Pages

Harga dedak melambung?

Salam semua,

Teman nak berkongsi sedikit mengenai harga dedak dipasaran negara kita yang selalunya membuatkan penternak menjadi gelisah dan kadangkala macam dah nak putus asa. kalau dulu2 dalam lingkungan 4-5 tahun dahulu harga dedak dalam lingkungan RM30-40 seguni tapi skang teman percaya dah mencecah lebih dari RM 100 kan? Mungkin harga ini agak berbeza dari tempat anda berada sekarang. Apa2 pun harganya memang sekarang macam tak berbaloi tambahan kita yang menternak  secara kecil2an dan hanya membeli secara runcit dengan jumlah ynag kecil. Harganya pasti akan sangat tinggi.

Teman duk tercara2 juga apa puncanya..adakah ini adalah satu konspirasi orang tengah atau pengeluar untuk mendapat keuntungan segera atau ianya melibatkan pemain besar ynag mengimport atau menghasilkan makanan ini. Akhirnya dapat teman simpulkan dengan sebab2 seperti yang teman listkan dibawah.

1. Negara pengeluar seperti India dan China kini mengurangkan eksport produk ini bagi menampung keperluan dalam negara mereka sendiri berikutan permintaan yang sedang meningkat dan peningkatan taraf ekonomi negara mereka. Apabila jumlah eksport atau jumlah pengeluaran kurang dari jumlah permintaan, harga jagung ini akan meningkat.

2. dengan kenaikan harga minyak, negara2 maju dan negara yang terlibat telah memproses jagung kepada etanol( bahan bakar) yang seterusnya meningkatkan permintaan kepada jagung ini berlipat ganda dan mengurangkan stock simpanan jagung dunia. Akhirnya suasana kekuragan bahan ini menekan pasaran dan harga akan melambung tinggi.

Seperti yang semua orang tahu, dedak ayam mengandungi hampir 50% jagung dalam pembuatannya. Manakala dalam pembuatan palet makanan ikan pula pengeluar akan menggunakan jagung jenis tepung atau kisaran halus dalam risipi mereka. Kebergantungan kita terhadap jagung untuk menternak adalah sangat kritikal. Oleh itu kos makanan yang sangat tinggi terpaksa ditelan bulat2 oleh penternak dan kadar keuntungan pada pengujungnya adalah sangat nipis atau lebih teruk lagi langsung tak pulang modal.

Namun terpikirkah kita yang sebenarnya kita sangat bertuah kerana rata2 tanah dinegara kita sangat subur dan sangat sesuai untuk kita menanam sendiri jagung ini. Biasanya orang kita kalau nak menanam jagung lebih mengira untuk menjualnya sebagai bahan hiliran makanan kepada manusia tetapi bukan untuk ternakan. Mungkin anggapan jagung ini terlalu berharga dan lebih menguntungkan kalau kita menjual sebagai makanan manusia.

Kita juga mungkin berpendapat yang jagung yang akan kita tanam ( mungkin jagung manis) tak sesuai untuk diberi makan kepada ternakan. Kita juga beranggapan yang jagung kering yang kita beli untuk ternakan adalah dari jenis khas atau istimawa untuk ternakan sahaja. Yang paling silap sekali kita beranggapan yang kita akan mendapat lebih untung sekiranya kita membeli seguni (rm50) dari pada kita menanam sendiri.

Cara terbaik adalah kita perlu menternak dengan menanam sendiri jagung ini kerana 50% kebergantungan makanan ternakan. Cara penanaman jagung adalah sangat mudah dan hanya memerlukan kos yang minima. Cuma cara pengurusan kita yang diperluaskan bagi memastikan jumlah jagung yang dihasilkan cukup dan mampu untuk menampung keperluan ternakan kita.

Kita mungkin tertanya soalan seperti dibawah:

1. Kat mana nak tanam?
-kita leh tanam kat keliling reban atau kawasan lapang terbiar. paling teruk pun kita leh tanam kat tepi jalan yang kurang trafik.

2. Kat mana nak carik benih?
-beli je kat pengeluar benih. tapi beli secara pukal.. baru murah.. aritu beli kat mardi sekilo benih baru rm 10 tak silap.. sekilo banyak tu...

3. macam mana nak tanam?
paling senang.. buat batas kecik, gemburkan ngan tahi ayam, tunggu kejap, masuk benih pastu siram..

4. Abih berapa lama nak tuai?
alah.. dalam 3 bulan leh tuai dah.

5. nak biar semua semua putik tumbuh ke nak biar satu je?
kalau elok biar satu je yg tinggal.. yg bahagian bawah sekali.. yg lain petik masa ngah kecik n leh jual sebagai baby corn.. ( putik jagung)

6. cam mana nak buat jadi bijik?
masa lagi seminggu nak tuai tu potong pokok di bahagian atas buah jagung.. daun yg dipotong tu leh buat makanan samada diperam atau dibagi terus. Pastu bukak kulit jagung tu tinggalkan tongkol jagung je. Pokok ngan jagung yg dah togel tu dibiarkan kering sendiri kat pokok. dah kering terus petik n leh simpan dulu.
pastu.. bila nak pakai just kopek ja biji tu dari tongkol.. leh guna teknik gesel sesama tongkol atau buat alat pelerai dia.
kalau nak jadi halus leh anta pi kedai untuk kisar atau kalau ada modal beli pengisar manual tu ( dalam rm 200je).
Pastu nak buat dedak ayam, leh proses dedak sendiri atau bagi terus kepada ternakan.

7. Camana nak pastikan stock selalu ada?
Tanam secara berperingkat atau tanam byk sekali dan simpan selepas kering. Jagung kering tu leh tahan sampai 2-3 bulan kalau cara simpannya betul..( lebih lama dari tu pun leh)

8. Ada cara mudah lagi dari tu tak selain dari tanam sendiri?
- ada.. takyah menternak. lagi mudahkan? hehehe

So itu jelah celoteh teman pada kali ini.. nak buat camana, untuk hidup bernafas dengan harga yang melambung skang ini, terpaksalah kita menjadi petani jagung jugak walaupun kita hanyalah penternak.. Jangan lupa nak disulamkan dengan rumput napier agar ternakan kita dapat khasiat yg mencukupi untuk tumbuhsaran yang baik.


Adios..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

Unknown said...

~pihak kerajaan perlu mengambil iniasitif utk mengembangkan lagi sektor penanaman jagung.....jgn dol leka saja dgn projek mega yg x memberi hasil sgt terhadap rakyat

Instagram