salam,
untuk menjawab persoalan saudara Kamal..kalau kita perhatikan ayam kampung dan ayam kacuk(sesetengahnya) suka mandi tanah. aktiviti seperti mengorek lubang pada tanah dengan mengais dan duduk berendam dalam tu lama2. Kaki akan mengibas supaya tanah akan melanda badannya sehingga kekadang penuh hitam muka dan bula ayam ini. Ayam betinalah yg selalu kita tengok menjalankan aktiviti ini berbanding jantan. Kenapa? itu teman tak pasti.. mungkin kerana ayam betina kerap berada dalam bekas telur dan terdedah kepada jangkitan berbanding jantan..
sebab utama ayam buat sedemikian adalah untuk menghilang segala parasit pada badan ayam. Contoh parasit yang selalu berada dibulu badan ayam adalah hama. Hama ini hidup dengan memakan darah pada ayam dan meninggalkan kesan gatal pada ayam.. so dengan rawatan tanah ini akan menghalau hama dari badan.
Kalau kita perhatikan ayam kita kerap menguis badannya atau mematuk bulu dan menyisir setiap bulunya.. ini bermakna reban kita dah dijangkiti hama.. Perbuatan ini menunjukan ayam tak selesa dengan hama2 yang mengganggu keamanan ayam ini. Kalau musim hujan dan semua tanah basah.. ayam akan kelihatan resah sbb tak leh mandi tanah dan kekadang kalau sampai kronik, ayam akan mandi tanah kering yang tinggal seperti dibawah reban yg penuh ngan tahi ayam. tindakan ini sangat merbahaya kerana meningkatkan lagi jangkitan penyakit kepada si ayam kerana bergelumbang dengan tahinya sendiri. Pekara ini juga menambahkan stress kepada ayam yg akhirnya membawa kepada kemurungan dan mati..
tanah apa yg paling digemari ayam?, ya .. tanah yg mengandungi abu bakar sampah direban. Ini kerana abu sampah ini menjadi perawat semula jadi kepada hama. Hama cukup tak suka kepada abu bakar ini. So kalau boleh kita sediakan abu ini didalam reban untuk memudahkan ayam merawat parasitnya..
untuk menghilangkan hama direban anda perlu melakukan beberapa langkah serentak dan sedikit usaha. Antara teknik terdisioanal yang sering teman lakukan (paling jimat kos) adalah dengan membakar sampah berbentuk daunan didalam reban dibeberapa tempat dan menghapuskan hama ditempat yang dikesan paling banyak hama berkumpul. Teman akan menggunakan surat khabar yg digulung renyukan seperti obor dan membakar pada hujung 'obor' tersebut. Seterusnya teman akan melayurkan api tadi kepada bekas telur atau tempat mengeram si ibu.. Layurkan semua dibahagian dalam, luar dan terutama bahagian bawah dan tepi kotak yang tersembunyi(port hama ini membiak). kemudian teman buat benda yg sama di dinding reban, tiang malahan jaring yg kita gunakan.. teman buat sampai teman puas hati. dan teman ulang setiap 2 hari sampai 3 kali. Insyallah hama akan berkurang awlaupun kita tak dapat nak hilangkan terus. Yg penting kita tak bagi peluang kepada hama untuk membiak dengan jayanya.. tukar lapik telur (kertas,lalang,surat khabar atau apa sahaja medium yg anda gunakan) setiap 2 minggu atau setiap kali abis satu pusingan(kalau anda guna ibu untuk mengeram). Penggunaan abu rokok, abu ubat nyamuk dan aresol nyamuk teman tak galakkan kerana ianya melibatkan bahan kimia yg temna takut akan memudaratkan kepada ayam kita.. Yelah kalau kita kena gigit nyamuk.. paling kuat pun bengkak gatal.. tapi kalau ayam leh menyebabkan kematian, ubat nyamuk leh buat kita sesak nafas.. so ayam mungkin lebih teruk dari itu..
so.. itulah jawapan persoalan mengapa ayam mandi tanah.. bak kata opah teman.. ayam mandi tanah adalah ayam yang sihat..

No comments:
Post a Comment