Pages

Result terbaru Kajian teman.. Penting!!

Salam,

Teman dah syak ada sesuatu yang paling kritikal yang selalu teman terlepas pandang dan mungkin ada rami lagi yang turut melakukan benda yang sama. Perkara ini telah berlaku hampir setahun yang lalu ketika teman mula2 menggunakan incubator. walaupun sebelum ini teman tak ambil pusing kerana mempercayai sebulatnya incubator dapat mengeram telur dengan baik.

Selama teman menggunakan incubator ini, teman perhatikan peratusan penetasan bagi setiap kumpulan bacth telur yang dieramkan adalah berbeza2. Ada yang hampir mencapai 100% dan ada yang sehingga 40% sahaja. Kekadangan ianya berselang seli kejayaannya dan ada kala kegagalan hanya timbul skali sekala.. (yelah teman duk guna incubator setiap hari dengan jumlah ibu menghampiri 200 ekor, mestilah jumlah bacth telur tak putuskan?)

Sepanjang penggunaan teman ini, teman tak pernah putus asa atau patah hati apabila bilangan telur yang menetas sangat rendah. Bagi teman itu semua adalah cabaran teman untuk mendapatkan setting yang terbaik. Setiap masalah kita cari puncanya dan cuba dapatkan cara yang terbaik. Ini semua perlu kerana kita sedia maklum bahawa incubator adalah alat ciptaan manusia yang meniru suasana pengeram sebenar dibawah perut ibu ayam. Nampak seperti sangat mudah si ibu ayam menetaskan hampir kesemua telurnya namun mengapa kita yang mempunyai peralatan canggih ini kekadang seperti tak mampu menirunya. Sememangnya kita manusia tak mampu untuk meniru hasil kerja yang Maha Esa. namun sekiranya kita faham keperluannya dan mempunyai tujuan yang jelas (seperti kemudahan , keseragamanan penetasan dan sebagainya)

Walaubagaimanapun, kerja teman selama ini adalah mengenal pasti setiap masalah yang dihadapi dan cuba cari penyelesaian atas masalah yang ada. Berikut adalah permasalahan(kritikal) yang teman hadapi sebelum ini:

1. masalah keterikan haba: haba dari mentol memberi selar cahaya dimana telur terlalu terdedah pada cahaya terang berterusan dan merosakkan telur sekiranya kita gagal atau terlupa untuk mengerakkan telur.
-penyelesaian: jarakkan mentol dan pastikan jarak yang digunakan bersesuaian dengan penggunaan elektrik(kuasa pemanas pada permukaan telur)

2. Masalah kelembapan: kelembapan sering berlegar diantara 50-55% sahaja dimana kelembapan yang sesuai dengan persekitaran bekas mengeram ibu adalah diantara 60-70%
-penyelesaian dengan mengubah lokasi lubang serta menambah bekas air- penyelesaian terbaru dengan menempatkan penghembus udara kedalam incubator untuk semulate kelembapan udara serta membawa kelembapan dari luar(biasanya 60-70%) kedalam incubator. cara terbaik adalah menletakkan penyedut udara diluar dan melalukan muncung udara hembusan ke dalam.

3. Masalah kebersihan telur: telur dijangkiti kuman apabila ada anak ayam mula keluar. Pada mulanya semua dalam keadaan bersih dan terkawal, namun pencemaran dari anak ayam yang baru menetas membahayakan telur yang lain yg sedang dieram..
-penyelesaian: bina satu lagi incubator yang dikhaskan untuk penetasan sahaja dimana telur ayam yang sedang berada dalam fasa didiamkan(3 hari terakhir) akan ditempatkan.

dan beberapa masalah lain yang teman rasa anda semua dah tahu dari post2 teman sebelum ini, namun dengan segala usaha yang dilakuan dan memerah segala pengetahuan yang ada (tak termasuk untuk meng"auto"kan incubator kerana ia hanya teknikal yg dipermudahkan" ) peratusan telur yang menetas masih tak menentu. kadang kala apabila kita memasukkan 100 biji hampir 95 menetas kekadang hanya 50 lebih sahaja.. dan benak fikiran terus dihujani dengan tanda tanya.. apa yang masih kurang atau ada apa2 yang aku terlupa kali ini..

Akhirnya teman terkilas pandang sesuatu yang teman sendiri tak menduga akan mempengaruhi telur yang kita eramkan. Sungguh lazim perkara ini berlaku dan biasanya kita membiarkan sahaja kerana kita ingatkan ianya lumrah..

Permerhatian teman, apabila kita menternak lebih dari 5 ekor ibu ayam, kita biasanya menyediakan jumlah bekas bertelur yang sesuai. Harapan kita semua ibu ayam ini akan mengikut turutan atau paling tidak mengisi telur mereka pada bekas yang masih kosong. Malangnya, sifat seekor ibu ayam adalah untuk memastikan telur yang dikeluarkan berada dalam bekas yang paling selamat atau yang paling famous kerana fikiran mereka mungkin bekas yang sudah ada telur adalah bakas asalnya sebelum ini atau disitulah bekas yang paling sesuai untuk ditempatkan telur berikuatn menjadi rebutan banyak ibu yang lain.

Apa yang berlaku, prosese perebutan atau pertukaran induk pengeram akan kerap berlaku. Adalah lazim sekiranya si ibu hanya memasuki bekas telur untuk bertelur dan hanya akan kembali keesokkanya apabila mahu bertelur kembali. Ibu ini hanya akan mula mengeram apabila sudah mengeluarkan kesemua telur mereka. Oleh itu apabila kita menyediakan banyak bekas, telur yang dikumpul tersebar dengan jumlah telur mungkin beberapa biji sahaja didalm satu bekas.

Dan kejadian pergaduhan merebut telur tadi akan menyebabkan si ibu lemah(atau tewas) melompat ke bekas lain yang sudah berisi mungkin beberapa biji telur. Dan apabila si ibu ini melihat peluang untuk kembali kebekas asalnya(time ibu juara tadi) turun makan atau minum) ibu akan meninggalkan telur yang dieramkan sekejap tadi. Untuk mengkaji sejauh mana kejadian ini mempengaruhi peratusan telur, teman bercadang membuat satu kajian. So kajian yang teman lakukan selama sebulan sebelum ini adalah dengan membuat langkah seperti berikut:

1. meletakkan telur yang dikeluarkan(sedia ada) dibeberapa bekas telur sebagai ujikaji
2. menandakan telur yang baru dan masih belum dieramkan.
3, menandakan telur kawasan "panas" dimana menjadi rebutan siibu( telur ini sentiasa ada ibu mengeram walaupun bertukar2"
4. mengutip telur untuk "control" untuk dijadikan perbandingan
5. menandakan telur yg dieram sekejap2.

kemudian teman rekodkan perihal ibu ayam dengan memerhati tingkahlakunya. selepas seminggu, teman mengemasukkan kesemua telur ini kedalam incubator. So didalm incubator ada 4 jenis telur iaitu telur kawalan(control), telur eram sekejap2, telur eram sepenuhnya ibu(seminggu sahaja) dan telur yang tak dapat dipastikan dah dieram sekejap atau tidak.

Hasilnya, kesemua telur yang dieram penuh oleh siibu menetas, telur kawalan juga menetas 100%, manakala telur eraman sekejap2 tak menetas langsung dan telur yg tiada status yg terus teman ambil sebelum ini hanya separuh sahaja yang menetas..

Kesimpulannya, kadar kejayaan penetasan ayam bukan sahaja dipengaruhi oleh incubator, kebersihan, umur, benih yang baik tetapi juga dipengaruhi oleh aktiviti si ibu ayam itu sendiri. Disini kita lihat dimana sistem yang kita reka ini masih ada kelemahan. Walaupun kita mengutip telur setiap hari atau sekurangnya 2 kali sehari, kebarangkalian untuk telur sempat dieram sekejap oleh siibu yg kalah tadi masih ada. Kalau kita mengutip pada waktu pagi, siibu mempunyai kesempatan sepanjang hari serta sepanjang malam untuk mengeram telur tersebut sebelum kita mengutipnya. dan harus kita ingat, sekiranya kita memberhentikan proses pengeraman yg sudah berlaku melebihi 6 jam atau yg lebih jelasnya selama 24 jam, anak benih tersebut akan mati didalam telur. Dan yang paling kita takutkan adalah kita tak perasan bahawa proses pembesaran benih dalam telur sudah berlaku walaupun siibu baru mengeram selama 8 jam keatas sahaja memandangkan perubahan pada fizikal kandungan telur tidak dapat kita lihat dalam mata kasar semasa candling.

Oleh itu, tanpa kita sedari kita hanya mengeramkan telur yang sudah mati benihnya dan terpaksa dikeluarkan selepas hari ke 5 semasa kita memeriksa kewujudan benih telur tersebut. kita juga mungkin menghadapi masalah anak ayam mati dipertengahan proses pengeraman dimana sewaktu due date tiba, telur tersebut tak menetas dan apabila candling dilakukan, kita dapati kawasan gelap pada bayang sudahpun memenuhi separuh telur kita.

Cara yang teman pikirkan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengawal ibu. Namun sejauh manakah kita mampu mengawal ibu ini berikutan jumlahnya yg mungkin banyak serta masa yg ada kurang. Kalau kita mahu mempraktikan pengutipan telur 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang sekalipun, teman yakin tak semua orang mampu melakukanya.
Antara cara extreme adalah menggunakan kaedah batery cage dimana telur akan jatuh dan dikumpulkan jauh dari induk. Namun cara ini tidak sesuai pula untuk ternakan kampung kita yang perlu bebas untuk hidup.

So? macam mana caranya nak mengatasi masalah ini? sama2 kita atasinya.. sama2 pikirkan.. Mungkin kita perlu menangkap semua ibu yang kita jumpa didalam bekas telru yang sedang relax "port" mengeram? dan kemudiannya kita asingkan jauh dari kawasan bertelur? Tetapi akan timbul pula persoalan bagaimana pula kita nak pastikan sebenarnya siibu itu tengah meneran telur atau sedang dalam fasa untuk mengeluarkan telur(biasanya proses mengeluarkan telur mengambil masa 10 minit sehingga 1 jam (termasuk masa untuk berdiri sebentar dan meneran telur keluar). jikaau salah pilihkan kita, sebenarnya kita mengurung si ibu yg sedang bertelur, masalah akan timbul pula bila telur yg "terkeluar" direban pengasingan tidak disenyawakan kerana tiada jantan disitu?

Atau mungkin kita perlu mencipta sebuah bekas telur "istimewa" yang boleh mengatasi masalah ini seperti mencondongkan bekas telur "atau membuat kecerunan" supaya setiap kali ayam bertelur, telur yang jatuh akan bergolek ke suatu bahagian bekas telur ini. dan dipenghujung bekas telur ini kita lubangkan dan sambungkan dengan satu bekas penyambut seperti poket atau jaring diluar kotak untuk mengasingkan terus telur tersebut bagi mengelakkan siibu ter"eram" telur yang tak sepatutnya. Kita hanya perlu mengutip telur di bekas khas ini setiap hari. Bagi membenarkan telur ini bergolek, kita tidak bolah meletakkan sebarang lapik tebal dan cukuplah kalau kita lapikkan dgn karpet berasaskan plastik(supaya mudah nak dibasuh) dan meletakkan telur tiruan (atau telur pemikat) dalam sebiji dua didalam bekas ini bagi menarik perhatian siibu..

Kalaulah berjaya nanti, teman rase Insyallah telur yang kita kutip nanti sebelum kita memasukkkan kedalam incubator adalah telur segar dan tidak berada dalam keadaan "pra matang" lagi..

p/s: sorry posting panjang lebar.. kalau ngantuk or bosan baca, teman mohon maaf.. tapi teman rasa benda ini penting dan hanya baru2 ini teman perasan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram