Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • KISAH SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • Download
  • TOPIK LAIN
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion

 


    Jika kita pergi makan di kedai makan yang menyajikan masakan ayam kampung, kita akan dapati ayam kampung yang disajikan itu lembut isinya. Siap boleh digoreng kunyit lagi. Keras sedikit sahaja daripada ayam daging. Kebiasaannya ayam kampung yang disajikan tersebut ialah ayam kampung kacuk atau dipanggil dengan singkatan AKK oleh para penternak.

    Namun sebagai orang kampung macam saya dan penggemar ayam kampung macam saya, saya dapat kenalpasti ayam kampung tersebut adakah ianya ayam kampu asli (AKA) atau ayam kampung kacuk (AKK).

    Tiada isu pun samaada AKA atau AKK. Tapi sebagai penggemar ayam kampung, tentu tidak puas apabila menikmati tekstur AKK sekiranya sudah terbiasa dengan tekstur isi AKA. Pun begitu, permintaan terhadap AKK masih lagi ada.

    Di kawasan-kawasan kampung, permintaan terhadap AKA juga masih ada berikutan tidak ramai yang mampu menternak AKA disebabkan pelbagai faktor. Antara faktor tersebut termasuklah peningkatan harga makanan ayam dan jangka masa AKA matang yang lama.

    Disebabkan itulah saya menanam minat untuk menceburi penternakan AKA berskala kecil. Namun begitu, perlu mencari solusi terhadap kenaikan harga makanan ternakan kerana kos terbesar dalam menternak ayam terletak di makanannya.

    Anda juga menternak AKA? Cuba kongsikan pengalaman di ruangan komen.

2
Share

     Untuk makluman semua, blog CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM kini telah bertukar tangan daripada Tuan Saiful kepada SUNAN. Tuan saiful kini memulakan pelbagai projek dan kurang kesempatan untuk mengemaskini blog.


    InsyaALLAH selepas ini SUNAN akan mengemaskini kembali template blog dan akan mula menulis hal-hal yang berkaitan aktiviti kebun dan ternakan ayam itik yang SUNAN sendiri buat.


    Semua ilmu penternakan akan SUNAN dapatkan daripada blog ini hasil penulisan tuan Saiful sebelum ini. Jangan sia-siakan ilmu yang beliau curahkan secara percuma ini.


Buat masa ini, SUNAN akan mengemaskini template dan setting terlebih dahulu. InsyaAllah nanti akan mula menulis semula. Hal-hal selain aktiviti kebun dan ternakan akan ditulis di blog www.sunan.my seperti biasa. Lama dah juga tak menulis.


Jumpa lagi di artikel seterusnya. 


0
Share
PENJUALAN INCUBATOR TELAH DIHENTIKAN. HARAP MAKLUM

* PIHAK CITYPULL TELAH MENUTUP REBAN AYAM KAMI . HARAP MAKLUM
3
Share
Salam semua,

Maaf sekiranya dah lama teman tak menulis dalam blog ini. Mungkin tiada apa lagi cerita yg nak disampaikan memandangkan teman telah berada dalam fasa seterusnya iaitu fasa persedian untuk peringkat seterusnya.

Kalau tuan semua pernah membaca post teman yang awal2 dahulu, teman membuka reban ternakan adalah semata2 untuk mengkaji dan mempelajari teknik2 ternakan ayam kampung asli yang sangat sukar untuk diternak secara komersial. Terlalu sedikit ilmu dan teknik yang kita tahu ketika itu. Dengan hanya bermodalkan beberapa ribu sahaja teman mengambil keputusan untuk berhenti kerja walaupun pada masa itu bolehlah teman katakan yang kerjaya teman agak bagus dan boleh hidup normal seperti mana yang dikehendaki.

Berbekalkan keazaman dan kesungguhan teman untuk mempelajari, teman teruskan usaha giler teman untuk menternak walaupun modal hanyalah seciput. Dalam masa 3 tahun menternak, Alhamdulilah tuhan dah tunjukkan banyak pengalaman dan pengetahuan untuk teman menternak ayam kampung ini.Walaupun tak seberapa banyak yang teman tahu tetapi hampir kesemua masalah yang teman alami ketika menternak telah teman jumpa penyelesaiannya.

Kalau tuan semua pernah menternak atau sedang menternak ayam kampung asli ( ayam kacuk terkecuali) ini, tuan pasti setuju dengan masalah yang biasa akan tuan semua alami di reban seperti yang teman nyatakan dibawah:

1. Masalah bekalan benih untuk ayam asli dengan kuantiti yang banyak.
2. Masalah harga dedak yang tinggi berikutan ayam kampung mengunakan 4 kilo makanan sepanjang pembesaranya sebelum boleh dijual jika dibandingkan dengan penghasilan daging sekilo.
3. Masalah rekabentuk reban untuk ternakan. ( ayam tak boleh ditempatkan direban besar(bangsal) berikutan sifatnya yang berkumpulan)
4. Masalah jangka masa penternakan yang lama iaitu 6 bulan.
5. Masalah penyakit ayam
6. Masalah perangai ayam yanga masih lagi liar dan sukar ditangani.

Kesemua masalah ini telah teman jumpa cara penyelesainya terutama masalah teknikal seperti ayam bergaduh, rekaan reban dan masalah bekalan anak ayam. Oleh itu teman sangat yakin dengan ilmu yang teman ada ketika ini mampu untuk teman gunakan ketika teman memulakan semua penternakkan ini.

Alhamdulilah, sepanjang teman berhenti bekerja dan hanya menjana pendapatan dengan menternak ayam serta hasil jualan incubator, teman mampu lagi menyara hidup sekeluarga. Walaupun tak mewah tetapi rezeki tetapi ada. Bohonglah kalau teman kata yang teman tak pernah tergelicir setiap bulan akibat kekurangan budget tetapi sehingga kesaat akhirnya pun teman masih lagi mampu.

Ini kerana permintaan untuk semua yang berkaitan dengan ternakan ayam kampung sangat tingggi. Sehingga sampai hari ini pun teman masih lagi menerima panggilan bertanyakan tentang ternakan ayam kampung asli ini samaada untuk bekalan anak, induk malah incubator. Tak kurang juga yang telah berjumpa dengan teman dan berbual mengenai ternakan ayam kampung ini. Dan yang paling mengujakan teman iaitu jumlah pengunjung blog teman semakin bertambah dari hari kesehari sehinggakan dalam masa sehari hampir 6000 pengunjung ke blog teman. Alhamdulilah.

Semua orang tahu yang permintaan ayam kampung asli ini sangat tinggi dan sehingga sekarang belum ada yang mampu untuk mengeluarkan ayam ini secara konsisten setiap hari. Satu motivasi yang sangat tinggi bagi teman. Langkah seterusnya yg sedang teman lakukan sekarang adalah dengan menutup reban sedia ada dan berpindah semula ke ibukota demi mencari wang untuk dijadikan modal untuk ternakan kelak.

Seperti yg tuan semua sedia maklum, reban yang ada sekarang adalah reban kajian dimana ianya tekah banyak kali melalui proses pembaharuan mengikut kajian atau rekaan yang cuba teman buat. Dalam masa atau proses mendapatkan rekaan yang ideal, teman telah mengeluarkan banyak kos sebelum menjumpai teknik dan rekaan yang paling tepat khas untuk ternakan ayam kampung asli.

Rancangan teman dalam sedikit tahun lagi ( bergantung kepada jumlah modal yang berjaya dikumpul) teman akan membuka satu reban lestari dimana teman tidak akan bergantung kepada pembekal dedak atau pembekal lain dan kelestarian atau kemodenan sistem teman dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ini termasuk dari segi pengurusan reban, penghasilan baka sendiri melalui penetasan , penjualan serta kawalan serangan biologi direban. Insyallah kalau tuhan izinkan ianya akan menjadi kenyataan kelak.

Mungkin juga sekiranya ada rakan2 ternak atau yang baru nak menternak yang mempunyai modal yang agak "kasar" yang mana sudi untuk berkongsi dengan teman nanti demi menjayakan satu niat teman iaitu menghasilkan ladang ternakan ayam kampung asli yang mampu membekalkan ayam ini kepasaran seMalaysia. Insyallah...

Oleh itu suka untuk teman nyatakan disini dimana teman telah berhenti menternak secara fizikalnya buat sementara ( mungkin setahun dua) sehingga modal teman mencukupi. Ini bermaka sekiranya tuan semua mahu melawat reban teman, tidaklah teman mampu menunaikanya lagi hehehe... teman telah berpindah ke Sunway Villa di bandar Sunway ( sangat berdekatan dengan Sunway piramid) untuk meneruskan kerja teman sebagai tech. Ass. Engineer di sebuah syarikat perunding dalam bidang M&E di subang jaya. Namun penjualan incubator masih diteruskan sebagai pendapatan sampingan untuk teman.

Harapan teman agar tuan2 semua tidak menyimpan pandangan negetif atas penutupan reban kerana tindakan ini telah dirancang sejak sebelum teman membuka reban lagi. Peringkat pertama adalah untuk belajar, peringkat kedua adalah kumpulan modal dan persedian, peringkat ketiga iaitu terakhir adalah membina reban terbaik yang mempunyai nilai komersial seperti yang di idamkan dari mula lagi.

Walaupun ada yang berpandangan yang teman ini suka bercakap atau banyak bercakap, biarlah cakap otu cakap yang berisi dan telah terbukti ramai yang mengunjungi blog ini atau telah bertemu dengan teman mendapat manfaat dari ilmu yang tuhan telah berikan kepada teman..

Sekian..
1
Share
Salam semua,

Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum ini.. Ianya berkenaaan permakanan ayam dari jenis ayam yang berbeza baka dan apa yang menyebabkan kerugian kepada penternak itu sendiri.

Mengikut pengalaman teman sendiri, rata 2 penternak kecilan yang menternak ayam kampung kacuk suka memberikan ternakan mereka makan dari bahan2 yang kurang tepat bagi mengurangkan kos makanan ternakan mereka. Mereka juga beranggapan yang ternakan ayam kampung asli dengan ayam kampung kacuk adalah sama dan mempunyai kadar pengambilan makanan yang sama. Teman ada beberapa hujah yang nak dikongsi bersama.. Kalau ada yang tak bersetuju teman tak kisah sebab buah fikiran tiada yang salah kerana ianya kalau dibincangkan dengan mendalam akan menjadi satu ilmu atau pedoman yang berguna kelak.

1. Ayam kampug kacuk adalah kacukan ayam kampung biasa dengan baka ayam kampung yang lebih besar saiznya ( keyword dia adalah "lebih besar" bukan lebih cepat membesar). oleh itu kalau dibandingkan kedua2 jenis ayam ini side by side pasa usia yang sama kita akan dapat perbezaan yang sangat ketara dari segi berat dan saiz terutama apabila ayam mula memasuki umur 2 bulan dan keatas.

2. Penternak ayam kampung kacuk selalunya mensasarkan ternakan ayam ini patut dijual pasa usia 90 hari atau ketika ayam ini berusia 3 bulan. Berat sasaran adalah ternakan boleh mencecah berat lebih dari 1.5 kg pada masa jualan. Untuk mencecah berat dan tempoh masa yang dianggarkan, penternak perlu memberi makanan yang secukupnya dari segi kuantiti dan kandungan zatnya. Kesilapan yang sering kita lakukan adalah menganggap bila ayam tersebut telah besar atau melebihi berat 1 kilo maka makanan biasa atau makanan dari olahan sendiri yang kurang nutrisi serta zatnya boleh kerana ayam tersebut telah besar. Padahal ayam tersebut masih lagi berada dalam tahap pembesaran anak ayam yang sangat memerlukan makanan tinggi protein dan sebagainya.

3. Berat ayam mengikut usia ( anggaran- mungkin berubah mengikut baka yang anda gunakan dan diambil semasa teman menternak dahulu)

 -Usia satu bulan:
Kacuk : 350-500g
Asli : 100-150g

 -Usia 2 bulan:
Kacuk: 700-900g
Asli: 200-300g

 -Usia 3 bulan:
Kacuk: 1000-1200g
Asli: 400-500g

-Usia 4 bulan:
Kacuk: 1500-1700g ( kebanyakan ayam dijual pada usia ini )
Asli: 600-700g

-Usia 5 bulan:
Kacuk : 2000-2200g
Asli : 900-1000g

-Usia 6 bulan:
Kacuk : 2500-2700g ( mungkin berbeza ikut jantina) Berat matang bagi seekor ayam
Asli: 1200-1500g

-Usia 7 Bulan:
kacuk : 2.8kg-3.0kg ++
Asli: Perubahan yang sedikit berlaku selepas matang

Apa yang kita dapat lihat dari data diatas adalah ayam kampung kacuk juga memerlukan usia sehingga 6 bulan sebelum mencapai kadar matang iaitu mula menunjukkan keboleh untuk reproduksi iaitu mengeluarkan telur dan mengeluarkan benih untuk pejantan. Ini bermaksud bukannya ayam kacuk ini cepat besar tetapi beratnya pada usia 3 bulan sudah hampir dengan berat matang bagi seekor ayam kampung asli. Mungkin dari sinilah kita beranggapan yang ayam kacuk pada usia ini sudah besar( iaitu hanya 3 bulan) dan kita sudah boleh memberi makan seperti ayam dewasa.

Namun pada hakikatnya ayam ini masih diperingkat membesar dan perhatian yang sama patut diberikan seperti anak ayam kampug asli yang berusia 3 bulan.

4. Kita mula melepaskan ayam kacuk untuk mencari makan sendiri atau kita memberi makan makanan ayam dewasa sejak dari ayam ini berusia 2 bulan lagi. Tetapi untuk ayam asli kita pula masih mengurungnya sbb susuk badan masih kecik dan kita beri makan yang secukupnya. Tindakan inilah yang membuatkan penternak kacuk mendapati ayam yang sepatutnya boleh dijual pada usia 3 bulan tidak dapat dijual dan kos permakanan dan operasi menjadi lebih meningkat.

Sekian..
3
Share
Salam semua,

Teman nak berkongsi sedikit mengenai harga dedak dipasaran negara kita yang selalunya membuatkan penternak menjadi gelisah dan kadangkala macam dah nak putus asa. kalau dulu2 dalam lingkungan 4-5 tahun dahulu harga dedak dalam lingkungan RM30-40 seguni tapi skang teman percaya dah mencecah lebih dari RM 100 kan? Mungkin harga ini agak berbeza dari tempat anda berada sekarang. Apa2 pun harganya memang sekarang macam tak berbaloi tambahan kita yang menternak  secara kecil2an dan hanya membeli secara runcit dengan jumlah ynag kecil. Harganya pasti akan sangat tinggi.

Teman duk tercara2 juga apa puncanya..adakah ini adalah satu konspirasi orang tengah atau pengeluar untuk mendapat keuntungan segera atau ianya melibatkan pemain besar ynag mengimport atau menghasilkan makanan ini. Akhirnya dapat teman simpulkan dengan sebab2 seperti yang teman listkan dibawah.

1. Negara pengeluar seperti India dan China kini mengurangkan eksport produk ini bagi menampung keperluan dalam negara mereka sendiri berikutan permintaan yang sedang meningkat dan peningkatan taraf ekonomi negara mereka. Apabila jumlah eksport atau jumlah pengeluaran kurang dari jumlah permintaan, harga jagung ini akan meningkat.

2. dengan kenaikan harga minyak, negara2 maju dan negara yang terlibat telah memproses jagung kepada etanol( bahan bakar) yang seterusnya meningkatkan permintaan kepada jagung ini berlipat ganda dan mengurangkan stock simpanan jagung dunia. Akhirnya suasana kekuragan bahan ini menekan pasaran dan harga akan melambung tinggi.

Seperti yang semua orang tahu, dedak ayam mengandungi hampir 50% jagung dalam pembuatannya. Manakala dalam pembuatan palet makanan ikan pula pengeluar akan menggunakan jagung jenis tepung atau kisaran halus dalam risipi mereka. Kebergantungan kita terhadap jagung untuk menternak adalah sangat kritikal. Oleh itu kos makanan yang sangat tinggi terpaksa ditelan bulat2 oleh penternak dan kadar keuntungan pada pengujungnya adalah sangat nipis atau lebih teruk lagi langsung tak pulang modal.

Namun terpikirkah kita yang sebenarnya kita sangat bertuah kerana rata2 tanah dinegara kita sangat subur dan sangat sesuai untuk kita menanam sendiri jagung ini. Biasanya orang kita kalau nak menanam jagung lebih mengira untuk menjualnya sebagai bahan hiliran makanan kepada manusia tetapi bukan untuk ternakan. Mungkin anggapan jagung ini terlalu berharga dan lebih menguntungkan kalau kita menjual sebagai makanan manusia.

Kita juga mungkin berpendapat yang jagung yang akan kita tanam ( mungkin jagung manis) tak sesuai untuk diberi makan kepada ternakan. Kita juga beranggapan yang jagung kering yang kita beli untuk ternakan adalah dari jenis khas atau istimawa untuk ternakan sahaja. Yang paling silap sekali kita beranggapan yang kita akan mendapat lebih untung sekiranya kita membeli seguni (rm50) dari pada kita menanam sendiri.

Cara terbaik adalah kita perlu menternak dengan menanam sendiri jagung ini kerana 50% kebergantungan makanan ternakan. Cara penanaman jagung adalah sangat mudah dan hanya memerlukan kos yang minima. Cuma cara pengurusan kita yang diperluaskan bagi memastikan jumlah jagung yang dihasilkan cukup dan mampu untuk menampung keperluan ternakan kita.

Kita mungkin tertanya soalan seperti dibawah:

1. Kat mana nak tanam?
-kita leh tanam kat keliling reban atau kawasan lapang terbiar. paling teruk pun kita leh tanam kat tepi jalan yang kurang trafik.

2. Kat mana nak carik benih?
-beli je kat pengeluar benih. tapi beli secara pukal.. baru murah.. aritu beli kat mardi sekilo benih baru rm 10 tak silap.. sekilo banyak tu...

3. macam mana nak tanam?
paling senang.. buat batas kecik, gemburkan ngan tahi ayam, tunggu kejap, masuk benih pastu siram..

4. Abih berapa lama nak tuai?
alah.. dalam 3 bulan leh tuai dah.

5. nak biar semua semua putik tumbuh ke nak biar satu je?
kalau elok biar satu je yg tinggal.. yg bahagian bawah sekali.. yg lain petik masa ngah kecik n leh jual sebagai baby corn.. ( putik jagung)

6. cam mana nak buat jadi bijik?
masa lagi seminggu nak tuai tu potong pokok di bahagian atas buah jagung.. daun yg dipotong tu leh buat makanan samada diperam atau dibagi terus. Pastu bukak kulit jagung tu tinggalkan tongkol jagung je. Pokok ngan jagung yg dah togel tu dibiarkan kering sendiri kat pokok. dah kering terus petik n leh simpan dulu.
pastu.. bila nak pakai just kopek ja biji tu dari tongkol.. leh guna teknik gesel sesama tongkol atau buat alat pelerai dia.
kalau nak jadi halus leh anta pi kedai untuk kisar atau kalau ada modal beli pengisar manual tu ( dalam rm 200je).
Pastu nak buat dedak ayam, leh proses dedak sendiri atau bagi terus kepada ternakan.

7. Camana nak pastikan stock selalu ada?
Tanam secara berperingkat atau tanam byk sekali dan simpan selepas kering. Jagung kering tu leh tahan sampai 2-3 bulan kalau cara simpannya betul..( lebih lama dari tu pun leh)

8. Ada cara mudah lagi dari tu tak selain dari tanam sendiri?
- ada.. takyah menternak. lagi mudahkan? hehehe

So itu jelah celoteh teman pada kali ini.. nak buat camana, untuk hidup bernafas dengan harga yang melambung skang ini, terpaksalah kita menjadi petani jagung jugak walaupun kita hanyalah penternak.. Jangan lupa nak disulamkan dengan rumput napier agar ternakan kita dapat khasiat yg mencukupi untuk tumbuhsaran yang baik.


Adios..
2
Share
Salam,

Saje je teman nak bercerita sedikit.. tentang masalah kita penternak ayam kampung asli ini. Ceritanya tak sudah2 dah masih lagi merangkak2 untuk memastikan ternakan ini berdaya saing. Teman rasa ramai pembaca blog teman ini dah berjumpa secara berdepan dengan teman dan ramai juga yang menghubungi teman untuk urusan yangberkaitan dengan ternakan ayam kampung asli ini.

Kalau tuan semua perasan, walau penternak ayam kampung asli ini makin ramai dan yang telah membuka reban pun boleh tahan ramainya, masalah yang sama tetap kita hadapi iaitu untuk mendapatkan bekalan anak ayam kampung asli ini. Sekiranya bekalan anak ayam ini banyak, masalah lain seperti lokasi penternakan, dana, makanan yang mahal dan sebagainya dapat diatasi kemudian. Tetapi jika perkara utama iaitu baka itu sendiri tak dapat diadakan maka segalanya akan terbantut.. betul kan?

Teman raselah mengikut pengalaman teman, tiap2 bulan ada sahaja sahabat ternak kita yang menhubugi teman menanyakan bekalan anak ayam. Tetapi biasanya hampalah jawapan yang keluar dari mulut teman. Tiada stock!! itulah masalahnya.. Kalau dulu teman pernah mengusahakan produksi pengeluaran anak ayam kampung dan tean rase teman dah berjaya menemuni caranya, namun produksi teman keluarkan hanya mempu untuk memenuhi keperluan beberapa orang penternak sahaja dan kadang kala sampai untuk skali produksi hanya mampu untuk seorang pembeli sahaja iaitu dalam lingkungan 300-500 ekor anak ayam.

Teman yakin yang menghubungi teman untuk membeli anak ayam tersebut mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan reban yang mencukupi paling tidak untuk menempatkan sekurang-kurangnya 500 ekor ayam dalam satu2 masa. Masalah yang sama juga akan kedengaran iaitu.. dimana nak mendapatkan benih?

Untuk pengetahuan tuan2 semua, produksi pengeluaran anak ayam bukanlah satu proses perniagaan yang menguntungkan sekiranya kita tak mampu untuk mengeluarakan sehingga 10k anak ayam setiap bulan. Tambahan pula ternakan yang diuruskan adalah ternakan ayam kampung yang hanya bertelur dalam lingkungan 15 biji dalam tempoh pengeluaran telur. Ikut cara tradisi hanya 60 biji telur ayam akan dihasilkan setahun dan kemampuan pengeluran tersebut dapat ditingkatkan kepada 160 biji sekiranya kita menggunakan teknik rampasan telur.

Oleh itu bagi teman, teman cadangkan jika kita mahu menternak ayam ini dan menjana pendapatan dengannya, satu2 cara jalan keluar adalah menyediakan 2 reban. Satu reban untuk produksi anak ayam dan satu lagi adalah produksi untuk jualan ayam matang. Tumpuan penuh perlu diberikan pada peringkat produksi pengeluaran benih terlebih dahulu dan kemudian anda boleh meneruskan pada peringkat pembesaran. Pertukaran baka penjantan perlu dilakukan secara berkala untuk menghalang pembiakan dalaman sesama ternakan.

Jumlah yang teman syorkan? jumlah induk yg teman cadangkan adalah 500 ekor untuk permulaan. Jika boleh dapatkan induk ini dari daerah yang berlainan untuk memastikan kelestarian ternakan dapat dikekalkan lebih lama. Nanti kita akan dapati percampuran atau pengkacukan baka akan memeriahkan lagi variasi ternakan kita. Biasanya ikut pengalaman teman, % anak yang bakal dihasilkan biasanya 60% jantan dan 40% betina, Simpan 20% dari anak ayam betina ini untuk produksi akan datang dan selebihnya dijual sama ada untuk induk atau jualan daging. Bagi jualan daging, biasanya ayam kampung jantan yang lebih menguntungkan kerana berat yang lebih. Memang biasa kalau kita lihat ayam jantan yang akan dijual dipasar. Bagi pengantian ayam jantan pembaka, eloklah jangan kita gunakan kembali anak ayam yang ada.

Dari jumlah induk sebanyak 500 ekor ini ( dikekalkan sepanjang masa bagi mengelakkan kos meningkat) teman jangkakan dalam 30k anak ayam dapat dihasilkan dalam jangka tempoh setahun dengan purata 2500 ekor anak ayam sebulan. Jika 80% berjaya dipasarkan dengan harga purata rm 15 untuk berat purata 1.3 kilo, jualan kasar yang kita mampu perolehi mungkin boleh mencecah 40k. Dan bagi teman ianya bukan satu angan2 atau satu yang mustahil sebab teman pernah menjual hampir 1000 ekor ayam dalam satu2 masa dan jualannya bukanlah satu yang sukar seperti menjualan ayam kampung kacuk.

So mungkin suatu hari nanti, jumlah penternak dikalangan kita yang berminati ternakan ayam kampung asli yang berjaya menglangkau jualan leboh 1000 akan bertambah. Pasaran sangat terbuka luas, permintaan amat tinggi, cuma keazaman, serangan penyakit, kemampuan dana dan baka sahaja yang perlu kita tepis sekarang.. Adios..

Salam.
0
Share
Salam,

Makin lama makin kurnag teman menulis dalam blog nie, ada yg mencemuh ada yang bertanya. Tetapi kalau mereka yang dah lama berblog, teman rasa bila dah cecah lebih dari setahun menulis n dah lebih dari 300 post dalam blognya, beliau mesti akan merasai apa yg teman rase. Masalah tak tau nak tulis apa. Tak tau nak membebel apa dalam nie dah.

Bila rase nak cover sesuatu cerita teman akan check balik posting lama. Bila check balik dah banyak kali teman cerita benda yang sama. So terbatutlah sikit apa yang teman nak tulis. Yang posting dalam draf pun dan banyak tetapi teman hold dulu sbb bila teman sendiri baca pun teman jadi bosan hehehe.

So tak lama lagi nak RAYA. So ibu bapa sibuklah menyediakan persiapan untuk raya. Dan geng2 pencinta ayam nie mungkin mengaggap masa ini masa terbaik untuk membeli incubator ke menambah stock ayam dalam reban atau masa yang terbaik untuk menjual ternakan mereka. Banyak urusan perniagaan yang akan dilakukan sebelum hari raya nanti. Maklumlah ada duit lebih sikit mungkin dari bonus atau token.

Jualan Incubator masih terus dilakukan dan kalau anda ingin membelinya boleh hubungi agen jualan teman yang tertera di sebelah kanan blog teman. Ada banyak ready stock yang teman dah buat. Ada juga yang menghubungi teman nak beli yang bersaiz besar. Bagi teman, kalau anda pengguna pertama, elok lah beli yg kecik dulu n belajar betul2 cara nak guna. Pastu kalau dah pandai dan dah sukses, teman cadangkan buat lah sendiri dengan meniru apa yang teman buat tu, Senang je nak buat tambahan contoh dah ada depan mata. Cuma tambah saiz bekas dan tambah jumlah mentol. Kalau anda dah pandai guna incubator sebelum ini teman yakin anda takde masalah nak setting incubator baru yang anda buat sendiri.

Bab ayam pula, tak terlayan teman nak menerima permintaan nak beli ayam kampung sama ada nak buat sembelih atau nak buat tambahan baka baru kat reban. Di sini teman nak umumkan yang Direban teman tiada lagi Ayam untuk dijual. Sama ada yang baru menetas atau yang dah matang. Yang ada nak jual hanya incubator je. Kalau jual semua apa yang teman nak bela kan? hehehe.

Kalau tuan semua ingat peristiwa yang melanda pada 1 Syawal tahun lepas dimana serangan sampar membunuh hampir 3oo++ ayam teman direban. So raya tahun ini kalau takde apa2 yang jadi maka genaplah setahun reban teman bebas sampar dan penyakit. Takde kematian akibat penyakit cuma kematian akibat seranagn anjing dan musang. Kematian yang dibenarkan sbb ayam teman yang nakal nak keluar reban hehehe. Satu pencapaian yang teman sangat banggakan. Kiraan teman dah 4 kali kawasan sekitar reban teman kena serangan sampar sejakkali terakhir serangan berlaku direban teman. So Alhamdulilah, confirmlah manusia adalah agent utama penyebaran penyakit melalui sentuhan, pakaian dan kasut, kenderaan dan sebagainya.

Nasihat teman, kalau anda ingin menternak ayam dalam skala besar sedikit dari reban biasa, kawallah reban anda dan pastikan penularan penyakit tak berlaku. Takpelah kalau ada yang kata kita kedekut atau poyo sbb tak bagi dia melawat reban. Sbb orang yang berkata tu tak tahu apa yang akan berlakau kalau kita benarkan lawatan dilakukan. Yang penting semua perlaburan kita selamat dan berjaya dijual. Takdelah akhirnya dijadikan baja dengan menanam bangkai ayam dibawah pokok.

So Akhir sekali teman nak ucapkan selamat Meyambut Hari Raya kepada semua pengunjung blog teman. Terima Kasih dan tabik spring teamn ucapkan kerana masih sudi mengunjungi blog teman. Insyallah ..
1
Share
Salam,
Seperti yang teman janjikan dulu, teman upload gambar projek yang teman lakukan untuk kilang penetasan ayam. Tuan2 semua leh rujuk post teman sebelum ini mengenai sebuah pusat penetasan yang dalam pembinaan dimana teman terlibat sama untuk menjayakannya. Bahagian teman adalah untuk mereka system dalaman elektrik terutama untuk keperluan peralatan dalam bangunan ini. Teman terpaksa merahsiakan lokasi dan pemilik kilang ini tetapi cukuplah teman katakan yang nama kilang ini cukup dikenali, kalau anda penternak ayam tentu anda sangat mengenali nama ini.

Dibawah adalah sebahagian gambar yang sempat teman rakamkan:
Ini adalah gambar laluan shower untuk pekerja memasuki atau keluar dari kawasan produksi. Sebelum pekerja masuk ke kilang mereka terlebih dahulu perlu memasuki kawasan foot wash dimana kasut perlu malalui kawasan yang mengandungi air pembasmi kuman. Kesemua staf termasuk bosnya sekali tiada pilihan perlu melalui kawasan rawatan ini sebelum memasuki kawasan kilang. Kemudian untuk memasuki kawasan bangunan kilang itu sendiri hanya ada satu jalan iaitu melalui shower ini. Peringkat permulaan adalah bilik persalinan dimana pekerja akan menukar baju dan menyarungkan pakaian khas ( termasuk pakaian kalis air) dan melalui 3 siraman air, yang pertama siraman air biasa dan kedua siraman air berubat dan disiram semula dengan air bilasan. Penghujung kawasan ini ada satu lagi foot bath dimana pekerja perlu memijak. Apabila mahu keluar proses yang sama perlu dilakukan.

Didalam fasiliti ini lengkap dengan tempat sembahyang, kantin dan juga ruang berehat untuk pekerja. So apabila masuk pekerja hanya dapat keluar apabila shif tamat sahaja. Ini bagi mengawal pergerakan pekerja dan mengurangkan peratusan kebarangkalian jangkitan penyakit berlaku.

 Ini adalah kawasan bilasan terakhir. Sory susunan gambar kurang teratur dan bercampur aduk.
 Dibawah ini adalah contok kotak telur yang akan digunakan untuk menempatkan telur yang baru sampai. Salah satu teknik yang digunakan disini adalah telur akan disimpan dalam coldroom untuk satu tempoh masa untuk menunggu giliran memasuki Incubator. Tujuan bilik ini adalah untuk memberhentikan proses pengeraman atau melanjutkan usia telur dan mengekalkan telur dalam keadaan baik.
 Ini pula adalah gambar tray yang akan digunakan untuk tujuan setter, iaitu proses dimana telur memasuki fasa pertama pengeraman, telur tak akan digolek dan hanya akan didiamkan dengan suhu pengeraman selama 3-4 hari. Banyak sungguh tray yang digunakan.
 Ini pula adalah gambar kilang sedia ada yang mampu mengeluarkan anak ayam dengan kekuatan 2 kali seminggu. Bila kilang baru siap kelak kekuatan kilang ini menjadi 5 kali pengeluaran selama seminggu. Pada masa gambar ini diambil, proses penghantaran anak ayam sedang dilakukan, sejam selepas ini berderet lori beratur untuk membawa anak ayam keladang penternakan. Semua anak ayam diletakkan dalam kotak ( seperti dalam gambar ) dan telah siap divaksin ( spay ). Boleh teman katakan yang suasana disini sangat gamat sehinggakan nak bercakap pun perlu sedikit menjerit. Riuh betul bunyi anak ayam.

 Lagi gambar kotak pengumpulan telur yang baru sampai ..
 Ok kalau tuan semua nak tahu inilah gambar rumah incubator yang digunakan. Ruang ini hanya dapat diaksess oleh jurutera dimana pekerja biasa tak tahu apa yang ada didalam. Lihat tangga yang ada, teman perlu memanjat dan memeriksa setiap pendawaian dan saiz kabel yang digunakan. kalau dilihat pada kotak plastik yang berwarna putih dibahagian tepi itu adalah bekas raga untuk hacther dimana anak ayam akan menetas dalam bekas ini.
 Ini adalah mesin hatcher yang diasaingkan dengan incubator induk.
 Ini adalah jenama mesin penetasan skala industri yang digunakan dalam kilang ini.
 Ini adalah panel kawalan dimana suhu dan maklumat akan disetkan. Semua papan kawasan ini akan bersambung terus ke bilik kawasan dan juga office untuk dipantau oleh pengurus. Kalau ada apa2 masalah, pengera akan berbunyi.
 Ini adalah tray automatik untuk mengerakkan telur. Dalam gambar ini anda dapat lihat satu bahagian tray tetapi didalam sesebuah incubator dapat menempatkan 50 biji tray sama seperti ini.
 Ini adalah deretan Incubator yang digunakan. sangat kemas dan canggih.
Terdapat lebih dari 10 lorong incubator sama seperti dalam gambar ini men lengkap dengan setter, incubator dan hatcher. Cuba bayangkan berapa luas bangunan ini dan betapa besarnya skala penetasan ini. Teman nak buat pemeriksaan bangunan ini pun mengambil masa hampir 1 minggu. Jangkaan beroperasi kilang ini adalah pada hujung tahun. Cuma proses saringan dan pembersihan telur masih dilakukan secara manual termasuk fasa scan ( fasa 4 hari terakhir) dimana telur akan di imbas untuk melihat embrio sebelum diletakkan didalam hatcher. Kalau dapat di autamatikan sepenuhnya mesti lagi hebat kilang ini. Agak2 sebiji mesin ini berapalah harganya kan?

Teman sangat bertuah kerana terlibat dalam projek ini dan mengetahui sedikit sebanyak bagaimana proses mengkomersialkan penetasan ini dapat dilakukan. Dan yang paling best, teman perlu datang ke kilang ini sebulan sekali untuk melihat perkembangan semasa pembinaan dan juga selepas ianya beroperasi. Perlu menghadiri mesyuarat dan memastikan semua proses penetasan dijalankan dengan lancar. Mungkin teman dapat belajar sedikit sebanyak trick dan cara penetasan terbaik .

Semua gambar didalam ini adalah untuk rujukan bersama dan teman berharap tiada pihak yang cuba memanupulasi gambar ini untuk tujuan peribadi. Insyallah kalau takde aral melintang, teman akan mengupload gambar semasa kilang ini beroperasi kelak.. sekian..
3
Share
Salam semua, saje sejenak teman nak menulis kejap.. cuma nak utarakan yg korang perasan tak yang reban2 baru yg ada sekarang semuanya dah bertambah maju dan cantik2 belaka.. cuba korang ingat macam mana rupanya reban 10 tahun dahulu? reban tipikal yang biasa korang tgk kat belakang rumah orang kampung.

Kalau dulu reban kalau kita sepak sekali je kompom roboh semuanya.. Kalau dulu orang kita langsung tak pernah guna incubator, malah tak pernah dengar sekalipun. Bekas telur ayam pun kalau kita perasan dibuat dari apa sahaja bahan buangan yang boleh menampung telur, So kita biasalah lah lihat bekas mengeram yang diperbuat daripada kuali buruk, bakul plastik dan sebaginya.

Reban yang ada hanyalah digunakan untuk mengurung ayam atau untuk menempatkan ayam yang hendak mengeram. Pastu kita lihat ayam kampung in biasa akan lepak diatas dahan pokok. Tak de kawalan atau pengurusan mengenai berapa ekor ayam yang tinggal dan kekadang tuan ounya ayam pun tak tau berapa ekor sebenarnya ayam yang diternak.

Namun sekarang kalau kita perasan, kemajuan atau kesedaran kita dan semakin meningkat dan yang paling penting cara pemikiran kita juga turut berubah. Kalau dulu reban ayam cukup hanya apa yang ada tetapi reban skang orang dah pentingkan kebersihan, rupa bentuk dan secara tak langsung menjadi perhiasan dirumah. Teman dah dapat lihat ramai pemilik reban berbangga dengan reban yang mereka ada dan kebanyakkan sangat rapi dan bersih.

Kalau kita lihat rata2 reban milik masyarakat maju, reban mereka sangat cantik dan kemas sehinggakan kalau kita nak melepak dalam reban tersebut, kita tak merasa jijik. So itulah matlamat kita suatu hari nanti. Kemajuan sesuatu negara tak akan bermakna jika pemikiran penduduknya tidak maju. perubahan2 ini sangat diimpikan dan teman sebagai salah seorang yang kerap menulis dalam blog boleh mengambil kesempatan ini untuk memupuk pemikiran yang kearan pemodenan ternakan unggas ini khasnya untuk mereka yang menternak dihalaman rumah.

Satu lagi adalah kesedaran kita tentang keperluan dan aspek penjagaan ternakan kita sama ada untuk sebagai haiwan peliharaan atau untuk tujuan telur dan daging. Cara permakanan, ragam ternakan serta keperluan mereka perlu kita penuhi. Anak2 kita juga boleh belajar menternak ayam dan melatih minda mereka untuk mengkaji tentang ternakan unggas ini. Usaha dan pembelajaran yang mereka lakukan dalam menternak akan melatih pemikiran mereka untuk menjadi pemikir ynag hebat dan apabila besar kelak akan menjadi mereka yang berguna.

Biarkan anak2 kita mendalami ilmu ini dan mengalakkan mereka memerhati setiap tingkah laku. Pendik kata biarkan mereka mengkaji dan aktifkan pemikiran. Kalau mahu result yang lebih baik, libatkan mereka dalam setiap keputusan yang perlu diambil bagi mengalakkan dan merangsang pertumbuhan otak mereka. Insyallah, cara pembelajaran sebegini akan membantu mereka membesar.

Satu lagi, dalam impian teman untuk membena "sentral unggas " di Malaysia, teman mungkin memerlukan bantuan sahabat2 sedia ada ini untuk membekalkan ternakan unggas mereka dan mengujudkan satu hub perniagaan dimana semua transkasi jual beli dapat dilakukan dengan bersistematik serta membolehkan kawalan harga dilakukan. Mungki di lokasi ini, setiap ternakan akan di "display" oleh tuan punya ternakan dan teman hanya mengambil upah jaga selama mana ternakan itu dipamirkan. Anda yang ingin membeli ternakan juga mungkin boleh windowshopping dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.

Doa2kan semua ini akan termakbur dan mungkin segala keperluan penternakan seperti perkakasan dan makanan dapat dijual dengan murah tanpa melalui banyak orang tengah. Amin..
0
Share
Older Posts Home

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2024 (2)
    • ▼  Feb (2)
      • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
      • BLOG CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM BERTUKAR TANGAN
  • ►  2012 (2)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (4)
    • ►  Feb (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2010 (218)
    • ►  Dec (4)
    • ►  Nov (7)
    • ►  Oct (10)
    • ►  Sep (17)
    • ►  Aug (15)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Jun (20)
    • ►  May (23)
    • ►  Apr (22)
    • ►  Mar (24)
    • ►  Feb (31)
    • ►  Jan (37)
  • ►  2009 (175)
    • ►  Dec (25)
    • ►  Nov (38)
    • ►  Oct (37)
    • ►  Sep (36)
    • ►  Aug (4)
    • ►  Jul (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (11)

TOP 5!!

  • Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?
    Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Perangkap Lalat kos Murah..
    Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...

Label

4 month in view (2) 6 (1) Anak ayam (13) angsa (1) Ayam jantan bertelur? (1) Ayam kampung (14) ayam mandi tanah (1) baka ayam (1) bebelan (1) brooder (2) cabang perniagaan (9) candling (1) catatan (1) costing ayam.. (2) dedak (1) fidlot (1) free range (1) Gambar tapak (1) hama (1) hujan (1) incubator (19) Itik serati (1) itik serati.. (1) jualan anak ayam (1) kacuk vs ori (1) keli (6) konsep reban (2) kursus ternakan (2) lapik telur (1) laporan ternakan (1) makanan (3) Memulakan penternakan? (1) omega 3 (1) Pasaran Ayam kampung (6) pelawat (1) Pembinaan reban (5) pemilihan baka ayam (2) pengumuman kelas (1) penyakit ayam (14) perancangan perniagaan (4) peringkat anak ayam. (1) Perkara asas dlm reban (1) Profit penternakan (1) rancangan perniagaan (2) reban (1) reban asuhan (2) rekaan reban (4) tangki air (1) telur ayam (2) ternakan ayam kampung (3) turkeys (2) Ubat-ubatan (1) Upgread reban (3) vaksin (1) variasi ternakan (3) Wad bersalin ayam (1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.

Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..



Labels Cloud

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Labels List Numbered

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Jumpa saya di FB

Shaiful Beduk

Create Your Badge

Facebook Page

SUNAN.my

Instagram

FOLLOW SUNAN

About Me

BLOG DALAM PROSES SET-UP

Popular Posts

  • sedikit nasihat penjagaan anak ayam
    Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
  • Cara membina Incubator Anda sendiri
    Incubator...( *perlu diingatkan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang masalah yg anda hadapi dengan menggunakan maklumat...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
  • FCR untuk ayam kampung..
    Salam semua, teman nak mintak maaf sebab dah 2 hari tak update blog teman. Nie kali nie teman nak cerita pasal FCR atau dalam penuhnya Food...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Ayam jantan bertelur?
    aku tak percaya jugak, ada member bagi tau.. ayam nie kekadang bertelur.. kekadang besar kekadang kecik macam telur puyuh.. aku tak percaya....
  • Pemakanan ternakan mengikut umur.
    salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...
  • Salah anggap permakanan ayam kacuk ngan ayam asli
    Salam semua, Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum...
  • Langkah penting menyambut anak ayam incubator
    Salam semua, (RUJUKAN UNTUK MEREKA YG BARU MENCUBA) dengan pertambahan kesedaran penggunaan incubator dikalangan kelak kebelakangan ini, kit...
  • INCUBATOR FORCE AIR FULLY AUTOMATIK
    PENJUALAN INCUBATOR TELAH DIHENTIKAN. HARAP MAKLUM * PIHAK CITYPULL TELAH MENUTUP REBAN AYAM KAMI . HARAP MAKLUM

HUBUNGI SUNAN

Name

Email *

Message *

Labels

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam
Since ; 2010 CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

Template By ThemeXpose