bukakan minda untuk istilah perniagaan

Salam ,

Apa khabar semua? harap sihat sejahtera.. post teman kali ini hanyalah buah fikiran teman mengenai dunia perniagaan. Teman bukannya handal atau sudah kaya raya berniaga, cuma memberi pendapat sahaja dan yang penting untuk diri teman sendiri sbb org yang pertama yang akan baca post ini adalah teman sendiri. Sebenarnya kelemahan paling ketara orang kita adalah selalu sangat berpikiran sempit atau lebih selesa berada dalam kepompong masing2. Jarang sekali kita berpikir lain dari orang lain atau yang paling tepatnya adalah malas nak berpikir. Yang biasa kita ambil tahu adalah tentang gosip semasa, berita yang memalukan serta kegagalan sipulan dan sipulan. Tetapi yang menyedihkan kita sering tenggelam dengan angan2 tanpa berbuat apa2.

Dalam perniagaan, bagi teman banyak sekali cabangnya. kita ni orang melayu sering berfikiran sempit dengan mengikut apa sahaja perniagaan yang orang lain buat tanpa berpikir dan sering tertarik kepada sesuatu perniagaan yang mudah dan cepat mendapatkan hasil tanpa perlu bekerja keras. Oleh itu rami yang telah tewas dengan kerugian yang bukan sedikit. Sebenarnya cukup mudah kalau kita tahu bagaimana untuk memilih perniagaan yang mempunyai potensi untuk dimajukan.

Dalam perniagaan, untuk skop barangan keperluan, ianya biasanya melibatkan beberpa kumpulan seperti Pencipta atau pereka, pengilang, pemborong, pengedar, peruncit dan pembeli. Semua kumpulan ini mempunyai bidang perniagaan masing kecuali pembeli. Dari pereka sehingga peruncit, nilai harga barangan tersebut akan turut bertambah dan harga akhir akan dibayar oleh pengguna. Jika kita sedar, kita mampu untuk memilih mana2 bahagian dalam kumpulan ini untuk berniaga. Jangan terlalu memikirkan satu kumpulan sahaja untuk berniaga kerana peluang tetap ada disemua kumpulan yang ada.

Sebagai contoh, kalau betul anda telah menternak, anda perhatikan semua peralatan anda direban sekarang. perhatikan betul2, apa yang ada dan perhatikan bahagian mana yang anda mahu dijadikan perniagaan. banyak contoh yang boleh diambil dari segi perkakasan, ubat, benih, induk, khidmat nasihat, pembinaan, bimbingan dan khidmat nasihat, makanan, penjualan end produk, baja tahi ayam, alatan binaan serta tapak tanah itu sendiri. Sungguh banyak sebenarnya, itulah ynag biasanya kita tak nampak. Yang menjadi ikutan adalah aktiviti menternak itu sendiri yang kadangkala belambak2 dalam satu komuditi. Lihat orang tu bela itik dia pun ank bela itik, lihat orang tu bela belanda dia pun nak bela belanda, tgk orang tu punya puyuh berjembik banyaknya dia pun nak bela jugak. So bila masanya nak menjual mula mengelabah tak tau nak buat ataupun baru sedar masa tu bekalan pasaran sekitaran dah takde sebab dan dimonopoli oleh reban yang lebih besar dan kosistent.

Kenapa? kenapa tiada pun dikalangan kita menjual dedak dengan serius atau menjadi orang tengah(midleman) untuk pasaran setempat? kenapa kita masih ke kedai dedak berhampiran sedangkan kita juga sendiri mampu untuk kendalikanya. Adakah kita rasa menjual dedak itu terlalu susah kalau nak dibandingkan dengan menternak? adakah kita rasa aktiviti penjualan itu tak glemer atau kurang menjana pendapatan? Adakah begitu susah kita nak ke kilang dan mengambil stok sebelum menjualnya dipermis yang disewa? adakah kita rasa pembelian kita selalunya lebih tinggi harganya dari pembeli bangsa lain kerana biasanya pihak pengilang bersifat perkauman dan berat sebelah? berapa harga yanga anda dapat sekiranya anda membelinya sekarang?

Itu lah yang teman cuba bangkitkan sekarang. Kenapa dan mengapa? kalau kita ada modal dalam 20K kenapa menjual barangan hiliran tidak pernah menjadi pilihan kita? kenapa kita duk sibuk menternak sahaja? Mungkin pikiran kita menyangkakan ianya lebih senang agaknya. Teman sebenarnya hampa juga bila jarang sangat bejumpa orang kita yang mengendalikan penjualan dedak. kalau ada pun dia punya sembelih mengalahkan "orang dia". Biasanya kalau ada yg berniaga seperti ini tidak akan melakukan perkhidmatan yang memuaskan sepeti pernghantaran dan sebagainya. Ini semua perlu kita timbangkan.teman yakin kalau kita sendiri mempunyai wakil atau agen yang menjual dedak ini secara pukal, kelebihan akan berpihak kepada penternak melayu.

Satu lagi dari segi wakil jualan atau orang tengah. Ini pun jarang sangat orang kita buat. Susah betul nak jumpa. Kalau jumpa pun mungkin mereka ini adalah dari golongan yang dag terbuka mindanya. Golongan yang sering memikirkan jalan terbaik untuk menjana pendapatan dari berniaga. Yang selebihnya? duduk direban menanti peraih orang dia untuk datang dan mambali secara borong. Tidakkah itu merugikan?Teman rase sebab paling ketara semua ini berlaku adalah salah anggap kita terhadap mereka yang buat trading ini. Orang tengah selalu dipandang serong dan dianggap mereka yang suka mengambil kesempatan terhadap mereka yang susah dan mendapat keuntungan tanpa perlu berusaha. tetapi bagi teman ianya kurang tepat kerana semua perniagaan memerlukan orang tengah diantara pengeluar dan pebeli. Jarang sekali pengeluar atau pengilang memilih untuk memasarkan produk mereka kerana dalam konsep perniagaan ianya kurang sesuai. Ini kerana kalau betul mereka ingin melakukan perkara tersebut, masa dan tenaga yang banyak perlu dilakuakan dan disamping penjualan yang dilakukan tidak akan menyeluruh.

Orang tengan ini sebenarnya bertindak menjadi pengagih, penyebar serta orang yang memastikan barang yang dikeluarkan dapat dibeli di seluruh negara. Tanpa orang tengah biasanya perniagaan kita tak dapt berkembang. Maasalah yang terjadi adalah sesetengah orang tengah ini yang menjadi terlalu tamak dan mengamalkan riba dalam perniagaannya. perkara ini sering terjadi apabila terdapa permintaan yang tinggi dikalangan pengguna. Kita sebagai orang Islam, riba adalah perkara yang perlu dielakkan. Jgn sesekali menjual barangan dengan harga yang tak munasabah dek kerana pembeli yang ada terdedak atau tiada pilihan lain. Sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan bagi memastikan usaha dan pekerjaan kita diberkati.

Oelh itu, dari sekarang bukalah sedikit minda untuk melihat dan mengintai peluang perniagaan yang ada selain yang telah ramai orang melayu kita ceburi. Pilih bidang yang ada permintaan serta sentiasa kreatif dalam menjalankan perniagaan. jangan asik mengintai kejayaan orang lain dengan muka geram dan perasaan dengki sehingga terlupa tugasan kita sendiri sebagai peniaga. Biasanya mereka yang berjaya dalam perniagaan ini tidak penah berhenti dalam memikirkan stetegi perniagaan dan bagaimana nak memajukan lagi perniagaan yang ada. Cuba berhijrah dari pemikiran yang ada sekarang dan memberanikan diri menceburi bidang yang lain dari kebiasaan. Berbuat baik sesama bangsa dan tolong menolong sesama kita. lakukan lebih banyak jaringan yang berguna(bukan jaringan yang mengikis orang lain) bagi menguatkan orang kita sendiri.

Dan akhirnya, tanamkan sifat mahu maju kedepan dan lebih rajin dari hari kehari. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa namun persiapan jitu dan terancang perlu dilakukan setiap kali anda berdepan dengan masalah. rajin2lah diri denagn membaca dan mengkaji bidang yang diceburi. Teman akan bangga sekiranya orang kita dah membuka kedai pakaian yang berkelas tinggi atau menjadi agen pengedar baju berjenama berbanding duk menjual bundle lusuh setiap hari.
sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: