Pages

Antara Masalah Yang Kami Hadapi.

Salam,

Lama betul tak menulis nie, macam2 benda nak menulis tetapi macam ada kengkanglah pulak, ada perasan malu pada diri sendiri kerana boleh diibaratkan seperti ayam, bertelur sebiji tetapi riuh sekampung. Mungkin itulah perumpamaan pembaca terhadap teman yang menulis dalam blog ini tetapi tetap tak berjaya atau dalam erti kata lain belum kaya. Dah menternak lama dah tetapi belum lagi pakai keta besar atau duduk dalam umah yang besar.

Bila mula sahaja nak menulis, mulah hati kecil berkata" ko yakin ke yang apa yg ko sampaikan dalam blog ini dapat membantu ornag luar sana? tak takut ke disalhkan lagi sbb nanti ko seakan mengalakkan orang tetapi orang tak berjaya?" itulah yang membantutkan sebenarnya, Namun sesekali nak juga melepaskan geram menulis dalam blog ini.

Buat masa ini anak ayam dah kembali banyak, dari penetas dari baka yang ada selepas terselamat dari serangan sebelum ini, adalah dalam 100 induk yang berbaki. Semuanya dibiarkan lepas bebas dan tidak dikurung buat sementara waktu untuk melepaskan tekanan mereka selepas sampar melanda. Untuk pengetahuan anda semua, rumah teman sendiri dah saling tak tumpah seperti reban ayam sbb najis ayam nie dah merata2. Jenuh jugak mencucinya saban hari, jiran pun dah mula menjeling dah, Reban tingkat atas yang cuba dibina dari reban bentuk A dulu belum siap sepenuhnya disebabkan kengkangan masa dan juga kerajianan yang terhad. Maksudnya malas lah.. Kalau dah kena penyakit nie susah juga nak mengubatnya.

Yang paling best bila ayam nampak riang berlari bebas tetapi masalah biasa yang terjadi kalau kita ternak bebas kembali menemui. Seperti biasa ayam akan bertelur ikut suka hati sehingga ada yang terdedah untuk dibelasah oleh ayam lain yang kuat mendengki, ayam tidur dikawasan terbuka sehinggakan basah kuyup bila hujan ditenagh malam, anak ayam kena buli dengan ayam yang lebih besar dan sebagainya. yang paling merisauakn adalah serangan anjing dimana ayam dibaham semasa tuan ayam tiada dirumah. Macam dah mark dengan melihat kereta buruk teman didepan rumah. Waktu teman ada dirumah takde pula serangan berlaku.

Berbalik kepada masalah yang teman kena cari penyelesaiannya adalah seperti dibawah:

Peringkat penetasan:
Dulu teman dapati jumlah telur yang dieramakan banyak yang tidak berbenih, kalau nak dikirakan sbb incubator, teamn rasa dah setting yang terbaik dah, tetapi tetap peratusan tak berbenih masih banyak. Kalau orang lain menghadapai masalh ini teman pandai pulak menyuruh mereka melihat balik kepada pemakanan dan sebagainya.

Penyelesaian: akhirnya teman memastikan ayam ini ditempatkan dalam kumpulan kecil dengan ayam ini hanya duduk dalam keluaganya dengan jumlah paling terbaik adalah 1nisbah 10 iaitu jantan sekor dan betina 10. Jantan ini akan ditukar2kan dari kumpulan yang ada untuk merangsang proses mengawan.
Teamn juga dah mengurangkan pemberian makanan dari sisa kedai makan kerana teman perhatikan yang ayam teman menajdi gemuk sbb terlebih makan serta telur yang dihasilkan kurang berkualiti walaupun jumlahnya banyak. Kini teman membahagikan makanan kepada 30% dedak komersial dengan campuran jagung halus, 30% nasi dari kedai yang direndam dahulu sebelum dibersihkan dari segala minyak dan bahan kotoran yang lain, 30% dari bahan yang dijumpai dari persekitaran seperti rumput, batang pisang, daun pisang dan sebagainya. lagi 10 % teman bagi gandum ayam atau terigu dalam bahasi lainnya.

Jeles juga teman melihat sahabat handai yang berjaya menetaskan telur mereka dengan jumlah ynag banyak. Pernah teman membeli dalam 30 biji telur dan tetaskan dengan incubator. Kompom hampir semuanya menetas dan semuanya berbenih. Itu yang membuat teman yakin dengan masalah yang teamn hadapi bukan disebabkan Incubator tetapi lebih kepada sbb penjagaan ternakan. Kini ayam teamn dah mula slim dan dalam keadaan normal bagi seekor ayam kampung, takdelah gemuk gedempol macam teman jugak hik hik hik..

Masalah peringkat 3 bulan pertama:
Dulu teman sering gagal nak membesarkan anak ayam ini . Kalau dari sejumlah 50 ekor mesti dalam 10 ekor akan mati dengan pelbagai sbb. Antaranya sbb mati terhimpit, kena patuk ngan member, kena penyakit yellow egg sindrom( perut anak ayam membusuk ), penyakit mata atau puru, ayam berak kapur atau berak keras dan sebagainya. Akhirnya teman jumpa cara penyelesaiannya

Penyelesainnya: dari teknik cuba dan jaya, akhirnya kini hampir 98% anak ayam berjaya dibesarkan sehingga umur 3 bulan. Sebenarnya kalaua tuan semua beraggapan yang anak ayam ini boleh diternak dalam jumlah yang banyak dalam satu bangsal seperti menternak ayam kampung kacuk atau ayam daging anda silap. Disebabkan Ayam ini masih lagi dipengaruhi gaya hidup ayam kampung asli yang bersidat agresif dan perlu berjuang untuk membesar.

Oleh itu teman akan menempatkan anak ayam yang baru menetas dalam kumpulan kecil yang mempunyai tarikh penetas yang hampir sama dalam lingkungan seminggu. Ini bermakna teman hanya akan mengumpulkan ayam yang hampir sama tarikh tetasnya dan hanya menempatkan max hanya 25 ekor bagi setiap bekas, Ayam ini akan bersama kawan yang dikumpulkan sehingga besar tanpa mencampurkan dengan kumpulan lain. Ini kerana bila kita dah tempat kan dalam satu kumpulan, ayam ini akan menganggap kumpulannya adalah adik beradik satu ibu atau satu kumpulan yang biasa kita lihat si ibu ayam membawa dalam sejumlah anak ayam yang tidak melebihi 20 ekor.

Ayam tidak akan sama sekali dicampurkan dengan ayam lain terutama sekali yang berlainan tarikh lahir atau perbezaan usia yang tinggi. Kalau boleh ayam ini akan diternak dalam bekasnya sehingga mencecah umur selamat iaitu lebih kurang pada usia 5 bulan sebelum ditempatkan dalam reban besar untuk proses pembebaskan atau penjualan. Ini membantu anak ayam ini membesar dengan baik.

Penyelesaian lain pula adalah:
Umur 1-14 hari: Anak ayam dipanaskan dengan sumber haba selama 24 jam sehari dengan mentol 25W dalam bekas yang sesuai dengan sedikit kawasan teduhan cahaya atau kawasan gelap untuk anak ayam ini tidur. Suhu dipastikan dalam lingkungan 32-34C untuk sepanjang 2 minggu.

Umur 15-30 hari: Anak ayam dipindahkan di bekas yang sedikit lebih besar dengan hanya memasang lampu atau pemanas pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk seperti hujan lebat atau hari mendung sepanjang hari.

Umur 31-90 hari : anak ayam dibiarkan menggunakan bulu badan sendiri untuk menjana haba pada waktu malam. Anak ayam sepanjang usia ini iaitu baru lahir sehingga 90 hari akan ditempatkan dikawasan berbumbung dan bebas dari cuasa luar yang terlampau seperti cuaca panas melampau ditengah hari dan cuaca sejuk pada waktu malam.

Anak ayam akan diberi makan sepenuhnya dedak hitam atau dedak komersial sehingga berusia 2 bulan. Pada bulan seterusnya teman akan memperkenalkan makan baru sedikit demi sedikit tanpa meninggalkan dedak hitam itu terus. Hasilnya kita akan perhatikan anak ayam ini sihat dan membesar dengan baik. Kalau diperhatikan kalau si ibu ayam ini membawa anak ayam mencari makan, si ibu takkan mengajak anaknya makan jagung atau makanan lain yang kita beri. Biasanya akan mencari makanan berprotein tinggi seperti anai, cacing dan sebagainya. oleh itu kalau kita berjaya memberi dedak komersial dengan peratusan protein mencecah 28% maka pembesaran anak ayam akan baik walaupun tanpa didikkan atau jagaan siibu secara tabie.

Masalah peringkat 3 bulan sehingga 6 bulan:
Selepas teman berjaya membesarkan ayam ini sehingga usia 3 bulan, teman ingatkan masalah teman dah selesai. Rupanya semakin mencabar sbb anak ayam yang dah mencecah usia 3 bualn dan keatas dah mula semakin nakal. Mula nak explore semuanya dan mula nak belajar manjadi ayam dewasa. Kawasan yang diperlukan perlu lebih besar sbb suka memijak semasa sendiri dan dah mula nak mencari siapa yang alfa atau yang lebih jaguh. Masa ini anda akan lihat banyak kejadian mematuk member sehingga mati dah terburai perut. ada juga yang menjadi togel sbb giler mematuk bulu member. Ada juga mati kena pijak sbb nak carik tempat nak tidor pada waktu malam.

Penyelesaian: biasanya teman akan pindah ayam ini dikawasan terbuka tetapi masih lagi berbumbung. Kawasan reban akan dibesarkan dan mula memberi peluang mereka untuk mandi pasir atau tanah. Ini membenarkan mereka mematuk pasir untuk membantu proses penghadaman makan yang diberikan. Tumbuhan hijau mula diperkenalkan walaupun pada mulanya dorang buat tak tahu sahaja.

Pada masa ini juga kritikal sbb ayam ini kurang sabar atau cepat lapar kerana dalam proses pembesaran badan yang sangat pantas. Kalau kita perhatikan ayam ini akan membesarkan badannya dengan drastik apabila mula berusia 4 bulan keatas. dari berat hanya sekitar 200 gram akan menjadi sehingga 1 kilo dalam masa 2 bulan setengah. Pada masa ini pemberian makanan perlu diberikan seawal mungkin, Atau lebih tepat kalau teman katakan sebelum hari cerah atau ayam mula nampak persekitaraanya. Kalau lambat sikit seperti lebih dari pukul 10 pagi ayam mula mengamuk dan mematuk ayam yang lain. Kadangkala kalau kita tgk sampai bergotong royong mengoyakkan daging adik beradiknya. Satu kerugian yang disebabkan kita sendiri.

Air juga perlu dijaga bagi mengelakkan mereka kepanasaan. Jumlah makanan dan minum yang diberikan kena bersesuaian dan pastikan makanan diberikan 2 kali sehari kalau anda tak mampu memastikan bekas makannya mereka penuh sepanjang masa. Ada antara kita yang mampu menyediakan makanan yang banyak menggunakan bekas makanan komersial yang mampu bertahan sehingga seharian. namun yang kurang mampu cukuplah memberi mereka makan 2 kali sehari. Perhatikan kekembungan tembolok ayam ini. Kalau dah penuh semuanya jangan ditambah makanan mereka. Seterusnya beri makan pada lewat petang sebelum ayam ini tidor.

Masalah ayam ini apabila mencecah usia 6 bulan dan keatas:
Masalah ini juga akan terjadi sbb ketika ini kita mula nak memperkenalkan ayam kita kepada kawanan ayam yang lain. Ketika ini ayam mula merasa stress dengan cabaran hidup sebagai ayam dewasa. Yang betina mula dipanjat oleh jantan walaupun tak bersedia, Yang jantan pula asik diterajang oleh jantan Alfa sehingga nak duduk lepak kejap pun tak senang.

Penyelesaian:
Ayam betina di lepaskan berperingkat dalam reban dan masih dalam kumpulan mereka. Teman akan masukkan ayam jantan dalam latihan ( umur dalam 7-9) bulan dalam reban ini untuk mereka belajar bersama. Kalau taruk otai jantan dia kompom koyak belakang si betina tu kena panjat. Yang jantan pula teman tempatkan dulu sementara dengan jantan yang bawah setahun. Biasanya permusuhan atau pertarungan kurang hebat sehingga membawak kematian sbb masing2 belum tumbuh taji lagi. Paling teruk pun balong akan berdarah kena patuk semasa bertarung.

Teman rasa itulah sahaja coretan teman kali ini. Yang mana boleh jadi pedoman kepada anda , anda gunakanlah. Kalau anda ada yang lebih baik mungkin anda pun boleh berkongsi dengan teamn dan pembaca yang lain. 

Sekian

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram