Pages

Macam ada serangan lagi je?

Salam,

Pelik betul, baru je berlalu serangan sampar pada bulan 8-9 aritu takkan ada serangan lagi. Yang peliknya kalau dulu gejala ni datang setahun sekali je tetapi skang sampai 3 kali setahun. semua orang kena tak kiralah duk beal ayam kampung asli ke ayam kacuk ke daging ke unggas esotik termasuk mutiara dan sebagainya akn terkena jangkitannya.

Sebelum ini dah banyak diceritakan langkah pencegahan dan program pengvaksiann yang dilakuakn penternak. BAgi yang menternak bawah 100 ekor tak amik pusing pun dengan sampar nie. Bila ayam dah tergolek ditanam je terus dengan sedikit ngomelan di mulut. tetapi yangd ah serius dah mula tepuk dahi tambahan ternakan dah hampir2 masa untuk jualan.

So teman pun dah hampir serabut dah nie. kalu tahun pertama teman menternak dahulu, jarang lah pula terdenagr kisah nie. Memang jarang sampai orang kampung duk kata dah dekat 5 tahun takde serangan. Tetapi kenapa kebelakangan ini makin banyak pula? apa masalahnya? apa yang menjadi punca?

Adakah penyakit ini masih dalam pusaingan? seperti ianya mula tersebar dari selatan dan berkembang ke utara, takkala di selatan dah kembali normal ada yang pula membawa ayam dari utara dan menjangkiti ayam yang berada di selatan semula. Adakah kita sekarang nie yang tengah galak mencari baka dan membawa kepada perpindahan ternakan dari utara selatan dan sebaliknya secara tidak sengaja. Adakah dulu kurnag jangkita kerana pergerakan ayam ini sangat kurang dan jualan hanya di sekitar pasaran setempat sahaja?

Huh.. mana nak carik penyelesaiannya. Nak kata tak besar masalah ini, kalau kena serang ada yang kerugian samapi belasan ribu ringgit, nak kata besar kes ni takde pula masuk berita atau di highlightkan oleh pertanian atau jabatan haiwan dalam media masa. Yang pasti, masalah ini seumpama duri dalam daging bagi sekian penternak yang ada sekarang. Masalah yang sering menhantui semua yang lebih besar dari serangan pemangsa seperti pencuri, musang, anjing dan sebagainya.

Mungkin dikalangan pembaca atau mereka yang berbloger boleh mencari jawapan atau punca masalah ini dengan jayanya dan mungkin suatu hari ianya dapat diselesaikan. Sekarang dah macam tak berpenghujung dan perasan ragu2 kita untuk mengembangkan penternakan mula timbul. Bagaimana kita nak teruskan usaha ini kalau asik kandas dipertengahan jalan dengan sbb yang diluar kawalan kita? Mungkinkah takdir yang ternakan unggas ini takkan berkembang atau satu cara baru nanti yang akan diperkembangkan?

Baru je tadi teman ada dengar dari mulut sahabat sendiri yang seranaan dah sampai semula ke banting. Dah ada yang terkosong reban akibat serangan. Yang herannya pula reban sebelah sekor pun tak mati, aik pesen apa pula serangan kali ini? Betul ke sampar yang melanda atau kita sering terkeliru dengan penyakit lain seperti berak kapur, CRD, corela dan yang lain2. Ada yang diantara penyakit lain ini yang mempunyai peratusan mati yang tinggi sehingga mencecah 60-70% sekiranya terkena serangan, dan ianya boleh merebak melalu sentuhan dan sebagainya. Ada ke keadah terbaik untuk mengenaipasti serangan yang melanda sekarang?

Begitu banyak soalan, makin dipikir makin jauh dari jawapannya. Sama2 lah kita pikirkan.

jaringan penternak ayam kampung..

3 comments:

KELI OH KELI said...

sejak bulan 11 hari tu..macam2 ternakan saya dah mati akibat sampar..terbaru 4 ekor ayam mutiara..

bro...

angsa dan itik x kena penyakit sampar ni ya?

ayob said...

Saya punya anak ayam kalo menetas msti ada sekor dua yang kaki cacat,lngsung x blh nak berdiri,kepada sahabat ternak tlg bg tunjuk ajar nape blh jd cacat mcm ni.

ayob said...

salam,sy ada pertanyaan kepada sahabat ternak.tiap kali anak ayam sya menetas pasti ada sekor 2 yg cacat.sy mengunakan inkubator,kepada semua sahabat ternak tolong bg tunjuk ajar.

Instagram