kita kurang bersyukur..

Salam,

Setelah beberapa kali teman ke Indonesia dan mempunyai pekerja bangla, teman kerap terpikir bagaimana agaknya kalau kita dilahirkan di negara ini. Untuk kita yang berusia dibawah 40 tahun mungkin lahir disebuah nergara yang aman dan makmur, kekayaanya walaupun tak semua orang merasa namun sedikit sebanyak memberi tempias kepada rakyat Malaysia. Mungkin kerana sudah selesa dengan dengan kemakmuran ini kita penduduk Malaysia hanya pandai berungut sekiranya ada yang tak kena atau tak memenuhi selera kita. Dan apabila ada musibah berlaku, tangan kita terlebih dahulu diangkat untuk menunding jari kepada orang lain bagi melepaskan kesalahan yang ada.

Jika kita dilahirkan di Negara jiran atau mungkin kita pernah kesana, tiada apa yang tepat untuk teman rungkapkan. Semuanya serba sederhana dan kehidupan sukar perlu diteruskan demi keluarga tercinta. Kita boleh mengukur kehidupan mereka dengan beberapa fakta ini :

Seorang guru besar di Indonesia mempunyai gaji iaitu RM 250 sahaja sebulan.
Seorang guru besar di Bangladesh mempunyai gaji iaitu Rm 320 sahaja sebulan.

Harga setin air minuman coca cola disana adalah RM 2.20 manakala bagi satu tin susu pekat manis didalam lingkungan RM 3.50. Bayaran rumah sewa sederhana besar dikawasan sub banda adalah antara RM 100-350 sebulan. Untuk bayar rumah sahaja seorang guru besar sudah tidak mampu. Oleh itu mereka memilih rumah dipinggir kota yang serba sederhana dimana kehidupan langsung perlu diteruskan. rata2 penduduk yang teman jumpa mengatakan dalam keluarganya kadang kala hanya seorang sahaja yang bekerja dan yang lain hanya mengharapkan kerja kampung yang tak selalu kunjung tiba. Kalau ada kerja pun kebanyakkan kerja dilakukan secara gotong royong dan mungkin pada penghujungnya ada sedikit upah yang perlu dibahagikan pula sesama sahabat uang turut membantu.

Kita tertanya2 juga bagaimana mereka makan selama ini. Ini kerana sudah kebiasaan kita membeli sahaja barang keperluan dipasaraya atu kedai runcit dan semuanya telah tersedia. Kalau sesak sekalipun pada hujung bulan kita masih mampu untuk memasak ala kadar yang menegenyangkan. bagi yang berkerja seharian, dan yang mempunyai pendapatan tetap yang agak tinggi, biasanya memilih untuk makan sahaja diluar yang lebih mudah dan cepat. Dimana2 sahaja ada kedai makan dan orang kita sanggup berbelanja mahal untuk menikmati makanan yang sedap.

Manakala mereka hanya mengharapkan makanan hasil kampung dan kebanyakan lauk yang diperolehi dari hasil sendiri. Pokok ditanam dan apa sahaja makanan yg boleh diternak akan diternak sebaik mungkin. Segala benda yang boleh mendatangkan hasil atau wang akan diutamakan dan wang yang diperolehi seumpama satu rahmat dari Tuhan. Kita akan jumpa pengemis jalanan yang betul2 asli iaitu mereka yang merempat dan sangat miskin. Bukannya seperti dinegara kita yang kebanyakkan pengemis didalangi oleh sendikit yang mengaut keuntungan mudah atas sifat belas kasihan yang tinggi dikalangan rakyat kita.

Kalau kita perhatikan disana, perbezaan antara golongan miskin dan kaya sangat tinggi, Dimana kalau ada yang kaya makan atau lalu, yg miskin akan memberi laluan dan mengundurkan diri. Satu yang teman tak leh terima adalah kutipan 1 ribu rupiah dipintu masuk stesen keretapi. Bagaimana kita yg nak membayar perkhidmatan keretapi perlu bayar pula apabila nak masuk dalam stesen. Macam tak lojik sbb disitu adalah tempat awam. Kawasan steses pun alakadar sahaja cuma banyak tempat rehat yg berkipas dan sedikit sahaja berhawa dingin, Bila ditanya kepad pemandu bas tersebut senang sahaja jawapan yang diberikan, Tujuan bayaran adalah untuk mengelakkan yang tak berkenan atau bukan penumpang masuk kedalam kawasan keretapi untuk berehat atau meminta sedekah. Sedangkan kalau dibenarkan masuk, semestinya kawasan tersebut menjadi satu kawasan lepak atau berteduh yang baik kerana semuanya tersedia termasuk tandas. Mana mungkin mereka yang kurang berkemampuan mampu membayar wang atau memebazirkanya untuk masuk kedalam kawasan tersebut.1 ribu rupiah adalah sekitar RM
0.37 sen sahaja.

Maka jika disana mereka ingin melakukan perbagai perusahan atau penternakan, agak merugikan juga kerana kuasa membeli dan jualan bagi ternakan mereka mungkin agak murah. Sbb itu kalau tuan semua pernah kesana, anda akan mendapati semua ayam yang dihidangkan adalah ayam kampung asli atau paling tidak ayam kampung kacuk yang disembelih sekitar 1 kilo gram. Ini bagi menjimatkan kos serta yang termampu untuk dilakukan penternak ayam disana. Bila memasuki Carefour disana pula, anda akan dapati jualan yang terdapat disana saling tak tumpah seperti yang ada di Malaysia, Cuma jumlah barang yang ada akan nampak di kuanter pembayaran tak semeah yang ada dimalaysia. Hanya barang keperluan sahaja dibeli untuk menjimatkan wang. Kereta meah sukar dilhat walaupun teman berasa di Surabaya iaitu bandar kedua terbesar di Indonesia. Banyak yang memilih untuk menggunakan motor disini. Paling mudah adalah pengankutan jalan mini iaitu van atau pikup yang diubah suai untuk perjalanan dari titik A ke titik B. Bayaran tambang pun murah dan kebanyakakn kenderaan ini tak berhenti sepenuhnya.. cuma memeperlahankan kenderaan untuk membenarkan penumpang terjun keluar.

Kalau anda perhatikan, hampir semua pemilik motor meletakkan motor mereka didalam rumah bagi mengelakkan kenderaan mereka dicuri. Sungguh mengejutkan teman bile melaat rumah seorang penduduk disini. Diruang tamu ada sebijik motor diletakkan ditengah2.. macam perhiasan pula. Dan motor disini walaupun nampak berkuasa dan hebat(cc kecil) tetapi teman jarang melihat aktiviti merempit atau membawa motor secara membabi buta. Mungkin bagi mengelakkan motor mereka rosak dan memerlukan belanja yg tinggi untuk membaikinya.

apa2 pun bersyukurlah anda berada di bumi kita ini. Segalanya mudah bagi kita cuma yang penting ada kemahuan dan keinginan. Untuk berniaga kecil2an pun ada boleh meneruskan hidup asalkan ada kesungguhan, menjual aiskrim pun mungkin mampu menjana pendapatan anda.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: