Komersialke Ayam ori kalau pakai 100 dedak ?

Salam,

Kalau kita tahu atau pernah terdengar FCR untuk ayam kampung asli atau malai kai. Nisbahnya mencapai 1 : 4 atau 4 kilo makanan diperlukan untuk menjana sekilo daging. Tempoh penternakannya juga panjang sehingga mencapai 6 bulan, dah tu kena pulak si betina hanya dalam berat sekilo sahaja apabila dijual. So kalau sebetina anda juallah kepada penteranak baka atau mereka yang mahu membiakkan ayam kampung ini, Kalau tak pun jual sebagai ayam dara kepada pembeli kaum cina dengan harga yang agak memberangsangkan.

Dengan faktor FCR dan tempoh pembesaran yang lambat.. agak malang sekiranya kita menggunakan sepenuhnya dedak komersial yang kita beli dengan harga mahal. Sekiranya kita menternak dalam skala besar melebihi 50 ribu ekor, harga makanan yang kita beli jauh lebih murah berikutan kita deal terus kepada pemborong atau pengimport. Kalau setakat kit ayang menternak 500 ekor ini, memang takkan pulang modal dengan cara berikut. Bayangkanlah kalau kita menggunakan 4 kilo dedak komersial dengan harga RM 2 sekilo dan sejumlah RM 8 ringit diperlukan untuk mendapatkan sekilo daging.

Dengan kos makanan sahaja dan mencapai 70% jumlah harga jual, dimanakan keuntungan yg diharapkan dari penternakan yang memakan masa 6 bulan ini. Kalau ditolak dengan kos lain kita mungkin hanya memperolehi RM 2 sahaja untuk seekor ayam. Dan kalau kita menternak 500 ekor ayam dalam masa 6 bulan, keuntungan hanya dalam RM 1000 sahaja.. mana pula kita nak bahagikan untuk perbelanjaan bulanan kita selama sebulan. 500 ekor tu sebenarnya sudah cukup banyak ayamnya kalau kita menternak dalam skala kecil, dah riuh rendah dah dengan perangai ayam kampung asli yg terkenal dgn kelincahan dan keaktifanya. ada yg bergaduh, ada yg membuli, ada yg suka terbang tak tentu hala dan sebagainya.

So dimana kita nak dapat keuntungan. Antara caranya adalah memasak sendiri makanan anda dan jimat sehingga anda hanya perlu membayar RM 0.60 untuk sekilo makanan atau menggunakan sepenuhnya kebolehan ayam untuk makan 60% tumbuhan hijau seperti rumput. makanan tambahan dari kedai makan hanya sesuai untuk ayam yang dah mencapai usia 4 bulan keatas dan diberi dengan peratusan 40 % sahaja dari makanan keseluruhan harian. Makanan ini lebih menjimatkan untuk mereka yang menbela ayam induk kerana kita perl menternak ayam ini selama 2 tahun lagi untuk mendapatkan telur. Kalau kita hanya bergantung kepada dedak komersial semata2 selama 2 tahun, kos untuk sebiji telur akan jatuh kepada 7osen sebiji. Dah tu berapa pula kita nak jual atau berapa pula kita nak jual anak ayam yang ditetaskan? RM 3? RM 4? ....

Usahalah sehingga anda yakin yang penternakan ini mampu menjana pendapatan anda. Anda perlu memikirkan dengan kemamppuan anda mengurus ternakan selama 6 bulan, dan sejauhmanakan anda mampu mendisplinkan siri anda dalam penternakan ini. Bak kata mereka yang berfikiran dan bercita2 besar, kekadang perkiraan mereka nampak terlalu mega sehinggakan tak perasan yang kaki mereka tidak lagi berpijak dibumi yang nyata. Teman yakin dan pasti semua tokey besar yang menternak unggas secara mega memulakan penternakan mereka secara kecilan berpuluh tahun dahulu. dari situlah mereka perlahan2 membina empayar serta memajukan diri sehingga menikmati kesengan yang mereka ada sekarang. Kalau ada pun tokey 2 baru yang tiba2 terjun dalam bidang ini dengan ladang mega ini, teman yakin mereka mendapat sokongan penuh dan bantuan dari rakan atau sanak saudara yg dah lama berkecimpung dalam bidang ini. tirulah mereka yang takpernah jemu belajar dan sentiasa merendahkan diri untuk lebih memajukan diri. Usaha mereka tak pernah pudar dan bianya mereka sangat taat kepada agama mereka. Teman perhatikan mereka tak pernah berhenti memohan dari tuhan keparcayaan mereka agak memperolehi kemajuan dalam diri dan kekayaan. ....

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: