Pages

Sejauh mana kita mengukur kejayaan dalam penternakan?

Salam,

kalai nie teman nak menyentuh satu keadaan atau pandangan biasa kita rakyat Malaysia mengenai perniagaan atau penternakan yang mereka ceburi. Sememangnya dari perniagaan yang teman ketegorikan dalam penternakan atau pertanian ini ramai yang meminati terutama dari bangsa kita sendiri. teman dapat ligat jika ada expo atau pertunjukan yang berkaitan dengan perkara ini akan berduyun2 bangsa kita yang hadir. itu lah tread kita sekarang.

So dari mana datangnya minat yang mendalam ini. Adakah ianya memang ada dalam darah daging kita atau sikap kita yang ingin cepat kaya? ataupun tekanan hidup sekarang sehingga gaji kita setiap bulan tak pernah cukup. Bukan taknak berjimat tetapi rata2 kita skang terutama golongan pertengahan umur ( yang dah memulakan keluarga dan anak2 tengah membesarr) sering kering pada hujung bulan. Dan yang lagi parah kalau kita sendiri tahu belum lagi gaji kita keluar, duit gaji kita bulan itu dah tinggal separuh ataupun suku kerana dah tau hutang ynag perlu dibayar pada awal bulan. Maka kita berjimat n bersukat2 lah baki gaji yang ada.

Mungkin tekanan ini menyebabkan kebanyakan dari kita mencari "jalan keluar" untuk kemelut ini. Masing2 berkata dalam hati yang sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan masa depan yang terjamin. Cuma masalahnya kadangkala jalan yng kita pilih salah atau tiada jaminan pulangan yang baik. Maka adalah yang memilih skim cepat kaya, skim contract farming( skim kita labur, orang bela, orang dapat untung..hehehe), dan macam2 lagi. Yang nak cuba2 menternak atau bertani pula macam2 masalah yang dihadapi dan ada juga yang tak tahan dengan beban kerja yang menyenakkan.

Bagi yang pernah duduk dikampung, pengalaman semasa membesar dipersekitaran kampung yang penuh dengan tanaman dan ternakan, merasakan ianya menjadi satu kelebihan buat mereka untuk cuba menternak atau bertani. Mungkin ianya agak merbahaya kerana kita gagal untuk menganalisa sebaik mungkin potensi perniagaan ( pertanian dan pertanian ) yang diceburi. Maka makin ramai yang berhutang dengan pihak bank atau kehabisan wang simpanan akibat bidang yang diceburi gagal memberi pulangan yang baik. Kadangkala kita lihat "kegilaan" kita kepada satu produk ternakan atau tanaman ini seakan musim atau seperti ribut melanda.

Nak salahkan pengeluar atau penjual produk 100% tidak boleh juga kerana mereka menjual mengikut permintaan. Nak kata ada promosi giler2 tak juga sbb benda nie macam bergerak dan berkembang secara sendiri. Kalau kita tgk contoh keli ynag diternak samada dalam kanvas atau dalam kolam simen, benda ini timbul secara mendadak dan mendapat liputan yang meluas dari Perlis sehinggalah keSabah. Dah akhirnya pupus begitu sahaja meninggalkan segelintir penternak yang masih mempunyai harapan yag tinggi atau tiada pilihan lain untuk dilakukan. Rata2 mereka yang gagal adalah mereka yang baru pertama kali atau belum ada2 pengalaman yang cukup untuk melakukannya. Semuanya bermula dengan perkataan" takpelah kita cuba dulu.. manalah tahu leh berjaya nanti.kayoo den".

Melihat tred ternakan ayam kampung ini teman lihat masih lagi dalam keadaan meningkat walaupun beberapa kalai diserang musibah. Yang dah otai atau yang dah lama menternak tu teman taknak sentuh sebab teman yakin sampai sekarang mereka masih lagi menternak dan seperti mempunyai asas yang kukuh untuk meneruskannya. Mereka bekerja atau menetrnak berdasarkan pengalaman dan tahu pengurusan ladang yang betul. Apa yang teman risaukan adalah penternak muda samada muda usia atau muda dalam pengalaman menternak tak mampu menguruskan reban dengan baik dan akhir pelaburan yang dilakukan tidak mendatangkan hasil. Ada punca kegagalan biasanya disebabkan kekurangan ilmu atau perancangan strategi yang salah.

So sejauh mana kita nak mengukur kejayaan? adakah dengan jumlah jualan setiap bulan atau sejauh mana "popular" anda dalam bidang yang anda ceburi?. itulah persoalan yang perlu kita kupaskan. Apa yang kita harapkan dalam kejayaan ini dan sejuah mana kita mahu pergi dalam bidang yang dihajati? Anda perlu menjawab sendiri soalan ini kerana andalah yang menentukanya, bukan teman. Kita sering kejarkan perkara baru atau teknologi baru padahal yang teknologi lama pun kita belum mahir atau belum pernah buat lagi. Adakah teknik baru yang diperkenalkan ( dah semestinya kosnya lagi mahal) akan membantu anda dalam melakukan tugasan anda sebagai penternak atau petani?

Kita sering dimomokan dengan berita kejayaan ornag lain yang mendapat pulangan mencurah2. Gambaran keseluruhannya seperti apa yang kita cuba lakukan atau bakal tiru kelak akan menjanjikan pulangan yang hampir sama atau kalau boleh lebih dari yang diperolehi. Itu angan2 atau dalam bentuk sopannya cita2. Tetapi adakah diri kita sendiri mampu untuk meniru kerajinan dan usaha mereka yang dah berjaya. Adakah kita dah berusaha sehabis baik dalam tujuan itu. Adakah kita dan meemrah habis-habisan otak kita untuk memikir cara untuk berjaya. Adapun kita hanya peniru tegar yang mahu benda yang sama orang lain dapat dengan harapan semuanya akan menjadi kelak?

Sebagai contoh, semenjak teman menternak ini, banyak betul teman menerima panggilan dan permintaan lawatan dari mereka yang ingin menjadi penternak atau baru merancang untuk menjadi. Terbenak dalam fikiran teman, adakah sahabat2 kita ini tertimbul minat kerana sememangnya sejak dulu lagi ini menternak tetapi kekurang ilmu dan mengharap yang teman dapat membantu sedikit sebanyak. Ataupun sebenarnya sahabat2 kita ini telah terpengaruh dengan penulisan teamn sebelum ini? adakah teamn yang bertanggung jawab sehinggakan menimbulkan satu harapan atau impian menjadi kaya dengan mentarnak ayam kampung?

Timbul pula persoalan dalam diri teman, adakah sahabat2 kita ini telah mengkaji sedalam2nya baik buruk menternak ayam ini? apa faktor "wow" yang menarik minat meraka? harga? pasaran? title sebagai "usahawan" atau ada perkara lain? . Sama2 lah kita fikirkan.

Cuma sebagai sahabat atau taman anda semua, teman syorkan, bukalah minda anda lebih luas agar pimikiran kita menjadi lebih kreatif and lebih pelbagai. Peluang perniagaan ada dimana sahaja tetapi syaratnya ada kena tahu jalannya. Atau lebih tepat cara ianya boleh dilaksanakan. Boleh teman saringkan bidang yang anda boleh ceburi seperti dibawah:

1. bidang yang sangat tinggi permintaan& harga tetapi sangat sukar diperolehi:
-anda kena laburkan masa dan wang untuk meng"otai"kan diri untuk anda menajdi dominan dalam bidang ini dan memperolehi pulangan yang baik

2. bdiang yang permintaan yang tinggi tetapi mudah didapati:
-anda perlu ada semangat bersaing yang tinggi disamping usaha yang gigih. Akal anda kena panjang dan jangkawan perniagaan anda perlu jauh dari orang lain, contohnya penjualan kelapa, produk kecantikan dan sebagainya.
-ianya memerlukan strategi yang baik dan perlu pastas melakukan tugasan anda

3. bidang yang permintaan terhad tetapi harganya tinggi:
-anda perlu pandai mencari sasaran jualan atau mereka yang memerlukannya. Harga menjadi pendorong utama anda untuk meneruskannya. Biasanya tak ramai mencuba bidang ini dan kalau anda menjadi master dalam bidang ini usia perniagaan anda akan panjang.

4. Bidang yang permintaan terhad tetapi harganya rendah.
-kalau anda pilih bidang ini, usaha perlu dilakukan untuk mempromosi produk anda atau anda perlu pergi lebih jauh untuk menjayakannya. Ketahanan minda dan kewangan anda akan menentukan anda berjaya atau tidak.

So buatlah analisa sebelum anda melakukannya. Sebagai contoh dalam permilihan ternakan ayam kampung. Anda boleh memilih ayam kampung asli atau ayam kampung kacuk. Kedua2 berada dalam kategori yang berlainan. Sama seperti ikan keli atau ikan ketutu. Dari segi tanaman pula ianya boleh dikaitkan samada menanam betik atau menanam tebu.

So bagi teman faktor kejayaan sesebuah penternakan atau kejayaan adalah subjektif iaitu boleh menjadi berbeza bagi setiap ketogori, anda mungkin akan digelar berjaya kalau anda berjaya membiakan ikan ketutu dan menjadi pengeluar terbesar ikan ini atau anda mungkin dikatakan berjaya apabila mampu menjual ikan keli dalam jumlah yang banyak dan membekalkannya keseluruh negara.

Sekian.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram