salam,
sebenarnya bukan sekali dua teman berdebat dengan kengkwaan mengenai pasaran ayam kampung ini. Teman selalu memberitahu yang ayam ini agak mudah untuk dijual walaupun ayam ini berharga RM15 sekilo. ada yang mengatakan ayam kampung ini susah nak dijual berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Mereka mengatakan yang hanya kaum Cina yang berminat untuk membeli dan kaum melayu tidak mampu kerana harga yang mahal.
Tetapi apa yang teman hadapi sangat berbeza. Ayam ini diminati oleh semua golongan tak kira yang berada atau tidak. Hari ini teman telah menjual 4 ekor ayam jantan tanpa niat atau bukan khasnya bertujuan sebegitu, Pertama pembelian dari seorang otai ayam yang mahu menambah calon jantan oatai dalam rebannya. Dalam perjualan ini berlaku.. seorang pekerja bengkel membeli seekor ayam kampung untuk melepaskan rindu kepada kelazatan ayam ini. Kemudian dalam perjalanan pulang pekerja ini terserempak dengan tokey bengkelnya dan dengan pantas si tokey datang kereban teman. Jumlah yang mahu dibeli adalah 4 ekor namun teman menolak dalam senyuman. Hanya 2 ekor sahaja dapat teman 'lepaskan'.
Apa yang mengejutkan antara golongan yang begitu 'peka' dengan bunyi ayam ini adalah golongan perantau warga indonesia, maymar dan bangladesh. Mungkin kerinduan untuk merasa kelazatan ayam kampung asli yang banyak ditempat mereka dapat diatasi. Kalau di sini jumlah ayam kampung kacuk melebihi jumlah ayam kampung asli maka kesukaran mendapatkannya semakin meningkat. Mereka masih mampu membeli ayam ini walaupun harganya teman rasakan hampir sama nilai dengan nilai gaji mereka selama setengah hari. Yelah tiada yang lebih menyelerakan dari dapat menikmati ayam kampung ini bagi melepaskan rindu kepada kampung halaman..
So semasa teman menjual petang tadi.. sempat juga teman berbisik kepada pekerja ini tadi agak tidak mengwar-warkan perihal ayam teman kepada org kampung. bukan apa.. teman takut nanti secara tiba2 reban teman diserbu orang kampung untuk membeli ayam kampung ini. Bukan ayam matang sahaja yang akan habis nanti tetapi anak ayam pun akan disambar. Yelah benoh ayam kampung ini pun sukar nak dicari. Pasti mereka teringin untuk menternak ayam ini dihalaman rumah seperti teman.
Sehari sebelum Hari raya baru ini, seorang penternak dikawasan teman telah membuka jualan ayam kampung untuk dijadikan lauk dipagi raya. Beliau menternak ayam ini dari jenis kacuk tetapi diternak secara kampung. Kos ternakan sangat rendah dan dijual dengan harga lansum RM 15 seekor. Jumlah ternakan beliau sekarang dalam 200 ekor. 4 bulan sebelum ini teman ada melawat beliau dan ketika itu beliau baru sahaja membeli 500 ekor ayam kampung kacuk 3 warna. Malangnya ayam yang berkaya hidup sehingga minggu lepas hanya 200 ekor. Satu risiko penternakan yang jelas bagi teman. Namun apa yang mengejutkan teman.. kesemua ayam beliau habis dalam masa 6 jam sahaja berikutan diserbu orang kampung dan warga pendatang. Tersenyum lebar tuan haji ini berikutan jualan yang menberangsangkan. Mungkin juga Disebabkan tuan haji ini agak terkenal dikampung dan tempahan untuk ayam ini telah dibuat sebulan lebih awal. Dalam perbualan teman dengan Haji ini, beliau mengadu ayamnya banyak mati pada usia 3 bulan baru baru ini berikutan hujan yang menimpa baru baru ini. Beliau juga mengatakan kehampaanya berikutan ayam ini hidup dengan jayanya sebelum ini namun secara tiba2 ayamnya mati mendadak. Puaslah haji ini mengali lubang untuk menanam bangkai ayam nya..
So bagi teman.. dalam kita menjadi penternak.. banyak faktor perlu diambil kira. Antaranya dengan pasaran setempat. Berapa ekor yang boleh kita ternak untuk memenuhi keperluan setempat, tapak geologi kawasan ternakan, cara pemasaran dan harga setempat. boleh teman simpulkan bahawa bidang ternakan ini adalah bidang yang berpotensi untuk dimajukan.

No comments:
Post a Comment