Salam,
Teman nak memberi padangan mengenai soalan seorang sahabat kita yang yang mengatakan masalah menternak ayam kampung selama ini. Pengaduan beliau mengenai kegagalan beliau dalam menggunakan mesin pengeram. Masalah yang dialami bukannya masalah alat pengeram tetapi kepada masalah telur tak berbenih. Selalu apabila dicandling pada masa2 tertentu semunya nampak kosong tanpa ada sebarang embrio didalam telur.
Sebenarnya tentang masalah telur tak berbenih nie dah banyak kali teman bincangkan dalam blog teman ini. Mungkin saudara kita nie terlepas padang dalam blog teman ini. Masalah telur tak berbenih ini adalah masalah yang sering berlaku kalau kita dah mula menternak dalam jumlah yang banyak atau tidak terkawal. ideanya cukup mudah, tiada kemasukkan benih dalam telur yang menyebabakan telur tidak bersenyawa dan tidak akan ada embrio anak ayam terbentuk.
So kita jawab balik dengan persoalan, mengapa benih tak termasuk dalam telur? adalah proses mengawan tidak berlaku? apa yang menyebabkan sijantan dan sibetina tak mengawan? dan sebagainya. Dari sini barulah kita dapat mendapatkan punca mengapa ainya berlaku. bagi sesetengah penternak, masalah ini tidak atau jarang sekali berlaku. Kalau dimasukkan telur dalam incubator maka akan menetaslah telur tersebut. Ada pula yang bersungguh2 mengusahakannya agar telur mereka berbenih. telur ayam ye maksud saya..
Mengapa ada 2 kumpulan pula? ianya tidak mustahil berlaku. Teman dulu pun pernah sampai hampir 30 peratus sahaja telur berbenih. Sungguh menghampakan padahal ayam jantan otai mencukupi. Semuanya adalah dari segi pengurusan reban kita. Kalau kita nak bercakap mengenai pengurusan reban, apakah pengurusan terbaik yang boleh dilakukan. apa kaitannya pengurusan reban dengan telur berbenih?
Sebenarnya jumlah jantan dan betina ynag telah disetkan dengan baik pun tak menjamin yang telur kita akan berbenih. Kalau kita perhatikan, kalau kita menternak ayam ini dalam jumlah kurang dari 50 ekor, kita dapati telur yang tidak berbenih sangat lah kurang. Kes yang ada pun mungkin hanya telur yang tembelang atau telur yang tak menetas tetapi bila kita pecahkan akan terjumpa embrio yang terbantut atau yg dah membesar sepenuhnya. Pada ketika itu jumlah ayam jantan yang kita bela mungkin hanya beberapa ekor sahaja. Bila kita mula nak mengembangkan ternakan kita dengan mengandakan jumlah yang ada keadaan mula berubah. Apa yang biasanya kita buat adalah menambah bilangan ternakan dengan nisbah jantan dan betina sama seperti ternakan yang kita ada pada mulanya. So kalau kita tambah sekali ganda, jumlah jantan yang ada juga ditambah sekali ganda.
Yang peningnya kita dapati jumlah telur yang tidak berbenih mula bertambah. Kalau nak diikutkan secara matematiknya kita sepatutnya tidak akan mengalami masalah ini kerana kita dah ada cukup jantan untuk mengawan. Sebenarnya teman pernah mengalami masalah ini semasa teman mula menternak dahulu. Pada masa itu teman ada lebih kurang 300 ekor induk dan semuanya diternak dalam sangkar besar atau kawasan berbumbung dan jaring sepenuhnya seluas setengah ekar. Dengan nisbah 8 betina satu jantan teman dapati jumlah telur yang tidak berbebih semakin berjadi2. Telur yang dikutip memanglah banyak saban minggu tetapi sayang apabila sia2 sahaja. dari perhatian yang mendalam, barulah teman paham yang sebenarnya kita dah tersalah langkah dan menempatkan semua ayam ini dalam satu kawasan. Tak kiralah sebesar mana pun kawasan yang kita beri kepada ayam ini, ayam ini tetap menperolehi peluang untuk berjumpa dengan ayam yang lain. Ini bermakna setiap ekor jantan yang ada akan mengawan dengan setiap ekor betina yang ada.
Seringkali kita perhatikan, dalam kehidupan haiwan, sibetina hanya akan tertarik kepada ayam jantan alfa atau ayam jantan yang paling gagah dalam reban atau dalam sesebuah kawasan. Ini bermakna, sijantan yang perkasa atau yang paling hebat sahaja yang akan mendapat peluang untuk mengawan. Yang berlaku dalam reban kita adalah si betina tadi akan mula memilih untuk bersama dengan jantan yang kuat dan enggan mengawan dengan jantan yang kurang. Maka apabila sijantan tadi dah mempunyai kumpulannya sendiri( yang betina otai juga) maka yang lain enggan untuk mengawan dan bertelur tanpa bersenyawa. Jangan terkejut kepada mereka yang baru kalau teman katakan sibetina ini akan mengeluarkan telurnya juga walaupun sijantan tiada. Ini keraai, sibetina tetap akan mengeluarkan telur tanpa persenyawaan. Persenyawaan atau pembenihan terjadi apabila benih sijantan memasuki saluran pengeluaran telur sebelum lapisan putih kalsium atau lapisan kulit telur terbentuk. Pada masa ini benih jantan akan memasuki kuning telur dan dikeluarkan dari badan ayam. Proses pembesaran embrio dilakukan dalam rahim luar atau dalam lebih tepat dalam telur itu sendiri. Ini normal bagi haiwan yang bertelur.
Bila ada sejumlah ayam jantan didalam satu reban, perebutan akan berlaku untuk hak mengawan terutama pada waktu petang sebelum naik tidur. Lihatlah sendiri kalau anda tak percaya, pada ketika inilah peluang terakhir untuk hari itu sijantan mengejar sibetina untuk mengawan paksa. Kenapa teman gunakan perkataan mengawan paksa adalah pada kebiasaannya sibetina akan bersedia dengan kehadiran sijantan pilihanya semasa mengawan dan melakukannya dengan rela. Bila pada waktu nak tidur, semua ayam akan berkumpul dan pada waktu ini sijantan yang tidak terpilih akan melakukan cubaan paksa untuk mengawan. Maka perebutan akan berlaku dan proses pengawanan sempurna gagal sama sekali. Baru sahaja dalam proses memanjat dah ada sijantan lain yang menerajang dari belakang dan terbantut.
Bayangkanlah pada ketika itu jumlah sijantan yang telah matang sepenuhnya adalah 10 ekor. Dan pada waktu itu sibetina yang sedang dalam keadaan bersedia untuk bertelur hanyalah 2 ekor. Bagaimana riuh yang berlaku 10 berebut 2? itulah yang menggangu proses mengawan. Biasanya proses bertelur bagi satu kumpulan ayam adalah tidak sama. Mungkin hanya dalam 10% yang akan bertelur serentak. Ini kerana cuaca negara kita adalah panas sepanjang tahun dan ayam boleh bertelur pada bila2 masa sahaja. Bersyukur dan kita sangat bertuah dengan iklim dinegara kita.
Bagaimana kita nak mengatasi semua masalah ini? jawapanya kita kena pastikan jumlah ternakan kita tetap kekal seperti kita menternak dalam jumlah kecil dahulu. ( waktu yg telur semua berbenih) tetapi diternak dengan jumlah yang banyak.. Bagaimana nak melakukannya? teman akan sambung dalam tulisan akan datang..
Sekian..
CARIAN DI SUNAN
Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.
SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN
TOP 5!!
-
Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
-
Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
-
Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
-
Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
-
Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
Label
4 month in view
(2)
6
(1)
Anak ayam
(13)
angsa
(1)
Ayam jantan bertelur?
(1)
Ayam kampung
(14)
ayam mandi tanah
(1)
baka ayam
(1)
bebelan
(1)
brooder
(2)
cabang perniagaan
(9)
candling
(1)
catatan
(1)
costing ayam..
(2)
dedak
(1)
fidlot
(1)
free range
(1)
Gambar tapak
(1)
hama
(1)
hujan
(1)
incubator
(19)
Itik serati
(1)
itik serati..
(1)
jualan anak ayam
(1)
kacuk vs ori
(1)
keli
(6)
konsep reban
(2)
kursus ternakan
(2)
lapik telur
(1)
laporan ternakan
(1)
makanan
(3)
Memulakan penternakan?
(1)
omega 3
(1)
Pasaran Ayam kampung
(6)
pelawat
(1)
Pembinaan reban
(5)
pemilihan baka ayam
(2)
pengumuman kelas
(1)
penyakit ayam
(14)
perancangan perniagaan
(4)
peringkat anak ayam.
(1)
Perkara asas dlm reban
(1)
Profit penternakan
(1)
rancangan perniagaan
(2)
reban
(1)
reban asuhan
(2)
rekaan reban
(4)
tangki air
(1)
telur ayam
(2)
ternakan ayam kampung
(3)
turkeys
(2)
Ubat-ubatan
(1)
Upgread reban
(3)
vaksin
(1)
variasi ternakan
(3)
Wad bersalin ayam
(1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.
Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;
1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
Labels Cloud
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
Labels List Numbered
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
No comments:
Post a Comment