Pages

Salah anggap permakanan ayam kacuk ngan ayam asli

Salam semua,

Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum ini.. Ianya berkenaaan permakanan ayam dari jenis ayam yang berbeza baka dan apa yang menyebabkan kerugian kepada penternak itu sendiri.

Mengikut pengalaman teman sendiri, rata 2 penternak kecilan yang menternak ayam kampung kacuk suka memberikan ternakan mereka makan dari bahan2 yang kurang tepat bagi mengurangkan kos makanan ternakan mereka. Mereka juga beranggapan yang ternakan ayam kampung asli dengan ayam kampung kacuk adalah sama dan mempunyai kadar pengambilan makanan yang sama. Teman ada beberapa hujah yang nak dikongsi bersama.. Kalau ada yang tak bersetuju teman tak kisah sebab buah fikiran tiada yang salah kerana ianya kalau dibincangkan dengan mendalam akan menjadi satu ilmu atau pedoman yang berguna kelak.

1. Ayam kampug kacuk adalah kacukan ayam kampung biasa dengan baka ayam kampung yang lebih besar saiznya ( keyword dia adalah "lebih besar" bukan lebih cepat membesar). oleh itu kalau dibandingkan kedua2 jenis ayam ini side by side pasa usia yang sama kita akan dapat perbezaan yang sangat ketara dari segi berat dan saiz terutama apabila ayam mula memasuki umur 2 bulan dan keatas.

2. Penternak ayam kampung kacuk selalunya mensasarkan ternakan ayam ini patut dijual pasa usia 90 hari atau ketika ayam ini berusia 3 bulan. Berat sasaran adalah ternakan boleh mencecah berat lebih dari 1.5 kg pada masa jualan. Untuk mencecah berat dan tempoh masa yang dianggarkan, penternak perlu memberi makanan yang secukupnya dari segi kuantiti dan kandungan zatnya. Kesilapan yang sering kita lakukan adalah menganggap bila ayam tersebut telah besar atau melebihi berat 1 kilo maka makanan biasa atau makanan dari olahan sendiri yang kurang nutrisi serta zatnya boleh kerana ayam tersebut telah besar. Padahal ayam tersebut masih lagi berada dalam tahap pembesaran anak ayam yang sangat memerlukan makanan tinggi protein dan sebagainya.

3. Berat ayam mengikut usia ( anggaran- mungkin berubah mengikut baka yang anda gunakan dan diambil semasa teman menternak dahulu)

 -Usia satu bulan:
Kacuk : 350-500g
Asli : 100-150g

 -Usia 2 bulan:
Kacuk: 700-900g
Asli: 200-300g

 -Usia 3 bulan:
Kacuk: 1000-1200g
Asli: 400-500g

-Usia 4 bulan:
Kacuk: 1500-1700g ( kebanyakan ayam dijual pada usia ini )
Asli: 600-700g

-Usia 5 bulan:
Kacuk : 2000-2200g
Asli : 900-1000g

-Usia 6 bulan:
Kacuk : 2500-2700g ( mungkin berbeza ikut jantina) Berat matang bagi seekor ayam
Asli: 1200-1500g

-Usia 7 Bulan:
kacuk : 2.8kg-3.0kg ++
Asli: Perubahan yang sedikit berlaku selepas matang

Apa yang kita dapat lihat dari data diatas adalah ayam kampung kacuk juga memerlukan usia sehingga 6 bulan sebelum mencapai kadar matang iaitu mula menunjukkan keboleh untuk reproduksi iaitu mengeluarkan telur dan mengeluarkan benih untuk pejantan. Ini bermaksud bukannya ayam kacuk ini cepat besar tetapi beratnya pada usia 3 bulan sudah hampir dengan berat matang bagi seekor ayam kampung asli. Mungkin dari sinilah kita beranggapan yang ayam kacuk pada usia ini sudah besar( iaitu hanya 3 bulan) dan kita sudah boleh memberi makan seperti ayam dewasa.

Namun pada hakikatnya ayam ini masih diperingkat membesar dan perhatian yang sama patut diberikan seperti anak ayam kampug asli yang berusia 3 bulan.

4. Kita mula melepaskan ayam kacuk untuk mencari makan sendiri atau kita memberi makan makanan ayam dewasa sejak dari ayam ini berusia 2 bulan lagi. Tetapi untuk ayam asli kita pula masih mengurungnya sbb susuk badan masih kecik dan kita beri makan yang secukupnya. Tindakan inilah yang membuatkan penternak kacuk mendapati ayam yang sepatutnya boleh dijual pada usia 3 bulan tidak dapat dijual dan kos permakanan dan operasi menjadi lebih meningkat.

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

Zawawi Japilos said...

terima kasih atas perkongsian ini, barulah saya faham kenapa ayam saya tak membesar

Instagram