apa yag teman perjuangkan disini adalah untuk memperbaiki diri teman sendiri dari masa ke semasa dan disamping itu dapat disampaikan maklumat ini kepada semua pengunjung blog teman. Kalau teman ini bersifat kedekut mungkin semua pengatahuan ini akan teman simpan sendiri dalam memory teman. Tetapi bagi teman yang terbaik adalah peningkatan ilmu kita dalam penternakan ini. Dengan mengajar, kita akan lebih memahai apa yang kita pelajari "petikan dari pensyarah Universiti teman dulu yang berkata cara belajar yang terbaik adalah dengan mengajar". Oleh itu budaya suka sorok ilmu kerana takut nanti dipijak kembali perlu dikikis dari kita terutama orang melayu.

Yes, ada yang nasihatkan teman supaya jgn dedahkan semua kerana ini semua adalah rahsia perniagaan. Teman kata, macam mana pula ini semua dikatakan rahsia perniagaan. Antara hujah balas yg rakan teman nie bagitau dan debatkan:

1. cara menternak yg betul perlu disimpan sedikit supaya nanti waktu kelas boleh diajar:
Jawapan teman: ajar dalam blog dengan ajar life dengan praktikal tersangat lah jauh pemahamannya.. Kalau tak caya leh tanya mereka yang dah pegi kelas teman.

2. Jgn cerita cara nak buat incubator, nanti org tiru.
Jawapan teman: matlamat teman skang nie adalah nak pastikan semua org kat malaysia yg menternak ada incubator supaya nanti bekalan anak ayam lebih mudah nak didapati, cara nak buat incubator ini adalah subjektif, bukan semua org tahu bertukang dan benda elektrik.

3.Kalau ko asik bagi benda free dan subsidi bila ko nak buat duit?
jawapan teman: dari mula teman mulakan perniagaan ini, tujuan paling besar teman adalah untuk menjual daging ayam dan memastikan jualan ayam berterusan setiap bulan. Bukan niat teman untuk membuat duit dari sampingan yang lain sebagai sumber utama. Kalau betul itu yg teman carik tentunya teman dah design incubator "meletop" yg harga lebih seribu macam Abg bedin tu. Teman percaya teman boleh buat. Tapi bukan kesitu tujuan teman.. Abis kalau semua kita nak rembat apa lagi yg tinggal untuk org lain..

Huh dah jauh melalut teman nie. Balik kepada jagung tadi, kalau kita perhatikan jumlah protien yang diperlukan untuk anak ayam membesar adalah antara 25-30% dan untuk ayam hampir matang hingga dewasa pula antara 15-25%. Jumlah ini perlu diambil oleh seekor ayam untuk permakanan harian ayam. Jika sumber ini tidak mencukupi, banyak gejala nutrisi tak seimbang akan berlaku. Jumlah protien untuk jagung adalah hanya 9% dari jumalah berat keseluruhan jagung tersebut. Jumlah ini hanya separuh dari keperluan seekor ayam. Jadi sekiranya kita mengurung ayam ini dan hanya memberi makanan jagung, masalah ayam sakit akan timbul.

So makanan apa yag perlu diberi kepada ayam ni, Kalau mereka yang dah mengikuti kelas teman, Insyallah dah dapat resipi makanan yang teman cipta untuk mereka masak direban mereka nanti. Ya, memang pada mulanya nampak macam leceh nak memasak, tetapi bila dikira jumlah perbelanjaan bulanan dan penolakan hasil jualan untuk keuntungan masa jual nanti, baru kita tahu kekuatannya. dengan hanya meluangkan 10 minit untuk memasak, kita dah menjimatkan hampir 70% kos makanan kita nanti. Itu belum lagi kita melaksanakan skill terhebat yang teman ajarkan dalam kelas. Lagi jimat kalau kita gabungkan makanan yg dimasak dengan satu lagi "teknik" yg teman ajar.

Dibawah adalah rujukan untuk tuan mengetahui kandunagn protien dalam makanan yg diberi:

Sumber                %PROTEIN, BY WT
ikan kering 76
hati yg dikeringkan 76
serbuk cacing 76
kacang soya kering 37
daging 28
ikan segar 28
kuaci 26.3
Ulat gandum 25
Kekancang 24.5
bijan 19.3
kacang soya direbus 17
gandum 16.6
hampas gandum 12.5
jagung 9.0
beras coklat 7.5

sekian terima kasih ;;

0
Share
Perhatian kepada Tuan Muhamad Amirul dari kuantan, sila hubungi saya kembali berikutan Penghantaran Incubator hobby user 60 biji. Incubator tidak dapat dihantar ke alamat anda berikutan alamat yang tuan beri tidak terdapat didalam sistem pos.

Pihak pos dah menghantar kembali barangan tersebut dan saya tak dapat mengubungi tuan. Harap tuan boleh mengubungi saya kembali di 012-3332273. Saya akan mengposnya kembali sekiranya tuan menghubungi saya..
0
Share
salam,

Dengan gelombang yang mula melanda sekarang, teman mula merasakan akan muncul ramai penternak unggas dimalaysiakan. Bidang yang diceburi termasuklah ayam kampung kacuk, asli, ayam belanda, mutiara, silky dan selasih serta beberapa lagi unggas yang biasa kita dengar. Ada yang melakukanya secara suka suka dan ada juga yang melakukannya untuk mendapat gaji setiap bulanan. Namun sekiranya anda baru bermula untuk menternak, maka ada beberapa persedian mental yang perlu anda lakukan sebelum anda menjenamakan diri anda sebagai penternak. Berikut adalah beberapa ciri yang perlu anda fikirkan.

1. Anda perlu tahu berapakah jumlah keuntungan atau gaji yang anda harapkan dari penternakan anda ini, adakah sekadar menambah duit belanja dapur atau anda ingin memiliki kemewahan daripadanya.

2. Anda perlu tahu sejauh mana anda mampu untuk bertahan dengan dugaan yang akan melanda sepanjang anda menternak nanti. Adakah anda ini jenis yang sangat tekun seperti pekerja kilang elektronik yang mampu untuk melakukan kerja yang sama setiap hari ataupun anda ini seorang pengembara bak penghatar surat dipejabat pos yang gemar melihat pemandangan luar. Kalau anda dan kenal pasti siapa diri anda, maka langkah yang perlu dilakukan adalah dengan merangka perancangan supaya sikap atau sifat anda itu membantu perternakan anda nanti.

3. anda tahu sejauh mana kemampuan kewangan anda serta sejauh mana anda mampu menahan diri untuk berbelanja perkara yang tidak diperlukan.

4. anda perlu mempersiapkan diri untuk menhadapi kegagalan sekiranya perkara ini berlaku semasa anda menternak tak kira untuk pusingan pertama atau pusingan seterusnya.

5. anda mampu menguruskan rekod reban anda dan tidak malas untuk mencatat nota atau rekod segala aktiviti direban anda.

6. anda mampu untuk berkorban masa senang anda dan terpaksa mengkorbankan segala cuti yang anda nikmati selama ini. Tiada istilah cuti dalam penternakan kerana ternakan kita perlu makan setiap hari.

7. Anda perlu setkan yang anda sanggup buat apa sahaja untuk memastiak ternakan anda selamat dan berjaya dijual kelak.

8. anda sanggup menjadi murid sepanjang anda menternak dengan tidak berhenti belajar walaupun dari seorang budak hingusan yang ada sedikit pengalaman.

9. Anda perlu sanggup duduk mencangkung(hanya istilah) menebalkan muka untuk menjual ternakan anda dikaki lima atau dipasar yang ada. Kerana untuk bermula kali pertama, anda perlu berpijak dikaki sendiri bagi memaksimumkan keuntungan.

dan yang ke 10. anda perlu tidak berhenti berdoa serta meminta agar tuhan membantu anda menjalankan ternakan anda. Sentiasa berdoa agar tuhan bukakan pintu rezeki buat anda dan keluarga.

Ramai yang membaca ke10 syarat diatas ini dan merasakan mereka mampu. Dengan ganya "merasakan" sahaja belum tentu anda dapat menharunginya. Tetapi yang penting, keyakinan dan daya usaha itu ajib ada untuk menjayakannya. Tiada jalan mudah untuk anda maju dalam ternakan ini. Bak kata sifu teman dahulu yang selalu teman ikut adalah, ternakan ini seumpama anda memandu kereta dimana tangan anda sentiasa perlu ada di stering. Tidak sesekali pun anda boleh melepaskannya kerana jika anda lepaskan maka anda akan menghadapi kemalangan. Oleh itu tugasan dan pemantauwan perlu dilaksanakan setiap hari tanpa tangguh atau henti. Klau anda berani dan yakin boleh.. silakan sinsing lengan baju anda dan mulakan.. ayuh..
0
Share
salam,

pagi tadi teman terima panggilan dari pejabat pos mengatakan sebuah bungkusan kiriman teman ke pahang dihantar kembali ke sini berikutan tak dapat dihantar ke pahang. mengikut maklumat yang diterima, tuan punya incubator ini tiada dirumah dan penghantaran tak dapat dilakukan. Masalah kembali melanda.

Ini masalah kali kedua yang terjadi. Teman tak dapat nak ambil hari ini berikutan kereta teman telah dicabut enjinnya di bengkel. dan kebetulan pulak dengan motor2 sekali tak leh nak start. Dua dua duk dalam, patah kaki 2 hariini. nak teman call balik pembeli incubator ini teman tak dapat berikutan no tepon teman bercampur2 dan ada 5 pembeli serentak yg datang dari pahang. Suh si posmen tu bacakan alamat dia taknak, dia kata kalau nak tau kena pi sana amik sendiri. Tertekan pun ada..

tapi Insyallah teman akan ambil hari isnin ini dan kalau pembeli dari pahang yang order minggu lalu dan masih belum menerima incubator mereka, teman harap dapatlah mengubungi teman balik.
0
Share
Salam,

nie kisah yang kerap berlaku direban teman, kisah sekumpulan warga asing Myamar yang ketagihkan ayam kampung asli. Nak dijadikan cerita sehari sebelum Hari Korban, mamat nie datang kerumah n mintak nak beli ayam, Teman jual lah dalam sekor je. Jual yang usia 7 bulan lebih dengan harga RM17. Keesokkanya pulak mamat nie datang lagi dengan 7 orang kawannya dan nak beli lagi dalam sekor sorang ayam. Katanya semalam dia dah merasa kesedapan sup yang mamat sorang ni buat. Tersangat sedap sehingga tak tertahan nak beli lagi. Teman dengan berat hati menjuallah seperti mana yang diminta.

Ingat dah abis dah kisah, keesokannya semasa teman balik dari beraya umah orng tua, waktu pagi lagi(yelah nak bagi ayam makan kan) dah ramai berkumpul depan rumah. Yang terkejutnya mereka masih berpakaian kerja(kilang kertas) dan teman kira dah sejam dorang tunggu kat situ. Sebab mereka biasanya dihantar pulang dengan bas pekerja dalam lingkungan 8.30 pagi. Teman tak dapat nak kira berapa yang ada masa tu tapi cukup untuk teman katakan mereka berhimpun sehingga tak nampak pagar. perkara seperti ini tak pernah berlaku sebelum ini.

Dengan berat hati, teman hanya menjual 10 ekor lagi dan pada ketika itu seolah2 perebutan ayam telah berlaku. Masing2 berbincang sama ada nak berkongsi atau nak makan sekor sorang. Teman sempat berpesan yang teman tak nak jual ayam lagi dah sbb stock ayam untuk jualan daging dah takde. Yang ada semua bapak ayam sahaja berusia lebih dari setahun, namun ada juga yang menunjukan jari nakkan bapak ayam otai tersebut. Kebanyakan dalam bahasa isyarat tangan lah sbb teman tak paham. Teman kata yg tu lagi lah teman tak nak jual pasal dah otai. Kalau jual pun bukan untuk makan tapi untuk dijadikan baka. Harga jual ayam yg ini pun dikira dgn ekor bukannya dengan berat. Sekor dalam RM 70 teman jual. Namun pernah juga teman jual dengan harga RM 50 kepada yang teman kenal.

Persoalan teman, siapa sebenarnya peminat ayam kampung asli ini? kalau diikutkan harga, mana mungkin si pendatang ini mampu bayar dan menikmati ayam yang tinggi harganya. mengapa mereka tak berminat membeli ayam kacuk yang diternak jiran seberang jalan belakang teman? kenapa ayam jenis ini juga yang dicarinya, dan mengapa sampai sekarang dorang masih datang nak tanyakan ayam nie. Apa yang mereka fikirkan tak dapat teman nak rungkaikan. Mungkin teman leh simpulkan mereka dan rindu sangat nak makan ayam seperti dikampung mereka keran dah jemu dengan ayam daging yang ada dijual dikedai makan. Atau mereka beranggapan ayam ini adalah sejenis makanan istimewa yang dah lama sangat mereka tak rasa.

Dan sehingga kini, kemana sahaja teman pergi dikawasan rumah teman dan bertembung dengan mat bangla atau myamar, mesti soalan "ayam ada" yg keluar dari mulut mereka. Kalau dengan harga RM 20 sekor dengan selamba je mereka leh bayar, teman merasakan keinginan mereka begitu kuat untuk ayam ini. So adakah fenomena ini berlaku disemua tempat diMalaysia ini. Kalau betullah ini berlaku, tak payahlah rasenya teman nak keluar untuk kepasar menjual ayam kelak. Cukup meletakkan iklan dihadapan rumah dan menyediakan reban perpindahan sementara bagi memudahkan pembeli memilih ayam didepan rumah teman. Cuma pilih dan teman timbangkan. Dengan ribuan pekerja asing didepan rumah teman, Mungkin 500 ekor ayam tak cukup bagi mereka sebulan. Ditambah pula dengan permintaan jaringan penternak yang mengunjungi reban teman untuk mencari induk.

So sejauh mana kita perlu pergi untuk memajukan ternakan ini. Adakah kita perlu menternak sehingga 5000 ekor untuk memenuhi permintaan daerah atau negeri atau cukuplah dengan jumlah yang biasa kita lakukan sekarang. Kalau betul permintaan ada, apa pula perancangan kita untuk memastikan permintaan ini dipenuhi. Adakah selepas ini semua orang berlumba2 untuk menternak ayam kampung asli pulak setelah menyedari potensinya? adakah harga ayam ini pula akan jatuh dek kerana dah ramai sangat yang menternak? adakah pelabur besar pula akan menternak ayam jenis ini secara besar2an?

So bagi teman untuk itu semua kita tak perlulah pecah kepala sangat untuk memikirkanya. Cukuplah kita pikirkan bagaimana nak meningkatkan produktiviti kit adari segi penjagaan dan pengeluaran kita sekarang. Cuba gandakan hasil yang biasa kita lakukan sekarang. Mungkin dari sedikit permulaan isaha ini adalah gear pertama sebelum gear seterusnya. Mungkin juga dgn perternakan yang kita anggap sebagai hobi suka2 nie lah menjadi pendapatan utama kita kelak.
1
Share
Salam,

Kalau tuan membaca Metro bertarikh 10 hb 12 tuan mesti terbaca petikan laporan yang bertajuk seperti diatas. Seramai lebih dari 20 ribu orang melayu membuat aduan mengenai penipuan dan skandal yang didalangi oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Bagi Mereka yang telah terjebak atau teranaya, teman harap anda semua bersabar dan mengambil pengajaran atas segala musibah yang berlaku.

Yang paling meyedihkan, skim yang dilakukan melibatkan hal hal pertanian seperti menternak lembu, menternak kambing dan sebagainya. Bagi teman, mereka yang berminat untuk menyertai ini adalah dari mereka yang berminat mengenai ternakan tetapi kengkangan hidup atau pekerjaan sekarang menyebabkan mereka tidak berani untuk menternak sendiri. Ada juga yang berharap agar suatu hari nanti setelah duit yang dilaburkan akan digunakan kembali untuk menternak lembu ini.

Sebenarnya kita tidak boleh memberi wang kepada sesiapa terutama bersifat deposit kepada mereka yang tidak diketahui asal usulnya. walau kita dijanjikan dengan segala bentuk keuntungan kelak, namun selagi kita 'bermain' dengan benda hidup, risiko tetap ada. Oleh itu tiada siapa pun didunia ini dapat memberi jumlah sebenar keuntungan yang bakal diperolehi diakhir fasa penternakan kita. Dan Tiada siapa pun yang boleh menentukan sejauh mana kelancaran sesebuah pelaburan yang dilakukan dapat memberi pulangan.

Kadang kala teman terkedu bila mereka yang terjabak adalah dari mereka yang cerdik pandai. Kadangkala yang terjebak ini sudah dikenali ramai serta menjadi idola kepada masyarakat. Sebenarnya teman tak salahkan mereka. Selagi kita digelar manusia yang menggunakan akal fikiran untuk membuat keputusan, kita masih lemah sekiranya terkena kepada mereka yang bijak memanupulasi orang lain. Bayangkanlah kalau mereka yang datang tu dah sememangnya mencari duit dengan menipu untuk hidup. Mereka mampu untuk berbohong dengan tanpa disedari oleh kita yang naif nie. Oleh itu, golongan berduit ini mudah sahaja ditipu dengan janji manis serta skim2 yang kekadang pelabur itu sendiri tak beberapa paham..

jgn risau sekiranya kita ketinggalan bas kerana semua orang dah melabur dan mendapat pulangan yang lumayan, dan jgn risau kalau kita tak merebut peluang 'keemasan' kalau ada yang tampil mengajak kita masuk itu dan ini. Kaji dahulu dari segi keburukan serta sejauh mana selamatnya. Kalau kita melabur dengan syarikat yang sah sekalipun, kita perlu tahu kemana perginya ang pelaburan kita tersebut, adakah digunakan untuk menjalankan perniagaan haram atau sumber yang tak dipercayai. Kalau salah pilih akhirnya kita termakan duit haram walaupun duit itu asalnya halal hasil titik peluh kita sendiri.

Oleh itu, tuan tuan sekalian, berhati2lah dalam berurusan dengan mereka yang lidah bercabang terutama yang melibatkan wang. Kalau betullah pelaburan mereka itu menguntungkan, teman pasti mereka tak akan menghebahkan kepada orang lain, mesti mereka akan buat bersendirian dan terus menebalkan poket mereka sendiri. Kenapa nak kongsikan keuntungan dengan orang lain terutama mereka yang tak dikenali langsung. Mesti itu semua ada udang disebalik batu kan?
0
Share
Salam,

kita selalu berada keadaan serba salah apabila penyakit menyerang reban. Sedih melihat anak ayam atau ayam dewasa yang sebelum ini bebas meloncat kesana kemari tetiba diam monyok seribu bahasa, Tambah parah ada yang seakan zombi hidup tak mampu makan dan tak mampu minum. Mulalah hati berkira2 dimana silapnya penternakan kita sehingga ayam yang disayangi mula jatuh sakit.

Antara cara mudah untuk mengelakkan ayam kita jatuh sakit adalah memastikan langkah pencegahan dilakukan dahulu sebelum penyakit menyerang ternakan kita. Antara key word paling besar adalah sentiasa memastikan bahawa ternakan kita diberi persekitaran yang bersih dan selesa. Kebanyakan penyakit hadir bila keadaan reban kita kotor atau tidak dibersihkan mengikut jadual.

Namun apabila penyakit menyerang reban, anda perlu mengetahui ubatan yang perlu digunakan untuk meraat ternakan kita. Seperti umum tahu, kesukaran untuk mendapatkan maklumat serta ubatan untuk ternakan khasnya unggas menyebabkan penternak membiarkan ayamnya mati begitu sahaja selepas diasingkan dengan yang masoh sihat. Ada juga yang mengambil jalan dengan memberi makanan yang berbentuk perubatan herba seperti daum hempedu ular, daun sambung nyawa dan kunyit. Namun untuk rujukan kepada anda semua, ada beberapa ubat yang wajib ada dalam reban kita seperti dibawah:

1. Ubat matelin Blue(ubat biru) - untuk merawat luka2 kecil dari trauma luka atau penyakit yang membuatkan kulit ayam luka. Ubat ini digunakan dengan menyapu luka pada ayam dan dibiarkan ayam ini berehat di reban rawatan.

2. Ubat cacing- terdapat beberapa jenis ubat cacing dipasaran dan biasanya semuanya boleh digunakan. Ubat ini akan membunuh cacing yang berada dalam badan ayam. Cacing ini boleh memasuki badan ayam melalui makanan serta minuman yang disediakan. Namun biasanya cacing ini akan memasuki ayam melalui oral dari lopak air yang terdapat di reban kita.

3. Elektromisis- ubat ini ada pelbagai jenis dipasaran. Yang penting lihat pada label pada ubatan tersebut.. biasanya akan ditulis jenis ubatan ini walaupun kepalanya tulis lain. Ubat ini sama juga dengan ubatan berbancug seperti cecair merah yang berlebel '707' atyau serbuk merah dalam peket kecil tu. Biasanya anda kenapastikan ubatan ini dari warnanya.

4. Neo TM. ubatan untuk penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan dan saluran permakanan. Ubatan untuk merawat penyakit berak kapur, pernafasan akut dan sebagainya.

5. Vitamin - untuk memastikan ayam kita sentiasa mendapat vitamin yang sepatutnya diperolehi untuk membesar. Biasanya dalam bentuk cecair dan berbau seperti ubat kuning atau ubat demam yang biasanya kita dapat dari klinik. dan ada yang mengatakan ubat vitamin yang kita makan sama seperti yang digunakan dalam penternakan.

6. Ubat antistress.- dalam bentuk serbuk yang tidak berarna atau berarna oren cair. Ubat digunakan untuk membantu ayam mengawal tahap tekanan seperti untuk perjalanan jauh, perpindahan reban, perubahan makanan, serangan pemangsa, cuaca berubah dan penggunaan vaksin. diberi mengikut keperluan.

dan beberapa lagi ubatan yang teman sendiri tak beberapa clear..
0
Share
Alhamdulilah,

Perjuangan teman dah nampak dah hasilnya, kalau dulu orang pandang ternakan ayam kampung asli ini sesuatu ternakan kelas kedua malah ketiga. Ayam yang hanya layak diternak oleh orang kampung yang tak mampu nak beli ayam daging kat pasar. Ayam yang hanya mampu dimakan jika ada perayaan sahaja. Bila disebut ternakan ayam kampung dulu ada yang tergelak dan ada yang berkata penternakan ini hanya untuk loser sahaja.

Kalau tuan2 semua rajin melayari internet, tuan buat carian mengenai ayam, saya yakin jutaan maklumat dan cerita yang anda boleh terima. Dari ayam yang dimakan harian sehingga ayam yang berharga ratusan ribu ringgit. Dan peminat ayam ini ada di semua tempat didunia dari tempat sesejuk bersalji sehingga ketanag gersang. manusia dan ayam telah lama bergandingan mewarnai ayam ini. Tuan boleh bandingkan penggunaan ayam dalam kehidupan kita seharian sekarang. Kalau kita bertumpu kepada satu bidang ayam sahaja maka tiadalah berkembang pengetahuan kita mengenai ayam ini.

Ayam kampung ini sangat dikenali dengan rase dan bau yang sangat hebat. Sehinggakan dengan menceritakan kelazatan dagingnya, ramai yang dah meleleh air liur. dari hobby sehingga yang menternak secara serius. Dan yang paling penting ternakan ayam ini bukan lagi satu jenis perniagaan ikut-ikutan yang merugikan kita pada akhirnya. Ayam kampung asli sangat dianak tirikan sejak kehadiran ayam-ayam baru yang dikenali dengan ciri cepat untuk diternaknya. Dengan janjian pulangan lumayan dan masa penternakan yang pendek, maka penternakan ini berkembang dengan pesatnya. Tetapi dengan persaingan yang sangat sengit dan penternkan yang memerlukan kita bermain dengan jumlah maka banyak masalah mula timbul. So tak salah kalau kita memperkembangkan ternakan ayam ori ini semula supaya kita pula yang menang dalam pasaran pula.

Dan sekarang ini yang mula berminat dengan ayam kampung asli ini melibatkan orang kampung sehingga yang berbaju batik. Oleh itu kepada yang masih was2 dengan ternakan ini anda bolehlah melakukan kajian sedikit demi sedikit atau menternak 20 ekor untuk belajar ragan ayam ini. Harapan teman 5 tahun nanti, ayam kampung ini sudah mudah diperolehi dan dinikmati semua orang.
0
Share
Salam,

Setelah sekian lamanya menternak itik serati sebagai hobi, kini teman dah jual semuanya sekali. Dulu teman ternak itik ini kerana teman tak mampu melihat kecomelan anak itik ini terkedek2 dalam bekas jualan apek kat dengkil. Dengan kuningnya dan kegebuan itiknya, teman beli dalam 10 ekor. Dengan 10 ekor ini anak itik berkembang dan membiak dalam incubator. Disamping penambahan dari seorang penternak itik dikawasan teman, jumlah itik teman pernah mencecah 40 ekor.

Disebabkan teman mendapat info yang itik serati ini mampu memberi satu penyakit kepada ayam kita yang dinamakan egg drop sindrom, teman menjual semuanya termasuk 8 ekor yang baru berusia 2 bulan. Dan yang terbaru ini teman jualkan 7 ekor itik dewasa yang mencecah usia 6-7 bulan. Teman tinggalkan sekor untuk direndangkan minggu ini. dah lama tak merasa rendang itik masakan ibu teman.

Mr wong dari DQ farm beritahu teman yang itik ini mampu mengurangkan jumlah telur yang dikeluarkan oleh ayam kita. Sebelum ini teman dah terima makalumat ini tentang penangan itik ini tetapi teman tak nampak perbezaannya. Kemudian teman asingkan ternakan itik teman ini kerana risau perkara yang tak diinginkan berlaku. Dan kebelakangan ini teman dapati jumlah telur turun dengan mendadak. Bagi teman kalau ada masalah ini berlaku, teman kena cari punca apa masalah yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Ada kemungkinan beberapa sebab yang menyebabkan telur teman semakin berkurang. Untuk mendapat kepastian tentang perkara ini, teman perlu membuat beberapa kajian serius. Ada beberapa punca yang teman kena pastikan:

1. teman dah ubah bekas telur supaya semuanya dudk sebaris dengan mata teman- kalau dulu teman buat bertingkat2 dan sekarang teman ubah kerana teman beranggapan lebih mudah teman mengutip telur untuk dieramkan menggunakan incubator. Kalau ini yang menyebabkan perkara ini berlaku, teman kena buat balik tingkatan yang teman buat dahulu.

2. pemakanan teman. Kalau dulu teman memberi makan seawal pukul 7 pagi dan memberi makanan tambahan pada belah petang. Oleh itu ayam akan sentiasa bertenaga dan diisi penuh makanan sentiasa. Sekarang ini teman memberi makan ikut suka dan paling aal pun pada pukul 10 pagi. Teman cuba untuk melakukan satu kajian mengenai pemakanan ayam kampung ini. Teman beri makan sekali sahaja dan melepaskan ayam pada pukul 3 petang untuk ayam merayap sekeliling rumah. Teman cuba melihat hasilnya bagaimana kelakuan ayam serta perkembangan ayam ini.

3. teman mula membenarkan aktiviti ayam diluar reban dengan memastikan ayam ini lebih bebas mematuk rumput dan serangga diluar reban.

Tiga perkara ini teman mula lakukan 2 bulan dahulu dan kejadian telur mulu menurun keluarannya mula kelihatan dengan jelas. Kini sudah hampir 2 bulan pengeluaran telur teman turun sehingga 25%. Kalau 2 bulan dahulu teman mampu mengutip 5 tray telur setiap dalam seminggu, kini nak capai satu tray pun payah. Keadaan reban sangat sunyi dan tiada ketakkan si ibu mengumumkan telur yang dikeluarkan. sunyi sepi. dan yang paling teman sedar perubahannya adalah ayam teman sentiasa berasa dalam keadaan stress dimana sedikit pergerakan dari orang ramai akan menyebabkan semua bertempiaran lagi. Sesuatu yang jarang berlaku pada masa dahulu. Kalau dulu sampai ke bahu teman ayam ini panjat sebab nak meintak makan.

so langkah yang perlu teman lakukan sekarang adalah:
- memasang balik kotak telur seperti asal
-memberi minuman antistress selama 5 hari berturut2
-menjual semua itik serati teman dan membersihkan reban sebersih mungkin
-memberi makan seawal mungkin dan mengurangkan aktiviti ayam merayap diluar reban. Mungkin 3 hari sekali teman lepaskan keluar reban.
-teman akan memberi makanan tambahan yang beruncur kalsium dan protien untuk membantu pengeluaran telur.
-memberi dedak penelur yang tinggi kandungan khasiatnya
-memastikan keadaan reban selamat dari aktiviti kecurian, pemangsa seperti ular saa dan biawak serta memasang lampu dibahagaian depan reban.

Sebenarnya dari ayam ini kecik lagi teman memasang lampu dikawasan depan para tempat mereka tidur. Cuma 2 bulan ini teman padamkan lampu ini bagi memastikan ayam dapat tidur dengan lena serta mengurangkan penggunaan elektrik. Adakah pengeruh lampu ini memberi tekanan kepada ayam sehinggakan ayam merajuk untuk bertelur. Ataupun memang sekarang ini dah tiba musih untuk ayam ini tidak bertelur atau sudah sampai tahap berehat bertelur setelah 6 bulan terus menerus bertelur.

Atau pun ada masalah lain yang teman terlepas pandang. Mungkin juga dengan keadaaa melam yang terlalu gelap dan ayam tak menerima keadaan ini oleh kerana sudah terbiasa dengan keadaan reban yang bercahaya malap pada waktu malam.
1
Share
salam,

Dah banyak kali teman menghantar Incubator melalui pos. Dan kekadang penghantaran akan sampai lewat dan melebihi 1 minggu. Ini adalah perkara biasa kerana kita menggunakan perkhidmatan yang paling murah. Kalau untuk penghantaran laju. satu Incubator biasa menelan belanja hampir 100 ringgit. Leboh dari separuh dari harga barang yang dibeli alaupun kita menghantar diseberang negeri sahaja.

Namun bagi yang mahu dihantar melalui pos, anda masaih boleh melakukannya tetapi anda kenalah tunggu paling awal 4 hari dari tarikh dipos(bukan tarikh anda order) dan paling lewat 1 minggu mengikut hari bekerja. Ini bermakna kalau anda pesan pada hari rabu dan saya pos pada hari jumaat, kiraan hari penghantaran hanya bermula pada hari isnin depan.

teman nyatakan disini kerana ada juga yang tertekan kerana tak mampu menanti tempoh seminggu untuk penghantaran dilakukan.. kes yang pertama berlaku bila ada pembeli yang tak dapat Incubator selepas seminggu. Tetapi teman dah bersedia dengan perkara ini dan akan menghantar satu bujik yang baru tanpa kos tambahan..
0
Share
Salam,

teman nak panjangkan sedikit cerita sebelum ini, anak ayam kampung sangat berbeza dengan anak ayam yang lain kerana tradisi atau tabienya sendiri yang mempengaruhi ayam ini Oleh kerana selama ini, tugasan mendidik anak ayam ini deberikan sepenuhnya kepada ibunya, maka segala proses pembesaran dipantau pantau dan disediakan oleh siibunya. Segala didikan seperti panduan memilih makanan, tempat tidur, aktiviti mencari makanan, melarikan diri dari musuh dan bersosial diajar terus oleh ibunya.

Apabila anak ayam ini mencecah usia 3 bulan, bentuk fizikalnya akan bertukar menghampiri ciri2 lengkap seekor ayam matang. Dengan perubahan ini, anda akan melihat siibu akan mematuk anaknya ini sekiranya anak ingin dekat atau ingin mengikuti ibunya. Kadangkala pada ketika inipun anak ayam boleh mati sekiranya gagal melaksananka minggu pertama berjauhan sengan ibunya. Ibunya akan mula rehat selama 1-2 minggu sebelum bersama kembali dengan kumpulan jantan didalm reban. Setelah selesai, si ibu akan mula bertelur dan mengulangi proses yang baru dilaluinya.

Bagi anak keluaran Incubator, anak2 ini tiada panduan atau role model yang boleh diikut untuk menjadi dewasa. Biasanya anak ini hanya mengikut nalurinya sendiri untuk makan minum dan mencari tempat yang selamat untuk berteduh. Oleh itu, kematian yang lebih tinggi akan direkodkan sekiranya penternak tidak meluangkan masa mendidik anak ini atau menternaknya dengan cara yang baik. segala aspek perlu diambil kira walaupun kepada kepanasan sinaran matahari diwaktu tengahhari. Kalau kita berjaya memenuhi kesemua keperluan anak ayam, biasanya semua anak ayam ini akan membesar dengan baik. Tetapi untuk rekod, biasanya penternak yang berjaya akan membenarkan kematian anak ini dalam pelbagai peringkat sebanyak 5-10% sepanjang ia diternak. Oleh itu rekod dan pemerhatian harian penting untuk mengetahui ruang kesilapan yang perlu diperbaiki.

Anak ayam akan dididik sepenuhnya sehingga berusia 4 bulan sebelum dilepaskan didalam reban yang masih dipagari. Pemerhatian tingkah laku dan kebolehan anak ayam ini untuk cuba belajar mengelak cuaca atau tidur ditempat tinggi bila waktu malam, Sekiranya anda dapati hanya separuh sahaja dari anak ini berjaya.. anda perlu memantau separuh lagi dan memastikan anak ini diselamatkan kalau masih gagal dalam percubaanya. Anda juga boleh memasukkan ibu2 muda atau jantan muda yang dah mencecah usia 8 bulan untuk mengajar anak2 ini untuk melakukan yang sepatutnya.. kalau kita berjaya membesarkan sehingga usia 4 bulan, Insyallah anak ini akan berjaya membesar dengan baik.
0
Share
salam,

baru setengah sahaja yang menghantar Email balas untuk penghantaran Nota yang teman janjikan.. Mungkin masing2 sibuk kot. Takpe teman tunggu kepada yang berminat. Tujuan teman mintak email supaya mudah nanti teman nak emailkan update benda2 rahsia kerajaan citypull hehehe.. benda yg takleh nak cerita kat umum.

Untuk yang dah anta teman ucapkan terima kasih.. dan teman akan hantarkan email balas pada malam ini secara berperingkat2. Nota diberi mengikut 2 fasa iaitu kajian setakat ini dan kajian berikutnya yang belum habis teman karang. Untuk nota yang pertama ini agak basic dengan segala permasalah dan perancangan anda untuk menternak. Turut disertakan sekali salinan kertas kerja untuk rujukan anda nanti.

Akhir kata, anggaplah apa yg teman lakukan ini sebagai sumbangan yang tak seberapa tetapi ikhlas dari Citypull. Mungkin ada yang berpendapat nota yang diberikan agak 'biasa' kerana sudah ada ilmu itu didada anda.. tetapi tak salah kalau kita ada salinannya yg telah siap dikarang dan dibukukan .. selamat menternak dari Citypullagro.
2
Share
Teman duk termenung2 pikirkan berapa jumlah ternakan yang sesuai untuk pendapatan minimum seseorang penternak ayam kampung sebulan. Dan dalam teman buat kiraan itu. teman terpikir tentang perkara ini..

Sepanjang 2-3 bulan ini tak kurang 15 panggilan teman terima menanyakan stock ayam dan anak ayam. tak kurang juga yang menanyakan telur untuk dieramkan. Mungkin incubator dorang banyak kosong kot. Yes antara cara lain untuk anda kumpul benih anak ayam adalah membeli telur dari penternak kecilan yang lain. Biasanya dorang ada banyak telur ayam kampung ini dan selamberje nak jual sbb tak berapa konfident nak bagi ibu mengeram tak pun sbb telur kat reban banyak sangat.

Namun apa yang teman nampak la buat masa ini, sekiranya satu daerah mampu keluarkan ayam matang dengan jumlah 500 ekor sekali pun setiap bulan, teman rase ayam2 tu tak sempat sampai kepasar. Kalau tuan punya ayam ada blog atau rajin melayari internet saya pasti berteku iklan yang mencari ayam ini. Tak kurang juga kalau kit ada blog sendiri yang boleh meletakkan gambar anak ayam tersebut dari kecil sehingga dewasa. Teman rase sampai jualan bulan ke 6 pun tuan punya ayam tak yah pi pasar kalau dia iklankan dalam internet.

tetapi masalah utama sekarang, belum ada yang berani buat sedemikian kerana ternakan yang ada diladang tak sampai 500 ekor pun. Kalau dijual semua apa lagi yang tinggal untuk diternak .. betul tak.. so rebutlah peluang ini..
0
Share
salam,

Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehinggakan produk akhirnya sejibik atau sebijik macam dedak 511 atau dedak komersial yang kita beli dengan harga antara 1.80-2.30 sekilo mengikut harga semasa atau lokasi. Ada yang mungkin ragu2 kerana nampak jelas ketulan jagung didalam makanan tu pada mulanya dan taklah serupa dengan dedak komersial yang halus kering dan semuanya nampak hitam. Sebenarnya pada permulaan kajian memasak makanan ini pelbagai cara telah digunakan serta pelbagai teknik. Semuanya dilakukan untuk memastikan end produk yang kita buat hampir serupa atau seakan yang kita beli dengan peratusan nutrisi mencapai standart keperluan ayam.

Pada mulanya teman menggunakan jagung halus untuk bahan utama atau bahan terbanyak dalam masakan ini. Apabila siap dimasak, rupa, bau dan kegilaan ayam sama dengan dedak komersial. Tetapi berat yang dihasilkan tak membanggakan sangat. ketika itu kos bagi makanan jatuh kepda RM 0.80 sekilo. Kemudian teman menggunakan jagung biji seketul yang dimasak sekali. Dengan cara yang betul, teknik memasak jagung yang keras itu hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Nampak sangat mudah dan sehinggakan org tua kita di kampung boleh melakukanya. Kepad mereka yang telah hadir ke kelas teman pasti mengakuinya..

Dengan penggunaan jagung ini, makanan tadi bertambah beratnya dan bertambah murah dari segi kos dimana kiraan akhir, jumlah kos untuk sekilo adalah RM 0.60 sahaja. Dan semalaman teman menjemur dedak ini, dan teman dapati ianya kering dengan baik(cuaca cukup panas agaknya) dan menyerupai dari segi warna dan bau berbanding dedak komersial.. Yes satu lagi kejayaan. So kepada yang telah mengikuti kelas teman sebelum ini anda beleh memasak untuk kuantiti banyak dan menjemurnya pada siang hari dan disimpan dalam bekas kering dan kedap udara. Kemudian sebelum anda menggunakanya hanya tambahkan sedikit air dan biarkan dia kembang sebentar dan hidangkan..

berbalik kepada permakanan ayam, teman bahagikan kepada 3 kumpulan.

kumpulan pertama:
anak ayam dari usia 0-60 hari.
teman gunakan sepenuhnya dedak komersial yang dibeli di kedai. Ada kemungkinan kajian teman juga akan menjurus kepada memasak dedak rumusan anak bawah 2 tahuan (protien lebih tinggi) selepas ini dan menggunakan dedak sendiri. So kalau lah ada pertambahan atau peningkatan harga dedak dipasaran, INsyallah kita masih mampu tersenyum kerana tidak bergantung kepada dedak pasaran. Anak ayam pada usia ini tidak boleh diberi makanan tambahan lain kerana fasa ini sangat kritikal untuk anak ayam mendapat nutrisi yang secukupnya. Gejala kurang zat (walau makan banyak) selalu kelihatan sekiranya anda menambah bahan makanan yang anda fikirkan ketika itu bersesuaian. Dengan nisbah zat penting seperti protien dan kabohaidrat yang tak seimbang maka pembesaran anak ayam akan terbantut.

Kumpulan kedua.
anak ayam antara umur 60 hari sehingga 120 hari. (2-4 bulan)
anaka ayam masih diberi makanan komersial dan mula diberi makanan rumusan yang dimasak sendiri dengan nisbah permulaan 25:75 untuk permulaan. Ini bermakna anak ayam hanya diberi makanan rumusan sebanyak 25% sahaja dari makanan biasanya. Kemudian peratusan itu semangkin meningkat sehingga mencapai 100 apabila usia mencecah 120 hari. Pemberian secara perlahan ini dilakukan bagi mengelakan perut anak ayam terkejut dengan perubahan makanan yang akhirnya akan menyebabkan stress dan kematian. makanan tambahan (macam snak) diberi antara waktu lapang berupakan jagung halus. Dan jumlah ini seharunya tidak melebihi 5% dari jumlah berat keseluruhan makanan yang diberikan seharian.

kumpulan ketiga.
anak ayam usia 120 hari sehingga matang atau jual.
anak ayam diberi makanan rumusan dengan tambahan jagung tak melebihi 5% dari jumlah makanan sehari. Ini kerana penambahan pemberian jagung(kononnya kalau beri jagung kos lagi murah) dilakukan makan keseimbangan permakanan yang telah kita masak atau kita kira terganggu. Penambahan pemberian makanan hijau juga dapat membantu tumbubesaran ayam kita serta memastikan zat tambahan mencukupi. Namun pemberian makanan sampingan ini hanya diberikan pada selang waktu antara aktu makanan utama bukannya diberi sewaktu waktu makan utama.

ada yang mempertikaikan mengapa kita perlu menghadkan penggunaan jagung. Hujahnya kerana orang tuanya dikampung selama ini hanya memberi jagung semata2 kepada ayam setiap petang dan ayamnya semua hidup sihat walafiat je.. teman akan jawab sialan dengan soalan balik.. soalanya berbunyi sebegini:

1. adakah ayam dibiarkan lepas bebas? kalau ya, takde masalah kerana ayam mencari makanan lain dengan sendiri
2. adakah anda perasa yang ayam anda agak slim, ringan dan kurang isi(lebih liat). ini kerana tenaga yg diperolehi dari makanan yg dipatut terpaksa digunakan semua untuk mencari makanan. Oleh itu pembesaran ayam lebih perlahan
3. adakah pengeluran telur anda rendah dan berapa kali setahun seekor ibu bertelur.
4. adalah anda pernah mencatat kadar kejayaan hidup satu kumpulan anak ayam sehingga anak ayam itu mencecah 6 bulan(umur boleh jual)
5. Berapakah jumlah ayam direban dan sejauh manakan ayam anda pergi untuk mencari makanan setiap hari?

dengan soalan ini menceritakan kita bahawa penternakan kita mula kembali kepada tradisional dimana kejayaan hidup sesuatu kumpulan ayam itu bergantung kepada kebolehan hidup mereka sendiri.
0
Share
Salam,

pada umumnya, ayam kampung asli dibahagikan kepada 3 peringkat umur. peringkat umur adalah seperti dibawah:

1. peringkat 1
peringkat usia anak ayam dari satu hari sehingga 2 bulan. Ketika ini perhatian serius diperlukan untuk meningkatkan daya hidup seekor ayam. Ayam perlu dijaga dari semua aspek termsuk suhu persekitaran, keselamatan serta makan minum. Anak ayam sangat sensetif terhadap perubahan persekitaran dan sebarang unsur berbentuk tekanan meningkatkan kematian anak ayam.

2. peringkat 2
peringkat usia antara 2-4 bulan. Ketika ini anak ayam mula diasuh untuk menjadi ayam dewasa. Ciri2 ayam dewasa matang mula wujud dan proses pembesaran berlaku. Namun ketika ini anak ayam masih lemah walaupun pada mata kasarnya sudah cukup bersedia. Kalau kitika ini kita mendedahkan anak ayam ini dipersekitaran yang asing dan sukar seperti cuaca melampau, anak ayam akan mudah mati. biasanya penternak memindahkan anak ayam yang menyerupai reban ayam dewasa tanpa pemantauan. Perkara ini banyak membunuh anak ayam saecara langsung atau tidak. Sepatutnya anak ayam masih lagi dididik berikut resam si ibu akan mendidik anaknya sehingga berusia 3 bulan. Ketika umur 3 bulan, si ibu akan meninggalkan anaknya namun masih mengambil tahu sekiranya anaknya bermain dipersekitaran. Oleh kerana kita tidak mendidik anak ayam ini secara formal atau secara tabii, makan lanjutan tempoh masa mendidik perlu dilanjutkan kepada 4 bulan.

3. peringkat 3.
Anak ayam berusia 4 bulan sehingga matang. Ayam akan mula matang apabila mencecah usia 6 bulan. Namun untuk ayam jantan jangkamasa 1 tahun diperlukan untuk mencecah usia matang sebagai baka pejantan. anak ayam sudah digelar ayam matang apda masa ini. Dari usia 4 bulan hingga 6 bulan, anak ayam biasanya akan membesar dengan cepat untuk menyediakan diri untuk hidup bersaing didalam reban. Anak ayam mula nampak cergas serta meniru perbuatan biasa ayam matang lain. Ayam boleh hidup sehingga 8-10 tahun sekiranya dibiarlepas bebas dan antara 4-5 tahun jika diternak secara kurungan.
0
Share
salam,

kalau ayam anda nampak maca comot dan bulu nya kusam tak terurus, ini menunjukan ayam anda telah diserang penyakit. Bulu ayam kelihatan kusam, berlumpur atau bertanah, bulu tak tersusun dan nampak macam baru sahaja kena campak dalam air longkang.

Punca jadinya gejala ini adalah kegagalan ayam ini membersihkan diri dan mengemaskan diri setiap hari berikutan kesihatan diri terjejas. Dengan badan yang lemah dah daya tahan badan yang turun mendadak, ayam kan jadi lesu dan tak terurus, kekilatan bulu ayam akan hilang serta ayam tidak dapat menyisir bulunya.

apa yang perlu anda buat adalah menangkap ayam ini dan asingkan. Lihat semua ciripenyakit yang pernah saya ceritakan sebelum ini dan mulakan rawatan. ayam ini takkan hidup lama sekiranya anda membiarkan terus didalam reban tanpa rawatan.
0
Share
salam,

Alhamdulilah, hari ini teman berjaya menyiapkan 3 incubator tempahan semalam dan kemarin. Dah siap semuanya dan dah hantar dah pun. Sepatutnya jualan 4 buah semuanya tetapi seorang pembeli menangguhkan pembelian atas masalah lojistiknya.. so kalau ada yang berminat ada sebuah bersaiz 60 biji yang telah siap sedia. just cash n carry jee..

Apa yg menariknya ke3-3 inc. ini dibeli oleh orang kampung sekitaran kampung teman ini. Rupanya pasaran setempat pun tak kurang hebatnya. pembeli ini adalah rakan kepada seorang pembeli terdahulu yang mendapat tahu tentang incubator ini. dengan sedikit penerangan dan tunjuk ajar bertapa eloknya kalau kita menggunakan alat ini dalam penternakan, maka mereka ingin mecubanya juga. Dek kerana jumlah ternakan mereka dalam lingkungan dibawah 50 ekor maka saiz yang dibeli juga yang terkecil.. mungkin untuk percubaan kot.. apa apa pun jutaan terima kasih kepada pembeli..
0
Share
salam,

ini adalah reban asuhan teman yang baru dengan kapasiti 50 ekor bagi setiap satu. Reban asuhan ini diperbuat dari kayu palet dan ditambah jaring sekelilingnya.. yang menariknya teman membuka bahagian atas dgn jaring dan keliling teman tampal dengan poster banner terpakai. Dibahagian depan teman dan pintu kecil dibahagian atasnya..

kalau kita ada masa dan kelapangan.. mungkin kita boleh mereka reban asuhan ini sebanyak mungkin mengikut jumlah ternakan yang dirancang. Anak ayam yang berusia 2-3 bulan akan ditempatkan disini sebelum dipindahkan kereban asuhan tanah. Reban ini dilengkapi dengan lampu 25 watt dan akan ditutup sepenuhnya dengan selimut atau kain pada waktu malam.. anda juga boleh menutup dengan net nyamuk atau net orked. Lampu hanya dipasang sekiranya hujan turun dengan lebatnya pada waktu malam atau hujan sepanjang hari yang menurunkan suhu persekitaran. Sekiranya anda ingin menempatkan reban ini dikawasan luar.. anda boleh memasang atap zink dibahagian atasnya.

kos pembikinanya sangat murah dan kalau anda ada bekalan palet terbuang.. anda hanya perlu membeli net secukupnya dan beberapa alatan lain seperti engsel, lampu dan sebagainya..
0
Share
Salam,

Teman dah malas dah nak menjawab e-mail dari mereka yang sungguh berpegang teguh dengan pegangan masing2 yang mempertahankan ayam kacuk ini. Bukannya teman nak kritik atau menjatuhkan pasaran ayam kampung kacuk ini, teman hanya memberi pendapat mengenai nasib penternak kecilan yang ada sekarang. Hujah teman hanya berkisar kepada keadaan sebenar yang terjadi kepada penternak ayam kacuk yang ada sekarang. Mungkin bukan semua yang menghadapi masalah harga dan pasaran ayam kampung kacuk ini.. ada juga yang berjaya disebabkan sikap karisma yang tinggi dalam diri mereka..

Teman cuma nak mengingatkan kepada yang baru berjinak2 menternak sahaja. teman takut mereka tak cukup kuat untuk berniaga perkara yang sangat kuat persaingannya.. dengan modal yang tak sampai 10 ribu, teman bimbang jumlah ternakan yang diternak masih ciput untuk bersaing kerana dalam biz ayam ini jumlah ayam adalah penentu kejayaan ..ini kerana keuntungan seekor ayam mula dikira menggunakan nilai puluh sen bukannya ringgit atau puluh ringgit. So teman risau kalau wang yang dilaburkan lebur begitu sahaja dan menternak tak dapat memasuki pusinagn ternakan yang seterusnya..

Lama sudah teman berjalan dan mencari maklumat mengenai kedua ayam ini antara kacuk n ori. Kalau dulu ayam kampung ori tak de yg berminat nak menternak secara besar.. teman juga pernah pegi ke reban ayam kacuk sederhana mega yang mengeluarkan 10 ribu ayam sebulan, dan setting untuk menternak juga tak kurang mahalnya.. so dengan budget ciput teman nie teman rasa untuk berasa selamat .. teman perlu ternakan yang lebih baik dari segi pasarannya..

kalau kita tahu caranya untuk memastikan jumlah yaam yang dikeluarkan setiap bulan mencapai 500 ekor.. kita sudah berada dalam landasan yang betul.. jgnlah kita beli anak ayam untuk satu bacth sahaja dan menternaknya untuk 6 bulan dan jual.. selepas itu kita beli lagi anak untuk jualan 6 bulan akan datang.. matilah kalau keuntungan yang diterima hanya 2 kali setahun..

so.. cukuplah teman nak bercerita tetang ayam kampung ori lagi.. selepas ini semua post teman berkisar mengenai ternakan ayam secara amnya dan bagaimana nak menternak ayam kampung secara baik..
0
Share
Salam,

kalau anda pernah menternak ayam dalam jumlah yang melebihi 200 ekor pasti anda pernah berjumpa dengan masalah ini. Masalah ini juga selalu teman hadapi dulu. Semalam teman perhatikan kembala gejala ini mula menular kereban asuhan teman yang menempatkan anak ayam berusia 2-3 bulan. Jumlah keseluruhan anak ayam ini adalah 70 ekor yang dibahagikan kepada 2 bekas bersaiz 4x3 kaki setiap satu.

klau dulu kematian akibat aktiviti mamatuk sesama ayam ini agak tinggi dan menyumbang kepada 5% kadar kematian anak ayam direban teman. Baru2 ini sahaja teman dapat tahu cara hendak mengatasinya dan mengurangkan peratusan kematian didalam reban. Dibawah adalah punca berlakunya gejala ini:

1. Anak ayam ini ditempatkan dikawasan yang tidak sesuai dengan kepadatannya.
2. kawasan reban kotor atau tidak diselengarakan dengan betul..
3. berlaku luka trauma yang disusuli dengan pematukan dari anak ayam lain.
4. Lampu ayam yang terlalu terang dan mungkin suhu yang terlalu panas.

Namun kesemua ini hanyalah sebab fizikal yang boleh kita ubah untuk keselesaan ayam . Faktor paling utama yang menyebabkan gejala ini adalah:

1. kekurangan sumber protien dalam makanan yang diberikan seharian samaada kerana kita lambat menberi makanan atau memberi sumber makanan yang tidak mencukupi. Antara sebab biasa terjadi masalah ini adalah sikap kita yang gemar memberi jagung berlebihan sebagai ganti kepada dedak yang mahal. Jagung boleh diumpamakan seperti snack yang diberi dimasa senggang antara 2 waktu makan dan bukanya menu utama.

2. Kedua adalah kekurangan bekalan sejanis asid amino dalam kandungan makanan yang diberikan

3. kurangnya kandungan garam dalam nutrisi.

cara nak atasi masalah ini adalah dengan mengurangkan pemberian makanana ringan seperti jagung dan memberi makan dedak bernutrisi tinggi(komersial) dengan kadar yang sepatutnya. Kemudia anda boleh memberi makanan tambahan lain berunsur protien seperti ikan rebus atau serbuk ikan kering, telur hancur(apa ye nama dia .. ala yg kita goreng hancur tu) atau telur rebus yang dilenyekkan, lebihan ayam yang kita makan dirumah atau serbuk protien yang dibekalkan dipasaran.

anda juga boleh memberi minuman vitamin yang lebih pekat dan tambah sedikit cuka dalam minuman biasa mereka. Tambahan kulit telur yang dihancurkan juga membantu untuk membekalkan asid amino dalam nutrisi mereka.

Setelah amalan ini teman lakukan.. perubahan ketara dapat dilihat setelah 3 hari makanan tambahan diberikan..Anak ayam nampak lebih tenang dan tidak melakukan aktiviti 'huru hara' dalam reban. Kepada mereka yang ada pengalaman ini tentu paham tentang istilah Huru hara ini hehehe.. selamat mencuba..
-gambar akan teman upload sebenter lagi.. berukband lembab betul hari ini..
0
Share
Salam,

Post teman sebelum ini boleh dikatakan bercerita mengenai ternakan ayam kampung asli. Semuanya dari a-z adalah mengenai ayam kampung asli. Sering kali pengunjung semua membaca hal ynag berkaitan dengan perbandingan ayam kampung asli dan kacuk.

Namun teman ada juga berdepat dengan beberapa pengusaha atau 'kawan' pengusaha yang mengatakan ayam kampung asli ni merugikan kerana terpaksa menternak selama 5-6 bulan sebelum dapat dijual. Sehinggakan beliau ada menulis didalam karyanya mengatakan ayam kampung kacuk is the best n ori out of service.

Memang teman akui untuk menternak ayam kampung kacuk lebih baik sekiranya nak dikira kepada jangka masa penternakan. Bayangkan lah kalau selepas 2-3 bulan kita dah dapat menjual ayam ini dengan harga RM 7-8 sekilo. bayangkanlah kalau kita ada bela 5000 ke 10000 ekor .pastu kita kalikan dengan 10k agak2 agak berapa jumlah yang kita akan dapat bagi setiap 3 bulan?

Jika itulah keadaan sebenarnya.. teman awal2 tahun dahulu dah mula dah menternak. Dengan modal teman pada masa itu (kiraan modal keseluruhan teman dah keluarkan) ada dalam RM 20k.. teman pasti teman dah boleh menternak hampir 3000 ekor ayam jenis ini. dan sekarang nie teman dah kaya raya agaknya.. hehehehe.. Bukan niat teman nak menyindir tetapi bukan minat teman untuk suka mengikut apa org buat secara membabi buta.. memang diikutkan diatas kertas kerja jumlah yang diperolehi amat besar. Namun diperingkat ladang lain pula ceritanya.

sebenarnya dengan harga jualan antara 6-8 ringgit sekilo(borong) kita hanya untung seperti dibawah:

harga anak: RM 1.80
harga dedak FCR 1:3 : RM 4.50
kasar: RM 6.30
kos tak termasuk kos lain seperti ubat, reban, pekerja, api dan lain2..
kalau jualan maksimum sekalipun kita jual

RM 8.00-RM 6.30: RM 1.70 sahaja sekilo dan RM 2.oo secara purata seekor..
kalau kita menternak dengan jumlah 500 ekor untuk 3 bulan (dah besar dah kalau 500 ekor nie) jumlah pendapatan kasar tak termasuk pekerja atau yg lain adalah RM 1000 ringgit sahaja.. bayangkanlah hasil titik peluh anda selama sebulan.. so nak untung lebih kenalah bela 5000 ekor.. dan nak bela 5000 ekor kena lak setting Reban untuk 5000 ekor.. berapa agaknya pelaburan untuk membuat reban tertutup untuk 5000 ekor ayam? dgn jumlah ayam direban sebanyak saujana mata memandang(5000 ekor) kita hanya mendapat RM 10000 sahaja? Lainlah kalau harga dipasaran sekarang lebih kurang RM 10 sekilo.. Bertambah parah kalau kita terpaksa menjual ayam pada harga RM 6.00 sahaja..

Kita boleh menternak ayam kacuk sekiranya tiada penternak MEGA yang menopoli pasaran seluruh pasar dimalaysia ni. Masalah penternak mega ini adalah mereka menjatuhkan harga ayam sehingga hampir menyamai harga ayam daging yang biasa. Yang paling bestnya ayam kampung ini juga diternak dengan setting dan penjagaan serupa sengan ayam kampung daging. Jgn suatu hari nanti ayam kampung ini serupa rasanya dengan ayam daging sudahlah..

So apa masalahnya dengan penternak mega ini? ada yang mengatakan yang pasaran ayam ini sangat luas dan sentiasa tak cukup untuk pengguna. Dan ada yang kata permintaannya sangat tinggi terutama semasa musim perayaan. Maka berpusu-pusu penternak ayam ini menjalankan usaha masing2. Namun apabila ayam dah mencecah usia 2 bulan, masing2 panik dan tak tau nak jual kat mana. Nak tolak kat pasar , semua peniaga kat pasar tak nak amik(pengalaman kawan teman sendiri) dan kalau ada yang nak amik pun dia akan minta harga RM 6.00 sekor!! bukan sekilo tau.. pastu kalau kita nak ikat kontrak dengan kedai makan.. sering kali kita gagal berikutan kebanyakan kedai tu dah ada yang sambar.. kalau ada pun kita akan dapat kedai yang hanya memerlukan 10-50 ekor sehari sahaja. Bayangkanlah kalau masa tu kita dah ada 3000 ekor dalam reban. Kalau kita dapat ikat janji dengan pihak kedai pulak.. biasanya mereka mahukan bekalan mengikut harian atau mingguan secara berterusan sedangkan kita mengeluarkan ayam secara pukal sekali gus bagi mengelakkan peningkatan kos makanan seharian. Lagi lama kita simpan ayam lagi tinggi kos makanannya. Nak disembelih dan disejuk bekukan kita perlu peti ais pula.

Kalau teman tak salah atau korang leh tgk sendiri.. iklan seakan terdesak atau merayu meminta tolong seperti 'kami sedia membekalkan ayam kampung dengan stock 3000 ekor. pengeluaran dalam kadar segera' atau 'bekalan ayam kampung untuk dijual.. harga boleh dirunding.. 'atau 3000 ekor ayam perlu dijual secepat mungkin.. harga boleh dirunding'. so tertanya2 juga teman kesudahan cerita penjualan mereka ini.. adakah mereka berjaya menjual atau mereka terpaksa menjual dengan harga rendah? kalau berlaku kerugian.. adakah mereka tetap mahu melakukannya lagi untuk pusingan seterusnya?

Dan mengapa teman pilih ayam kampung asli ini adalah kerana teman yakin dengan potensi senang jualnya dan kurangnya kerenah semasa menjaga ayam ini. Harga ayam kampung setakat ini boleh dikatogorikan sebagai agak lumayan dan anda boleh menjual 100-200 ekor ayam sehari kalau anda kepasar. kalau anda rajin anda boleh menghantar kepada beberapa pasar dengan berjanji denagn tokey ayam yg ada. Jualan mestilah hidup supaya pembeli boleh melihatnya sebelum menjual. Kemudian terpulanglah kepada pembeli untuk menyembelih dipasar atau dibawa pulang hidup2.

dari segi lain pula.. aspek penjualan atau kebolehjualan sepanjang tahun juga mempengaruhi teman. Maksudnya kita boleh terus menjual sepanjang tahun dan memaksimumkan jualan sekiranya sampai musim perayaan. Perhatikan trend harga ayam kampung asli ini setiap kali musim perayaan? kalau nak dirisaukan dgn tempoh masa ternakan yang panjang.. rancangan pengeluaran berperingkat dilakukan agar jualan dapat dilakukan pada setiap bulan. Menternak ayam ini juga cukup mudah dan terkenal dengan ketahanan penyakitnya serta boleh makan apa sahaja tanpa pantang seperti lebihan seisi rumah dan tumbuhan hijau. Semua ini memberi faktor semangat kepada teman untuk meneruskan cita2 untuk menjadi pengeluar daging ayam kampung asli di Malaysia..
0
Share
Salam,

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kadar penetas telur dalam incubator. Kalau secara tabii, kita memilih ibu yang baik atau ibu yang pandai serta berpengalaman mengeram telur. Namun jikalau didalam reban kita tiada ibu yang 'pandai' mengeram atau banyak sangat penganggu yang lain incubator adalah langkah yang perlu dilakukan.

Namun dalam kita ghairah mengunakan incubator, kita seringkali akan hampa sekiranya telur yang dimasukkan tak menetas setelah sekian lama mengeramkannya. Mulalah anda menyalahkan incubator ini sedangkan anda sendiri pasti dengan seting suhu dan kelembapannya.

Antara punca masalah telur tak menetas adalah:

1. faktor telur yang dijangkiti kuman. Tanpa anda sedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan didalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. telur yang tecemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkanya didalam incubator yang telah mengandungi telur lain.

2. Kedua adalah telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh sijantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan sijantan memanjat sibetina. Ada banyak sebab mengapa sijantan gagal memanjat sibetina diantaranya kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan sijantan berjauhan dengan sibetina. telur yang tidak tidak akan menetas waalupun apa pun dilakukan terhadapnya.

3. jangkitan sekunder dimana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh didapati disekitaran bekas incubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas didalam incubator tersebut.

4. masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.

5. pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.

6 Faktor telur yang telah rosak sebelum ia dimasukkan didalam incubator berikutan dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan didalam incubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.

Jangan terpengaruh sekiranya ada pihak yang mengatakan beliau berjaya menetaskan kesemua telur yang dimasukkan didalam incubatornya. Kalau ada sekalipun, ada kemungkinan besar beliau akan menghadapi masalah sama iaitu telur kurang menetas untuk bacth atau group penetasan akan datang kelak.

Seperti kebanyakan pengusaha bekalan benih yang terdapat dinegara kita.. mereka biasa menggunakan wasap atau asap yang terjadi dari tindak balas bahan kimia yang digunakan untuk membasmi kuman didalam incubator serta menbasmi kuman pada permukaan telur itu sendiri. Oleh itu tanya diri anda sendiri andakah anda memastikan telur yang anda masukkan didalam incubator itu benar2 bersih dan bebas kuman. dan adalah anda memastikan suhu dan kelembapan terjaga. Ini berikutan tiada pihak pengeluar incubator yang boleh memberi jaminan bahawa incubator keluarannya mempunyai kadar penetas 100% sekiranya kita memasukkan telur. Kalau betullah ada yang mengatakan berikut.. teman nak jumpa pereka tersebut dan ber'salam' denganya kerana beliau dengan jelasnya mempunyai keboleh tangan 'tuhan' untuk memastikan telur yang keluar 100% menetas hehehe...

sebagai pengguna, termasuk teman sekalipun perlu memastikan bahawa incubator ini anya alat bantuan menetaskan telur bukannya satu alat yang menpunyai 'majis 'nya sendiri untuk menetaskan telur.
0
Share
Newer Posts Older Posts Home

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ►  2024 (2)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (4)
    • ►  Feb (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2010 (218)
    • ►  Dec (4)
    • ►  Nov (7)
    • ►  Oct (10)
    • ►  Sep (17)
    • ►  Aug (15)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Jun (20)
    • ►  May (23)
    • ►  Apr (22)
    • ►  Mar (24)
    • ►  Feb (31)
    • ►  Jan (37)
  • ▼  2009 (175)
    • ▼  Dec (25)
      • Keputusan kajian Terbaru
      • Gambar untuk post sebelum ini,
      • Renungan kita bersama
      • Bidang yang patut anda ceburi.
      • Jagung Oh Jagung
      • Notis pemberitahuan
      • Persediaan mental anda sebelum bergelar penternak
      • Masalah kedua dengan pos malaysia
      • Entah, betul ke?
      • Orang melayu paling banyak ditipu
      • Antara ubatan yang perlu ada dalam reban..
      • Minat semakin bertambah,
      • Jualan Itik Serati Kampung,
      • Masalah pertama dengan POS Malaysia!!
      • Tahap Kritikal ternakan
      • penghantaran Email.
      • Yoo penternak sekalian..
      • Pemakanan ternakan mengikut umur.
      • Peringkat tumbuh besaran Ayam
      • Tanda jelas ayam ada sakit
      • Jualan Incubator,
      • Reban Asuhan teman yang diperbuat dari kayu Palet.
      • Teman dah serik..salam,
      • Gejala Anak ayam patuk Anak ayam sampai mati..
      • Pelik betul lah teman..
    • ►  Nov (38)
      • Faktor mempengaruhi Penetasan dalam incubator
    • ►  Oct (37)
    • ►  Sep (36)
    • ►  Aug (4)
    • ►  Jul (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (11)

TOP 5!!

  • Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?
    Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Perangkap Lalat kos Murah..
    Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...

Label

4 month in view (2) 6 (1) Anak ayam (13) angsa (1) Ayam jantan bertelur? (1) Ayam kampung (14) ayam mandi tanah (1) baka ayam (1) bebelan (1) brooder (2) cabang perniagaan (9) candling (1) catatan (1) costing ayam.. (2) dedak (1) fidlot (1) free range (1) Gambar tapak (1) hama (1) hujan (1) incubator (19) Itik serati (1) itik serati.. (1) jualan anak ayam (1) kacuk vs ori (1) keli (6) konsep reban (2) kursus ternakan (2) lapik telur (1) laporan ternakan (1) makanan (3) Memulakan penternakan? (1) omega 3 (1) Pasaran Ayam kampung (6) pelawat (1) Pembinaan reban (5) pemilihan baka ayam (2) pengumuman kelas (1) penyakit ayam (14) perancangan perniagaan (4) peringkat anak ayam. (1) Perkara asas dlm reban (1) Profit penternakan (1) rancangan perniagaan (2) reban (1) reban asuhan (2) rekaan reban (4) tangki air (1) telur ayam (2) ternakan ayam kampung (3) turkeys (2) Ubat-ubatan (1) Upgread reban (3) vaksin (1) variasi ternakan (3) Wad bersalin ayam (1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.

Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..



Labels Cloud

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Labels List Numbered

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Jumpa saya di FB

Shaiful Beduk

Create Your Badge

Facebook Page

SUNAN.my

Instagram

FOLLOW SUNAN

About Me

BLOG DALAM PROSES SET-UP

Popular Posts

  • Cara membina Incubator Anda sendiri
    Incubator...( *perlu diingatkan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang masalah yg anda hadapi dengan menggunakan maklumat...
  • sedikit nasihat penjagaan anak ayam
    Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
  • FCR untuk ayam kampung..
    Salam semua, teman nak mintak maaf sebab dah 2 hari tak update blog teman. Nie kali nie teman nak cerita pasal FCR atau dalam penuhnya Food...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pemakanan ternakan mengikut umur.
    salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...
  • Ayam jantan bertelur?
    aku tak percaya jugak, ada member bagi tau.. ayam nie kekadang bertelur.. kekadang besar kekadang kecik macam telur puyuh.. aku tak percaya....
  • Langkah penting menyambut anak ayam incubator
    Salam semua, (RUJUKAN UNTUK MEREKA YG BARU MENCUBA) dengan pertambahan kesedaran penggunaan incubator dikalangan kelak kebelakangan ini, kit...
  • Salah anggap permakanan ayam kacuk ngan ayam asli
    Salam semua, Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum...
  • Menjawab soalan benih dalam telur,
    Salam , Menjawab soalan mengenai bagaimana nak meningkatkan kadar peratusan benih dalam telur anda, soalan dari Nadiah Banting (salah sorang...

HUBUNGI SUNAN

Name

Email *

Message *

Labels

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam
Since ; 2010 CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

Template By ThemeXpose