Pages

Dunia ternakan Buras

Salam,

Baru2 nie teman dapat panggilan dari sahabat penternakan kita dari seberang yang bertanyakan tentang kursus perternakan ayam kampung atau disana dikenali dengan ayam buras. Kena hati2 kalau kita mengatakan ayam kampung di sana terutama dipekan sbb sebelum ini teman pernah kesana dan menanyakan pusat ayam kampung dan tukang beca tu kata ayam kampung nie bermaksud gadis ynag menjaja tubuh. nasib baik tak ikut hehehe.

Ayam buras atau ayam kampung ini sememangnya menjadi kegemaran terutama golongan orang lama yang dah terlebih dahulu merasi keenakkan dagingnya walaupun tak selembut dan seempuk daging ayam yang ada dipasar. Sudah tak asing lagi ayam ini dikampung kerana memang orang menternaknya untuk dijadikan lauk disamping mendapatkan telur yang dikatakan kurang kolestrol dan ada aura2 dalam perubatan tradisional.

Teman terkejut sebenarnya bila ada pihak dari seberang tanah air kita yang berminat nak datang sini dan menuntut ilmu penternakan ayam kampung dengan teman. Terus terlintas dalam fikiran teman yang teman belum layak untuk mengajar apatah lagi menjadi tempat rujukan terutama yang dah melintasi sempadan. Sapa lah teman ini. Yang ada dan yang apa yang teman tahu setakat ini hanyalah pengalaman dan pembacaan semata2. Lainlah kalau teman dah mula buat projek juta2 bak kata orang 'projek mega'. Masa tu leh bolehlah masuk paper macam cikgu Masiran atau saudara Firdaus kita yang dah berjaya. Tak layak rasenya teman untuk berdiri sama tinggi dengan mereka, jauh panggang dari api.

Kepada sahabat kita dari seberang, teman mohon maaf sekiranya ada mengecewakan hajat saudara untuk melawat dan menyertai khursus teman. Teman dah dekat 4 bulan dah rasenya tak buat kelas tetang ayam ini. kesibukan dan kekurangan ayam membantutkan cita2. Atau mungkin rase teman skang nie ramai antara pembaca blog ini dah ada ilmu yang cukup atau melebihi dari yang teman pernah cerita dalam blog teman ini. So kalau anda sendiri nak lakukan kelas seperti teman, teman galakkan.

Skang nie kalau kita tgk patern harga ayam melambung tinggi terutama ayam kampang. Ada faktor masing2 yang menyebabkan kenaikan harga ayam ini. Untuk ayam daging, permintaan yang tinggi dimana faktor cuti sekolah( banyak majlis dan perkhawinan dilaksanakan pada masa ini) maka harga akan meningkat kerana pengeluaran ayam di ladang tetap sama tetapi jumlah yang diperlukan banyak. So bila habis musim ini, permintaan akan menjadi biasa dah akan berlaku lambakan ayam ini.Sudah tetu harga akan menjadi normal kembali.

Bagi ayam kampung asli pula lain kesnya, semenjak serangan sampar yang melanda negara kita, banyak penternak mula memperlahankan rentak ternakan dan ada yang bersara sementara. Oleh itu jumlah ayam yang diternak amat terhad dan harga akan melambung dipasaran. Teman rase kalau harga ayam ini boleh melambung sehingga RM 20 sekilo sekiranya ada yang mencuba atau trend ini berterusan.

Bagi teman pula, teman rase serangan sampar direban teman dah beransur pulih dimana serangan terakhir adalah pada bulan 8 tahun lepas, maka kalau dihitung, dah dekat 7 bulan reban teman bebas dari serangan sampar. Bulan yang sangat panjang kiran teman. Dari sini teman mula terpikir bagaimana reban teman boleh terlepas dengan 2 serangan ( dalam tempoh masa 7 bulan) disekitaran reban teman. Kalau nak diikutkan pervaksinan, teamn langsung tak mengamalkannya sejak bulan 8 tahun lalu. Macam dah malas nak buat sejak terkena ari tu. Bukan tak nak buat tetapi tak berkesempatan sahaja dengan jumlah ternakan yang sedikit sahaja sekarang.

Mungkin serangan yang melanda tak sampai kereban teman berikutan kurang kunjungan dari sahabat atau orang kampung ke reban. Serangan tak berlaku sejak teman mula bekerja dimana pintu pagar n pintu reban teman sentiasa terkunci sbb teman bekerja disiang hari. Pada hujung minggu pula teman kerap tiada dirumah. So memang kurang kunjungan ke reban sekarang. Boleh dikatakan dalam sebulan mungkin ada seorang 2 sahaja yang berkesempatan untuk hadir. Yang lain terpaksa teman batalkan sbb teman tiada dirumah.

Kedua, teman dah kurang menerima kunjungan dari sahabat yang mahu membeli atau melihat incubator, Jualan teman kebelakangan ini adalah melalui agen dan tidak dirumah teman.

Ketiga, teman kurang berkunjung ke kedai jualan dedak kerana teman dah mula membeli dedak dalam guni yang dihantar ke rumah teman, so keberangkalian pembawaan virus ini dapat dikurangan. Teman nak tgk dalam masa 5 bulan lagi kalau2 dapat genap setahun teman tak dijangkiti serangan, dalam bulan puasa nanti kalau tak ada serangan sampar kembali, maka confirmlah ynag serangan yang melanda kita selama ini dapat dielakkan dengan hanya mengambil 2 langkah iaitu, pertama memastikan reban kita dikawal sepenuhnya dan tertutup dari pelawat luar, dan yang kedua, membuat pembelian dedak untuk jumlah yang banyak atau untuk stock satu bulan. Ini bagi mengalakkan virus sampai kereban. ( teman rase semua orang dah tahu tentang teknik pencegahan ini tetapi hanya perlaksanaanya sahaja yg sukar)

Kalau berjaya, mungkin ianya dapat membatu penternak kita yang lain mengatasi sampar walau tidak bervaksin.

Tajuk lain yang teman nak sembang kali ini adalah mengenai kita sebagai penternak melayu ini dimanakah tahapnya. Apa pemikiran yang menyebabkan kita sukar untuk menembusi perniagaan ini. Adakah ternakan knita cuba pilih ini akan menyebabkan kita kebelakang semula kerana ternakan yang ada sekarang adalah prosem kesinambungan perkembangan ternakan untuk daging dari ayam kampung yang asal kepada ayam daging. Adakah tiada harapan bagi penternak ini untuk memungkinkan ternakan ini diternak? Adakah penternakan ayam kampung ini hanya angan2 atau mungkin ianya adalah sesuatu yang mustahil?

Kalau kita ingat2 balik, apa niat asal kita mula menternak ayam ini dan dari sini kita boleh mendapat jawapannya. Sungguh mudah sebenarnya, bagi teman suatu ketika dahulu teman merasakan yang ayam ini sangat susah nak didapati dipasaran lantaran jumlahnya yang sedikit diternak. Di pasar kita dapati ayam kampung yang dijual kini saling tak tumpah ayam daging yang ada dipasaran. Cuma mungkin ada sedikit keliatan dan kemanisan daging sahaja. Tapi cubalah untuk kita cari ayam kampung yang ori , memang payah dan kalau ada pun mungkin harganya menyesakkan nafas. Nak merasa ayam ini kenalah kita keluar dan mencari di kampung2 berdekatan.

Sebab itu lah cabaran teman pada mulanya hanya untuk mencari setting sesuai supaya mampu untuk mengeluarkan ternakan ini dengan pengeluaran hanya 500 ekor sahaja sebulan. Bagi teman, jumlah itu pun sudah cukup besar berdasarkan segala kengkangan dan ilmu yang kita ada buat masa ini. Bagi mereka yang dah lama dalam bidang penternakan ayam mungkin berpendapat yang jumlah ternakan atau pengeluaran dibawah 3000 ekor hanya merugikan penternak kerana kos yang dikeluarkan gagal diserap dari harga jualan. Tambahan ternakan yang dipilih memerlukan jangka masa yang panjang untuk diternak.

Namun pendapat teman, buat masa ini atau mungkin lagi 3-4 tahun, itulah cabaran utama kita berdasarkan kemampuan kita sekarang. Untuk pengiraan kasarnya, jika kita mampu untuk menyediakan sejumlah baka anak ayam untuk diternak, dengan kematian 10% dalam peringat pembesaran, teman rase, dalam satu2 masa jumlah ternakan yang perlu ada dalam reban kita adalah perlu lebih kurang 6x3000 ekor atau 18000( 18ribu ekor).

Mungkin tanah seluas 5 ekar diperlukan untuk menjayakan hasrat ini. Dengan harga yang baik dan pasaran yang luas, jumlah jualan kasar bagi setiap bulan mampu mencecah RM 60,000 ribu. Jumlah pekerja yang diperlukan mungkin mencecah 12 orang dengan reban dibahagikan kepada 6 bahagian mengikut usia.

Apa2 pun, teman tak akan berhenti menternak sebab inya sudah sebati dengan diri teman. Cuma apa yang perlu digilap sekarang, kemampuan mengurus dan menjalankan perniagaan. Ianya sama penting dengan ilmu untuk menternak kerana ilmu menternak sahaja tidak cukup untuk memastikan ternakan yang kita jalankan mencapai matlamat asal penternakan iaitu menjana pendapatan.

Sekian.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram