Gambar atas kiri tu adalah kondo bertelur aku.. hah kondo ? hehehe bagi level ayam lah. Satu benda yg aku belajar dari ayam ni, dorang tak suka ada gangguan masa bertelur n menetas. So kalau buat bekas sebaris kompom dorang tak naik. Aku buat bekas bersilang supaya senang dorang nak naik. Stakat arinie dah ada 10 ekor ibu port kat kondo nie.. aku kekadang terpikir jugak, Tuhan tu Maha kaya, dia buat ayam dengan kepandaian mencari tempat dia sendiri. Aku pun kekadang leh kompius mana satu bekas yg dah ada telur. Satu lagi aku tgk ayam nie suka bertelur tempat paling tinggi kat reban or yg dia pikir paling selamat. Biasanya betina dominan(otai) dapat pot paling tinggi. Gambar bawah kiri pulak gambar wad bunglo berkembar. ada ruang-ruang tersorok yg dibuat seperti bilik. Aku tiru stail kat penternak ayam kat lebuhan dagang olak lempit tapi aku upgrade sikit la. Yg gambar bawah kanan tu gambar perumahan mewah atas bukit hehehe... pasal port nie yg paling tinggi skali. Port nie full house je memanjang. pantang ada kosong je ada lah yg masuk sewa. hehehe.. cara aku handle telur nie, aku prepair banyak2 bekas eram dia. Dalam bekas tu, aku taruk pasir n dilapik dengan lalang kering.. mana aku dapat lalang? aku kutip depan rumah je bila aku mesin rumput. Bila ibu dia dah start mengeram aku tulih tarikh kat kotak dia.. agak-agak lagi 2 hari nak menetas aku pun dah stanby.. slalu kena skodeng bawah perut ayam.. aku nampak je sekor anak dia terus aku pindahkan ayam tu dengan bekas dia skali ke dalam reban asuhan.. kira ni dah kena masuk wad bersalin lah nie.. pastu aku tgk pulak perangai ibu dia.. kalu dia selalu turun tinggalkan telur yg belum menetas untuk jaga anak2 dia yg terkeluar, aku masukkan balik anak dia dalam bekas eram tu dan tutup ngan plawood skali dengan mak dia. biar lagi sehari.. kalau pas sehari ada lagi telur yg masih tak menetas, biasanya telur yg tinggal tu dah out dah.. takyah simpan lagi.. goncang goncangkan.. kalu ada pergerakan cecair terus buang dah tak jadi.. bila dah menetas semua aku kuarkan bekas mengeram tadi dan biar mak dia jaga selama 2 minggu or lebih. Tapi ubat merah 707 (bancuh dengan air)mesti diberikan terus kepada anak tu.. aku ganti tempat kosong tadi dengan bekas eraman yg baru. Yg lama kena musnahkan lalang dalam bekas dgn membakarnya dan pasir tadi aku buat baja pokok jagung.. ini lah cara terbaik aku dapat lakukan untuk mengatasi kematian anak yg aku alami sebelum ini.
gambar atas kiri adalah ayam belanda yg aku beli dulu.. memang ada org kata ayam belanda nie garang semacam n suka buli ayam kampung tambahan kalau ada bapak ayam. Aku beli sepasang, saje je nak bagi meriah.. betinanya tak sempat aku nak snap tapi warnanya putih.. Tahap kegarangan mamatnie dah sampai tahap gaban, tambah2 time dia duk ngorat betina. Adeke nak ngorat kena tepuk tanah pakai kaki pastu buat bunyi sub woferr lak; dush dush sambil kembang bulu. Tapi aku terhibur tgk telatah dia.. yg kelakar kalau ada jantan ngan jantan tengah berentap mesti dia datang n tolong leraikan, cam reffree lak.. dah lah kaler hitam putih elok benar lah tu. Gambar atas kanan gambar angsa aku beli kat cikgu. beli kecik skang dah besar. Dia punya bising buat aku pening, kalau nak suh dia jaga reban elakkan dari pencurik memang cantik.. tapi kalau nak suh dia jaga dari serangan anjing n biawak... out!!! dia yg lari dulu hehehe. Gamnar bawah kiri, sepasang ayam dari jenis sabung tapi dah selapis..saje nak bela. kecik lagi. tapi nie bukan baka ori sabung kata tokey tempat aku beli. jadilah buat penghibur hati. Tapi yg ketara dorang ni tak campur ngan ayam lain lepakpun berdua je.. gambar sebelah kanan pulak, port dorang mandi tanah.. aku selalu taruk habuk or abu bakar sampah kat situ bagi dorang mandi.. aku pernah digelakkan oleh org tua aku bila aku tanya apasal dorang buat lubang kat tanah? nak bertelur kat situ ke? rupanya aktiviti mandi tanah nie untk dorang merawat hama atau serangga kat badan dorang. ayam dapat mandi tanah adalah ayam yg sihat.
Baru je sebulan ternak ayam dah ada serangan binatang pemangsa. malam anjing liar datang berkumpulan.. nasib baik masa tu ayam tido dalam reban. Anjing tu duk pusing sekeliling reban cari jalan masuk. siang pulak datang biawak.. kekadang sampai 2-3 ekor skali. tak leh jadi nie.. kalau dibiarkan mau bersih ayam dalam reban aku. ada satu hari masa aku kurung anak ayam yang baru menetas dalam reban dengan mak dia.. masuk sekor biawak besar tahap cipannnn....bersih semua anak kecik2 tu.. yg tinggal mak dia yg dalam keadaan trauma..
aku rasa kalau nak cekek leher dia dengan tangan kompom tak lepas.. besar n panjang dah kira paling otai la kat daerah sepang nie.. aku perambat dengan kayu.. kena 2-3 das hantak dengan kayu dia buat dek jee terus belah.. tergamam aku dibuatnya. Sejak kejadian tu satu usaha drastik dilakukan untuk menukar kongsep lepas kepada separa lepas. Ayam dikurung dalam kawasan yang berpagar tepi dan atas supaya tiada gangguan pemangsa. Waktu petang akan dilepaskan disekitaranya.. tempoh masa nak siapkan sangkarnya???? 2 minggu!!! ada org tanya nape nak buat reban cam taman burung siap bumbung.. aku cakap masa mula-mula bwk masuk ayam induk dorang terbang over the net heheehehe.. letah nak tangkap balik.. satu lagi kawasan banting n sepang kan kawasan penghijrahan burung.. byk le helang pot kat cini.. jumlah induk yg dimasukkan sebanyak 200 ekor..

Bila semua semak dah diterangkan. aku pun start buat reban. Gambar kat atas kiri tu kayu second hand yang dibeli di kawasan pembinaan dengan harga 300 ringgit. Nak jimat kena lah cari kayu cam nie tapi keadaan kayu dia hampeh sikit pasal byk paku byk yang dah sumbing. pastu aku buat lah reban dalam 12X12 kaki budget mula2 nak bela dalam reban nie n lepaskan kat luar waktu siang.Tapi tak sampai seminggu je dah ada serangan biawak n anjing liar.gambar bawah adalah gambar tempat penetasan anak ayam.. aku ingatbuat cam tu byk ayam nak duk sebaris menetas, rupanya ayam2 nieragam dia cam kera sumbang jugak nak duk jauh2. dorang taknaktempat yang bersebelahan takut ade gangguan dr ibu lain. tengah dukbuat reban tu ibu ayam pertama telah berjaya menetaskan anaknya..
welcome to the world..
welcome to the world..
(Gambar atas)
Tapak kolam ikan kat lot 6601. Ni gambar tapak kolam ikan aku. Mula-mula dapat tapak kolam nie aku pun tak percaya. Tu tuan tanah tengah berdiri kat depan laluan masuk sambil cekak pinggang. Apalah nasib badan semua tanah yang aku dapat dia punya semak tahap hutan..kawasan sekeliling jauh sikit dengan umah orang, kiranya kawasan ini lot tapak umah.. seharian jugalah duduk kat situ memikirkan sesuai ke tak tapak nie. Kalau nak cari tapak lain kompom nak kena bayar sewa, pakai tapak nie free tapi kenalah bagi syer sikit lah kat tuan punya tanah. Tuan tanah turut menyumbang dana untuk menjalankan projek ini dengan jayanya.
(Gambar bawah)
Tapak reban ayam kat belakang umah. Tapak ni adalah dalam 1/2 ekar luas dia. Aku sewa ngan tuan punya umah sbb dia kata dah 5 tahun terbiar. Masa ambil gambar nie pun kawasan nie dah diterangkan secara kasarnya dan dah disembur racun. sebelum nie nak lalu pun tak boleh. kalau ada gajah lepak kat sini pun tak nampak. Rasa-rasanya dekat seminggu jugak lah nak menerangkan kawasan semak kat belakang nie. Sampai melecet tangan dibuatnya.. kalau difikirkan elok pakai backhore je tolak tanah nie.. tapi RM 400 beb charge dia mana leh tahan

Gambar atas kiri adalah sistem RAS yang hanya menggunakan satu pump sahaja untuk berfungsi. Gambar atas kanan pula adalah satu set penuh bagi set RAS kami. Sistem ini sekiranya dapat ditukarkan @ dibersihkan penapisnya sekerap mungkin, pasti dapat menjernihkan kesemua kolam yang kami ada serentak. Dari kolam 3 peringkat dibahagian bawah.. air yang disalurkan dari kolam akan ditapis secara kasar untuk menyingkirkan mendapan yang terdapat dalam kolam. disini semua kotoran kasar seperti lumut dan sebagainya akan terperangkap..kemudian pada hujung bahagian ini, air akan dipump ke atas sistem penapis ber air terjun.. peringkat paling atas menjatuhkan air hingga paling bawah dan terus disalurkan kembali ke kolam.. semasa air itu jatuh antara bahagian-2 tersebut, penambahan kandungan oksigen dapat dilakukan.. gambar bawah kiri adalah satu set kolam pembenihan atau pengasingan yang belum siap diplaster simen. .saiz 4 x4 kaki. ..jumlah 10 bahagian kesemuanya. setelah siap nanti, kos pembuatan kolam ini adalah RM 400 termasuk upah.. satu bahagian kolam ini berisipadu 400 galen bersamaan dengan tangki polytank 400 gelen... satu tangki polytank hitam bersaiz 400 gelen harganya lebih kurang RM 400... so mana lebih jimat?.. tapi masalahnya kita takleh la nak pindah2kan kalau kita guna kolam simen. Gambar bawah kiri adalah gambar pandangan sisi kolam yang telah siap dibina... cun jugak yek kolam aku nie... hik hik
Gambar paling atas gambar tapak baru bersebelahan dengan kolam yang dah siap dibina. Sementara menunggu tempoh pantang sebelum diisi dengan air... kitaorg start buat tapak kongkrit kat sebelah, tambahan kolam sebanyak 20 kolam lagi. so kesemuanya ada dalam 32 kolam. dalam cadangan kami, kalau ada 30 lebih kolam dgn setiap kolam dapat mengisi 5000 ekor keli.. jumlah keseluruhan ikan dalam kolam dekat 150 ribu ekor.. kalau 6 ekor sekilo.. dan sekilo harga dia dalam 4 ringgit.. jumlah pendapatan dalam satu pusingan... WOW!!! kayo pakcik.. hehehehe. Persoalannya benarkah kiraan diatas paper sama dengan realiti? tepuk dada tanya pengalaman anda sendiri...
Gambar kat sebelah dia pulak adalah punca air kami dari parit untuk kolam. Air hanya diambil bila lepas ujan sahaja untuk menjamin kualiti air.. tgk jernihkan air dalam parit tersebut. Namun punca utama kolam air kolam kami adalah dari air perigi. Namun kurang baik kerana air perigi kurang galian dan kandungan organikny. Kolam sekarang adalah kolam berdinding simen dan berlantaikan tanah yang telah dipadatkan di dasarnya. Apabila air dimasukkan, ia hanya mampu menakung air selama 2 hari sahaja.. pastu terus surut kering kontang. Masa aku skolah bab-bab perikanan dulu, kolam yg dorang buat dapat menampung air agak lama.. tu yg aku tak paham tu.. sudah-sudahnya kami terpaksa menambah kongkrit dasar kolam.. kongkrit 3 inci tebal pakai BRC.. Semua budget simen untuk buat kolam tambahan kat sebelah dah lari.. kira punya kira akhirnya pembinaan tambahan 20 kolam yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan dulu..

Alhamdulilah... akhirnya kolam dapat disiapkan juga.. konkrit dibiarkan mengering selama seminggu untuk pastikan kolam betul2 kukuh.. lepastu air dimasukkan untuk ujian ketahanan dan kebocoran.. Alhamdulilah semuanya selamat.. air dapat bertakung dengan baiknya.. aku ingat proses nak masukkan air dalam kolam hanya mengambil masa 2-3 jam rupanya nak penuhkan kesemua 12 kolam mengambil masa seharian suntuk.. start kul 8 pagi kul 6 baru siap.. dah berlumut kaki tunggu hehehe minyak sampai 2 kali kena refill.. keesokkannya barulah ingat nak masukkan bahan2 pembuang bisa simen dan pelusuh kolam.. kalau kita terus masuk je kompom semua anak benih kita terapung.. paling kurang pun proses ni perlu dilakukan selama 2 minggu, tu pendapat aku lah.. sebab tu yg aku belajar.. aku belajar bukan dari satu guru tapi gabungan kelas, kursus, pemerhatian, dalam forum, dan lawatan menyemakkan muka kat kolam orang hehehe..'
BUT.......
aku datang esok pagi je.. dari jauh aku nampak bebudak riuh rendah kat kolam.. dorang mandi dalam kolam aku buat macam swiming pool... betul lah bebudak kampung aku nie.. apalagi dari jauh dah aku sergah.. ade yg lari pakai sepender je hehehe
Bermulalah kerja-kerja buruh..
Bila semua pihak dah berpuas hati.. aku pun start laa buat proses membersihkan tapak kolam. pakai backhore untuk tumbangkan semua pokok sawit yang tumbuh meliar kat tapak nie. maklumlah dah dekat 10 tahun takde org nak mengusahakanya. pokok yg tumbuh sendiripun dah dekat 20 kaki tinggi dia. tokey backhore compliant pokok besar sangat susah nak tumbangkan.. dia cakap patutnya dia bawak pisau khas untuk potong pokok tu.. aik? jgn cakap aku tak bagi tau pokok yg ada dah besar2. dia tak bawak sapa suruh .. akhirnya satu hidrolik pump dia bocor.. padan muka... dah clear semua kawasan, aku mulakan membuat tapak setor n tapak kolam.. yg aku belajar sebelum ni tapak kolam tanah dan berdindingkan simen adalah yang terbaik so.. buat lah macam tu. Mula-mula budget nak buat sorang-sorang, nak ikat batu untuk rumah tu pun dah seminggu tak siap lagi.. last2 lalu lah bangla 3 org mintak kerja.. dia kata tempat dia kerja dah 2 bulan terhenti.. dah 4 bulan dorang takde gaji.. aku tanya ko makan apa?..''bos.. saya aa makan itu pokok ka ulam ka kasi rebus makan.. itu kutip tepi jalan juga. saya tak kisah boss tapi itu rumah kampung bangla juga ada sikit kasihan.. sudah 6 bulan tarak kasi wang anak mau skolah, sana makan pun takda.." alahai nak menitik air mata aku..meh la kerja ngan aku sampai keja siap tapi gaji kecik pasal budget gaji korang takde dalam list aku.. "takpa boss janji anak bini kampung ada makan"
akum-
Bila dah siap buat tapak, aku mulalah order batu bata, skang harga bagi satu palet batu bata yang ade 600 biji batu simen harganya dalam RM140. Kat tempat lain tak tau lah pulak. Aku order dalam 8 palet batu n suruh dia anta 4 palet dulu. Tapi bila dia anta, terus masuk kelapan2 skali....hah alamatnya melimpah ruah lah batu kat pintu masuk.. gambar sebelah kanan adalah stuktur kolam yang dah siap. Aku buat dinding berkembar sebelah menyebelah untuk menjimatkan batu bata tengah.. dinding tengah leh kongsi.. masalah time nak plaster pulak aku lemah sikit. Bab ikat batu Insyallah lrh buat, kalau nak upah org diaorg mintak pakai kaki bayarannya.. 50 posen satu kaki persegi luar & dalam.. alamak aaaiii.. last-last hantam keromo jelah, nasib baik ada antara bangla aku yang tau sikit2 nak buat.. jumlah kolam yg dibuat semua dalam 12 kolam.. kalau siap Insyallah dapat memuatkan 60 ribu benih keli..(max 150 ekor per meterpadu+- yg mati)

Apabila rancangan pertama gagal.. terpaksa tambah konkrit.. sudahnya kos projek melambung. Elok elok cukup untuk bina 32 kolam kini yang dapat disediakan hanyalah 12 kolam. byk bezanya tu.. tapi takpa tapak dia dah siap.. batu simen pun dah beli.. nanti ada modal or dapat duit pusingan boleh teruskan kerja.. org suh bubuh BRC.. tanya dorang balik BRC tu apa? rupanya benda besi cam gambar kat atas tu.. jaring besi untuk kuatkan kongkrit.. tanah diratakan dan dibubuh plastik untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. bayangkanlah untuk menambah konkrit dilantai, satu kolam pakai 6 beg simen, 2 tab batu 3/4 inci dan 2 tap pasir..(satu lori = 3 tap pasir or batu). Brapa byk yang nak pakai tu.. kerja mengkonkrit nie pun lambat jugak nak menyiapkannya.. bebudak banglalah yg membancuhnya.. teman idak laaa nak membancuh... bukan sikit kerjanya.. ada org cakap pakai simen ready made lagi jimat(alah lori simen cam siput tu).. satu lory no 18 harga dalam 1200 jee.. leh siap dalam 8 kolam.. aku tanya lak.. ade brape jenis simen? no brapa elok? alahai penin penin.. simen pun ada pakai number jugak ke..? next time boleh diterima kot cadangan tu.. buat platform dulu bila siap lori datang terus curah je abis cerita. harap2 dah ada lantai simen settle masalah takungan air.
About Me
BLOG DALAM PROSES SET-UP
Popular Posts
-
Incubator...( *perlu diingatkan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang masalah yg anda hadapi dengan menggunakan maklumat...
-
Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
-
Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
-
Salam semua, teman nak mintak maaf sebab dah 2 hari tak update blog teman. Nie kali nie teman nak cerita pasal FCR atau dalam penuhnya Food...
-
Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
-
salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...
-
PENJUALAN INCUBATOR TELAH DIHENTIKAN. HARAP MAKLUM * PIHAK CITYPULL TELAH MENUTUP REBAN AYAM KAMI . HARAP MAKLUM
-
Salam semua, Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum...
-
Salam, Sejak 2 tahun teman menternak ini, teman boleh rumuskan ada kelebihan antara menternak ayam diatas lantai tanah dengan reban diatas...
-
Salam semua, Hehehe byk teman nak tulih malam ini, bukan apa incubator tempahan dah siap 4 biji dah.. Semua tempahan yang dah siap adalah da...
Facebook Page
Labels Cloud
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
Labels List Numbered
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.
Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;
1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..