Pengusaha Ternakan Kecil Ayuh bangun..

Salam,

Pemerhatian teman kepada pengusaha kecil terutama melayu sangat takut nak berniaga. Macam susah sangat nak berniaga. Lebih selesa sahaja dengan makan gaji. Kalau nak berniaga pun nak carik perniagaan yang senang, mudah atau campak duit dan dapat hasil. Bukan sebab takde pengetahuan atau tak pandai meniaga tapi sebab Sikap sebenarnya. Atau lebih tepat sbb perasaan malu dan tanggapan salah. Kita selalu berasa hebat bila kita berlagak menjadi bos apabila tawar menawar ketika membeli. Denagn sikap itu kita bangga kalau dapat kurangkan jualan kepada 10 ringgit apabila menawar. Tanpa kita sedari dengan sikap suka tawar menawar ni menyebabkan peniaga menaikkan harga sehingga sehingga RM 20 berikutan pasti pembeli terutama melayu suka menawar dan berkerana untuk mendapat potongan harga. Tanpa kita sedari kita sebenarnya rugi RM10 dari harga asal yg sepatutnya dijual RM 20 lebih rendah. Dengan adanya konsep seperti pasaraya besar harga yg dijual adalah harga berpatutan dan tiada aktiviti tawar menawar. Kalau kita bandingan harga dengan kedai runcit luar sangat berbeza harganya.

Sebenarnya apa saja barang keperluan kita dirumah dan disekeliling rumah kita adalah dari bentuk penjualan dan pembelian. Apa sahaja yg kita perlukan memerlukan perniagaan. Jgn kalau kita fikirkan tentang pertanian adalah perniagaan kita terfikir tentang keli, lintah, cacing, tanam sayut, jagung dan selainnya. cuba kita pikirkan juga produk hiliran lain seperti perkakasan, alatan, baja, medium, benih, perkhidmatan, pemborongan dan penjualan runcit barangan pertanian. Kalau kita memilih untuk membuat ladang bercucuk tanam dan kemudian menjual kepada pemborong .. konsep ini sama dengan makan gaji. Kita buat kerja dan apa bila nak menual kita tolak semuanya dengan harga rendah.. so kita mengharapkan gaji dari penjualan pukal dihujung projek kita.. Ini sangat menyedihkan dan memalukan sebenarnya.. kalau betul modal kita sedikit.. kita buat perniagaan kecil dahulu.. sedikit2demi sedikit kita belajar dan memahirkan diri sehingga berkembang. Banyak pengusaha melayu yang berjaya sekarang disebabkan kesanggupan mereka keluar dari kepompong makan gaji ini. Biarlah pun sebagai penjual ayam potong dipasar yang dkielilingi kaum lain mereka adalah peniaga sejati. Setiap sen yang diperolehi adalah halal dan terbaik.

kelabihan kita sebagai penjual melayu pula adalah nialai pasaran dari golongan kita sendiri. 57% kuasa pembeli ada pada kita. So setiap barang yg ada depan kita tak kiralah dari sekecil2 cungkil gigi sehingga ke kereta boleh kita cuba lakukan.. Biar barangan itu keuntungan kecil tapi kalau jumlah jualan tinggi maka hasil keuntungan juga tinggi. Jgn hanya pikirkan perniagaan sempit seperti jualan MLM atau barangan yg semua org buat.

so ayuh ..bangkitlah semua penternak kecil.. jgn jemu atau segan untuk membibit ternakan anda untuk dijual dipasar.. ingat anda perlu bangga berada dipihak penjual sama seperti anda berada dipihak pembeli. keluar dari kempompong dan mulakan lah walau sekecil manapun perniagaan. Walau pun ada menjual aiskrim batang yg bebudak selalu beli tu. Tak mustahil dengan hanya menjaja aiskrim yg naik moto itu pendapatan anda lebih tinggi dari pengurus yang duk kerja makan gaji...

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: