Kenapa reban bentuk A?
Salam,
Banyak teman tulis malam nie. Kalau ada sebelum ini post teman yang salah eja atau salah tatabahasanya, teman mohon maaf, cuma teman harap anda mendapat intipatinya dan menutup sebelah mata dengan kesalahan ejaan tersebut. Buat2 tak tahu jelah. Bukan apa, teman nie dulu cukup malas menulis apatah lagi nak menaip. 2-3 pekerjaan teman sebelum ini terlepas dari tangan kerana semasa sesi temuduga dahulu teman gagal dalam ujian menaip. Temuduga bahagian lisan dan pengalaman biasanya teman akan lulus dengan cemerlang. Masa teman belajar kat u dulupun teman gunakan komputer untuk menulis program pengatucaraan komputer c++(skang ada lagi ke tak) sahaja dan yang lainnya hanya menonton cd dan main game.
Memang bab menaip nie teman out selalu. So teman pun berazam untuk melatih menaip sepantas mungkin untuk memudahkan teman meluahkan rasa hati dalam blog ini. Nak menulis setiap hari sehingga satu muka surat bukan mudah. Masa yang diperlukan sangat lama dan banyak kerja lain yang menunggu. Biasanya teman ambil sedikit masa sebelum tido atau masa rehat teman direban untuk menulis. Ini termasuk juga jurnal harian teman yang perlu ditulis dan diisi setiap hari untuk merekod aktiviti direban. Hampir semua peladang atau penternak berjaya menulis dalam buku khas harian mereka untuk rujukan kelak. oleh itu teman ingin meniru cara mereka ini. Tak salah teman rasa. Aktiviti menulis setiap hari biasanya merangsang untuk kita supaya lebih aktif berfikir serta belajar untuk jadi lebih kreatif.
Back kepada tajuk teman mengenai reban bentuk A ini.Pada mulanya, orang disekeliling yang paling rapat dengan temanlah yang membangkang cadangan teman. Pelbagai hujah yang diberkan serta pandangan. Tetapi teman tetap berkeras kerana teman tahu keperluanya, ini kerana temanlah yg lebih arif tentang masalah pengurusan reban kerana hari2 berada direban. Antara hujah mereka tentang reban rekaan baru ini:
1. reban ini tak kalis cuaca dimana kalau hujan lebat ayam akan basah kena hujan.
2. reban terlalu terdedah dan panas sehingga ayam terseksa kerana panas berjemur.
3. kenapa nak tukar sedangkan reban yg ada dah cukup ok dah.
4. bukahkah pembinaan reban ini nanti akan menelan belanja yang besar, lebih baik duit tu buat beli induk?
5. Tak susahke nak uruskan ayam nanti sbb banyak kerja tambahan yang perlu dilakukan disebabkan lebih banyak reban yang perlu diuruskan? satu reban besarkan senang?
6.Buat lah sikit2 dulu untuk percubaan, kang kalau tak sesuai tak rugi sangat..
7. Buat apa susahkan diri nak buat reban baru.. dll..
tetapi teman buat buta tuli sbb teman yakin yang reban baru ini akan mendatangkan hasil yang lebih baik. Ini adalah hujah balas teman untuk soalan tadi:
1. reban ini boleh meningkatkan peratusan telur berbenih sbb tiada pergaduhan atau perebutan jantan berlaku.
2. jangkitan fizikal antara ayam dapat dikurangkan kerana tiada peluang ayam ini bergaul dengan reban sebelah.
3. Ayam lebih tenang berada dalam reban kerana tidak perlu merayap untuk mencari makanan.
4. pembakaan lebih mudah dilakukan dengan memilih baka mengikut persamaan yang ada.
5. telur lebih selamat dari keadaan huru hara dari ibu lain yang giler mengeram.
6. dapat mengelakkan telur dari pecah serta mengelakkan gejala memakan telur oleh sijantan yang lain.
7. double safety kerana ada 2 pagar, satu yg besar satu lagi pagar reban itu sendiri.
8. yakin reban tersebut mempunyai perlindungan cukup terhadap cuaca serta haba panas,
9. ayam dapat semua yang diperlukan didalam reban seperti tanah, mandi pasir, makan rumput dan sebagainya.
10. Kos yang tinggi untuk permulaan dan pulangannya lebih baik untuk akan datang.
11. Lebih mudah untuk teman mengutip telur setiap hari sebelum dimasukkan kedalam incubator.
12. Reban nampak lebih kemas dan kurang kerja penyelengaraan sbb dibahagikan kepada unit yg kecil.
13. mudah nak mengenalpasti ibu yang telah tamat bertelur dan memasuki fasa mengeram. Kita hanya perlu menangkap ibu ini dari luar sahaja dan menempatkan semula kereban rawatan mengeram.
14. Bukan sepanjang masa 10 betina akan berada dalam reban kerana kebanyakkan masa ada beberapa ibu ditempatkan kereban mengeram selama sebulan. Cuma, ibu akan dimasukkan kembali kereban asal bila tamat tempoh pantang selepas habis mengeluarkan telur. Konsep sama seperti org kampung dulu2 yang bela hanya seekor jantan dengan beberapa betina dibelakang rumah..
15. jumlah makanan dapat dikurangkan kerana keperluan tenaga berkurangan disebabkan kawasan yg kecil dan banyak lagi kelebihanya.. kalau nak citer mau panjang list nie..
Reban ini juga mempunyai pelbagai kekurangan yang mungkin tidak sesuai untuk dibina ditempat anda, antaranya adalah jika anda seorang yang penyayang atau tak sanggup melihat ayam tersebut dikurung(bela macam pet tapi nak keuntungan macam industri) maka anda tak boleh mengikuti cara ini. Cara ini sebenarnya lebih baik dari cara mereka yang betul2 serius dalam pembuatan baka dimana ayam ditempatkan didalam sangkar besi..saling tak tumpah macam sangkar rabbit dan telur dikutip setiap hari. alasan konsep tersebut adalah kos bahan binaan reban yg tinggi serta cara ini dapat meningkatkan kadar telur dan benih bagi setiap pusingan bertelur. Bagi teman reban yang dibina sekarang sudah cukup selesa bagi ayam berbanding reban sangkar besi.
Anda juga akan merasakan reban ini menyusahkan kerana terpaksa menyediakan lebih banyak bekas air serta bekas makanan. Dah tu pulak terpaksa memberi makan satu persatu bagi setiap reban. Kan lebih senang sekiranya anda hanya perlu mencampak sahaja kekotak makanan yang sedia ada dan biarkan ayam melakukan tugasannya?. Sebenarnya anda kena ingat yang kebanyakkan penyakit berjangkit seperti masalah coyza, berak kapur serta berak kuning dijangkiti dengan ayam yang berpenyakit minum dalam bekas besar dan kemudiannya ayam lain munum air dibekas sama yang telah dijangkiti tadi. Anda akan dapati sebarang penyakit ini begitu mudah menyerang reban anda walaupun anda telah menjaga kebersihan reban dan menukar air minuman setiap hari.
Anda juga merasakan kos pembinaanya lebih tinggi dari konsep dulu kala iaitu dengan hanya membina satu reban sahaja untuk ayam ini tidur pada waktu malam. Namun sesudahnya anda sendiri tak tahu berapakah jumlah ayam anda direban dan barangkali jika ada ayam anda hilang,anda pasti tak tahu bila dan berapa jumlahnya. Teman pasti kalau teman tanya dengan menunjukkan pada seekor ibu ayam tertentu, berapakah pusingan ibu ini telah bertelur dan berapa jumlah telurnya, anda tak mampu untuk menjawab dengan tepat.
Anda juga akan rasa tertekan kerana terpaksa berbelanja lebih untuk makanan sbb terpaksa membawa masuk setiap makanan yang diperlukan oleh ayam.. sedangkan kalau dibiar lepas ayam boleh mencari makanan sendiri. Namun sebaliknya anda tidak boleh berungut dikemudian hari sekiranya ayam anda banyak menjadi mangsa kepada pemangsa yang ada dipersekitaran. Anda juga tak boleh merungut kalau2 berat ayam anda tadi terlalu kurang sbb anda membiarkanya mencari makanan sendiri.
So banyak sangatlah perkara yang perlu dibincangkan. Yang penting adalah minat serta kesungguhan anda. Ramai yang bercita untuk menternak tetapi hanya bercita2 untuk menjadi kaya dengan menternak. Bukanya nak menjadi kaya dengan usaha yang gigih hari demi hari. Yang diharapkan dapat kaya dengan sekelip mata dan jumlah rm yang diterima semasa menjual ternakan anda nanti. Itulah yang banyak berlaku. alasan tak cukup masa menjadi senjata utama untuk mengelakkan diri dari berpeluh atau beberapa alsan lain yang kadangkala membuatkan teman tertanya kembali.. betulkah anda ini penternak???
Sekian..
jaringan penternak ayam kampung..
CARIAN DI SUNAN
Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.
SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN
Arkib Blog
-
▼
2010
(218)
-
▼
Apr
(22)
- Nak bela ayam kampung asli? ubah minda anda dahulu..
- Tugasan direban , kini
- Aduhai penyakit ayam..
- Gambar arnab terbaru..
- Silky @ ayam selasih sutera
- Anak ayam serama pertama teman..
- Gambar untuk tatapan umum..
- bukakan minda untuk istilah perniagaan
- Reban bentuk "A".. sesuai ke?
- Terjumpa telur luarbiasa
- Halangan menternak ayam kampung asli..
- Pengalaman mematangkan kita..
- Reban oh reban,
- Perasaan Cemburu yang baik!!
- Ayam kampung asli
- Kenapa reban bentuk A?
- Ajar salah, tak ajar pun salah..
- Proses memasukkan semua ayam bermula,
- Cadangan membuka satu kedai online kepada semua vi...
- kita kurang bersyukur..
- Ampun dan Maaf..
- Perhatian kepada semua pengguna Incubator teman ..
-
▼
Apr
(22)
TOP 5!!
-
Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
-
Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
-
Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
-
Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
-
Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
Label
4 month in view
(2)
6
(1)
Anak ayam
(13)
angsa
(1)
Ayam jantan bertelur?
(1)
Ayam kampung
(14)
ayam mandi tanah
(1)
baka ayam
(1)
bebelan
(1)
brooder
(2)
cabang perniagaan
(9)
candling
(1)
catatan
(1)
costing ayam..
(2)
dedak
(1)
fidlot
(1)
free range
(1)
Gambar tapak
(1)
hama
(1)
hujan
(1)
incubator
(19)
Itik serati
(1)
itik serati..
(1)
jualan anak ayam
(1)
kacuk vs ori
(1)
keli
(6)
konsep reban
(2)
kursus ternakan
(2)
lapik telur
(1)
laporan ternakan
(1)
makanan
(3)
Memulakan penternakan?
(1)
omega 3
(1)
Pasaran Ayam kampung
(6)
pelawat
(1)
Pembinaan reban
(5)
pemilihan baka ayam
(2)
pengumuman kelas
(1)
penyakit ayam
(14)
perancangan perniagaan
(4)
peringkat anak ayam.
(1)
Perkara asas dlm reban
(1)
Profit penternakan
(1)
rancangan perniagaan
(2)
reban
(1)
reban asuhan
(2)
rekaan reban
(4)
tangki air
(1)
telur ayam
(2)
ternakan ayam kampung
(3)
turkeys
(2)
Ubat-ubatan
(1)
Upgread reban
(3)
vaksin
(1)
variasi ternakan
(3)
Wad bersalin ayam
(1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.
Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;
1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
Labels Cloud
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
Labels List Numbered
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
3 comments:
banyak juga kelebihan bentuk a, mcm mana kita nak saling berhubung untuk berkongsi idea, facebook ada?
memang la setiap benda ada kelebihan dan kekurangan ,tetapi ianya adalah reka bentuk yang menarik
Saya baru nk mencuba... ok gak tu...
Post a Comment