Pages

AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN

 


    Jika kita pergi makan di kedai makan yang menyajikan masakan ayam kampung, kita akan dapati ayam kampung yang disajikan itu lembut isinya. Siap boleh digoreng kunyit lagi. Keras sedikit sahaja daripada ayam daging. Kebiasaannya ayam kampung yang disajikan tersebut ialah ayam kampung kacuk atau dipanggil dengan singkatan AKK oleh para penternak.

    Namun sebagai orang kampung macam saya dan penggemar ayam kampung macam saya, saya dapat kenalpasti ayam kampung tersebut adakah ianya ayam kampu asli (AKA) atau ayam kampung kacuk (AKK).

    Tiada isu pun samaada AKA atau AKK. Tapi sebagai penggemar ayam kampung, tentu tidak puas apabila menikmati tekstur AKK sekiranya sudah terbiasa dengan tekstur isi AKA. Pun begitu, permintaan terhadap AKK masih lagi ada.

    Di kawasan-kawasan kampung, permintaan terhadap AKA juga masih ada berikutan tidak ramai yang mampu menternak AKA disebabkan pelbagai faktor. Antara faktor tersebut termasuklah peningkatan harga makanan ayam dan jangka masa AKA matang yang lama.

    Disebabkan itulah saya menanam minat untuk menceburi penternakan AKA berskala kecil. Namun begitu, perlu mencari solusi terhadap kenaikan harga makanan ternakan kerana kos terbesar dalam menternak ayam terletak di makanannya.

    Anda juga menternak AKA? Cuba kongsikan pengalaman di ruangan komen.

www.sunan.my

No comments:

Instagram