Pages

Potongan2 kisah

salam,

Saja kali ini teman nak berbual kosong di waktu malam hari raya yang indah ini.. cewah.. dapat pulak cuti hari nie.. syukur dan berseronok sakan. Disaat lepak kat umah mertua, teman teringat kembali peristiwa yang berlaku kepada teman atau yg teman baca dalam akhbar. Semuanya mengenai sikap dan cara kita berpikir terutama golongan kita bangsa Melayu.

Sebenarnya kalau kita masih menyalahkan penjajah yang membuatkan bangsa kita terus berpikiran sempit atau terkongkong, kita sebenarnya  berlaku adil. Ini kerana sudah lebih dari 50 tahun kita merdeka. Kalau nak dikira dari keturunan dan masuk 3 keturuanan dah dari atuk kepada anak dan cucu. Salah kalau kiraan kita sekiranya kita dijajah lebih dari 500 tahun maka fikiran kita juga akan dijajah selama 500 tahun lagi. Ini cakap2 mereka yang tidak mahu berpikir atau malas berusaha. Cerita pertama yang teman terbaca adalah dari petikan harian metro 2-3 hari lepas mengenai tulisan anak penoreh getah yang secara berani dan terang terangan mengkritik peladang getah dikawasannya.

Ini mungkin berkaitan dengan harga getah yang meningkat tinggi dari kebiasaan yang lepas. Anak di penoreh ini berkata yang penoreh biasa sekarang mampu mendapat pendapatan sehingga RM 3000 sebulan berbanding RM 800-1000 sebulan dengan keluasan ladang yang sama. Agak bertuah penoreh sekarang, ini mungkin ada kaitan dengan harga minyak yang tak stabil sekarang. Kalau dulu tayar atau barang seumpamanya menggunakan 100% bahan getah tetapi apabila timbulnya tayar sentetik yang menggunakan bahan asas petroleum maka harga getah tidak lagi lumayan. Maka banyak pokok getah digantikan dengan tanaman sawit yang lebih menguntungkan.

Kata anak penoreh tersebut, ramai orang kampung merungut dan memuncungkan mulut kepada RISDA kerana membekalkan benih anak pokok yang tidak berkualiti kepada penoreh yang menanam semula. Ini kerana kata orang kampung pokok yg diberikan kurus batangnya dan tidak mengeluarkan susu yang banyak. Tetapi hairan pula penoreh yang mana kebun ayahnya yang sama menerima benih dari skim tersebut mempunyai batang yang besar dan susu yang lebih banyak dari pokok sebelum ditebang. Adakah nasib ayahnya yang mendapat benih yang lebih baik walaupun benih tersebut diturunkan dari lori yang sama dengan penoreh lain?

Penulis berkata, puncanya adalah sikap orang kampung yang masih mengamalkan cara penorehan yang sama seperti sebelumnya dengan tidak menjaga tanaman getah ini dengan baik. Selain itu adalah disebab kekurang ilmu atau pengetahuan bagaimana nak manjaga pokok ini dan cara menoreh yang betul. Oleh kerana harga getah yang tinggi, tahap kerakusan orang kampung lain untuk mendapatkan susu menyebabkan pokok getah banyak yang luka dan enggan mengeluarkan susu dengan jumlah sebenar. Dan kemudian orang kampung sering tidak menjaga ladang dan membersihkannya serta memberi baja mengikut jadual yang sepatutnya. Banyak yang mencebik kepada keluarga penulis kerana ada kelebihan kononnya mendapat benih istimewa. Padahal penulis sangup mencabar orang lain untuk datang ladang mereka dan bandingkan dengan ladang2 bersebelahan. Banyak bezanya dari segi kebersihan dan kesuburan pokok yang dijaga.

Bagi teman, perkara diatas sangat mudah untuk dirungkai, ianya berkenaan dengan sikap orang kita sendiri yang tak nak berubah dan selesa di takuk yang sama. Bila diberi teknik baru atau cara baru, langsung orang kita tak nak mencubanya. Padahal dah terbukti cara baru tersebut lebih baik dari cara lama. Itu juga berlaku dalam bidang lain.

Satu lagi kisah pula mengenai sababat kita yang telah membeli sebuah incubator teman 2 tahun yang lalu. Kisah mengenai sahabat kita nie kadang kala buat teman tergelak dan adakalanya membuatkan teman geram. Datang kerumah teman dan ketuk rumah teman macam nak runtuh. Tengok balik baru teman ingat raut wajahnya 2 tahun lepas. Datang bawak incubator kayu teman yang mula2 dulu dengan muka mencuka. Masuk umah dengan tak bagi salam( teman rasa dia ni Islam) membebal yang incubator dia rosak. Kalau ikutkan hati mau sahaja teman sound dia balik.. " bang oi.. mana ada orang datang hantar balik barang rosak lepas 2 tahun yg mana barang tersebut tak sampai pun RM 200".. kalau pas 2 tahun dah rosak tu biasalah. Hantarje lah repair, tapi janganlah buat perangai macam barang teman tu macam tak leh pakai, tak elok atau sebagainya. Kalau barang tak pakai langsung bolehlah tahan 2-3 tahun tapi kita duk pakai hari2 pastu barang elektronik pulak tu memang akan rosak punya. kalau tak, takdelah bengkel atau tempat repair Hp kita pun tahan setahun 2 je ikut kita paka sekarang pastu rosak. nasib baik leh repair kalau tak buang sahaja. Bukan teman nak kata barang reman tak elok tetapi kena lihat macam mana kita menjaganya. Macam mana kita kekalkan kebersihan dan juga mengsetkan kembali suhu. Kalau rosak thermostat beli je yg baru , kalau mentol terbakar kita ganti dnegan yang baru.

Tetapi memandangkan dah pelanggan teman, teman tgkkan lah jugak walau hati dah sakit dengan sikapnya. . Rupanya sejak dari beli aritu langsung saudara kita nie tak pernah usik setting dia, tak pernah cek dan tak pernah nak periksa suhu. Main masuk je.. Nasib baik selama ini dia pakai banyak yang menjadi. Sampai berjuallah anak ayam yang keluar dari mesin yang teman buat tu. Periksa punya periksa rupanya setting dah lari 10 darjah. Ini bermakna ada lah kot yang terpusing thermostat tu sampai suhu jadi tinggi, takda apa yang rosak pun sebenarnya. Terus teman ajarkan cara nak setting walaupun seingat teman, teman dah ajar semasa mula jual aritu. Mungkin saudara kita tak nak amik kisah atau tak perduli.. beli2 terus pakai.. kali ini teman tak nak buat langsung, suruh dia buat dan teman ajarkan sahaja. Pada mulanya taknak, buat muka nak marah dan mula merengus, tetapi teman keraskan hari dan teman pulak meninggikan suara. Bukan nak bergaduh tetapi nak mengajar. NAK menyedarkan . Bila dia sedar teman dah mula berubah muka dan ugut tak nak buat barulah dia mengalah.

Hah, boleh pun setting, walaupun amik masa sikit tetapi teman puas. Terus teman nasihatkan yang ilmu ni memang agak sukar sikit nak belajar tetapi sangat berguna dimasa hadapan. Jgn berhenti belajar walaupun ilmu itu nampak macam remeh. Bukan susah pun. Jgn duk karatkan otak dengan malas nak belajar dan menimba ilmu. Sekarang kata teman, anda dah pandai nak setting dan ada mungkin sudah ada kemampuan nak buat incubator anda sendiri  kalau memerlukan incubator tambahan kelak.

Satu lagi cerita mengenai kisah baru2 ini mengenai MLM yang melibatkan seorang artis dulu. Cerita pasal MLM ni bukan nak kata apa, tetapi pengasas sebuah syarikat yang pakej yang ada "bulk" dalam tajuk skim dia tu adalah rakan sekolah sebilik dengan teman. teman dah baca perbincangan dan perbalahan mereka dalam ruangan chat yang ada. Memang panas dan teman pulangkan kepada anda untuk menilai. Cuma apa yang teman nak kata sekarang, punca ramai orang kita nie kantoi dalam MLM nie bukan sebab terlalu tamak atau malas berkerja. teman perhatikan ramai yang bertungkus lumus dan ingin menjadi kaya. Yang paling besar boleh teman boleh rumuskan adalah minat kita orang melayu untuk berniaga mula kian bertambah, minat ada tetapi yang takde adalah ILMU perniagaan.

Sering sangat teman mendengar minat seseorang mengenai ingin memulakan perniagaan tetapi tercari2 perniagaan yang ingin dijalankan. Mengapa masih diawangan? mengapa sangat buntu sehingga yang nampak hanyalah skim2 cepat kaya yang ada atau pelaburan yang samar2 sahaja caranya. Ini semuanya kerana ILMU. Keinginan dan modal sahaja tak cukup. Cuba kira berapa jumlahnya orang kita yang terlibat dengan cacing, lintah , ikan keli dan sebagainya? jumlah kan kesemuanya.. mereka semua adalah PENIAGA!!. cuma jalannya sahaja tidak betul, mereka ada niat untuk berniaga dan mereka dah mencuba. Janji mereka dah mencuba untuk menjadi seorang peniaga. Bagaimanakah kita yang belum buat apa2 sekarang tetapi ingin berniaga?

Cari ilmu dalam2. Bagi mereka yang dah termasuk dalam golongan tadi, teruskan niat anda untuk berniaga. tetapi tajamkan fikiran dan carialah ilmu. Intai peluang  dan buat kajian baik2 mengenai potensinya. Dan kemudian cari strategi untuk melaksanakannya. Itu sahaja. Bila dah ada semuanya, baru anda sedar peluang berniaga ada dimana2 sahaja. Apa sahaja yang ada dirumah anda, yang anda pakai dan apa yang anda dapat lihat didepan mata adalah barang perniagaan. Jgn sempitkan dengan perkara2 kecil atau yang menjadi sebutan hangat ramai orang.

Insyallah dengan trend mereka yang dah terkena dengan skim atau produk argo yang lepas mungkin merekalah menjadi orang terdahulu yang akan menjalankan perniagaan. Ini kerana mereka dah ada asas dalam diri macam mana untuk berniaga dan dah merasa sepak terajang dalam perniagaan. Jgn putus asa tetapi bersyukur dengan pengalaman anda.

Itulah sahaja nukian teman mengenai tulisan teman kali ini. Mungkin sbb kurang menulis sbb tu sekali tulis panjang berjela. Teman sangat berharap agar suatu hari nanti, 60% peniaga atau kuasa ekonomi dipegang oleh orang kita demi menjaga kembali kehormatan orang kita ditanah air. Cuba kurangkan atau jangan guna terus perkataan yang melebalkan orang kita seperti dengan: " melayu malas, melayu pendengki, melayu suka lepak, melayu tak boleh tgk  melayu lain senang, melayu mudah kena tipu dan sebagainya. Tiupkan semangat ingin berjaya dan bersaing demi ingin membaiki diri kita sendiri sebagai orang melayu.

Akhir kata, sempena hari korban ini, marilah sama2 kita turut berkorban dengan mengorbankan jiwa pemalas, jiwa kosong, jiwa dengki dan masa senang lenang kita demi untuk masa depan yang lebih cerah. Itulah pengertian korban yang bermakna selain dari ibadat korban yang dilakukan. Jauhkan perasaan curiga kepada mereka yang mengajak kepada kebaikan atau yang menyebarkan ilmu dengan ikhlas. Percayalah mereka( org melayu) yang dah berjaya adalah mereka yang dah buat apa yang teman katakan tadi..

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram