Fasa Pembinaan sedang Bermula

Salam,

Teman mungkin akan sibuk sikit dalam 2 minggu nie berikutan ribuan tugasan yang perlu dilakukan untuk setup reban. Dan macam biasa, cara teman adalah untuk mengurangkan kos ke paling minima yang termamupu termasuklah memikirkan cara lain yang tidak memerlukan kos. Sebagai contoh, dalam pembinaan reban teman tidak menggunakan reban cara tradisioanal seperti pisang sikat, reban petak atau reban bentuk v terbalik. Apa yang teman lakukan adalah dengan meniru reban yang biasanya digunakan dinegara barat yang lebih dikenali sebagai chicken tractor. Reban ciri ini sedarhana besar dan lazimnya digunakan untuk membolehkan reban dialih bila sampai masanya ketempat baru yang masih ada rumput segar.

Untuk mengadaptasi sistem penghasilan telur yang lebih baik, teman memastikan baka ayam sentiasa terkawal sepemuhnya walaupun gambaran asal membayangkan kita mengongkong aktiviti tabie ayam ini. Anda boleh melihat contoh reban ini dengan mencari di internet dengan kata kunci " chicken tractor" atau anda boleh melihat contoh reban lain dgn menaip " chicken coop". Reban digelar coop dan byk contoh yang akan anda perolehi.

Pembinaan reban ini menggunakan kayu dengan minima serta nampak mudah untuk dibina. Kawasan yang diperlukan juga sedikit dan tidak memerlukan perhatian yg lebih. Teman telah memberi nasihat dan mereka satu contoh reban di kawasan reban milik Azman aka polaris. Reban beliau hanya dibina dengan menggunakan kayu terpakai dan memuatkan 11 induk dalam satu2 masa. Teman harap, teman mampu menyiapkan 50 reban sebegini dalam masa 2 minggu dibantu oleh peralatan separuh aotumatik. Untuk pengetahuan umum, kali ini teman berazam untuk membinanya seorang diri tanpa bantuan luar. Teman nak uji sejauh mana ketahanan fizikal dan minda teman untuk membinanya.. kalau teamn berjaya.. Insyallah teman mampu untuk mengarungi projek teman ini untuk tahun mendapat..

dalam sesebuah projek, perhatian dan kebolehan seseorang itu mentadbir rebannya menjadi kunci kejayaan. Bak kata sifu teman, ianya boleh diumpamakan dengan membawa kereta dimana tangan kita perlu sentiasa memegang stereng. Kita tak boleh sesekali melepaskan tangan kerana kecelakaan akan berlaku. Kebolehan untuk melakukan tugasan yang sama setiap hari dan mengambil berat haiwan ternakan akan mengurangkan gejala penyakit serta dapat menjamin kesihatan ternakan. Oleh itu azam teman sempena tahun baru seolah didalam landasan yang betul dimana pada awal mula2 teman mahu masuk dalam bidang ini teman dah berjanji untuk mengkaji sedalam2nya selama setahun sebelum memulakan projek teman ini. Harapan teman agar projek ini akan berjaya hendaknya..

Dalam kita menyebukkan diri, kekadang kita tak perasan yang kita pernah atau tersakitkan hati mereka disekeliling. Kadangkala kita tak sedar kengkawan kita semakin menjauhkan diri. Tak kurang juga mereka yang mula timbul perasaan tak baik melihat apa yang sedang kita lakukan. Perasaan kurang baik ini sebenarnya bukan berlaku kepada kaum kita sahaja, tetapi kepada semua kaum selagi bergelar manusia. dan kita juga tak dapat menipu diri dgn mengatakan kita tidak pernah sekalipun berperasaan sebegini. Itu lumrah, namun sekiranya kita tukarkan perasaan tersebut kepada semangat untuk menjadi lebih baik dari seseorang itu, ianya pula akan membantu kita untuk lebih cemerlang..

So janji akan tetap teman kota, sebolehnya biarlah apa yng teman beri seperti yang dijanjikan itu benar2 ikhlas dan berguna, tidak sekarang melepaskan batuk ditangga.. nanti apa pula kata oranng kan..

Sebelum dapat duit, pelbagai perancangan telah diatur, dan kalau dilihat balik dah sememangnya nampak begitu lancar serta tersusun rancanganya.. namun bila duit berada ditangan, perasaan seram, was2 dan ragu mula datang.. persoalan tentang amanah, kejayaan serta kerugian mula melintas satu persatu.. Rase makin lemah badan dan makin risau didada.. Bak kata orang, dek kerana lama sangat menunggu.. tetiba datang je benda yang diharapkan kita rase tergamam dan tak tau apa nak buat.. Namun Insyallah dengan berkat doa keluarga, sahabat serta mungkin anda semua, teman akan buat sehabis baik. Dan dengan ini teman dengan penuh harapannya akan mula melangkah kepada fasa kedua projek teman iaitu fasa pelaksanaan penternakan ayam kampung skala kecil..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: