Pages

Update Reban

Salam,

Banyak pulak teman menulis hari ini, mungkin hujung minggu yang dah tenang. So ada masa sikit dan jari jemari dah berehat panjang. Sahabat bertanya mengenai perkembangan reban teamn sekarang. Adalah masih menternak atau dah terkubur dek masalah ynag melanda.

Untuk pengetahuan saudara semua, teman masih menternak. Tak sanggup rasenya kalau bangun pada waktu pagi tidak terdengar kokokan sijalak yang hensem bergaya memikar sibetina. tak seronok rasenya diiringi ayam ketika memberi mereka makan atau ketika berada dalam reban. Tak mampu untuk memikiran bila takde ketak-an ayam betina bila bertelur, riuh sekampung bunyiny asehingga teman rakam untuk dijadikan ringtone. hehe

Cuma sejak teman bekerja ini teman masih dalam experiment bagaimana nak menternak kalau anda bekerja. Setakat ini takde masalah dan teman akan nyatakan keputusan hasil kajian teman nanti. Bagaimana tricknya kita nak menternak walupun kita bekerja sepanjang minggu dan bagaimana nak tinggalkan ayam kalau kita tiada dalam 2-3 hari sbb ada urusan yang tak dapat dielakkan. Anda kena tunggu lah.

Buat masa sekarang ini jumlah ternakan yang ada tak melebihi 200 ekor. Hanya separuh sahaja teman tempatkan ayam ini dalam reban bentuk A yang telah dinaik kan sedikit dari aras tanah untuk mengelakkan ayam ini terlalu terdedah kepada najis mereka sendiri. So kebanyakan bacth baru yang telah mencecah usia 6 bulan telah teman jual sedikit masa lalu. yang ada sekarang hanyalah induk dan kalau ada yang berhajat teman rase tak sesuai kerana usia yang dah tua dan dah liat dagingnya.Bila teamn nak mulakan balik? tema rase mungkin dalam 3-4 bulan lagi bila duit yg dah cukup. Dan mungkin teman akan menternak sedikit variasi ternakan seperti itik dan juga burung mutiara, ternakan yang akan menambah nilai reban. Insyallah nanti teman uploadkan gambar reban terbaru.

Sekian.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram