Pages

Dedak @ sampar kebetulan atau kontroversi?

Salam,

Lama betul teman tak menulis nie. Rasenya dah ada yang mempersoalkan kemana teman menghilang, tak hilang ada lagi kat sini sambil2 menziarah blog2 teamn lain yang update ternakan mereka. Tah lah kebelakangan ini macam takde idea pulak nak menulis. Ada juga beberapa cerita yang nak disampaikan tetapi isinya macam tak berapa kuat dan jalan cerita yang belum dapat dirungkai.

Ada satu hari tu teman berkesempatan bersembang dengan sahabat penternakan. Dalam perbulan tu teman bertanyakan tentang sampar dan beliau berkata semenjak dia menternak selama 5 tahun dahulu belum pernah lagi kena sampar, tetapi jiran sebelah menyebelah selalu kena katanya. Jumlah ternakan yang ada sekarang sudah mencecah 100 ekor betina induk. Yang anaknya dijual kepada peraih yang datang kerumah setiap minggu. Cara eraman pula separuh ibu separuh mesin. ( Ibu eram 2 minggu n last masuk incubator.)

Tertarik juga teman sbb beliau tak pernah kena sampar. Beliau mengamalkan konsep separuh lepas dan ada yang dikurung. Ikut suka lah nak lepas atau kurung. So takde bezanya ngan yg teman buat. Bila ditanya apa petuanya, sahabat kita sendiri pun tak tahu dan dia sendiri buntu, kes ini sama macam yang baru2 ini terjadi bila sekeliling reban teman sampar melanda kembali tetapi teman tak mati sekor pun. Yang paling terkejut reban sahabat tu dalam jarak 5 tiang lampu kena sekali lagi dan dah melawat reban teman baru2 ini untuk mengadu.

Timbul banyak persoalan mengapa ada yang kena dan mengapa ada yang tak? apa sebenarnya yang berlaku. Tetiba macam timbul perlahan2 jawapannya. Tetapi teman tak pastilah betul ke tak sbb takde bukti kukuh. Kebanyakkan kes yang tak kena sampar nie biasanya dedak yang dibeli bukannya dari kedai dedak biasa. Atau lebih tepat lagi sumber makanan yang didapati dari makanan lebihan, dedak yang bukan komersial atau makanan lain yang tidak dibeli dikedai dedak komesial. Kalau yang beli dedak pun, biasanya beli main guni yang dihantar oleh pembekal terus kerumah.

Teman pun terperasan yang semasa teman terlepas dari serangan sampar terbaru ini teman tak membeli dedak secara timbang kilo dikedai biasa ( selalu teman beli 20kg setiap 2-3 hari ). Teman order dari sahabat kita yang hantar guni terus ke depan umah teman. Takde langsung teman masuk kekedai beli dedak. Adakah punca selama ini adalah disebabkan kita menjejak kaki ke kedai tersebut? adakah sebab setiap hari berpuluh penternak akan masuk kekedai tersebut dan menyebarkan virus secara tak langsung kepada pengunjung selepasnya? Atau sebenarnya dedak yang kita beli tersebut telah dicemari dengan virus samada semasa digudang atau ianya adalah hasil dedak yang diproses semula selepas pusingan dedak di reban ayam komersial tamat?

Kita semua tahu yang dedak komersial ini pada mulanya di buat khas untuk ladang ternakan mereka. Sebeb itulah banyak variasi dan jenis dedak ini mengikut citarasa atau kajian pengeluar itu sendiri untuk ladang mereka. Dan kita semua tahu yang ladang ini sering dilanda jangkita penyakit dan adakalanya serangan tetap berlaku namun ayam ini seperti imun disebabkan ubat yang diberikan. Dan semestinya lebihan dedak tersebut tidak akan disimpan sehingga pusingan akan datang dan akan diproses atau dijual terus kepada pengguna kecil didaerah masing2. Mungkinkah dedak ini teah tercemar atau kandungan bahan dalam dedak itu sebenarnya menjadi punca?

Semua persoalan ini kalau ada jawapannya atau ada buktinya yang ianya benar, mungkin ianya dapat mengelakkan serangan sampar menjadi lebih kerap seperti yang berlaku dalam 2-3 tahun kebelakangan ini, So sama2lah kita mencari jawapannya.

Makluman: Teman dah lantik wakil untuk menjual produk Incubator teman, seorang sahabat yang bernama Cik Zu, lokasi beliau di Bangi. Dengan jadual kerja teman yang tak menentu disamping tugasan direban, teamn kira dah sampai masanya teman serahkan bab jualan ni kepada beliau. Tapi jgn risau, semua nota dan alatan dibuat oleh teman 100%. Zu tolung uruskan sahaja. So kalau nak berurusan, sila dapatkan ctc no kat sebelah kanan blog ini( bawah gambar incubator)

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram