Pages

Rekod 9 bulan bebas SAMPAR

Salam semua,


Dah lama dah rasenya saya tak menulis, dah dekat sebulan dah rasenya.. tapi takpelah teman yakin penulisan teman sebelum imi mampu membantu anda serta tulisan2 rakan kita yang lain yg terus menerus menulis dalam internet.

Teman cuma nak bagi tau yang teman sungguh teruja dengan keputusan yang teman dapat sejak mengamalkan reban tertutup bermula bulan 9 tahun lepas. Kini hampir genab 9 bulan reban teman tak dilanda sebarang serangan sampar dan tiada kesan kematian akibat dari serangan ini. Setakat kematian biasa akibat masalah kecil bagi teman itu adalah biasa.

Teman mula mengamalkan reban tertutup atau dengan nama lain tidak membenarkan sebarang lawatan ke reban teman kepada pelawat atau pengunjung sejak kematian hampir 3 ratus ekor ternakan teman pada hari raya yang lepas. Kejadian pada satu Syawal tu betul2 memberi kesan kepada teman kerana banyak ternakan termasuk yang esotik mati dengan tanpa pertolongan sbb teman berada dikampung. Satu kerugian yang memberi satu keazaman kepada teman untuk mengatasinya.

Perbuatan teman melarang atau kurang membenarkan pelawat kereban teman mungkin menimbulkan perasan tidak puas hati atau kurang senang dikalangan sahabat penternak kita yang ingin datang atau ingin melihat sendiri dengan mata kasa bagaimana teman menternak ayam ini. Teman yakin hati hanya akan puas jiga dapat melihat dengan sendiri depan mata bagaimanan rupa bentuk reban dan cara penternakan yang diwar2kan. Kalau dah dihalang atau tidak dibenarkan masuk oleh tuan punya ladang sememang rase kesal dan marah mula timbul dan merasakan pemilik ladang ada sikit riak atau sombong kerana tidak mahu berkongsi ilmu. Anda akan merungut yang perbuatan pemilik reban tersebut tidak bertamadun dan wajib dipulaukan.

Bagi pelawat yang hadir adalah dari kalangan mereka yang telah menternak ayam, jika alasan penyakit sampar diberikan, mungkin pelawat dari golongan ini akan pham kerana mungkin mereka pernah berdepan dengan masalah kematian yang teruk akibat penyakit ini. Mungkin kuranglah marah yang dialami kerana paham bagaimana kesengsaraan kehilangan ternakan yang diusahakan dan tidak mendapatkan hasil. Tetapi yang masalahnya adalah bagi mereka tak paham dan marah apabila kita tak BENARKAN MASUK.

Rekod tanpa sampar selama 9 bulan walaupun reban selang 100 meter dari reban teman hanya tinggal najis ayam bila semua ayamnya mati betul2 mengejutkan teman. Malah ada rakan kita yang telah diserang sebanyak 3 kali sejak kejadian itu. Rakan teman sendiri dah kena serangan sebanyak 2 kali iaitu selepas raya dan sebelum tahun baru cina. Keluahan demi keluhan didengari tetapi penantian teman serangan mengenai reban tak timbul. Timbul rase kesyukuran sebab tak terjebab sekali dengan masalah yang melanda.

Semua penternak tahu jika sampar melanda, kerugian adalah sangat pasti cuma sama ada sedikit atau banyak sahaja. Oleh itu adakah itu satu keadilan jika kita berdepan dengan keengganan tuan punya ladang untuk membenarkan lawatan keladang dilakukan? Apakah kita harus menghormati periuk nasi peladang tersebut ataupun kita tak peduli asalkan tujuan kita tercapai? Apakah kita sangggup melihat sahabat kita terkubur dan hancur lebur ladangnya hanya kerana memenuhi permintaan kerana taknak kita terasa hati? Teman biarkan anda memikirkan sendiri.

Sebenarnya teman lama tak menulis nie kerana dalam satu fase untuk melihat kembali kebelakang apa yang telah teman lakukan selama menternak ini. Dan memikirkan bagaimana mungkin teman menepis serangan ini dengan jayanya. So banyak kesimpulan yang telah teman dapat ambil dari kejadian ini seperti:

1. Reban adalah punca periuk nasi kita.. So ianya perlu dijaga dengan baik dan harus mengelakkan segala punca2 yang boleh membawa kecelakaan.

2. Kehadiran manusia perlu dikurangkan diladang bagi mengelakkan jangkitan penyakit yang dibawa oleh manusia.

3. Pelawat adalah dilarang sama sekali termasuk keluarga atau saudara terdekat.

4. Sebarang penjualan kepada orang ramai atau pemborong perlu dilakukan ditempat yang jauh dari reban bagi mengelakkan jangkitan jika ada ayam yang tak habis dijual.

5. Perlu ada reban kuarantin yang benar2 jauh dari reban utama ( lebih dari 1 KM kalau boleh) sekiranya kita membeli ayam baru.

Dan ada beberapa lagi yang akan teman sebutkan nanti.

Sebenarnya dalam tugasan baru teman ( tempat kerja baru ) teman berpeluang menjaga projek pembinaan satu pusat penetasan milik syarikat yang agak besar. Kalau teman sebut nama syarikat ini tentu ramai penternak yang tahu. So tugasan teman adalah mewakili owner ( merasalah berkerjasama ngan owner syarikat ini) untuk berurusan dengan pihak kontraktor yang sedang membina pusat tersebut.

Boleh teman katakan keluasan pusat tersebut hampir sama dengan 1 padang bola. Pusat tersebut adalah sambungan dari pusat yang sedia ada dan pemilik ingin mengandakan pengeluaran benih anak ayam. Lokasi pusat tersebut adalah di PD dan terletak berhampiran dengan sebuah kem askar. Sehingga kini hampir 7 kali teman ke sana untuk melakukan pemeriksaan atau menghadiri meeting.

Untuk pengetahuan anda semua, kalau nak tahu.. proses untuk masuk ke ladang tersebut adalah sangat ketat sehinggakan tuan punya ladang itu sendiri tak lepas dari semua prosudur yang telah ditetapkan. teman ceritakan untuk pengetahuan anda semua:

Mula2 sekali anda perlu mendapatkan kebenaran dengan menghubungi pegawai bertugas pada hari itu untuk memasuki permis. Apa bila mendapat kebenaran secara lisan, pengawai akan mengubungi pos pengawal dan pengawal akan stanby di depan pagar. kemudiaan anda perlu mengisi form kehadiran yang telah disahkan. Kemudian anda perlu membawa kereta ke laluan pancur basah dimana kereta anda akan dimandikan dengan cecair pembasmi kuman seluruh kereta. Ini sahaja satu2nya lalauan kelaur masuk ke reban ini. Kalau keta yg takde tingkap memang habis basah lah semua. Pancutan air sangat menyeluruh sehingga kebawah badan kereta selama 1 minit. Jika anda hanya berniat untuk ke office sahaja anda boleh parkir kereta dikawasan yg disediakan. Tetapi kalau anda ingin masuk ke kawasan penetas ada satu lagi laluan yang perlu anda mandikan kereta( larutan yg lebih pekat). Kemudian anda perlu turun dari kereta dan memasuki ladang dengan berjalan kaki. Disitu anda satu kawasan berair yang dinamakan foot bath atau mandian kaki. kasut anda perlu melalu kawasan tersenut untuk membasmi tapak kasut.

Setelah anda akan memasuki kawasan pusat dimana hanya mereka yang bekerja sahaja dibenarkan masuk. Saya boleh memasuki kerana tugasan saya adalah untuk memeriksa bangunan tersebut. Seterusnya anda perlu memasuki bangunan khas dimana anda akan terkejut kerana pintu masuknya adalah serupa dengan tandas? masuk bangunan ikut tandas?

Sebenarnya dikawasan ini anda perlu menukar pakaian dan memakai pakaian khas ( termasuk boot) dan and perlu melalui kawasan pancutan air seperti shawer dirumah kita. Mula2 dibilas dengan air biasa dan kemudian memasuki kawasan basmi kuman dan dipenghujung dibilas semula. Barulah anda boleh memasuki bangunan yang menempatkan kawasan penetasan.

Ok.. esok teman akan ceritakan suasana dan bagaimana keadaan dalam pusat tersebut dan teman akan sertakan gambarnya sekali untuk anda. Anda tunggu lah post teman esok. Barulah anda tahu bagaimana mereka menjaga pusat mereka dari serangan penyakit bawaan dari luar. Teman boleh katakan mereka sanggup kehilangan pekerja terbaik dan termahir mereka dari kerugian dari akibat kelalaian pekerja mereka mematuhi peraturan pencegahan jangkitan.

sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

3 comments:

dayhan said...

BOISeKURITI...penjelasan yang sangat bagus..saya harap dengan adanya artikal yang macam ni dapat memberi kepahaman kepada penternak kecilan Malaysia betapa pentingnya BIOsekuriti...syabas citypull

dayhan said...

BIOsekuriti..penjelasan yang mantap. debgan adanya artikel sebegini diharap memberi kepahaman betapa pentingnya penaplikasian biosekuriti di ladang ternak..syabas citypull

DagangHalal said...

Iklankan produk anda di e-Marketplace Halal kami yang dikunjungi pembeli² dari seluruh dunia. Sebarkan tawaran produk anda secara PERCUMA di http://www.daganghalal.com & klik pada Market > Post Selling Offer.

Instagram