Ayam kampung asli











salam,

Gambar atas adalah antara rujukan anda bagi ayam kampung asli bagi yg jantan atau yg betina. Ianya menunjukkan warna biasa yg dikenali sebagai ayam kampung asli. Dulu takde istilah ayam kampung asli atau ori ini. Yang ada cuma ayam serama, ayam sabung@siam, ayam katik, ayam selasih, ayam chochin, ayam daging dan sebagainya. Awal tahun 2000 ada usaha untuk mengkomersialkan ayam daging dibuat. Maka ada percubaan untuk mengkacukkan ayam ayam Rhode Island dengan ayam kampung atau ayam hutan untuk menghasilkan baka hibrid atau lebih dikenali sekarang sebagai ayam kacuk.

Apabila munculnya ayam kampung baru ini, pengguna mula keliru dengan nama ayam kampung itu sendiri, ada yg mengelarnya sama seperti ayam kampung asli kerana mempunyai 3 Warna dan sebaginya.. adakah benar ayam kampung hibrid ini sama seperti dengan ayam kampung yang mendapat nama dari asalnya iaitu diternak dikampung2..bagi mengelakkan kekeliruan,timbul pula satu nama baru mengikut gelaran masyarakat negara kita iaitu ayam kampung asli atau ayam kampung ori. Tiada yang baru cuma ianya direka untuk membezakan ayam yang segaja dihibridkan untuk tujuan komersial dengan ayam kampung sedia ada. Bagi penduduk pantai timur biasanya akan ada sedikit salah paham dimana mereka(orang sana) lebih mengenali ayam sabung@ayam siam sebagai ayam kampung.Masyarakat disana lebih meminati ayam jenis ini berikutan saiznya dan beratnya serta minat mereka terhadap sukan laga ayam. maka tidak hairanlah mereka memahami ayam ini sebagai ayam kampung kerana dikawasan kampung mereka kebanyakkan ayam yang diternak dibelakang rumah atau dikampung mereka terdiri dari jenis ini. Dalam masa yg sama, minat terhadap ayam serama semakin meningkat.Namun ayam serama tidak pula dianggap sebagai ayam kampung kerana ianya lebih kearah kepada ayam hiasan. Ayam serama boleh dilihat dengan mudah dirumah2 penduduk kampung. So istilah inilah yang menjadi tanda tanya dan mengelirukan ramai pihak.

Untuk menyelesaikan perkara ini, kita perlu merujuk kepada market ayam itu sendiri. Rujukan silang perlu dibuat untuk melihat permintaan terhadap ayam kampung itu sendiri. Dengan cara ini kita dapat melihat dengan jelas pengkelasan atau kategori ayam itu sendiri. Atau kita mungkin boleh merungkai persoalan ini dengan menggunakan semula istilah atau gelaran yang telah lama orang cina beri kepada ayam kampung asli ini iaitu MALAI KAI. Dalam bahasa melayunya adalah AYAM MELAYU. So dengan nama lama yg baru diketahui ini lebih mudah kita nak mengenali yg mana satu ayam kampung asli.

kalau semua setuju, kita boleh memberi nama ayam asli kepada nama ayam melayu. Lain kali bila nak membeli ayam kita sebut sahaja ayam melayu. Begitu juga masa kita nak menjualnya. Suatu ketika dahulu teman menjual ayam kampung ini dengan meletakkan tanda harga beserta nama Malaikai itu sendiri. Cukup mudah menjualnya tanpa banyak soal. Semua orang paham akan maksudnya. mungkin ini boleh dijadikan contoh buat anda semasa berurusan kelak. Anda juga boleh menulis 2 perkataan iaitu satu.. ayam melayu dan satu lagi malikai.. setiapkali anda berususan kelak.

Dibawah adalah gambar ayam sabung hasil dari carian di internet melalui google imej.. dan juga gambar ayam kacuk yang diternak secara komersial. Terdapat satu gamber dibawah ini iaitu ayam jenis rhode Island yg dicopy dari blog Mr waa ramli..





klik gambar untuk membesarkannya..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: