Salam,
Teman nak menjawab persoalan yang dikemukaan oleh saudara Azman yang menghantar pertanyaan melalui chat box teman. Bukan tak nak menjawab dalam tu juga tetapi ruangannya terlalu kecil dan seakan tak mampu menerangan dengan sepenuhnya. Dibawah adalah pandangan untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh saudara kita.
Soalan: "sepol kalau nak bela berpuluh ribu pun orang boleh bela tapi ada ka orang nak beli. kalau setakat 40-50 eko sebulan tak yah bela byk2 menghabiskan duit ja"
Sebenarnya En Azman, setakat kini belum ada lagi penternak kita yang mampu untuk mengeluarkan jumlah ternakan melebihi 1000 ekor sebulan. Kalau ada yang mencecah ratusan ekor pun hanya mereka yang menjalankan perniagaan mengumpul ternakan orang lain dan menjualnya kepada yang berminat. Ini kerana setakat ini tiada pengeluar anak ayam komersial yang mengeluarkan anak ayam ini dengan jumlah yang banyak untuk membolehkan kita menternak.
Ayam yang saya maksudkan selama ini dalam tulisan saya adalah Ayam Kampung Asli iaitu ayam yang telah dibela atau diternak oleh tok nenek kita selama ini dibelakang rumah. Ayam ini diternak untk tujuan daging dan telur untuk keperluan keluarga. Ayam yang dibiarkan lepas berkeliaran dan kadang kala dikurung untuk mengelakkan serangan pemangsa. Saya tak bermaksud ayam kampung kacuk yang diternak secara komersial oleh sahabat penternak yang lain dimana ayam tersebut adalah kacukan dari baka Rhode Island ( ayam orang putih ) dengan ayam kampung asli untuk mendapatkan baka hibrid yang mempunyai berat badan matang mencecah 4-5 kilo bagi jantannya. Tujuan dikacukan sedemikian adalah untuk mendapatkan tempoh masa menternak yang lebih cepat iaitu dengan kaedah pemilihan berat. Cukup sahaja berat 1.5 kg tak kira berapa usia ayam tersebut maka ayam tersebut akan dijual. Ayam kampung asli ni, nak taknak kita perlu menjualnya matang pada usia 5-6 bulan dimana ayam tersebut telah mencapai berat hampir maksimanya iaitu antara 1-2 KG.
Yang saya selalu tekankan dalam blog adalah bagaimana nak mencapai matlamat menjual ayam ini dalam jumlah yang banyak saban bulan. Kita banyak kengkangan bagaimana nak mendapatkan bekalan benih anak ayam. So saya rase setakat ini atau dalam jangka masa setahun lagi, untuk membela sehingga mengeluarkan beribu ekor ayam kampung ASLI adalah sangat mustahil melainkan satu usaha hebat telah dilakukan. Ini bermakna sekiranya anda berjaya, anda berjaya mencecahkan kebuntuan penternak yang ada sekarang dan tak mustahil anda menjadi peneraju penternakan ayam kampung asli ini. Tak salah kalau saya mencabar anda sekarang untuk menternak sehingga berjaya mengeluarkan ternakan ayam kampung asli sebanyak itu.
Soalan: "yang awak bela sekarang sebulan boleh keluar berapa eko"
Buat masa sekarang jumlah ternakan saya termasuk jumlah anak ayam yang ada hanyalah tinggal dalam 300 ekor lebih, Ini kerana ayam saya banyak terkorban semasa serangan sampar baru ini. Yang tinggal adalah yang otai2 atau yang terselamat semasa saya sempat balik dari kampung musim cuti ari tu.
Untuk pengetahuan en, suatu ketika dahulu ( tahun lepas ) jumlah ternakan saya pernah mencecah 1000 ekor termasuk anak ayam yang dikeluarkan. Pada ketika mula2 saya menternak saya mengamalkan kaedah menternak sambil belajar cara nak menternak. Oleh itu untuk fasa permulaan apa yang saya lakukan adalah mengkaji bagaimana dengan sejumlah 300 ekor induk ayam yang saya beli dari penduduk setempat ( seekor dalam harga purata RM 20) saya mampu untuk mengembangkannya.
Dari sini pelbagai teknik penternakan berjaya saya temui dan memungkin kaedah menternak secara komersial berjaya dilakukan. Seterusnya dalam tahun ini ( apabila teknik penjagaan telah saya fahami tahun sebelumnya) saya mula menukar konsep penternakan iaitu kepada cara nak mengeluarkan anak ayam untuk tujuan penjualan benih anak ayam ini secara komersial. Untuk pengetahuan tuan, menternak anak ayam sehingga dewasa dan menternak ayam induk sehingga mengeluarkan anak ayam adalah 2 konsep penternakan yang berbeza. Kedua2nya mempunyai teknik yang berbeza dan setting reban berlainan. Oleh itu buat masa ini, iaitu dari bermulanya awal tahun dahulu saya hanya menjual anak ayam yg diperolehi dari sejumlah ayam induk yang saya ada.
Untuk menjawab soalan berapa jumlah ayam yang saya keluarkan adalah tidak adil kalau tuan ingin mengukurnya sekarang. Untuk maklumat tuan saya masih lagi diperingkat kajian iaitu sajauh mana keperluan yang diperlukan untuk mengeluarkan anak ayam ini. Oleh itu bolehlah dikatakan yang sekarang jumlah ternakan atau anak ayam yang dikeluarkan terlalu sedikit. Hanya kadang kala pada bulan baik ( tiada masalah yang mendatang) saya mampu untuk mengeluarkan hampir 700 ekor anak ayam sebulan. Itu pun disebabkan banyak telur yang dieramkan tak menjadi disebabkan jumlah telur yang tidak berbenih. Telur yang tak berbenih disebabkan cara setting reban kita yang salah iaitu ada kemungkinan disebabkan jumlah jantan yang terlalu banyak, tak seimbang jantina dan juga proses pengawanan yang tidak sempurna semasa ayam berada didalam reban.
Tahun lepas pula, rekod jualan ayam saya kepada pembeli samada jualan dipasar atau jualan walk in ( ramai org cina /orang melayu /orang india datang nak beli ayam tetapi selalu stock takde) adalah purata 130 ekor ayam matang sebulan. Kesemua ayam yang dijual ketika itu adalah dari tetasan sendiri dan diternak sehingga matang. Biasanya berita penjualan tersebar melalui mulut kemulut. Yang pasti saya ada 2 pelanggan setia ( tokey bengkel kat depan dan tokey hardware) yang akan membeli tak kurang dari 5 ekor setiap keluarga saban bulan.
Soalan: "tgk dari cara penulisan anda mcm anda tiada masalah untuk men jual ternakan anda
kalau benda ni menguntungkan dah lama cina bela, lagipun yang dok beli ayam ni ambik harga mahal pun kaun cina gak"
Sememangnya untuk maklumat tuan yang saya setakat ini takde masalah untuk menjual ternakan. Bahkan boleh saya katakan sekarang ini kalau saya ada 500 ekor ayam kampung asli saya boleh menjualkannya dalam masa beberapa hari. Kalau tuan nak tahu rahsianya saya boleh ceritakan. Untuk pengetahuan tuan, blog juga merupakan satu medan pengiklanan yang sangat baik. Kalau jumlah pengujung yang datang melawat blog anda bertambah, maka peluang jualan ayam anda juga akan bertambah. Disamping itu anda perlu ada ramai kenalan dan ada sedikit semngat untuk berniaga. Kalau anda jenis yg malu nak mencangkung dipasar untuk menjual, maka anda akan merasa fasa penjualan adalah fasa yang sangat memeritkan dan menyusahkan. Bagi teamn, masa menjual adalah masa yang sangat menyeronokkan kerana ketika ini kita akan mendapat hasil dari usaha yang kita lakukan. Yang menjadi kita susah hati adalah apabila ada ramai pelanggan kita pulang dengan tangan kosong dan berasa hampa apabila jualan kita tak mencukupi atau dalam kata lain dah habis. Itu syarat utama dalam perniagaan.
Pernah saya membawa beberapa rakan kelas penternakan saya untuk datang semula pada hari berikutnya untuk bersama menjual ternakan di pasar Banting. Dalam masa satu jam sahaja ( turun pasar pukul 7.30 pagi) habis semua 60 ekor ayam kampung asli ini yang saya bawa dijual. Terus balik dan saya belanja rakan2 saya makan sarapan. RM 20(purata) dikali dengan 60 ekor.. bagi saya dah cukup lumayan kalau anda hanya perlu duduk sejam dipasar.
Kenapa harga ayam ini mahal? ini kerana nak menternak ayam ini mengambil masa yang lama. Lagi satu ayam ini diternak secara bebas dan tidak terkawal. Oleh itu jumlah ayam yang ada dipasaran amat terhad. Bila jumlah yang ada sedikit, maka harganya akan menjadi mahal. Kenapa ayam ini orang cina sanggup membeli walaupun harganya mahal? Ini kerana keaslian dan juga rase sedap dan baunya yang harum kalau kita buat soup. Orang cina gemar untuk memakannya dan menjadi pilihan bagi mereka yang sedang sakit atau yang baru lepas melahirkan anak. Kalau nak dikira, sebenarnya orang kita juga pandai makan ayam kampung asli ini. Cuma mereka tak membelinya dipasar sebaliknya terus kepada penternak dikampung. Orang bangsa asing pun pandai makan ayam ini walupun harganya yg dijual sama mahalnya.
Nama ayam asli ini orang cina gelarkan sebagaikan Malaikai. Ianya bermaksud ayam melayu. Nama yang melekat kerana orang melayulah yang kerap menternak ayam ini disebabkan faktor orang melayu dahulu yang duduk dikawasan kampung. Kalau tuan berasal dari Perak atau biasa duduk dikawasan kampung melayu yang ada orang cina sekali, anda akan dapati orang cina juga menternak ayam mereka. sama sahaja dengan orang melayu. Cuma jumlah penduduk cina yang berumah dikampung sangat kurang berbanding orang melayu.
Dari segi komersial pula orang cina taknak bela ayam ini kerana bekalan anak ayam ini tidak kosisten. Jumlahnya juga terhad. Untuk pengetahuan tuan, untuk sebarang ternakan ayam, kuantiti adalah segalanya. Kalau tak mampu untuk menternak dalam jumlah banyak orang takkan bela ayam. Sbb itu mereka beralih kepada ayam kampung kacuk yang jumlah anak ayam yg boleh dibeli sangat banyak. Satu lagi orang cina taknak bela ayam ini kerana tempoh ternakan yang panjang. Disebabkan jangka masa yang panjang raban hanya boleh digunakan untuk jangka masa 2 kali setahun sahaja. Itu cukup menyesakkan mereka yang mementingkan pulangan pelaburan.
Ada juga orang kita yang menternak ayam kampung kacuk ini. Tetapi kuasa modal yang terhad dan kekurangan kita dari segi pemasaran menyebabkan ramai yang dah gulung tikar. Buka sorang dua, teman rase dah berpuluh dah. Yang pakai kereta mewah pun tewas. So bukankah ini peluang kita menambah pendapatan keluarga dengan menternak secara kecil2an ayam ini. Permintaan sangat banyak dan harga juga lumayan. Cukuplah kalau anda mampu untuk mengeluarkan 500 ekor ayam ini dan menghantar kepada 2-3 pasar besar disekitar anda. Disamping itu anda aktif menjualnya sendiri dengan cara yang anda suka. Dengan jualan 500 ekor tu teman yakin ianya sudah melebihi dari gaji purata kebiasaan semua orang melayu dinegara kita.
Soalan: "ayam kampong bukan boleh biar lama sqangat nanti daging jadi liat."
Ya, ayam kampung kalau kita biar lama sangat memang akan menjadi liat. Itulah sebabnya kita kena pastikan apakah tujuan kita menternak ini. Untuk menjadikanya induk atau untuk menjadikan jualan daging. Kalau induk kita kena pastikan umur ayam yang diternak tak melebihi 2 tahun. Lepas 2 tahun kita kena tukar induk. Induk ini pula akan kita kerahkan untuk mengeluarkan telur semaksimum yang mungkin dalam tempoh masa tersebut. Teman rase mereka yang menjadi pengikut setia blog teman tahu bagaimana caranya.
Kalau nak bela untuk daging kita kena bela sampai cukup usia matangnya atau paling awal pada usia 5 bulan. Kekuatan jualan ayam ini adalah dari segi kematangannya. Kalau ayam matang barulah dagingnya akan menjadi wangi dan sedap. Tak percaya cuba sembelih ayam umur 4 bulan dan makan. Anda akan tahu sendiri. Jgnlah bela sampai umur 8 bulan keatas maka dah jatuh hukum kena jadi induk dan tak boleh dijual.
Soalan: "ayam kampong ni kalau nak bela bagi habiskan nasi balance boleh la."
Ya, kalau anda ingin sekadar untuk menternak untuk menghabiskan sisa makanan rumah anda anda boleh teruskan. Ini kerana itulah niat anda pada mulanya, maka anda akan meneruskanya juga. Seperti semua penternak kampung atau orang2 lama yang teman jumpa semasa teman membeli ayam dahulu, semua bersetuju yang menjual ayam kampung asli ini lumayan.Bila dah sesak hujung bulan, datang pula apek bawak motor dan penimbangnya. Rata2 ketika itu harga ayam sekadar RM 9 sekilo. Dapat jual dalam 15 ekor dengan berat purata 1.5 kilo sekor, jumlah jualan cukup untuk belanja dapur untuk minggu tu. Bila ditanya kenapa tak bela banyak supaya leh jual lebih banyak, semuanya mengeluh dengan pelbagai masalah dan kengkangan yang ada.
So kalau kita ada kemampuan untuk berfikir dan ada kemahuan untuk terus maju, kita mungkin dapat menyelesaikan masalah yang orang kampung sekarang alami. Dari sini tak mustahil kita mampu untuk menjana pendapatan yang tak kita dapat dahulu. Teman tak kata bela ayam boleh jadi kaya raya, tetapi teman kata ianya tak mustahil dan mampu dilakukan. teman boleh menyenaraikan mereka2 yang dah lama dalam bidang ini dan anda boleh lihat apa yang diperolehi dengan hasil jualan ayam.
Soalan: "berapa harga ayam kampong ori sekarang"
Untuk soalan ini, teman biarkan anda sendiri yang mencarinya. Memang seronok bertanya tanpa perlu berusaha untuk mendapatkan ilmu. Cuba sendiri pada hujung minggu dan datang kepasar melihat sendiri apek yang menjual ayam ini dari bakul motornya. Tanya dan kalau boleh beli. Takpun tanya sahaja kepada mereka yang menternak ayam dikawasan anda, berapa mereka jual atau berapa yang mereka tolak kepada peraih. Dari harga tersebut anda hanya perlu tambah antara RM 6-10 ringgit lagi untuk mendapat harga sebenar dipasaran. Ada juga kawasan yang harganya masih murah seperti di pantai timur dimana penternak melayu yang menternak secara kecil2an dan kemampuan beli yang masih kecil.
Akhir sekali teman mintak maaf kalau tulisan teman kali ini terlalu panjang atau terlalu sinis, Ianya cuma nak menerangkan yang kita ni kena berusaha untuk memajukan diri. Janganlah duk harapkan cara2 mudah seperti duit peram, duduk saja dapat duit, duit mudah datang bergolek dan sebagainya. Orang cina berjaya bukan kerana mereka pandai berniaga tetapi usaha yang mereka lakukan untuk berjaya. Kalau kita takda pelajaran yang tinggi tak bermakna kita tak boleh belajar cara nak mendapatkan pendapatan yang tinggi. Kemalasan nak berpikir itulah punca kita masih lagi mundur. Buang sikap prajudis dan sikap suka melihat kegagalan orang lain. Kalau anda tahu caranya, dengan tanah sekangkang kera pun anda boleh lakukan sesuatu untuk mendatangkan wang. Dan yang paling penting, lakukan sesuatu dengan iklas dan keranaNya..
sekian.
(p/s: rujuk post teman sebelum ini kalau anda masih tak paham apa yang teman tulis kali ini)
CARIAN DI SUNAN
Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.
SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN
TOP 5!!
-
Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
-
Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
-
Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
-
Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
-
Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
Label
4 month in view
(2)
6
(1)
Anak ayam
(13)
angsa
(1)
Ayam jantan bertelur?
(1)
Ayam kampung
(14)
ayam mandi tanah
(1)
baka ayam
(1)
bebelan
(1)
brooder
(2)
cabang perniagaan
(9)
candling
(1)
catatan
(1)
costing ayam..
(2)
dedak
(1)
fidlot
(1)
free range
(1)
Gambar tapak
(1)
hama
(1)
hujan
(1)
incubator
(19)
Itik serati
(1)
itik serati..
(1)
jualan anak ayam
(1)
kacuk vs ori
(1)
keli
(6)
konsep reban
(2)
kursus ternakan
(2)
lapik telur
(1)
laporan ternakan
(1)
makanan
(3)
Memulakan penternakan?
(1)
omega 3
(1)
Pasaran Ayam kampung
(6)
pelawat
(1)
Pembinaan reban
(5)
pemilihan baka ayam
(2)
pengumuman kelas
(1)
penyakit ayam
(14)
perancangan perniagaan
(4)
peringkat anak ayam.
(1)
Perkara asas dlm reban
(1)
Profit penternakan
(1)
rancangan perniagaan
(2)
reban
(1)
reban asuhan
(2)
rekaan reban
(4)
tangki air
(1)
telur ayam
(2)
ternakan ayam kampung
(3)
turkeys
(2)
Ubat-ubatan
(1)
Upgread reban
(3)
vaksin
(1)
variasi ternakan
(3)
Wad bersalin ayam
(1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.
Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;
1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
Labels Cloud
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
Labels List Numbered
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
3 comments:
setuju.. kalau kerana untung semata2 tak jadi.. kena ade minat dan sangup hadapi cabaran.. bukan senang nak bela ayam sampai 5-6 bulan baru boleh jual.. ade saje masalah yg datang.. cuma usaha & pengalaman akan menentukan kejayaan.
harga ayam juga tertakluk kpd hukum ekonomi "permintaan dan penawaran".Ayam bukan seperti barang kilang, buat satu mould kemudian produce banyak banyak. Pelihara ayam juga perlu tahu ekonomi dan pemasaran. Kalau inginkan dunia mestilah dengan ilmu, jika inginkan akhirat mesti juga dengan ilmu, jika mahukan dunia dan akhirat mesti juga dengan ilmu.
Thanks bro
Post a Comment