Punca kepada 90% penyakit Ayam

Salam,

Teman nak cerita sedikit tentang kebersihan reban. Terutama pada musim hujan. Dari bacaan teman, boleh disimpulkan 90% punca masalah kesihatan ayam adalah dari kegagalan menjaga kebersihan didalm reban. Kebersihan adalah sangat penting berikutan ianya punca segala penyakit timbul dan berjangkit kepada ayam.

Kebersihan didalam reban merangkumi kepada keperluan membersihkan peralatan makan dan minum ayam, keperluan membersihkan tahi ayam, kelperluan membersih segala sampah dari daun atau buangan dan kebersihan dari segi reban itu sendiri. oleh itu tugasan membersih reban perlu dilakukan secara tertip dan sekerap mungkin. Anda mungkin perlu melakukan jadual pembersihan dan menggunakanya sebagai panduan harian. Dengan displin yang kuat sahaja kebersihan reban dapat dijaga dengan baik.

tugasan menjaga kebersihan perlu mengikut keperluan reban itu sendiri. Anda perlu menilai keadaan reban anda dan melihat cara anda menternak. Contohnya.. sekiranya anda menternak secara bebas. anda hanya perlu membersihkan kawasan tempat ayam ini tidur sahaja. jikalau anda menternak secara flock anda perlu membersihkan keseluruhan flock seminggu sekali dan sekiranya anda menternak dalam reban besar anda perlu menyapunya pada setiap hari..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: