Pages

Takde untung bela ayam Malai kai?

Salam,

Mungkin ada antara kita atau yang membaca blog teman nie macam ragu2 dengan apa yang teamn cerita sebelum ini. Mungkin juga anda bertanya adakah ternakan ayam ini berdaya maju. Ada juga yang tercari dan terpingga bila ada yang menyatakan ayam kampung nie semuanya sama dan ayam kampung asli dah tak wujud.Tak kisahlah apa pendapat orang atau apa yang dipahami. Cuma teman nak bagi tau sejak teman mula menternak dahulu, satu ayam yang teman ternak iaitu ayam kampung belakang rumah yang diternak secara bebas dari zaman tuk nenek kita dulu. Ayam yang ornag cina panggil Malai Kai atau dalam bahasa kita ayam melayu.

Benda yang cuba teman usahakan adalah menternak ayam ini yang sangat sukar didapati di pasaran sekarang. Untuk menternak ayam yang sedia ada yang digealr ayam kampung kacuk atau hibrid adalah lebih mudah kerana adanya bekalan anak yang banyak dan harga yang berpatutan. Anda hanya perlu merangka pengurusan reban yang baik dan membuat penjualan yang terancang untuk anda mendapat keuntungan dari jualan. Itu sahaja. Kalau ada nasib anda maka banyaklah untung yang anda dapat. Mungkin untuk permulaan anda boleh menternak dalam lingkungan 1000 ekor dalam satu musim atau datu pusingan untuk test power anda. Dan kemudiannya bila anda berjaya, maka anda boleh teruskan dengan menambah bilangan ternakan yang diternak dalam satu2 masa. Manalah tahu kalau anda boleh menjana pendapatan bersih ratusan  ribu setiap tahun.

Cuma yang teman minat dan menjadi cabaran teman sekarang adalah bagaimana nak menternak malaikai nie..Kalau anda berminat atau sama pendapat dengan teman, maka blog ini mungkin boleh menjadi rujukan anda semua. Dan kita mungkin boleh berkongsi pengalaman dalam minat ini. Ada juga penternak lain seperti ayam sabung, serama atau sebagainya yang tak boleh diternak secara besar atau dalam jumlah yang banyak kerana kengkangan benih dan juga penternakan itu sendiri. Cabaran yang teman tempuhi ini hanyalah bermotifkan kepada kesukaran mendapatkan bekalaan ayam kampung Malaikai nie( kalau sebut Asli kang ada yang marah). Teman hanya berharap dengan sistem yang betul dan ilmu yanga ada, kita mampu untuk menjual ternakan ini dipasaran terbuka dan menjana pendapatan tambahan yang diinginkan.

So ayam kampung malaikai yang mana yang digemari atau dicari oleh pembelinya? adakah sama seperti ayam tujuh warna/lima warna atau 3 warna yang dijual dipasaran sekarang? adakah seperti ayam ini akan diterima dengan harga penjualan yang sedikit sahaja perbezaaanya? itu yang anda perlu cari dah melihat sendiri keadaan pasarannya sekarang. Kalau anda rajin atau anda ada masa untuk meronda di pasaran pasar atau sekitar anda, anda dapati mungkin ada ayam yang menyerupai ayam kampung. Bila ditanya nie ayam kampung malaikai ke? pasti tokey tu mengeleng kepala. So susah jugak sebenarnya nak dapat kan yang betul2 ayam malaikai.

Kalau dipikirkan, dengan cara yang betul, anda boleh menjual paling kurang 500 ekor ayam ini setiap bulan bagi teman sudah memadai. Dengan rintangan dan jumlah bekalan benih yang terhad, anda dah boleh dianggap berjaya. Tetapi bagaimana pula dengan pasaranya? susah ke? bgai teman, teman dah cuba, permintaan sangat tinggi, kadang kala tak sempat pun nak kepasar. kalau kita ada ayam, Insyaallah mudah nak jual. Ayam ini tetap ada peminatnya sendiri. Tak kira apa bangsa sekali pun. Ternyata ayam ini mempunyai nilai perubatan tradisional yang tinggi dengan kandungan khasiat serta rasanya yang enak.

So, kalau anda mengeluarkan anak ayam anda sendiri dengan baka yang anda anda, sejumlah ayam ditinggalkan untuk anda ternak. Yang selebihnya anda jual kepada mereka yang memerlukana. Anda boleh letak harga RM 3.00 seekor bagi yang baru menetas. Kalau pembeli merungut harga yang dijual tu terlalu mahal, anda boleh meminta mereka merujuk kepada pasaran sebenar ayam ini yang dijual dipasaran oleh bangsa lain, anda akan terkejut. So kalau mereka yang dah menternak, mereka yakin dengan harga ini adalah sangat berpatutan. Ini kerana ayam kampung yang mengeluarkan telur secara tabii hanya mampu menghasilkannya 60 biji selama setahun kecuali menggunakan teknik paksaan iaitu incubator dimana ayam mampu menghasilkan sehingga 140 biji telur setahun.

Dengan sejumlah 500 ekor ayam yanga anda jual setiap bulan dengan harga purata bagi setiap ekor adalah RM 20( sekilo RM 15.00) anda mampu mendapat jualan kasar sebanyak RM 10K. Jualan ini kalau ditolak dengan harga anak hasil keluaran anda sendiri dan pemakanan selama 5-6 bulan anda mungkin ada lebihan jualan bagi setiap ekor dalam RM 14. So jumlah bersih yang anda mampu jana bagi setiap bulan adalah dalam lingkungan RM 7000. Bagi teamn dengan hanya menjual sebanyak itu iaitu hanya 500 ekor ayam bagi setiap bulan anda sudah mendapat keuntungan.. ianya sudah cukup berbaloi. Lebih berbaloi dari menjual jumlah ayam yang sama bagi jenis ayam kampung yang lain. Ayam yang anda ternak sangat perlahan perkembangannya iaitu 5-6 bulan tetapi permakanan yang diberikan sangat sedikit. Sanagt berbeza dengan yang satu lagi.

So sekarang terpulang lah kepada anda untuk memilih ayam mana yang anda mahu ternak. Yang mana mengikut selera anda. Kalau penjual anak ayam tersinggung apabila anda meminta anak ayam kampung asli, anda katakan sahaja anda ingin membeli anak ayam kampung malaikai atau anak ayam yang duk diternak dibelakang rumah. Ataupun anda mungkin boleh mengatakan anda ingin membeli anak ayam yang membesar dalam masa 6 bulan. Kalau masih tak berjaya anda minta anak ayam kampung yang kakinya kecik, boleh terbang melepasi pagar 12 kaki, berat matang tak melebihi 2 kilo. Kalau tuan penjual tu masih tak paham, lupakan sahaja niat anda untuk membeli anak ayam tersebut.

Ada yang bertanya kepada saya, boleh ke kalau kita menternak ayam kampung yang baka besar dari baka sabung. Bagi teman, takde masalah asalkan anda dapat menjualnya. Kalau lokasi anda ramai peminat ayam baka sabung ni atau ayam yang dikacuk dengan sabung, maka silakan, anda ternak sebanyak yang anda mampu. Cuma, teman nak bagitau yang niat sebenarnya teman berblog ni hanyalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai ayam kampung asli (opss) /ayam malaikai yang sellau diternak dibelakang rumah. Ayam ini sangat dekat dihari teman kerana mungkin suatu hari nanti apabila teknik yang dibangunkan benar2 berkesan, orang kampung atau orang2 "lama" yang tealh menternak ini mampu menjualnya dengan banyak dan akhirnya boleh mendatangkan hasil jualan dari ternakan belakang rumah.

Ingat.. " perhatikan kembali tajuk blog teman, tajuknya Citypull backyard chicken. Ayam belakang rumah.. Bukannya ayam kampung komersial atau ayam kampung kacuk atau ayam kampung organik. Takde kuarpun ayam lain dari tajuk ini. Kalau anda perhatikan ayat yang teman sebutkan dalam ini semuanya menjurus kepada ternakan ayam kampung belakang rumah atau kebanyakkan orang Malaysia nie suka mengelarnya dengan Ori atau Asli. So tak kisahlah apa yang dipanggil, asalkan semua orang paham. Kalau nak bertegang leher pun mengenai ayam mana yang asli atau ayam mana yang tak asli, yang penting si penjual dan si pembeli paham. Takkan sampai nak kena bagi label lain pulak pada ayam ini seperti ayam belakang rumah sebagai ayam kampung A, B, C dan sebagainya.

Selamat maju jaya kepada yang sealiran dengan teamn, teruskan usaha anda untuk menternak walau sekecilmana sekali pun. Yang dah berjaya menjual kosisten sebanyak 100 ekor ayam ini pun dah mula ada dah. Cuma serangan sampar sebelum ini agak membantutkan kebanyakkan penternak . Kepada yang masih tegar dan percaya kepada usaha membawa kejayaan, teruskan niat anda.

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum...sgt menarik ngn isi perbincngan..sy duk d kg jenjarom banting selangor..dan amat meminati penternakan ayam kg..dn lame da mencari baka ayam kampung yg "ori" bukan kacuk2..blh saudara bantu dan bimbing sy?da lame st sy nk cri ayam spesis nii..ilmu bru bg sy..=]

pemuda Mersey said...

aku sokong usaha saudara itu...satu hari boleh aku bertandang ke reban belakang rumah saudara untuk menuntut ilmu...insyaAllah.

Instagram